Buat mereka yang bakal mendirikan rumah tangga, wang bukanlah perkara yang boleh datang dalam sekelip mata atau hanya boleh dicakap-cakap. Malah sebelum kahwin juga kita memerlukan wang banyak untuk menyelesaikan tentang kenduri dan majlis, lagikan pula selepas kahwin.
Artikel terbuka ini khas untuk si suami dan isteri kerana masing-masing punya peranan dalam menyediakan keperluan isi rumah tangga. Dalam islam mensyaratkan seseorang yang ingin berkahwin mesti mampu dalam segi fizikal, mental (termasuk kerohanian) dan kewangan.
Hanya dengan tiga perkara utama ini, kebahagiaan dalam perkahwinan dapat dicapai.
Ads
Tabung rumah
Sikap menyimpan amat penting kerana ia memberi faedah pada hari susah nanti. Sediakan satu tabung rumah untuk keperluan kecemasan anda dan keluarga.
Suami malas kerja?
Islam mengamanatkan suami untuk menyediakan nafkah zahir dan batin kepada isteri mengikut kemampuannya seperti makanan yang cukup, tempat tinggal dan pakaian. Runtuh institut rumah tangga kalau si suami mula melepek di rumah. Si isteri tegurlah suami anda jika dia tidak mahu keluar mencari rezeki, paksalah si dia. Jangan pula anda bersusah-payah menjaga biawak hidup, lebih baik hidup sendiri.
Ads
Jangan bermewah
Bukan suruh hidup kasi pagi makan pagi, kasi petang makan petang tapi janganlah hari pertama dapat gaji terus merancang untuk menghabiskannya. Seeloknya matangkan fikiran anda, fikir keperluan hidup dahulu seperti barang dapur dan keperluan rumah atau diri. Ini tidak, suami isteri sama sahaja…dapat gaji terus pergi berlibur akhir bulan sanggup kurung dalam bilik berlapar.
Sedar diri
Tolonglah jangan berangan nak kahwin kalau pemalas dan beli makan minum sendiri pun belum cukup. Ramai sangat anak muda sekarang yang gemar mengupas topik kahwin tapi tidak mengenal erti sebenar berumah tangga. Penulis suka dengan perkongsian dari Ustaz Adnin di laman Tarbiah Sentap tentang kisah ‘Kenapa Nak Kahwin Sangat’.
Ustaz Yusuf Mansur mengatakan bahawa tidak ada sesuatu yang tidak mungkin selama kita berusaha. Demikian juga keinginan menjadi orang kaya, banyak wang dan rezeki berlimpah, bukankah Muslim itu wajib kaya?
Kerana itu berikut ini diajarkan riyadhah atau amalan yang jika rutin dilaksanakan selama terus menerus, Insya Allah akan mendapatkan rezeki berlimpah. Untuk tahap pembelajaran dimulai selama 40 hari terlebih dahulu.
Diharapkan setelah 40 hari masih terus melaksanakan amalan tersebut bahkan lebih ditingkatkan aktivitinya. Seperti halnya Allah melatih kita melakukan ibadah di bulan Ramadhan selama 30 hari dengan harapan kita tetap boleh melanjutkan di hari-hari selanjutnya. Intinya sebenarnya merutinkan ibadah sehingga menjadi kebiasaan. Apakah amalan yang harus dilakukan selama 40 hari menuju kaya dan rezeki melimpah?
# 1. Rutinkan solat berjamaah di masjid dan tepat waktu
Sekerap mungkin lakukan solat fardhu di masjid berjamaah disertai dengan solat sunat qabliyah dan ba’diyahnya. Qabliyah adalah solat sunat sebelum solat wajib iaitu 2 atau 4 rakaat sebelum solat Zohor, sebelum Asar, 2 rakaat sebelum magrib, sebelum Isyak dan sebelum subuh. Sementara Ba’diyah adalah solat sunat sesudah solat fardhu, iaitu 2 rakaat setelah Zohor, setelah Magrib dan setelah isyak. Jangan lupa solat tahiyatul masjid sebagai penghormatan kepada masjid. Jangan pernah menunda melakukan solat. Begitu azan berbunyi segeralah ke masjid terdekat.
# 2. Rutinkan solat tahajud 8 rakaat dan solat witir 3 rakaat
solat tahajud adalah salah satu solat sunat yang paling utama, dikerjakan pada sepertiga malam, minimal 2 rakaat, tapi Ustaz Yusuf Mansur menganjurkan 8 rakaat ditambah witir 3 rakaat. Sepertiga malam itu juga adalah waktu mustajab (waktu terkabulnya doa).
# 3. Baca Surah Al Waqiah
Inilah surah yang boleh melancarkan rezeki ” Barangsiapa membaca Surah Al Waqiah setiap malam, maka ia tidak akan ditimpa kefakiran selamanya (H.R.Ibn Sunni). Jangan lupa membaca surah ini sesudah solat subuh atau sesudah solat isyak.
# 4. Rutinkan solat Dhuha
Mengapa dhuha boleh melancarkan rezeki? Alasannya sudah saya tulis di sini. solat sunat dhuha adalah solat sunat 2 rakaat yang dilaksanakan saat matahari mula naik sampai sebelum zohor. Rutinlah melaksanakan dhuha 6 rakaat, bagi yang mampu boleh sampai 12 rakaat itu lebih baik. (2 rakaat salam, begitu seterusnya).
# 5. Baca zikir sesudah solat
Setelah solat jangan terus berdiri tapi bacalah zikir yang biasa anda baca ditambah dengan membaca asmaul husnah Ya Fattah ya Razaak 11 kali, dilanjutkan dengan membaca ayat kursi 1 kali dan Surah Al Ikhlas 3 kali. Rutinkan setiap selesai solat. Khusus selesai solat subuh dan asar ditambah dengan membaca 4 ayat terakhir Surah Al Hasyr.
# 6. Rutin membaca zikir ini
Rutinkan membaca Laa hawla wala quwwata illaa billah sebanyak 300 kali, boleh juga 100 kali setiap hari dan boleh dibagi membacanya setelah solat fardhu (100 / 5 = 20 kali di setiap selesai solat fardhu).
# 7. Rutin mohon ampun
Bacalah istighfar sebanyak 100 kali setiap hari. Kerana sememangnya setiap hari kita berbuat dosa yang kita sedari maupun tidak.
# 8. Rutin membaca zikir pagi dan petang
Jangan lupa setiap hari membaca subhanallahi wabihamdihii subhanallahil adzhiem 100 kali di waktu pagi dan 100 kali di waktu petang (petang hari). Boleh dilakukan habis solat dhuha dan petang nya setelah melakukan ibadah solat asar atau menjelang magrib
# 9. Rutin baca yasin
Rutinkan membaca surah ke 36 dari Al Quran ini, waktunya bebas, lakukan bila-bila saja dan baca sebanyak 1 kali setiap hari.
# 10. Tutup malam dengan solat sunat 2 rakaat
Begitu mengantuk jangan terus tidur tapi lakukan solat sunat 2 rakaat sebelum tidur, baca Surah Al Kafiruun di rakaat pertama dan Al Ikhlas di rakaat kedua. Setelah itu jangan lupa membaca Surah As Sajdah, Al Mulk atau Ar Rahman (pilih salah satu).
Lakukan 10 amalan ini rutin selama 40 hari. Usahakan jangan terlepas walau satu haripun. Boleh buat check list untuk membantu memeriksa apakah salah satu amalan sudah dilaksanakan atau belum. Bagi wanita yang datang haid boleh berhenti sejenak dan melanjutkan setelah suci.
Niatkan dan mohonkan rezeki yang banyak dan bermanfaat untuk diri dan orang lain. Jika setelah 40 hari masih ingin dilanjutkan silakan. Jika sudah menjadi kebiasaan boleh menjadi ladang pahala buat kita. Wallahu alam.
