Tips untuk penghidap resdung dan hidung sering berair. Senang cerita asik bersin tak kira masa dan dimana mana.

Apa yang aku buat untuk kurangkan rasa tak selesa apabila nk buat kerja dan aktiviti harian.

Korang pun boleh share sekali tips korang.

Clarinase

Kalau aku ada acara penting and masa itu jugalah bersin teruk, aku telah ubat ini. Clarinase nama dia. Ada dua jenis. Tahan untuk 12 jam dan 24 jam.

Hidung Gatal Macam Nak Tercabut, Guna Produk Ini Terus Masalah Resdung SettleHidung Gatal Macam Nak Tercabut, Guna Produk Ini Terus Masalah Resdung Settle

Dijual di mana-mana farmasi. Ada lagi satu jenis Clarinox mana dia. Tetapi kurang berkesan untuk aku.

Selalunya aku telan sebelum nak snorkeling atau diving.

Sterimar

Bagus untuk bersihkan hidung.  Pastikan tengok arahan di Youtube sebelum guna. Agak pedih, tetapi bagus. Rasa hidung terus clear. Ada dua jenis, satu untuk hidung tersumbat, satu lagi untuk kebersihan hidung, macam di bawah ini. Boleh guna 2-4 kali sehari.

Ada jual di mana-mana farmasi.

Hidung Gatal Macam Nak Tercabut, Guna Produk Ini Terus Masalah Resdung Settle

NeilMed Sinus Rinse

Ini sumpah penyelamat hidup aku. Kenapalah aku baru tergerak nak beli?

Picit botol itu pada sebelah hidung dan air akan mengalir keluar sekali dengan lendiran melalui lubang sebelah lagi. Boleh tengok tutorial di Youtube. Mat salleh banyak guna benda ini sebab barang ini daripada Amerika.

Hidung Gatal Macam Nak Tercabut, Guna Produk Ini Terus Masalah Resdung Settle

Pastikan baca arahannya betul-betul sebab sangat penting untuk hygiene korang.  Terdapat banyak jenis. Setakat ini, ini yang paling berpatutan dan mudah digunakan.

Perasaan dia seperti korang basuh lubang hidung korang. Bernafaslah dengan gembira.

Flavettes

Saya kerap kena. Walaupun dah makan ubat selsema pun masih tak jalan-jalan. Doktor pun jadi risau sebab hari-hari makan ubat selsema pun bahaya juga, doktor bagi ubat sembur pun sama tak jalan juga. Tadi pun kena, tak tahan sangat dan kebetulan keluar singgah pergi Watson beli vitamin ini. Balik-balik terus makan, alhamdulillah hilang terus.

Hidung Gatal Macam Nak Tercabut, Guna Produk Ini Terus Masalah Resdung Settle

Nasonex

Sampai sudah tak tahan rasa nak bedah saja hidung ini sebab sudah macam-macam cuba pakai semua tapi tak jalan. Bersin, kahak, lendir, gatal dan nafas berbau membuatkan irang pun takut nak dekat dengan kita. Bila sudah jumpa benda ini memang wajib ada dalam beg sandang aku. Pakai setiap waktu pagi dan malam.

Hidung Gatal Macam Nak Tercabut, Guna Produk Ini Terus Masalah Resdung Settle

Aztec mask

Akhir sekali bonus untuk menghilangkan jerawat resdung yang degil, aku gunakan Aztec mask ini. Benda ini sudah terkenal. Tetapi pastikan beli yang original. Jerawat kering dan parut cepat hilang. Lepas guna terasa macam muka baru lepas buat facial.

Hidung Gatal Macam Nak Tercabut, Guna Produk Ini Terus Masalah Resdung Settle

Sumber : Reena Razak

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI