
Buat bakal pengantin yang ada masalah lebam di bawah mata dan mahu miliki kulit wajah yang bersih, berseri dan sihat, boleh cuba petua semula jadi yang dikongsikan oleh Faarihah Kadir. Mudah je, hanya gunakan bahan-bahan yang ada di dapur.
Bukan sahaja mudah, petua ini juga selamat untuk digunakan kerana tiada bahan kimia yang digunakan. Lakukan secara konsisten dan rasai sendiri perubahan pada wajah anda. Hanya gunakan timun dan madu je! Berikut merupakan perkongsiannya.

Kulit Sihat Cantik Dan Glowing Dengan Menggunakan Bahan Dari Dapur.
Hai uolls, hari ni I nak share satu tips untuk dapatkan kulit glowing hanya menggunakan bahan dari dapur sahaja.
Bahan-Bahan:
- Timun
- Madu
- Air bersih

Cara-Cara Membuat:
1. Masukkan potongan timun, madu dan air bersih ke dalam mesin pengisar.

2. Kisar sehingga hancur dan lumat.

3. Masukkan ke dalam bekas kiub ais, simpan dalam peti sejuk dan bekukan.

4. Setelah beku, gosokkan selama 10 minit di sekitar wajah dan bilas menggunakan air bersih. Amalkan setiap malam.


Tips ini penting untuk menghilangkan lebam bawah mata dan kulit muka yang bersih glowing dan sihat. Muka pun akan terasa segar serta liang-liang pori akan mengecil.
Jangan lupa #share untuk dapatkan kulit yang sihat, dan cantik. Jooom kita cantik dengan bahan semulajadi hanya dari dapur.
Semoga bermanfaat, selamat mencuba!
Sumber: Faarihah Kadir
Bila Nak Kahwin Mesti Alami Sindrom ‘Nak Kurus’. Kalau Nak Berjaya, Hadam 10 Rahsia Ini!

Sebelum tibanya hari bahagia dua sejoli, bakal pengantin terutamanya perempuan, akan mengalami sindrom ‘mahu kurus’. Pelbagai cara dilakukan termasuklah berdiet dan bersenam untuk mendapatkan bentuk badan idaman. Tersilap langkah, bukannya makin kurus tapi naik pula berat badan.
Pesona Pengantin kongsikan 10 rahsia kurus yang bakal mempelai perlu tahu.
1. Menurut Lawrence Cheskin, M.D., pengarah Weight Management Center di Johns HopkinsBloomberg School of Public Health, rasa pedas adalah umpama perantara antara selera makan dan perasaan kenyang. Semakin pedas yang dimakan, anda lebih cepat berhenti makan.
2. Makan epal segar 15 minit sebelum makan akan dapat mengurangkan sehingga 15 peratus jumlah pengambilan kalori. Peratusan ini dibandingkan dengan orang yang hanya minum jus epal sahaja. Menurut pakar pemakanan, Julie Flood Obbagy, mengunyah epal dapat mewujudkan rasa kenyang dan memanjangkan tempoh penghadaman.
3. Menurut pakar diet, Lauren Slayton, R.D., waktu terbaik untuk mengetahui rasa kenyang adalah sewaktu anda sudah menghabiskan tiga per empat daripada hidangan anda.
4. Terbiasa mengamalkan makanan manis, tubuh anda akan mengharapkannya setiap hari. Jika tidak, itulah yang mencetus rasa mahu makan secara kerap. Oleh itu, pengambilan pemanis mulut digalakkan tetapi kuantitinya perlu dikawal.
5. Tahukah anda, mufin yang diperbuat daripada minyak sayuran adalah lebih menggemukkan berbanding mufin dengan mentega? Oleh itu, kawal kandungan minyak sayuran yang diletakkan ke dalam ramuan mufin anda.
6. Tambahkan kuaci madu ke dalam salad, sup atau susu kocak anda. Ia kaya kalori tetapi lebih sihat berbanding kalori yang anda perolehi daripada makanan lain. Untuk kekal kenyang dan sihat, amalkan kuaci dan oat.
7. Menurut Stephen Gullo, seorang pakar perubatan, snek terbaik adalah seperti sayuran mentah, telur dadar (menggunakan telur putih) mahupun tiga cawan bertih jagung tanpa tambahan perasa.
8. Anda boleh makan sandwic saiz kecil dengan makanan sampingan yang lain seperti salad, sepotong buah, dan secawan buah. Menurut pakar nutrisi di Tufts University, Susan Roberts Ph.D, makanan-makanan ini rendah kalori dan mempercepatkan rasa kenyang.
9. Tidak salah seandainya anda minum soda sesekali. Selain memberi ganjaran kepada diri sendiri, ia juga salah satu inisiatif bagi mengelakkan motivasi untuk kurus memberontak dan mendorong anda untk minum lebih banyak
10. Kebanyakan wanita kekurangan vitamin D dalam tubuh mereka. Tahukah anda, vitamin ini menghasilkan sejenis hormon iaitu leptin? Hormon inilah yang akan menghantar signal bahawa anda sudah kenyang kepada otak. Untuk menambah khasiat vitamin D, amalkan suplemen khas atau ikan salmon.
Tuam Muka Dengan Ais Beri Manfaat Untuk Kecantikan Wajah Bakal Pengantin

