Lama tak dengar cerita Hero Malaysia, Azwan Omar atau lebih mesra dikenali dengan nama Abang Viva. Sejak kisahnya ‘melamar’ jurulatih kesihatan, Evanoza Zakaria, ramai yang cuba menilik bilakah agaknya mereka akan naik pelamin.
Kesempatan bertemu dengan Eva membuatkan Pesona Pengantin pun teruja nak tahu kisah mereka. Kecil molek orangnya, Eva hadir ditemani tunang tersayang.
Azwan membawa bendera Malaysia ke Komanwel
“Masa Azwan buat live tu, kami berada di International Youth Club (IYC) untuk satu program zumba. Kemudian, ada sesuatu yang Eva buat namun tidak disukainya. Dek kerana terlalu penat membuatkan saya tidak berapa nak layan isu yang Azwan bangkitkan itu. Masa tu dia merajuk dan terus nak memandu balik ke Melaka.
IKLAN
Nak dijadikan cerita, Azwan menghubungi saya berkali-kali untuk video call tapi saya tak layan. Terlalu penat. Lepas tu Azwan minta saya masuk live dan saya sangat terkejut bila Azwan tunjukkan cincin. Ingatkan dia main-main. Entah bilalah dia beli cincin tu. Nasib baik muat di jari!”
Azwan Pandai ‘Curi Hati’
Selepas menerima cincin pemberian Azwan, masing-masing bertemu dengan keluarga dan memberitahu tentang hubungan mereka walaupun sebelum ini baik Eva dan Azwan, pernah bertemu keluarga.
IKLAN
“Kesungguhan Azwan untuk kenal saya membuatkan saya tertarik padanya. Dia sanggup terima kelebihan dan kekurangan saya. Begitu juga saya. Selalu kalau kami keluar, memang akan ada sahaja orang yang ingin bergambar. Masa tu, Azwan akan pastikan saya berada di tempat ‘selamat’. Mata dia akan melilau cari saya.”
IKLAN
Sungguhpun belum ada perancangan untuk mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat, Eva sendiri tidak mengimpikan majlis besar-besaran. Cukup asal mendapat keberkatan dan kebahagiaan yang kekal hingga ke Jannah.
Azwan kini sudahpun menubuhkan sebuah badan NGO iaitu Pertubuhan Gerakan Kebajikan Abang Viva. Misi bantuan ini dijalankan bersama Eva dan beberapa anggota lain. Walaupun rajin mengikuti misi bantuan, Eva masih ligat menjalankan aktiviti zumba yang menjadi kerjayanya sejak 12 tahun lalu.
Bagaimana menangani keadaan rumah tangga seperti ini? Tercalarkah ego suami jika pendapatan isteri lebih besar daripada gajinya? Gaji isteri lebih besar sepatutnya tidak menjadi bencana dalam rumah tangga, sebaliknya perlu dianggap sebagai bonus kerana ia secara tidak langsung akan memberi manfaat kepada seisi keluarga.
Bagaimanapun jika anda berada dalam kelompok ini, dikongsikan beberapa panduan mungkin dapat mengekalkan keharmonian dan persefahaman antara satu sama lain.
1. Komunikasi dua hala
Masalah ini tidak dapat diselesaikan dalam perbualan sehala. Anda juga tidak boleh menganggap pembahagian kerja rumah, wang dan kuasa membuat keputusan akan berlaku sendiri. Isu ini penuh dengan emosi dan bukan perkara mudah.
Justeru, komunikasi yang baik dan saling menghormati antara pasangan adalah cara terbaik untuk mengatasi masalah ini. Jika dari awal melangkah ke alam perkahwinan lagi kedua-duanya menyedari perkara ini maka masalah yang timbul akibat ketidaksamaan gaji ini dapat dihapuskan.
Cuba selesaikan dengan baik dari awal supaya keadaan kewangan dan rumah tangga lebih selesa dan pasangan terbiasa dengan perbezaan jumlah gaji. Pasangan tidak sepatutnya berasa canggung kerana mereka kini adalah satu unit.
2. Bekerjasama dalam tugasan rumah
Sikap yang paling penting untuk pasangan bertahan dalam situasi ini adalah sentiasa mengingatkan diri yang anda di dalamnya bersama-sama. Bukan masalah siapa yang bergaji lebih perlu mendominasi hubungan keluarga.
Bekerjasama untuk mengetahui apa yang perlu dilakukan setiap minggu untuk memastikan anak gembira dan bahagia serta rumah tangga teratur dan berjalan lancar.
Tidak perlu fikirkan apa yang pasangan harus lakukan sebaliknya tumpukan pada bagaimana anda berdua dapat laksanakan semuanya dengan cara yang adil dan kedua-duanya berpuas hati.
3. Elakkan bercakap soal duit ketika bersantai
Tidak kira berapa pun gaji isteri, hakikatnya anda dan isteri sama-sama bekerja keras berjam-jam setiap minggu untuk memperolehnya. Justeru, ketika anda berdua menghabiskan masa bersama keluarga, jauhi topik kewangan agar tidak merosakkan mood pasangan dan membuat dia tidak gembira.
4. Bincang mengenai keputusan kewangan bersama
Jangan teragak-agak bercakap mengenai hal gaji dengan baik dari awal lagi. Secara umumnya pasangan akan membincangkan masalah kewangan mereka sebelum perkahwinan secara terbuka. Oleh itu, anda dan pasangan boleh mengenali satu sama lain dan bagaimana gaji akan digunakan.
Anda dan pasangan juga perlu merancang kewangan isi rumah bersama-sama supaya ia jelas menerangkan matlamat dan objektifnya pada masa akan datang. Sediakan pelbagai rancangan kewangan untuk dilaksanakan bersama, termasuk cara yang diambil bagi merealisasikan rancangan masa depan.
Jadi pasukan yang baik dalam menyusun belanjawan kewangan ini, supaya semua matlamat anda dan pasangan dalam kewangan dapat dipenuhi dengan baik. Pada mulanya, ini mungkin kelihatan janggal, tetapi jika dilakukan dengan baik dari awal, ia boleh mengelakkan pertikaian dalam hal ehwal kewangan.
5. Bincang segalanya bersama dan wujudkan rumah tangga sihat
Sebagai suami, andalah yang sepatutnya membuat keputusan membabitkan hal ehwal keluarga. Tidak salah meminta pandangan isteri tetapi akhirnya anda yang perlu membuat keputusan berdasarkan perbincangan bersama. Jangan lepaskan tanggungjawab ini kepada isteri. Jangan biasakan isteri membuat keputusan untuk rumah tangga dan keluarga untuk mengelakkan dia berasa dirinya sebagai ketua di rumah, apatah lagi sekiranya dia memang ketua di pejabat.
Bukan anda saja malah terdapat banyak pasangan lain di luar sana yang gaji isteri lebih besar daripada gaji suaminya. Ini bukan masalah besar yang perlu dibimbangkan dan membuat anda kecewa.
Bincangkan hal ini dengan baik bersama pasangan dan lakukan langkah yang betul supaya kewangan tidak menjadi masalah berasingan dan rumah tangga masih dapat dibina dengan baik dan mudah bagi kedua belah pihak.
6. Jangan teragak-agak untuk mendapatkan bantuan profesional
Sekiranya mendapati diri anda dan pasangan sering terbabit dalam hujah berulang dan hangat tentang wang, keputusan dan tugas rumah tangga, jangan terus membuat kesimpulan bahawa ia berpunca daripada pasangan.
Anda mungkin memerlukan seorang kaunselor untuk membantu anda menangani perasaan, emosi, sikap, dan kelakuan yang anda bawa ke situasi itu.
Datin Noor Kartini, ibu kepada selebriti terkenal Neelofa amat bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang penyayang dan penuh empati terhadap orang lain. Menyambut ulangtahun perkahwinan ke-25 beberapa bulan lalu, coretan Datin Noor Kartini atau Mama begitu manis sekali.
Kredit foto: Instagram Datin Noor KartiniKredit foto: Instagram Datin Noor Kartini
“Happy Annivesary Sayang .You are truly a blessing from Allah SWT. Terima kasih sayang atas segala kasih sayang, segala nikmat kehidupan yang kita lalui bersama.Terima kasih sayang menjadi contoh yg baik kepada anak-anak, menantu2 dan cucu2.. terima kasih telah menjadi suami yg pengaseh , sahabat yang penyayang dan teman yang setia.. moga kita akan bersama hingga ke Syurga.. amiiin Love you sayang.”
25 tahun bukan masa yang singkat. Menurut Mama, Datuk Abdul Halim Khan sudi menerima kehadiran Mama dan lima orang anaknya dalam hidup. Malah, Datuk Halim juga tidak membenarkan Mama buat kerja, cuma fokus uruskan anak-anak.
“Uncle ni sebenarnya masa mama kenal dia dulu dia seorang ÿang garang, tapi dalam hati mama tahu uncle baik sebab dia sanggup terima mama dengan 5 anak anak mama. Dulu masa anak-anak kecil memang uncle tak bagi mama buat kerja uncle cakap, “You jaga anak je” tapi mama nakal. Ada juga jual senyap-senyap tapi uncle tahu sebenarnya ..
Lama-lama bila mama lembut dengan uncle, mama nampak uncle sebenarnya mungkin masih dalam proses nak berkenalan dengan mama. Iyala kami kan kenal sekejap je then kahwin.”Tulis Datin Kartini.
Kredit foto: Instagram Datin Kartini
Alhamdulillah dah masuk 25 tahun, mama bahagia. Allah hadirkan suami yang penyayang, penuh dengan ihsan dan empati terhadap ramai orang. Dia banyak mengajar mama menjadi ibu dan isteri yang lebih baik.
Dari dulu sebagai isteri mama selalu jadi isteri yang tidak meminta-minta tetapi memang uncle selalu hadiahkan mama macam-macam mungkin asbab kebaikan dia kepada mama sebagai isteri Allah kurniakan dia rezeki berjaya.
Setiap orang menginginkan hubungan cinta mereka kekal sampai ke jinjang pelamin dan hingga ke akhir hayat mereka, bukan senang nak pelihara tapi sebaiknya kita mencuba untuk menjaganya, jadi disini nak kongsi dengan korang 10 tip memelihara cinta sejati
1. Pilih pasangan yang sesuai
Janganlah sesekali jatuh cinta dengan seseorang yang sangat berpotensi. Wang dan rupa bukannya penyuntik cinta sejati. Terlalu banyak pasangan memilih teman hidup yang sebegini dengan harapan mereka berpeluang menikmati segalanya.
Secara jujur, tanyalah pada diri sendiri: “Dapatkah aku mencintai dia dengan cara yang sebenarnya tanpa harapan untuk berubah?” Jika tidak, buatlah keputusan untuk cari yang lain.
2. Jangan terburu-buru
Jangan menurut kehendak nafsu seks. Pasangan yang melakukan hubungan seksual akan mencipta suatu keintiman yang salah dan boleh menuju ke arah kekecewaan.
3. Percaya akan kelemahannya
Jangan mengabaikan keputusan untuk memiliki sesuatu hubungan atau perkara yang diingininya. Misalnya, jika pasangan membuat suatu penyataan seperti, ‘saya tidak melaksanakan komitmen dengan baik,” percayalah dia.
Anda seharusnya tanya pada diri sendiri; ‘adakah dia sudah bersdia menghabiskan waktu untuk aku atau semata-mata untuk hobinya kemudian baru mengingati aku.’
4. Tutup mulut
Jangan cuba menceritakan tentang keburukan atau kelemahan pasangan kepada rakan. Bertanggung jawab dalam mengungkap perasaan anda terhadapnya dan saling merahsiakan antara satu sama lain. Cara sebegini dapat mengelakkan daripada berlakunya sesuatu konflik dan hubungan emosional anda berdua.
5. Terima seadanya
Terima pasangan dengan niat hati yang ikhlas. Bukan hanya sewaktu bercinta, pada awal perkahwinan dan sewaktu berbulan madu, tetapi amalkan date night sekali seminggu.
6. Jadi pemerhati
Bersikap pemerhati terhadap pasangan. Cuba memerhati dan memahami tingkah laku dan pemikirannya. Paling penting, sentiasa mengambil berat setiap apa yang berlaku. Ini mengelakkan daripada pasangan berani menipu dan cuba melakukan sesuatu di luar jangkaan.
7. Buktikan siapa diri anda
Fokus pada setiap perkara yang anda gemari dan tidak daripada pasangan, serta cuba berbincang cara bagaimana menyelesaikan masalah tersebut berdua.
8. Mr. / Ms. Right kembali
Sedang asyik bercinta, orang yang pernah berpaut di hati anda suatu masa dahulu, tiba-tiba muncul di hadapan. Bagi anda yang menghadapi masalah sebegini, adalah suatu perkara sukar untuk diselesaikan, bukan?
Perasaan buntu dan bercelaru tentunya datang dan memaksa diri membuat keputusan. Buat keputusan agar tidak menyintainya lagi. Lupakan segala sejarah silam dengan memulakan kehidupan dan cinta baru.
9. Bukan perigi cari timba
Anda tidak pernah merasakan bahawa cinta sejati seperti objek yang keras atau seolah-olah berkelakuan syok sendiri. Malah, anda haruslah sama-sama berinteraksi dan berbincang terhadap apa yang berlaku dalam perhubungan.
10. Hargailah diri sendiri dan pasangan
Hubungan yang sihat akan meningkatkan penghargaan diri dan pasangan. Untuk memperoleh hubungan yang lebih
p/s : namun apa yang dikongsikan disini hanyalah sekadar tips namun jika hubungan tersebut juga tidak dapat diselamatkan dengan tips2x ini, maka terimalah ia atas takdir kita mampu merancang yang menentukan semua ini ialah Allah s.w.t kan..