Drama yang kita tengok sekarang dari petang hingga malam berturut-turut tentang suami curang dan isteri terluka. Apa teruk sangatkah suami sekarang? Lelaki bernama Amir Syahir ini kongsi, Bukankah perkahwinan adalah untuk mendapatkan kehidupan yang lebih sempurna dan bahagia?
Drama Melayu sekarang ni asyik pasal suami curang dan isteri terluka serta kecewa. Lepastu isteri menangis-nangis dan tetap bertahan demi anak-anak.
Lantas si isteri melarikan diri untuk memberi ruang buat dirinya berfikir. Ada juga yang sampai perlu berjumpa dengan pskiatri disebabkan tekanan mental dan perasaan hanya disebabkan seorang suami.
Bukankah perkahwinan adalah untuk mendapatkan kehidupan yang lebih sempurna dan bahagia? Tetapi kalau perkahwinan yang dibina hanya bermainkan air mata, perlukah si isteri mempertahankan mahligai yang dibina dengan rasa cinta suatu ketika dahulu?
Teruk sangatkah suami sekarang? Atau kerana cerita Melayu yang suka mempertontonkan cerita sebegitu, masyarakat kita turut mengikut langkah yang sama.
Dan ramai juga yang takut untuk mendirikan rumah tangga kerana takut tersilap pilih suami yang bukan pencinta yang setia.
Bukan drama yang salah. Semuanya terletak pada diri kita sendiri. Apa yang baik boleh kita jadikan teladan dan apa yang tidak baik jadikan sempadan. Fikir kembali niat kita berkahwin. Fikir dan renung kembali saat pertama kau jatuh cinta dengan isteri yang dikahwini.
Isteri zaman sekarang kebanyakannya sudah ada pendirian dan matlamat sendiri. Dia boleh memilih untuk meneruskan kehidupan dengan anak-anak tanpa suami kalau itu yang terbaik.
Bukan bermaksud dia menderhaka, tetapi apa guna terus menyeksa diri hidup dengan suami yang tidak tahu menghargai. Kalau benar dia sayang dan setia, tidak akan pernah muncul yang ketiga.
Hidup kita tidak tahu lama mana. Kalau ada duka yang menjelma kadangkala, itu perkara biasa. Pilihlah kehidupan yang bahagia dan yang mampu membuat kau senyum sentiasa.
Baikilah yang mana kurang. Janganlah terus buang mana yang kurang. Lengkapilah satu sama lain. Moga manfaat. Kah!
[ASY]
#AmirSyahir
***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI