Mana-mana pasangan yang mahu berkahwin pun harus bersedia dari segala segi sebelum sah menjadi suami dan isteri kerana pastinya, alam perkahwinan bukanlah perkara yang mudah dan perasaan cinta sahaja tidak dapat menjamin keutuhan sesebuah rumah tangga.

Sering ditekankan kepada si isteri untuk menjadi seorang wanita yang mentaati suami namun apa pula tanggungjawab suami terhadap suri hatinya?

Nak jadi seorang suami yg baik?

Mudah ja…

Nak jadi seorang suami yg baik sebenarnya tak susah…mudah sangat…

1. Patuhi dan laksanakan tanggungjawab.
– Tunaikan nafkah zahir dan batin…bagi isteri tempat tinggal yg selesa, makan minum yg secukupnya, pakaian yg bersesuaian yg menutup aurat, perubatan dan perlindungan. Jaga aurat, maruah dan kehormatan isteri walau dimana saja kita berada.

IKLAN

2. Keluar cari rezeki.
– Bangun awal pagi, setiap hari dan keluar bekerja utk ada pendapatan…tak kisahlah keje swasta, keje kerajaan, berniaga, jadi runner makanan atau jual insurans…the point is, bekerja atau berniaga utk ada pendapatan yg halal supaya pendapatan tu boleh digunakan utk menunaikan tanggungjawab kpd isteri.

3. Tahu bila patut keluar melepak atau buat hobi.
– Bukan tak boleh lepak, ride, memancing, hiking atau masuk hutan, tp perlu tahu bila sepatutnya kita buat smua perkara2 tu…ambil kira kekerapan kita buat smua tu dlm masa seminggu atau sebulan dan tgok situasi/keadaan kita dan isteri…adakah keadaan membenarkan kita utk melakukan smua perkara2 tu, adakah isteri tiada masalah utk kita buat mcm tu dan lihat keutamaan kita sblum decide.

4. Tiada ego dan rahsia dlm rumahtangga.
– Kalau buat salah, mengaku buat salah dan jgn di tuding jari pd pihak yg tak buat slh…jgn ego sgt utk mengaku, jgn pantang ditegur dan jgn tak boleh dinasihat….jika atas nama kebaikan, maka tiada had bg seorang isteri utk terus tegur dan nasihat suaminya…bila dh jadi suami, its not you r always right beb…jgn sembunyikan apa2 dr isteri, klu ada masalah kewangan, bgtau isteri…jgn buat pinjaman peribadi then dah xbleh nk bayar, bru bgtau isteri…susah, xde duit, cakap xde duit…jgn bahagiakan atau senangkan isteri dgn penipuan.

IKLAN

5. Bila dah senang, jgn lupa siapa yg ada ketika kita susah.
– Kaum isteri paling takut bila suaminya senang dan dah stabil…sbb? Kesenangan suami akan menjadi satu ujian utk dirinya sbb kebanyakan org akan lupa diri bila kehidupannya dah bertambah baik…sentiasa berpijak di bumi yg nyata dan ingat siapa yg bersama kita ketika kita ni nothing, ketika kita ni bukan siapa2 dan tiada apa2.

6. Adil dan saksama utk ibu dan isteri sendiri.
– Tak boleh melebihkan mana2 pihak hatta ibu sendiri atau isteri…syg mcm mna pun pd isteri, tanggungjawab pd ibu masih wajib utk dilaksanakan…patuh dan taat mcm mna pun pd ibu, jgn smpai abai dan menganiaya isteri sendiri.

IKLAN

7. Jgn mula main betina.
– Perempuan yg cantik, muda dan single is everywhere…byk choices yg selalu Allah hadapkan depan mata…tp bila dah jadi suami, sentiasa tundukkan pandangan, jaga pergaulan dan jgn berhubungan dgn pompuan lebih dr sekadar yg ditetapkan…ingat status diri, ingat kemampuan diri…hubungan yg halal akan mula bermasalah saat kita mengejar yg haram.

8. Jangan tinggal solat, jaga hubungan dgn Allah.
– Saat kau tinggal solat, maka saat itu kau akan mudah terpengaruh dgn perbuatan jahat…saat kau tinggal solat, maka saat itulah hidup kau akn berubah 360 darjah…hati akan keras, ego akan melangit, rezeki makin sempit dan kau akan makin jauh dr akhirat sbb kau dah dibuai dgn nikmat duniawi yg sifatnya sementara sahaja…jika Allah pun kau boleh tinggalkan, apatah lagi manusia.

Ini sebahagian sahaja, tp klu mampu jaga 8 points ni, maka insyaAllah hubungan kita, rumahtangga kita akan baik2 sahaja…?

Kredit: Facebook Firdaus Syakirin

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI