
Siapa sangka dengan duit baki yang tertinggal dalam baju atau kocek seluar sebelum membasuh boleh dijadikan tabung simpanan. Malah, apa yang lebih menarik, duit-duit yang terkumpul itu sudah terkumpul lebih dari 1k!
Ikutan perkongsian pasangan ini yang akhirnya memcahkan tabung yang diletakkan ditepi mesin basuh mereka apabila sudah cukup setahun. Lepas ni, anda dan pasangan boleh lah buat benda yang sama juga.
Hari ini genap setahun Wife saya menabung hanya ditepi mesin Basuh sahaja. Tadi saya pecahkan tabung dengan arahan wife. Setelah dkira Jumlah duit terkumpul adalah sebanyak RM1424.(Tidak termasuk duit syiling).
Tips nya mudah. Pergi kedai DIY beli tabung yang murah dan tidak boleh dibuka,letak tepi mesin basuh.
kedua: Sebelum basuh seluar dan baju suami,seluk dalam poket. Baca bismillah,insyaallah jumlah duit baki yang suami tinggal.
KeTiga: Maklumkan kepada suami yang kita letak satu tabung disebelah mesin basuh,jadi bila suami tiba tiba rajin,dia akan pergi masukkan duit baki beli barang,atau baki bayar tol.
KeEmpat: Jika terjumpa duit baki dalam kereta suami,dalam bilik,ruang tamu atau mana mana sahaja dalam rumah kita,sila ambil dan masukkan ke dalam tabung.
KeLima: Asalkan ada duit lebih sila masukkan dalam tabung,jangan dok gatal gatal nak simpan dalam poket balik. Cukup setahun pecahkan tabung dan kira. Setelah kira pergilah simpan dalam bank atau pergi beli rantai emas.
Tadi wife saya cakap 10% sedekahkan kepada masjid.
Moga bermanfaat untuk mak mak sekalian.
Sumber : Muhammad Hassan
Suami Kena Tahu Sebenarnya Isteri Layak Menjadi Gabenor Bank Keluarga, Ini Sebabnya!

Tidak salah jika isteri bertindak sebagai gabenor bank keluarga. Seorang isteri sebenarnya lebih teliti daripada suami. Isteri boleh berfikir lebih mendalam manakala kaum suami kebanyakan suka ambil mudah sesuatu perkara.
Banyak kes perceraian berlaku disebabkan kegagalan menguruskan kewangan dengan baik. Jadi, sudah tiba masanya kaum wanita mengambil peduli tentang pengurusan kewangan yang betul agar tidak timbul isu yang melibatkan masalah kewangan sehingga melibatkan perceraian.
Jika kaum suami tidak menghiraukan bajet kewangan keluarga, seharusnya kaum isteri melantik diri sendiri sebagai gabenor bank keluarga. Apa salahnya melantik diri sendiri sekali sekala kan.
Menyediakan bajet kewangan tidaklah begitu susah. Perkara asas yang boleh dilakukan ialah dengan monitor berapa perbelanjaan dan ke mana wang gaji telah pergi. Antara cara yang boleh dilakukan :
1. Senaraikan Pendapatan
i. Senaraikan gaji suami / isteri yang diterima setiap bulan.
ii. Senaraikan gaji bersih setelah dipotong KWSP dan potongan cukai.
2. Menentukan Kategori Perbelanjaan
i. Perbelanjaan tetap seperti pembiayaan perumahan, ansuran kereta, rumah dan hutang yang harus dibayar setiap bulan.
ii. Perbelanjaan berubah seperti kos makan minum, barang dapur, utiliti, pakaian, petrol dan sebagainya.
3. Buat Anggaran Perbelanjaan Sebulan
i. Buat anggaran perbelanjaan setiap bulan.
ii. Perbelanjaan seharusnya tidak melebihi pendapatan.
iii. Bezakan antara keperluan dan kehendak.
iv. Utamakan keperluan terlebih dahulu.
v. Jika pembelian melibatkan kos yang besar, bawa berbincang sama ada ia diperlukan ataupun tidak.
4. Merekodkan Perbelanjaan
i. Buat senarai barang yang hendak dibeli dan beli apa yang disenaraikan sahaja.
ii. Rancang pembelian supaya tak perlu selalu ke pasar raya.
iii. Beli barangan mengikut keperluan terlebih dahulu.
iv. Simpan resit pembelian supaya dapat monitor jumlah perbelanjaan bulanan.
5. Monitor, Menilai Semula, Baiki Bajet
i. Semak rekod perbelanjaan pada akhir bulan.
ii. Pastikan perbelanjaan mengikut apa yang dirancang.
iii. Jika ada terlebih berbelanja, bulan depan mesti ganti balik jumlah wang yang terlebih belanja tersebut.
iv. Baiki apa yang perlu dikurangkan dalam perbelanjaan.
v. Cari langkah penjimatan yang sesuai untuk meningkatkan lagi simpanan.
vi. Cari langkah yang boleh menambahkan pendapatan keluarga.
Alangkah indahnya jika suami dan isteri bersama-sama membaiki kewangan dan berbincang tentang kewangan keluarga. Sebulan sekali, cari masa untuk duduk bersama dan berbincang mengenai kewangan keluarga.
Kalau suami bijak merancang kewangan, ajar dan bimbing isteri supaya menjadi sama-sama bijak. Begitu juga sebaliknya. Jangan asyik nak marah pasangan kalau dia tak pandai merancang kewangan. Hidup suami isteri kan harus saling melengkapi.
Merancang kewangan bersama barulah sweet. Janganlah ada rahsia antara suami isteri tentang kewangan ini. Hal ehwal kewangan suami isteri mesti sama-sama tahu dan bersama-sama fikir jalan yang terbaik jika ada apa-apa masalah.
Sumber : Amir Syahir
Bila Dalam Iddah, Wanita Dilarang Berhias Keterlaluan

