Kadang-kadang lelaki ini sukar untuk diduga dalam semua perkara termasuk percintaan. Mereka sukar untuk meluahkan kata-kata cinta, namun anda sebagai wanita boleh melihat tingkah lakunya jika dia menyukai diri anda.
Mungkin tanda-tanda permulaan hubungan yang baharu saja memutik tidak terlalu ketara apatah lagi hubungan tersebut baharu saja terjalin. Walau bagaimanapun, anda boleh mengenal pasti tanda-tanda bahawa lelaki menyukai diri anda dan mula jatuh cinta. Nak tahu apa tanda-tanda tersebut?
Jom kita lihat 8 tanda lelaki mula menyayangi dan mula jatuh cinta pada diri anda!
1. SELALU MELUANGKAN MASA BERSAMA
Secara tipikalnya, jika seorang lelaki tidak mencintai anda sudah pasti si dia tidak akan meluangkan masa bersama anda. Jika si dia secara terus menerus mencari masa untuk bersama anda, itu sudah pastinya si dia mencintai anda setulus hatinya. Tidak kira pada waktu tengahari atau tiba-tiba muncul di tempat kerja anda, jadi si dia boleh bersama anda.
Ads
2. RENUNGAN MATANYA
Kebanyakkan lelaki, jika mereka tidak menyukai seseorang atau sesuatu, mereka akan cenderung untuk memandang ke arah lain. Jika seorang lelaki merenung tepat ke arah mata anda dan memastikan hubungan mata antara anda dan si dia tidak putus, itu menunjukkan yang si dia benar-benar jatuh cinta akan anda.
3. MUDAH MENUNJUKKAN RASA CEMBURUNYA
Ianya normal jika si dia kelihatan cemburu pada satu situasi, asalkan si dia tidak melebih-lebih kerana selalunya jika lelaki mula cemburu, itu melambangkan si dia punya hati pada anda.
Ads
4. BERCAKAP MENGENAI MASA HADAPAN DENGAN ANDA
Lelaki tidak akan berbicara tentang sesuatu perkara yang serius jika mereka tidak menyukainya. Jika si dia mula berbincang bersama anda tentang kehidupan kalian di masa hadapan atau mungkin berjenaka tentang 10 tahun akan datang berkaitan kalian, ia satu petanda besar yang hubungan yang kalian mula jalinkan ini akan kekal lebih lama.
5. MEMBAWA ANDA MENEMUI KELUARGANYA
Selepas sahabat, keluarga adalah golongan yang kedua si dia akan membawa wanita yang mereka sukakan. Majoriti lelaki tidak akan membawa pulang mana-mana wanita untuk bertemu dengan ibu bapanya. Jadi, jika si dia membawa anda pulang ke rumah keluarganya dan berjumpa dengan ibu bapanya, itu adalah petanda yang sangat baik melambangkan cintanya pada anda dan pastinya si dia sudah bersedia untuk fasa perhubungan yang lebih matang.
Ads
6. MELINDUNGI DIRI ANDA
Selalunya apabila seorang lelaki mula bersikap melindungi kepada anda, ianya menandakan tanda cintanya pada anda adalah kukuh. Sebagai contoh, lelaki akan memastikan yang anda selamat tiba di rumah tanpa sebarang masalah dan gangguan, dan setelah itu barulah si dia beredar pergi apabila menghantar anda di rumah kerana si dia tidak mahu sebarang perkara buruk berlaku kepada orang yang dia sayangi.
7. MEMASTIKAN DIRI ANDA SENTIASA SENYUM DAN GEMBIRA
Apabila hubungan cinta itu terjalin, ia sememangnya satu tahap dan masa yang anda tidak akan pernah bosan atau keseorangan. Pastinya jejaka idaman anda akan memastikan anda sentiasa bergelak riang ketika bersamanya. Jika si dia berkesan dalam membuatkan anda bergelak ketawa dan merasakan diri lebih istimewa, hakikatnya si dialah orang yang anda cari selama ini.
8. TIDAK BOLEH MARAH DENGAN ANDA TERLALU LAMA
Jika pasangan anda tidak boleh kekal dengan mood marah kepada anda lebih dari beberapa jam, itu bermakna yang si dia terlalu cinta kepada anda. Apatah lagi jika si dia yang meminta maaf terlebih dahulu walaupun si dia tidak bersalah dalam masalah yang kalian hadapi, hakikatnya dialah yang anda cari selama ini.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam sesebuah hubungan, ada beberapa perkara bahaya yang kerap dilakukan tanpa sedar boleh menjejaskan sesebuah hubungan tersebut. Setiap pasangan perlu mengelak perkara-perkara bahaya ini dalam memastikan hubungan berkekalan dan berpanjangan.
Namun, apakah perkara bahaya yang dimaksudkan itu? Jom kita lihat tujuh senarai perkara bahaya yang harus dielakkan oleh setiap pasangan sebelum terlambat!
1. KURANG BERINTERAKSI
Ini tidak bermakna anda dan pasangan kurang texting setiap hari, tetapi kedua-duanya gagal untuk berinteraksi tentang perkara yang mengganggu kalian. Semuanya dipendam dan lama-kelamaan apabila perkara itu diketahui, pada masa itu, nasi sudah menjadi bubur.
2. BERAHSIA DENGAN PASANGAN
Walaupun anda melakukannya kerana sayang dan tidak mahu menyakiti hatinya, menyembunyikan perkara kecil daripada pasangan boleh menjadi masalah besar dan wujudnya trust issues yang boleh merosakkan hubungan anda berdua. Sebaiknya, kongskanlah semua masalah dengan pasangan kerana sikap anda yang suka berahsia boleh membawa masalah kepada hubungan anda di kemudian hari.
3. DEGIL DAN KERAS KEPALA
Orang kata, jika anda sayangkan seseorang, sudah pasti anda akan bertolak ansur bukan? Mereka yang hanya mahu ikut cara mereka tanpa menghiraukan pasangannya tidak seharusnya mempunyai hubungan dengan orang lain sebaliknya dengan diri mereka sahaja.
4. MEMANDANG RENDAH PADA PASANGAN
Memandang rendah kepada pasangan semata-mata nak buat anda nampak lebih hebat daripada dia hanya akan memburukkan lagi hubungan kalian. Memandang rendah kepada pasangan adalah lebih teruk daripada curang kerana anda cuba membuktikan yang anda lebih bagus daripada pasangan. Perkara ini tidak harus berlaku kerana hubungan yang baik tidak perlu ada perbandingan status mahupun darjat.
5. BERADA DALAM HUBUNGAN YANG TIDAK RELA
Hubungan yang terjalin tanpa rasa cinta merupakan perkara yang lebih parah dari curang. Keterpaksaan atau terpaksa untuk mencintai hanya akan membuatkan hati anda lebih sakit. Mungkin pertalian anda disatukan atas dasar kenalan keluarga, namun rasa cinta tidak pernah berputik. Ini hanya membuatkan hubungan anda berdua menjadi lebih parah.
6. MANIPULASI
Kadangkala anda tidak sedar yang anda dimanipulasi oleh pasangan atau anda yang memanipulasi keadaan. Memanipulasi pasangan demi kepentingan diri sendiri hanya boleh merosakkan lagi hubungan. Jangan gunakan pasanan untuk anda kecapi apa yang diinginkan. Contohnya, memanipulasi pasangan untuk berjaya dalam hidup dan meraih populariti.
7. CEMBURU TAK BERTEMPAT
Walaupun pasangan anda tidak pernah curang tetapi disebabkan keraguan anda dan masalah yang timbul akibat cemburu buta, hubungan kalian menjadi lebih sukar. Sikap cemburu itu perlu dalam hubungan, namun cemburu tak bertempat perlulah dielakkan. Jangan sampai ia boleh merosakkan hubungan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Amat penting juga untuk anda menyiapkan barangan yang perlu dibawa ke hospital supaya tidak mengalami ‘panic attack’ nanti. Maklumlah, kita tidak pasti dan tidak tahu saat-saat kelahiran itu akan berlaku pada waktu bila. Oleh itu, lebih baik untuk anda atau suami untuk menyediakan kelengkapan sebelum ke hospital. Tak pasti nak bawa apa? Jangan risau, kami senaraikan barangan apa yang anda perlu masukkan dalam ‘checklist’!
1. BARANG BAYI
Aku siap packing macam ni so senang tak payah nak meraba-raba dalam beg cari baju la, seluar la. Beg plastik ni beli dekat Ikea. Nanti boleh refill balik baju-baju yang dah kotor.
Setiap beg plastik ada :
rompers panjang 2 helai/ baju lengan panjang n seluar 2 helai ( setiap beg plastik tu aku letak sepasang2 la, kan ada 4beg tu hehe)
mitten&booties
hat
bedung
pampers
barut
2. BARANG BAYI (EXTRA)
Bertanda extra tu aku letak : ( in case tak cukup, boleh grab je dalam plastik extra ni)
baju lengan pendek 2helai
extra pampers
extra mitten&booties
extra bedung
extra barut
Plastik sebelah tu pulak :
towel
selimut
sapu tangan
Yang bawah tu dalam kotak:
baby care ( bedak, lotion, shampoo, minyak telon, baby oil, minyak yuuyee, cotton bud)
baby wipes
botol susu ( incase nk pakai nti, aku spare siap)
3. Checklist barang mommy
baju 2 helai
kain batik
skirt
towel
shawl/ tudung sarung
stocking
breast pad
maternity pad
toiletrities ( sabun, ubat gigi, berus gigi, coconut scrub tu WAJIB BAWAK bebas dri segala daki)
mommy care ( lotion, moisturizer, vaseline, barang makeup sikit)
minyak tyt
breast pump ( incase nk guna, spare jer)
Yang takde dalam gmbar perlu bawak ( sebab tak beli lagi):
nursing bra
disposable panties
nipple cream
kad pengenalan
buku pink
yasin
charger, powerbank
handphone
bahan bacaan ( aku rasa tak sempat nak baca pun, saja la aku nak bawak. Best buku nana ni semua benda dia cita dari cara nak push macam mana, breastfeeding, dalam pantang. Dah lama aku beli buku ni sebelum kawin lagi. Tak tahu la ada lagi ke tak. kalau nk pinjam boleh jer hehe)
6. Bakul Berpantang
Yang ni pula bakul baju baby dan semua la sebab aku berpantang dekat rumah mak mertua, bawak 1 bakul ni jer. Semua boleh sumbat sebab besar. Berzip macma ni tak ada habuk masuk. Atas tepi boleh bukak. Beli dekat kaison Rm25 rasanya.
*Tak adalah panik nanti nak bawa barang apa kan? Buat persiapan awal!
Sumber: Nadyia Yaya
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai wanita yang terlalu taksub dalam menjaga kecantikkan luaran dan mengabaikan kecantikkan dalaman. Sebenarnya, kesihatan dalam adalah antara yang paling penting untuk dijaga agar kecantikkan luaran turut terserlah.
Antara aset utama yang penting dalam tubuh wanita adalah peranakkan atau rahim. Ramai wanita yang telah melahirkan anak mengalami peranakkan jatuh, ini bukan masalah ringan, kerana ianya adalah aset yang sangat penting dalam tubuh badan dan berkait rapat dengan keintiman suami isteri.
angan ambil ringan apabila terasa sakit di bahagian belakang, sukar membuang air besar dan terkencing apabila terbatuk. Tidak selesa semasa mengadakan hubungan kelamin kerana berasa seperti ada benda yang turun di bahagian vagina.
Tidak ramai mengetahui masalah sebenar gejala ini sehinggalah ke peringkat agak teruk dan mendesak mereka membuat pemeriksaan doktor. Sebaiknya jika anda rasa ada sesuatu yang tidak kena pada peranakkan anda, sila buat pemeriksaan segera.
Bahasa perubatan dikenali sebagai Uteral Viginal Prolapse (UVP) adalah situasi di mana rahim turun/jatuh dari tempat asal melalui saluran faraj atau kadang-kadang berada di luar saluran faraj.Dianggarkan kira-kira 30% daripada wanita yang pernah bersalin secara normal dan lebih daripada dua atau tiga kali bersalin akan berasa ada simptom-simptom rahim jatuh.
Tiga peringkat masalah rahim jatuh :
1) Peringkat pertama – rahim turun sedikit sahaja
2) Peringkat kedua – rahim sedikit terkeluar pada lubang faraj
3) Peringkat ketiga – rahim terkeluar sepenuhnya. Pada peringkat ini ia boleh mengganggu proses membuang air.
Tip untuk jaga peranakan
1. Elakkan berdiri terlalu lama. Ambil masa untuk seketika dan melunjurkan kaki ke atas bangku.
2. Melakukan senaman pelvis amat penting walaupun sejak zaman bujang lagi. Ini menguatkan otot-otot dalaman, membantu mempercepatkan proses pemulihan pasca surgeri, mendapatkan semula rasa mengawal kencing dan mengurangkan sakit belakang.
3. Amalkan pemakanan yang betul bagi mengelakkan sembelit yang teruk. Banyakkan makan sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin. Elakkan meneran di bilik air lebih daripada 15 minit. Puas atau tidak, sila keluar dari bilik.
4. Memakai girdle atau sut pelangsingan badan yang sesuai boleh membantu tetapi bukan korset yang amat ketat.
5. Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokok bagi menghindari batuk yang kronik.
6. Elakkan mengandung yang kerap dan rapat. Cubalah kaedah-kaedah perancang keluarga yang mempunyai peratus kejayaan tinggi.
7. Amal makan jamu sejak anak dara.
Jaga peranakkan anda dengan baik, jangan ambil mudah jika anda mengalami simptom-simptop kejatuhan peranakkan.
Sekian petikan dari bm.com.my
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!