Menjadi Kaya Raya Dalam Waktu 40 Hari
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai lepas tangan bab tanggung jawab jaga mak ayah selepas sudah sah jadi milik orang. Ada yang tolak pada anak lelaki sahaja dan begitu juga sebaliknya.
Hakikatnya anak perempuan atau anak lelaki, kedua-duanya punya tanggung jawab untuk menjaga ibu bapa. Kewajipan menjaga dan berbuat baik terhadap kedua ibu bapa adalah tanggung jawab anak-anak.
Tanggapan anak perempuan terlepas daripada tanggung jawab menjaga ibu bapa selepas berkahwin tidak benar sama sekali. Setiap anak wajib berbuat baik bukan sahaja terhadap ibu kandung, bahkan mentua, ibu angkat, ibu tiri mahupun sekadar ibu susuan.
Bukan anak lelaki sahaja perlu dipertanggung jawabkan menjaga ibu bapa yang sakit. Malah kerana tanggapan ‘wajib’ itu, tugasan berkenaan diserahkan pula kepada menantu perempuan untuk menjaganya yang sama sekali tidak benar.
Terdapat banyak ayat Al-Quran yang menyentuh berkenaan kewajipan anak-anak kepada ibu bapa serta adab-adab yang mesti dijaga ketika bersama mereka. Pakar motivasi dan pendakwah, Noor Laila Aniza Zakaria, berkata hukum menjaga ibu bapa terutama yang uzur terletak bukan sahaja di bahu anak lelaki, bahkan anak perempuan.
Seandainya ibu bapa kandung isteri uzur atau terlantar sakit dan isteri ingin menjaganya, suami tidak boleh menghalang sebaliknya perlu membantu dalam menyediakan keperluan serta kebajikan mentua.
Apabila perempuan berkahwin, memang isteri dan segala dibawa adalah di bawah tanggung jawab suami termasuk nafkah ibu bapa isteri sekiranya mereka dalam kalangan orang miskin atau memerlukan bantuan perubatan. Nafkah itu perlu ditanggung menantu lelaki mengikut kemampuannya.
Bayangkan sekiranya anak lelaki sahaja dituntut menjaga ibu bapa, mungkin ramai dalam kalangan wanita yang sudah berkahwin mengabaikan orang tua mereka.
Di sinilah ditunjukkan pembelaan Allah SWT terhadap ibu bapa yang tidak berbelah bahagi dan saksama kerana tidak mengira sama ada kewajipan menjaga ibu bapa kandung atau mentua.
Suami yang menghalang isteri menjaga ibu bapanya apatah lagi dalam keadaan kesihatan tidak mengizinkan, ini bermakna golongan itu memutuskan hubungan ibu bapa dan anak yang hukumnya jelas haram.
Begitu juga dalam situasi suami ingin menjaga ibu bapanya yang sakit, jatuh hukum haram kepada isteri yang tidak membenarkannya. Namun, keadaan berbeza bagi menantu perempuan yang tidak diwajibkan menjaga ibu bapa suami yang sedang sakit.
Tanggung jawab menjaga ibu bapa suami yang sakit terletak sepenuhnya kepada tangan suami tetapi boleh berbincang dengan isteri atau jika mampu sediakan pembantu rumah bagi meringankan tugasan isteri.
Mengikut hukum, isteri wajib diberikan upah jika suami ingin pasangan menjaga ibu bapanya yang uzur. Jadi masyarakat tidak boleh melabelkan menantu perempuan yang menolak menjaga mentua sebagai kejam atau tidak berhati perut kerana ini hukum asas dalam agama.
Amat pelik bagi sikap sesetengah pasangan suami atau isteri yang sengaja tidak mahu menjaga ibu bapa masing-masing.