Pastinya ada pelbagai petua yang kita dengar terutama dalam penjagaan wajah menjelang hari bahagia. Bila nak kahwin, tentunya kita mahu miliki wajah yang cantik dan berseri di atas pelamin. Maklumlah, kita kan bakal menjadi tumpuan ramai.
Sebenarnya, tak perlu berhabis wang ringgit. Amal sahaja petua menuam muka dengan ais batu dan ternyata ais ini banyak memberi manfaat untuk kecantikan wajah. Jom kita tengok kelebihan mengamalkan petua ini. Yang penting, murah dan mudah!
1. Rawat Bengkak Bawah Mata
Masalah bengkak di bawah mata pasti buat anda runsing terutamanya jika hari bahagia anda bakal tiba. Gunakan ketulan ais yang diperbuat daripada jus timun dan air mawar untuk mengatasi masalah ini. Hanya balut dua biji air batu dengan kain dan tekapkan pada mata yang terpejam. Kemudian, urut dengan gerakan membulat secara perlahan selama 2 minit.
2. Pengganti Alat Solek
Jangan bimbang jika anda tak ada masa nak mengenakan alat solek. Balut ais dan oleskan pada wajah. Hasilnya menjadikan kulit wajah akan berseri secara semula jadi tanpa penggunaan sebarang alat solek.
3. Kecilkan Liang Pori
Bagi anda yang miliki pori-pori wajah yang besar, cuba sapukan ais batu pada wajah selama 2 hingga 3 minit. Jika anda lakukan secara konsisten, pori-pori wajah yang besar itu akan mula mengecil hanya dalam masa beberapa hari.
4. Sapuan Bedak Asas Lebih Sempurna
Ternyata ais batu merupakan penyegar kulit wajah yang murah dan menjimatkan. Sebelum memakai alat solek, sapukan dahulu ais batu pada wajah. Hasilnya menjadikan sapuan bedak asas anda lebih sempurna dan sekata.
Memang banyak kan kelebihan ais terutama untuk kulit wajah kita? Rugilah jika anda tak amalkan penggunaan ais pada wajah menjelang akad nikah. Tak nampak berserilah. Seorang pengguna Facebook bernama Zara Razali juga turut berkongsi pengalamannya menggunakan ais untuk dituam pada wajah atas saranan mak andam sebelum beliau bertunang.
Teringat dulu-dulu zaman makeup nak bertunang dan kawin.. time tu kitaorang panggil mak andam je… sekarang je dah tukar MUA ye.. tak kisah la mak andam ke MUA ke, yang penting memang kerje diaorang makeup orang bagi lawoo…
Throwback la ni kiranya kan.. lagi seminggu nak bertunang, mak andam pesan sesiap…
“Hari-hari tuam muka tu pakai ais…sampai bengkak-bengkak kebas pun takpe…bagus tu…”
Hakak pun pelik.. katanya bagus untuk kecilkan pori wajah, kulit berminyak akan berkurang.. so bila pori dan minyak berkurang, maka makeup pun nanti akan tampak lebih cantik, tahan lama dan tak mudah crack…
So hakak ni memang lurus pembaris orangnya.. maka ikot je cakap mak andam tu.. lagi seminggu nak tunang, memang rajin tuam muka dengan ais.. sampai kuyup baju dengan ais yang dah cair … bengkak merah-merah kebas muka macam sotong kepanasan… hihihi… gigih sebab kekonon nak cantik time tunang..
Lepas 2-3 hari amalkan tuam ais, ofismate pun ada tegur, kulit muka hakak memang nampak lain je.. pori mengecil, gebu semacam..
Dia siap cakap “berjaya la ko ye dengan petua mak andam tu”..Hakak hihihi kan je la…
So MUA-MUA semua, yang rasa tak pernah dengar petua ni… maka korang bolehlah share petua ni kat bakal-bakal pengantin yang bakal korang makeup kan nanti.. Memang berhasil sangat2 tau.. agak-agak lagi sejam nak makeup.. tuam lagi dengan ais..
Sumber: Zara Razali
Lesung Pipit Jadikan Wajah Sukar Tua

Tahukah anda, kelebihan wanita yang ada lesung pipit selalunya nampak lebih muda dari usia. Bila mereka senyum, terserlah aura istimewa kerana keunikan lesung pipit mereka miliki.
Lekuk di pipi itu juga membuatkan empunya diri bertambah manis. Cemburunya! Selain nampak comel dqn manis, ini antara fakta dan kelebihan lesung pipit ini

1. Hanya 20% Manusia Yang Memilikinya
Mengikut satu statistik yang dilaporkan oleh The Daily Health Gen, hanya 20% daripada manusia di dunia ini yang memiliki lesung pipit. Ia sebenarnya adalah satu jenis ‘kecacatan’ pada otot wajah yang amat dicemburui ramai. Jadi, anda bukan saja salah satu daripada mereka yang amat bertuah, tetapi juga sangat unik di kalangan orang.
2. Ramai Yang Tertarik Dengannya
Tak kiralah bagaimana rupa atau ‘mood’ anda ketika memandang kamera, wajah anda tetap menawan walaupun hanya dengan sedikit senyuman yang dipaksa. Ini sudah cukup kelihatan asli dan berhasil ‘mengaburi’ mereka yang memandang anda. Menurut kajian dari American Journal of Physical Anthropology mendapati bahawa lesung pipit adalah antara ‘added value’ yang menambahkan lagi daya penarik seseorang.
3. Anda Nampak Lebih Muda
Secara tidak langsung orang yang mempunyai lesung pipit ini nampak ‘baby face’. Saintis sendiri mengakui bahawa kelebihan lesung pipit ini menjadikan seseorang kelihatan lebih muda walaupun semakin berusia. Hal ini kerana, lesung pipit amat sinonim dengan bayi atau anak kecil.
4. Anda Menyebarkan Aura Keceriaan
Setiap kali anda tersenyum, orang sekeliling turut terpengaruh dengan aura keceriaan yang disebarkan oleh anda. Malah, orang yang melihat anda akan rasa seperti ‘ditusuk’ terus hingga ke jantung dengan melihat senyuman yang menawan itu.
5. Ramai Selebriti Menjadi Lebih Popular Kerananya
Menurut laman sesawang Time For Healthy Food, lebih 60% bintang Hollywood memiliki lesung pipit. Walaupun kebanyakan daripada mereka memilikinya secara semulajadi, ada juga yang sanggup melakukan pembedahan semata-mata untuk mendapatkan lesung pipit.
Bagi yang belum tahu, mesin untuk mencipta lesung pipit ini pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 1936. Ada ramai orang di luar sana sangat menginginkan lesung pipit supaya nampak lebih comel dan menarik di mata orang ramai.
Lesung Pipit Boleh Menjadi Pudar
Walaupun lesung pipit ini diwarisi oleh genetik, anda tak semestinya akan memilikinya untuk seumur hidup. Ramai yang tidak tahu bahawa ia masih boleh memudar dan seterusnya menghilang bergantung kepada otot wajah anda. Selain dikaitkan dengan pertambahan berat badan, proses penuaan juga adalah antara faktor yang menjadikan lesung pipit yang dimiliki semakin kurang kelihatan.