Memang impian setiap pasangan untuk menoktahkan cinta mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Namun tak semuanya bersedia untuk komited ke arah itu meskipun anda dan si dia sudah lama menjalinkan hubungan.
Jangan sebab terpaksa, hubungan anda menghadapi masalah. Orang selalu kata, masa sedang sibuk bercinta ni, bukalah mata dan lihat sama ada pasangan anda sudah bersedia atau tidak ke satu hubungan yang serius.
Jika dia menunjukkan kesungguhan, alhamdulillah. Tapi bagaimana jika sebaliknya? Jika ada tanda-tanda ini pada pasangan anda, sebaiknya anda cepat-cepat angkat kaki kerana ini menandakan dia tidak bersedia untuk serius dengan anda.
TIDAK BERIA-IA
Hanya anda sahaja yang asyik menelefon atau WhatsApp pasangan setiap hari untuk bertanyakan khabar. Nak harapkan si dia memulakan dahulu, aalamatnya memang tak adalah!
TAKE, TAKE & NEVER GIVE
Selalunya anda yang perlu berkorban masa dan tenaga untuknya. Oleh kerana sayang, anda rela melakukannya asalkan si dia rasa gembira.
Ads
SELALU CERITA TENTANG EX
Biasanya pasangan jenis ini memang tidak bersedia untuk sebarang komitmen serius kerana dia seolah-olah sukar untuk melepaskan hubungannya yang terdahulu. Jadi, cubalah mengelak daripada mengharapkan satu komitmen daripadanya.
BANYAK KASI ALASAN
Jika diajak berjumpa, ada sahaja jawapannya. Sibuklah, ada mesyuaratlah, penatlah dna macam-macam alasan lagi. Jangan ambil mudah dengan alasannya kerana itu tanda-tanda awal pasangan anda cuba mengelak daripada berjumpa dengan anda.
Ads
PERNAH KECEWA & DILUKAI
Biasanya, mereka yang pernah kecewa ini memang sukar untuk meletakkan kepercayaan dalam apa jua hubungan yang serius. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan hati dan perasaan kerana dia takut dilukai sekali lagi.
ELAK BERJUMPA KELUARGA & KAWAN ANDA
Seboleh-bolehnya pasangan cuba mengelak untuk berjumpa keluarga ataupun berkenalan dengan kawan rapat anda. Baginya, berjumpa dengan keluarga anda seolah-olah dia akan berjanji untuk menjaga anda, padahal si dia belum bersedia lagi.
Ads
ADA JE TAK KENA!
Apa sahaja yang anda buat, semuanya tidak sempurna di matanya sehingga menguji kesabaran anda sehingga sukar untuk mewujudkan persefahaman. Jadi, jika anda tidak tahan dengan kerenahnya, anda boleh mempertimbangkan untuk let go sahaja hubungan anda dengannya.
SUKAR MEMPERCAYAI
Pasangan akan sentiasa berhati-hati dengan anda dan sesiapa sahaja yang cuba untuk dekat dengannya kerana si dia jenis orang yang sukar mempercayai orang lain.
INGIN SENTIASA BEBAS
Jika pasangan anda kerap bercerita mengenai isu kebebasan, fahamilah bahawa si dia masih belum bersedia untuk komited dengan anda.
Jika si dia nampaknya belum ready, banyakkan berdoa dan buatlah solat istikharah. Minta Allah SWT permudahkan hubungan anda dan berikan anda petunjuk jalan yang benar. Memang benar! Melepaskannya bukanlah sesuatu yang mudah, tiada lain dengan hanya sentiasa mengadu kepada-NYA.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Persiapan menjelang perkahwinan bukan hanya dilakukan beberapa bulan sebelum majlis, malah setiap masa sehingga majlis yang diraikan itu selesai.
Di sini kami disediakan tip istimewa buat bakal pengantin lelaki dalam membuat persiapan tiga hari sebelum majlis berlangsung.
1. Jurucakap Rombongan
Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan rumah pada majlis pernikahan nanti. Hal ini penting kerana tidak semuanya dapat menjadi wakil untuk bercakap denga mudah. Oleh itu, kepada anda yang mempunyai bapa saudara serta yakin berkata-kata, mintalah pertolongannya!
Walau berdebar mana pun degupan jantung menjelang majlis akad nikah, namun persiapan akad itu tetap perlu. Minta pendapat atau pertolongan daripada mereka yang lebih berpengalaman dalam proses akad nikah. Jika perlu, berlatihlah untuk menghilangkan sedikit gemuruh di hati.
Pada saat-saat akhir, kebiasaannya jumlah rombongan pihak lelaki akan bertambah. Bagi mengelakkan berlakunya salah faham kemudian hari, maklumkan kepada pihak perempuan jumlah rombongan yang bakal hadir sama. Ini untuk memudahkan pihak perempuan menyediakan ruang makan yang mencukupi bagi pihak lelaki.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam kesibukan membuat persediaan untuk hari bahagia nanti, bakal pengantin perlulah bersedia dan ambil tahu apakah soalan-soalan yang bakal ditanya oleh tok kadi. Jangan pula nanti gugup dan menjadikan diri tidak tenang bila tiada persediaan diri. Antara contoh-contoh soalan yang boleh anda jadikan panduan adalah seperti berikut;
1) Mengucap dua kalimah syahadah
Rukun pertama dalam rukun Islam. Setiap Muslim dan Muslimah wajib tahu.
2) Istighfar
Kenapa kita kena sentiasa beristighfar? Kerana kita hamba Allah yang tidak pernah lari dari membuat dosa dan kesilapan. Maka pebanyakkan beristighfar untuk melembutkan hati dan minta diampunkan dosa-dosa.
3) Surah Al-Fatihah
Surah ini merupakan rukun dalam solat. Jika kita tidak tahu atau tidak lancar membaca surah al-Fatihah, bagaimana solat kita ingin menjadi sah? Maka lancarkan bacaan surah al-Fatihah serta betulkan tajwid. Niat bukan hanya untuk lepas soalan akad nikah sahaja, namun niatkan kerana Allah dan sentiasa memperbaiki diri.
4) Rukun Iman
Beriman kepada Allah S.W.T
Beriman kepada Malaikat
Beriman kepada kitab-kitab suci
Beriman kepada para Rasul
Beriman kepada hari akhirat
Beriman kepada Qada’ dan Qadar
5) Rukun Islam
Mengucapkan dua kalimah syahadah
Mendirikan solat fardhu 5 waktu
Berpuasa di bulan Ramadhan
Menunaikan zakat
Menunaikan haji bagi yang mampu
6) Doa Qunut
Doa qunut dibaca di dalam raka’at kedua solat Subuh.
7) Hadas Besar
Pengantin perlu tahu perihal hadas besar. Perkara-perkara yang boleh menyebabkan hadas besar, larangan ketika berhadas besar dan cara bersuci (mandi hadas).
Soalan-soalan akad nikah bergantung kepada kehendak tok kadi tersebut dan tiada dalam syarat rukun nikah. Walaubagaimanapun ini merupakan perkara yang wajib diketahui oleh umat Islam.
Sumber: https://www.kahwinlife.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehidupan rumahtangga bukan hanya aku aku dan kau kau tapi kita iaitu bersama-sama dalam melakukan setiap perkara. Namun sering si isteri rasa bersalah, apakah hukumnya si isteri menyuruh suami untuk buat kerja rumah?
Soalan :
Berdosakah saya menyuruh suami membuat kerja-kerja rumah kerana saya dalam keadaan tidak sihat?
Jawapan :
Kehidupan rumah tangga adalah satu perkongsian hidup antara suami isteri. Oleh itu tidak salah dan tidak berdosa sekiranya isteri meminta bantuan suami untuk membuat kerja-kerja rumah dengan jujur tanpa niat hendak memperhambakan suami.
Sementara suami pula sekiranya isteri dalam keadaan tidak sihat wajiblah dia membantu isterinya itu. Sekiranya dia membiarkan isterinya melakukan kerja-kerja berat sehingga memudaratkan isteri, maka dia dianggap telah menganiya isteri.
Contohilah Rasulullah kerana baginda merupakan manusia yang paling baik melayani isteri.
Dalam masa yang sama, isteri hendaklah meminta bantuan suami dengan menggunakan kata-kata yang lembut supaya suami tidak merasakan ia suatu arahan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!