Keinginan untuk melangsungkan perkahwinan dan membina keluarga menjadi idaman semua orang. Namun seandainya belum ada jodoh, janganlah disalahkan takdir. Sabar dulu. Mungkin Allah sedang merancang sesuatu yang baik untuk anda.
Baru-baru ini sepasangan badak air melangsungkan perkahwinan dengan cukup meriah. Kali ini Pesona Pengantin sengaja membawa kisah ini buat bacaan pembaca sekalian. Sesekali nak ukir senyuman anda membaca kisah haiwan comel ini disatukan.
Dalam satu perkongsian di media sosial, pasangan badak air ini disatukan pada 21 April lalu bertempat di Sunway Lost World Of Tambun, Perak. Wedding of the year ini mengangkat tema glamor, dongeng dan ala Melayu tradisional. Ramai yang berkongsi video dan ucapan. Jom kami share momen ‘bahagia’ badak air yang disatukan ni!
Ads
Kredit: Sunway The Lost World Of TambunKredit: The Lost World Of TambunKredit: The Lost World Of Tambun
Bukan calang-calang tau majlis resepsi Jiwang dan Juwita ni. Siap ada makan-makan, doorgift bunga telur dan majlis yang cukup meriah.
Memilih jalan ‘saham akhirat’, penyanyi, Ezlynn izinkan suami kahwin lagi dengan seorang doktor berusia 26 tahun di Perlis pada Mac tahun lalu.
Pelantun lagu Hi Hi Bye Bye ini atau nama penuhnya, Azline Ariffin, juga mengungkapkan bahawa statusnya kini berubah menjadi isteri pertama setelah suaminya menceraikan dua isteri terdahulu.
Dalam kenyataan yang dibuat, Ezlynn menjelaskan bahawa meskipun dia yang mengusulkan untuk mencari madu bagi suaminya, namun akhirnya suaminya telah membuat keputusan sendiri.
Dia yang kini berusia 42 tahun, menyatakan bahawa walaupun inisiatif pencarian madu tersebut datang daripada dirinya, dia akhirnya menerima keputusan itu dengan hati terbuka.
Sebelum ini, Ezlynn telah berkahwin dengan Adam Fahmy pada tahun 2011, tetapi perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian pada tahun 2017.
Setelah empat tahun menjalani kehidupan solo, Ezlynn kemudian memutuskan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai poligami melalui ceramah agama yang menyentuh hatinya.
“Kalau ikutkan saya yang keluarkan kenyataan nak carikan madu untuk suami tapi tak jumpa calonnya. Dia akhirnya cari sendiri dan bagi saya baguslah kerana kena dengan cita rasanya.
“Kami dah dipertemukan oleh suami semasa sesi taaruf (berkenalan). Saya letakkan syarat kepada suami supaya jangan halang aktiviti saya di media sosial kerana ia adalah platform untuk berniaga dan sebagainya.
“Orang suka tengok aktiviti dan peribadi artis di situ. Suami boleh terima permintaan ini,” katanya.
Ezlynn berkahwin dengan Wan Mohd Hafizam yang juga penderma hati pertama negara pada 11 September 2021. Kemudian tampil memberitahu mahu mencari madu atau ‘isteri baharu’ untuk suaminya lagi sekali gus mencukupkan empat sebagai saham akhirat buatnya.
“Rasional saya carikan isteri untuk suami ialah saya seorang yang sibuk dengan kerja. Pergi ‘travel’ lama-lama rasa tak senang hati dan tak boleh duduk diam.
“Sekurang-kurangnya ada seorang isteri yang jaga senang juga, saya boleh fokus pada kerja. Dari dia buat tak elok baiklah kahwin. Kita pun dapat berkat, pahala dan rezeki.
“Tak dinafikan ada wanita yang marahkan saya tapi saya cakap suami bukan milik saya sahaja. Ia hak dan milik Allah. Kalau benda ini boleh mengharmonikan, bagus. Kalau tak sesuai carilah solusi lain yang terbaik,” katanya.
Ezlynn sebelum ini pernah berkahwin dengan Adam Fahmy yang juga bekas pengurus peribadinya pada 20 November 2011, namun bercerai pada 23 Oktober 2017.
Menurutnya, selepas empat tahun solo, dia mendengar ceramah agama yang menyentuh hatinya.
“Kata ustaz, wanita nak masuk syurga senang saja iaitu dengan jadi isteri yang taat. Itu yang saya buat keputusan ini termasuk berpoligami.
“Tapi poligami bukan untuk semua wanita. Kalau isteri tak boleh terima, janganlah kerana akan jadi mental pada isteri dan anak.
“Saya tetapkan pada suami agar buat penggiliran pada kami berdua setiap tujuh hari. Ikutkan tiga hari penggiliran tapi kasihan pula kerana madu saya tinggal di Perlis.
“Insya-Allah saya akan pindah ke Changlun, Kedah apabila semua urusan membabitkan rumah dengan bekas suami selesai,” katanya.
Tak semua orang boleh membuat keputusan seperti ini, jadi kalau anda mampu bersabar dan memandang dari sudut positif, insya-Allah akan reda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sampai jodohnya, pelakon Sean Lee kahwin dan membuat kejutan apabila memilih wanita yang juga model, Bay Doucet sebagai isterinya.
Perkara tersebut dikongsikan Sean atau Sean Lee Jia Ern, 30, menerusi Instagramnya dengan meninggalkan beberapa keping foto menunjukkan dia dan pasangan memakai sut dan gaun pengantin berwarna putih.
Tanpa perincian lanjut, pelantun lagu Tak Sanggup Terima itu hanya meninggalkan kapsyen pendek: “Too cute to gatekeep (terlalu comel untuk disimpan).”
Lebih menguatkan dakwaan perkahwinan mereka apabila Sean turut meninggalkan gambar rawak yang memperlihat tarikh 7 Julai 2024 bersama tulisan just married (baru berkahwin).
Sean juga memuat naik hantaran seolah-olah gambar praperkahwinan sejam sebelum berkongsi tentang majlis tersebut.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang pengantin lelaki di India meninggal sehari selepas perkahwinannya pada 17 Jun, sementara 30 tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan itu disahkan positif koronavirus. Berita itu telah menimbulkan kebimbangan kepada penduduk kampung kerana semua penduduk di kampung tersebut menghadiri majlis itu.
Pengantin lelaki, yang melangsungkan perkahwinan di wilayah Patna, bekerja di Gurgaon. Pada 15 Jun, dia datang dari Gurgaon dengan kenderaan peribadi dan terus menuju ke tempat perkahwinan di Naubatpur Patna. Berdasarkan kenyataan penduduk kampung, pengantin lelaki tidak sihat tetapi masih meneruskan majlis perkahwinannya. Perarakan perkahwinan tetap diteruskan. pengantin lelaki dan isterinya dihantar pulang ke rumah mereka.
Keesokan harinya, keadaan pengantin lelaki bertambah buruk dan dia dibawa ke pusat kesihatan kerajaan tempatan yang terletak di Paliganj. Kerana keadaannya tidak menunjukkan peningkatan, dia dipindahkan ke Institut Sains Perubatan All India di Patna. Bahkan dia pengsan ketika kenderaan yang membawanya baru tiba di pintu masuk tempat jagaan.
Setelah diberitahu lelaki itu meninggal dunia, keluarganya membawa jenazah lelaki itu ke rumah dan membakarnya tanpa memberitahu pihak kesihatan dan tanpa melakukan beberapa ujian kesihatan sama ada dia terkena virus korona atau tidak.
Sementara itu, beberapa penduduk kampung telah memberi amaran kepada pegawai tempatan dan memberitahu mereka tentang bagaimana pengantin lelaki meninggal dunia selepas hari perkahwinannya. Mereka juga memberitahu pegawai tempatan bahawa pengantin lelaki telah tiba dari Gurgaon, sebuah wilayah di Haryana, salah satu negeri di India yang paling tinggi kes koronavirus.
Jabatan Kesihatan Negeri kemudian bergegas ke tempat kejadian dan mengumpulkan sampel dari 125 penduduk kampung yang menghadiri majlis perkahwinan itu. Setelah pengumpulan dan pemeriksaan, 15 dari 125 sampel positif Covid-19.
Pada 20 Jun, pihak berkuasa kesihatan negeri mengumpulkan sampel lebih daripada 81 orang dari kawasan yang terjejas. Dari 81 sampel, 16 positif Covid-19.
“Kebanyakan orang yang positif Covid-19 adalah mereka yang menghadiri majlis perkahwinan,” kata Dr. Ramanujam, seorang pegawai kesihatan, kepada media pada hari Rabu (23/6/2020).
Dia menambah bahawa keadaan sedang dipantau dengan teliti. Menurut laporan terbaru dari Jabatan Kesihatan Bihar, India, 55 orang dinyatakan mati dan 8,100 yang lain dijangkiti. Daripada jumlah positif, 5,174 orang adalah pekerja migran yang kembali ke kampung halaman mereka setelah penutupan kebangsaan di India. Kerajaan negeri telah menutup 13,000 pusat karantina yang sebelumnya telah diedarkan ke seluruh negeri.
Biasanya, orang yang datang dari luar negeri mesti dikuarantin secara mandiri di tempat itu kecuali dia mengalami komplikasi serius.
Sumber: Kompas.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti ramai sedia maklum, pelakon terkenal, Jazmy Juma sudahpun selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hatinya, Farah Athirah pada Sabtu lalu, 27 Jun 2026.Perkahwinan yang...