Jodoh pertemuan adalah kerja Tuhan. Tugas manusia adalah mempertahankan perkahwinan yang telah dibina. Setiap pasangan yang berkahwin mahu kekal sehingga ke akhir hayat. Sayangnya, tidak semua perkahwinan itu akan berjaya seperti yang dirancangkan. Kini ramai wanita terpaksa melalui tempoh iddah setelah sah bercerai.
Iddah Adalah Berbeza Mengikut Jenis Penceraian
Jenis iddah ada beberapa jenis. Ianya berbeza mengikut jenis penceraian. Jenis penceraian terbahagi kepada DUA (2) iaitu:
- CERAI HIDUP
Cerai Hidup bermaksud seorang perempuan yang telah diceraikan oleh suaminya di dalam keadaan suaminya masih hidup. Perempuan yang telah bercerai hidup ini seringkali di sebut dengan jolokan JANDA.
- CERAI MATI
Cerai Mati pula membawa maksud si perempuan tersebut telah bercerai disebabkan oleh kematian suami tercinta. Dalam erti kata lain, cerai mati adalah apabila seorang perempuan itu menjadi BALU.
Isteri yang kematian suami berhak mendapat tempat tinggal sebagaimana semasa keberadaan suaminya.
Antara Larangan Untuk Wanita Yang Sedang Di Dalam Iddah
1. Menerima Khitbah
Seorang wanita yang baru saja ditalak suaminya, atau ditinggal mati, ketika masa iddah itu dia tidak boleh menerima ajakan atau lamaran (khitbah) dari seorang lelaki lain.
2. Menikah
Kalau sekedar menerima lamaran saja diharamkan, maka tentu saja bila menikah lebih diharamkan lagi. Seorang wanita yang dicerai suaminya atau ditinggal mati, harus menunggu sampai masa iddahnya selesai terlebih dulu sebelum berkahwin semula.
3. Keluar Rumah
Seorang wanita yang sedang menjalani masa iddah diwajibkan melakukan apa yang disebut dengan mulazamtu as-sakan (ملازمة السكن). Artinya adalah selalu berada di dalam rumah, tidak keluar dari dalam rumah, selama masa iddah itu berlangsung.
4. Berhias
Seorang wanita yang sedang dalam masa iddah dilarang untuk berhias. Di antara kategori berhias itu adalah seperti menggunakan alat perhiasan seperti emas, perak atau sutera. Menggunakan minyak wangi dan sebagainya.
Penceraian Semakin Berlaku Umpama Sebuah Trend Di Akhir Zaman
Bercerai mati sememangnya sudah tidak dapat diubah ketentuan. Walaupun sedih tetapi soal ajal maut tidak dapat dibuat apa. Masalahnya, semakin hari semakin banyak kes cerai hidup yang telah difailkan. Bercerai akibat curang juga semakin menjadi-jadi. Yang akan menerima tempias akibat perpisahan pastinya anak-anak hasil daripada perkahwinan tersebut.
Hargailah pasangan dan kenanglah juga segala susah payah tika bersama sejak dulu hingga kini. Untuk apa diturut kata hati. Rumahtangga mana tak dilanda ujian. Perkahwinan mana tak diuji Allah SWT. Tetaapi itu tidak bermakna segalanya hanya boleh selesai dengan kaedah penceraian semata-mata.
Wanita Perlu Elak 7 Sikap Ini Daripada Suami!

Asam garam rumah tangga antara suami dan isteri mesti akan ada perselisihan faham satu sama lain.Dalam rumah tangga anda haruslah ada sifat bertolak ansur.
Bagi wanita anda perlu tahu batas anda sebagai seorang isteri. Jangan bersikap sehingga boleh membuat suami anda tidak suka. Jom lihat di bawah ini anda ada atau tidak perangai seperti ini. Bahaya!
1. Pentingkan diri sendiri
Mereka yang perangai sebegini selalunya tidak mengambil endah orang lain. Wanita sebegini hanya sibuk dengan keperluan diri sendiri sahaja sampai suami pun dia tak kisah. Jangan macam ini ok!
2. Suka cakap bohong
Semua orang tak suka kena tipu. Sama seperti diri kita juga tidak suka ditipu orang lain. Olehitu, elakkan daripada bersikap yang terlalu berahsia sampai sanggup berbohong.
3. Bercakap kasar
Wanita yang bercakap kasar sangat tidak disukai oleh lelaki. Bercakaplah dengan nada yang lembut kepada suami anda, jangan sampai menimbulkan kemarahan suami!
4. Suka susahkan keadaan
Mereka akan dianggap suka menyusahkan keadaan apabila ingkar apa yang diberi. Jika untuk tujuan kebaikkan, patutlah arahan suami anda. Jangan buat keadaan menjadi huru-hara.
5. Tidak bertanggungjawab
Mereka dikatakan tidak bertanggungjawab apabila selalu lepas tangan dan membiarkan tugasan yang sepatutnya diberi kepada suami. Dalam rumah tangga bekerjasama itu penting. Keluarga adalah tanggungjawab anda berdua.
6. Keras kepala
Wanita keras kepala agak sukar dibentuk kerana mereka ini tidak mahu dengar cakap orang lain. Elakkan jika anda ada perangai ini!