Apabila diuji menjaga ibu bapa sakit, apa yang lebih penting adalah melakukan persiapan mental dan emosi dengan rapi. Ibu bapa yang tinggal bersama perlu diutamakan keselesaan mereka dengan menyediakan keperluan sepatutnya termasuk tempat tidur kondusif dan aktiviti harian yang diisi dengan perkara bermanfaat.
Perbuatan mencela, menghamburkan kata kesat atau memperlekehkan ibu bapa atau mentua perlu dielakkan dengan sentiasa mengingati azab Allah SWT kepada setiap hamba-Nya yang derhaka.
Semoga Allah SWT menjadikan kita anak-anak yang soleh dan solehah serta anak-anak yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya sama ada semasa hayat mereka atau selepas ketiadaan mereka.
Kehidupan rumah tangga bukan semata-mata satu tuntutan atau sunnah Rasulullah SAW, malah ia merupakan satu medan untuk kita belajar lebih menghargai dan mensyukuri nidkmat dari Allah SWT. Rumah tangga yang normal pasti ada pahit, manis, masam dan masin. Adakalanya pedas dan hangat, adakalanya sejuk dan nyaman.
Cuma yang membezakan sesebuah rumah tangga, bagaimana peranan dimainkan oleh setiap pasangan suami isteri. Wahai Isteri! Contohi sifat Saidatina Khadijah yang sentiasa menyenangkan Rasulullah SAW.
Masih ingatkah kita tentang kejadian penurunan wahyu pertama di Gua Hira?
Hingga suatu ketika datang kepadanya Al Haq (kebenaran atau wahyu) iaitu sewaktu Rasulullah SAW masih berada di Gua Hira.
Malaikat datang kepadanya, lalu katanya, “Bacalah!” Jawab Nabi, “Aku tidak pandai membaca.”
Kata Nabi selanjutnya menceritakan, “Aku ditarik dan dipeluknya sehingga aku kepayahan. Kemudian aku dilepaskannya dan disuruhnya pula membaca.
“Bacalah!” katanya. Jawabku, “Aku tidak pandai membaca.”
Aku ditarik dan dipeluknya pula sampai aku kepayahan. Kemudian aku dilepaskannya dan disuruhnya pula membaca.
“Bacalah!” katanya. Kujawab, “Aku tidak pandai membaca.”
Aku ditarik dan dipeluknya untuk ketiga kalinya, kemudian dilepaskannya seraya berkata: “Iqra’ bismi rabbikalladzi khalaq. Khalaqal insaana min ‘alaq. Iqra’! Wa rabbukal akram. (Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan. Yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Demi Tuhanmu Yang Maha Mulia)
Setelah itu Nabi pulang ke rumah Saidatina Khadijah binti Khuwailid, lalu berkata, “Selimuti aku! Selimuti aku!” Lantas diselimuti oleh Khadijah, hingga hilang rasa takutnya. Kata Rasulullah SAW kepada Saidatina Khadijah (setelah dikhabarkannya semua kejadian yang baru dialaminya itu), “Sesungguhnya aku cemas atas diriku (akan binasa).”
Kata Saidatina Khadijah, “Jangan takut! Demi Allah! Tuhan sekali-kali tidak akan membinasakanmu. Engkau selalu menghubungkan tali persaudaraan, membantu orang yang sengsara, mengusahakan (mengadakan) barang keperluan yang belum ada, memuliakan tetamu, menolong orang yang kesusahan kerana menegakkan kebenaran.”
Sungguh indah kisah cinta keluarga bahagia Rasulullah SAW bersama isteri tercinta, Saidatina Khadijah.
Oleh itu para isteri, jadilah orang yang paling menyenangkan hati suami. Taatilah suami selagi peranannya dan tanggungjawabnya masih berlandaskan syariat Islam.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti ramai sedia maklum, pelakon terkenal, Jazmy Juma sudahpun selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hatinya, Farah Athirah pada Sabtu lalu, 27 Jun 2026.Perkahwinan yang...