HABIB jenama barang kemas yang tidak asing menyambut ulang tahun ke 60 tahun dengan mempamerkan barang kemas eksklusif dan setiap satunya kaya dengan warisan. Barang kemas HABIB menggunakan identiti Malaysia sebagai inspirasi.
Dan sempena sambutan ulangtahunnya yang ke-60, HABIB telah melancarkan sebuah pameran khas di mana barang kemas yang ditonjolkan semuanya berinspirasikan warisan budaya Malaysia.
Dinamakan sebagai “Heritage Journey”, pameran ini juga menampilkan koleksi barang kemas antik yang terbesar di negara ini.
“Barang kemas yang dipamerkan ini mempunyai kisah tersendiri di sebaliknya dan kami mengajak pengunjung untuk menerokai sejarah dan nilai-nilai murni yang membantu dalam penghasilan karya barangan HABIB,” kata Pengarah Urusan HABIB Group, Datuk Sri Meer Sadik Habib.
Heritage Journey bukan hanya diadakan untuk meraikan waktu istimewa bagi jenama barang kemas dan permata terkemuka Malaysia ini.
Ia juga bertujuan bagi membawa pengunjung untuk mengikuti sebuah perjalanan warisan yang melakarkan permulaan kisah hidup Datuk Haji Habib Mohamed Abdul Latif.
Beliau telah membuka bisnes ini pada tahun 1958 di sebuah kedai barang kemas kecil di Pitt Street, Pulau Pinang.
Pada hari ini, kedai dua tingkat yang dihiasi dengan reka bentuk seni bina Jawi Peranakan itu masih berdiri kukuh sebagai penghormatan kepada insan istimewa di sebalik nama jenama HABIB ini.
Tingkat atasnya telah diubahsuai khas untuk menjadi galeri warisan HABIB yang menampilkan lebih daripada 1,000 jenis barang kemas indah yang lama, iaitu sejak 100 tahun lalu.
Meer berkata bahawa ayahnya, yang telah meninggal dunia April lalu, mempunyai pelbagai idea yang bukan konvensional. Beliau telah membuktikan yang apa saja boleh dicapai dengan kerja keras dan keazaman.
“HABIB, yang telah dia bangunkan daripada kosong 60 tahun lalu, kini sudah berkembang untuk menjadi lebih daripada sekadar sebuah bisnes barang kemas. Saya berharap legasinya akan diteruskan apabila kami tunaikan janji untuk menawarkan ‘hadiah kegembiraan’ bagi banyak lagi dekad yang akan datang.”
Bagi mereka yang tidak sempat ke pameran Heritage Journey yang telah berlangsung di The Curve pada awal bulan, anda berpeluang meneliti perhiasan hebat ini di IOI City Mall, Putrajaya dari 24 November hingga 2 Disember ini.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bakal menginjak usia 44 tahun, penyampai radio terkenal, Fara Fauzana menitiskan air mata apabila diajukan soalan tentan jodoh semasa sedang bertugas di konti radio Hot FM baru-baru ini.
Fara atau nama sebenarnya, Farah Fauzana Mohd. Fadzil tidak dapat menahan sebak apabila ditanya apakah pilihannya berkenaan cinta dan duit.
“If you ask me (kalau anda tanya saya), saya takkan pilih duit, saya akan pilih cinta,” katanya seraya mengesat tangisan yang membasahi pipinya.
Video yang dikongsikan menerusi Instagram Hot FM itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial tersebut.
“Perempuan yang tahu cari duit, ada duit akan pilih cinta, duit boleh dicari dan Insya-ALLAH semoga dipermudahkan utk kita semua,” kata seorang pengguna, Nurayka.
“Semoga kamu bertemu dan berjodohan dengan orang yang tepat buat kamu Farah,” komen kelipmalam77.
“Insya-ALLAH semoga Kak Farah akan memiliki cinta suatu hari nanti. Solat hajat doa biar yang hadir itu paling terbaik,” ujar Nuraryanaa pula.
Untuk rekod, Fara pernah mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang lelaki bernama Mohamed Hafiz Badiuzzaman pada Julai 2016.
Bagaimanapun, perkahwinan mereka terpaksa dibatalkan pada saat akhir.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat tahun keenam penganjuran Pencarian Wanita Melayu 2019, Plaza Shah Alam kini kembali membuka peluang buat semua gadis melayu di luar sana untuk bergelar Ikon Wanita Melayu 2019.
Ia telah mula dianjurkan pada tahun 2014 oleh Plaza Shah Alam, bertujuan untuk mencari gadis Melayu yang masih mengamalkan gaya hidup melayu dalam dunia serba moden hari ini.
Sesi ujibakat pertama telah diadakan pada tarikh 23 Mac yang lalu dan akan diikuti dengan sesi kedua pada 30 Mac 2019 juga di Plaza Shah Alam.
Dua sesi promosi awal sudah dilakukan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur bersempena Hari Kraftangan Kebangsaan yang lalu serta satu sesi promosi “Open Day PWM2019” di Plaza Shah Alam yang berlangsung pada 15 Mac 2019 yang lalu.
Permakahan peserta akan dinilai daripada sudut personaliti, komunikasi dan bakat yang dipertaruhkan. Beberapa soalan juga akan diajukan oleh juri terpilih bagi melihat keupayaan serta kebolehan para peserta dalam menjawab soalan secara spontan dalam masa yang ditetapkan.
Seperti tahun sebelumnya, pihak Plaza Shah Alam berbangga dengan penglibatan Habib Jewels sebagai penaja utama program ini. Antara penaja lain yang turut bersama adalah Ice-watch, Xixili, Anytime Fitness, dan juga MC Vogue. Selain penaja melakukan aktiviti bersama peserta mereka juga akan menaja hadiah bagi kesemua finalis.
Selain dapat merebut gelaran Ikon Wanita Melayu pemenang utama Pencarian Wanita melayu 2019 bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM5000, Barangan Habib Jewels bernilai RM4000, Jam tangan Ice-Watch (RM2000) serta penajaan daripada Xixili dan Anytime Fitness.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Khabar bahagia datang daripada pelakon Indonesia, Dea Annisa apabila dia akhirnya selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Mazaki Ahmad.Pasangan ini disatukan dalam sebuah...