Salah satu sunat yang selalu sangat diingati ialah melakukan hubungan intim bersama pasangan suami isteri pada malam Jumaat. Sunnah Rasulullah SAW bermaksud, segala yang datang daripada Nabi Muhamad SAW, sama ada dari segi perbuatan, perkataan atau pengakuannya. Semua yang datang daripada Nabi Muhamad SAW adalah sunnah.

Sumber hukum bagi umat Islam ada empat.

Yang pertama:

  1. Al-Quran
  2. Al-Hadis (as-Sunnah)
  3. Al-Qias
  4. Al-Ijmak al-Ulama.


.

Tetapi akibat dorongan hawa nafsu dan minda, ramai yang hanya memikirkan tentang nafsu sahaja. Maka sumber hukum kedua setelah Al-Quran, iaitu as-Sunnah ini sering dijadikan sandaran untuk menjustifikasi tentang hubungan suami isteri pada malam jumaat.

Firman Allah s.w.t bermaksud:

Dihiasi bagi manusia itu dengan perasaan dan keinginan kepada sesuatu, iaitu syahwat kepada wanita…”
(Surah Ali Imran ayat 14)

 

IKLAN

Firman Allah s.w.t bermaksud:
” Mereka (para isteri) adalah sebagai pakaian bagi kamu dan demikian sebaliknya kamu juga ibarat pakaian bagi mereka..”
(Surah Al Baqarah ayat 187)

 

Firman Allah s.w.t bermaksud:
” Isteri-isteri kamu adalah ladang bagi kamu dan datanglah kepada ladang kamu mengikut yang kamu suka dan kehendaki”(Surah Al Baqarah ayat 223)
Menurut Ibnu Jarir At Tabari, “ladang” bermaksud tempat menanam benih.

 

Sementara maksud perkataan “datangilah mengikut yang kamu kehendaki” ialah boleh melakukan persetubuhan dengan isteri dalam pelbagai cara, teknik dan posisi yang sesuai asalkan melalui kemaluannya (kemaluan isteri) dan TIDAK melalui duburnya !!


.

IKLAN

KELEBIHAN MALAM JUMAAT

Menurut sebuah kajian Princeton pada tahun 2010, siapa yang aktif melakukan hubungan intim, pertumbuhan sel di bahagian hippokampus (kawasan otak pada sistem limbik yang melibatkan perlakuan dan emosi individu) akan lebih banyak diproses, dan kemudian menyebabkan individu tersebut kurang rasa tertekan.

IKLAN

Tidak hairanlah apabila individu disentuh dan dibelai penuh kasih sayang, serba sedikit ia dapat membantu seseorang rasa relaks, dan berehat dari memikirkan dunia luar.

Apabila anda sedang melakukan hubungan intim, secara automatik badan anda menegeluarkan oxytocin dimana satu bahan kimia yang dapat memberikan anda kehangatan, rangsangan dan juga kelegaan melepaskan nafsu klimaks.

Dalam pada masa yang sama, ketika anda dan pasangan ingin meluahkan rasa cinta, rindu dan kasih sayang yang terpendam melalui seks dengan cara sentuhan, ciuman, pelukan, bahasa mata dan lenggokkan tubuh badan.

Tekanan darah akan tinggi dan kadar penafasan akan laju seperti berlari pecut 100 meter! Malah, ketika anda dan pasangan mencapai tahap klimaks, akan berlaku ketegangan otot di seluruh badan dan sesetengah posisi. Ianya memerlukan ketahanan fizikal yan kuat di bahagian kaki dan juga tangan, sehingga menyebabkan refleks terhadap otot badan.