Pesona Pengantin kini berada di dalam aplikasi   
Pesona Pengantin kini berada di dalam aplikasi   
Home Kekeluargaan Hubungan Hukum Kahwin Dengan Wali Hakim, Sebab Keluarga Tak Restu

Hukum Kahwin Dengan Wali Hakim, Sebab Keluarga Tak Restu

Dari segi hukum Islam, apakah sah perkahwinan yang menggunakan wali hakim kerana tidak mendapat restu orang tua?

 Bapa merupakan wali mujbir. Kenapa perlu wali hakim jika bapa masih hidup, boleh bertemu dan berurusan?

Peranan wali dalam pernikahan amat penting kerana ia merupakan satu daripada rukun nikah. Sekiranya pernikahan dilaksanakan tanpa wali, ia tidak sah dari segi hukum syarak.

Hukum Kahwin Dengan Wali Hakim, Sebab Keluarga Tak Restu

Wali hendaklah terdiri daripada orang yang berkelayakan. Wali turut terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu wali mujbir, aqrab, ab’ad dan wali raja atau hakim.

IKLAN

Hukum Kahwin Dengan Wali Hakim, Sebab Keluarga Tak Restu

Jika bapa enggan menjadi wali maka si anak boleh membuat permohonan untuk menggunakan wali hakim. Berbincanglah secara baik dengan bapa dan ahli keluarga agar perkahwinan dapat dijalankan.

Namun apa yang penting, elakkan mudarat yang lebih besar. Si anak hendaklah menghormati bapa dan jangan sampai menderhaka.

IKLAN

Hukum Kahwin Dengan Wali Hakim, Sebab Keluarga Tak Restu

Sila kaji mengapa bapa enggan menjadi wali. Mesti ada sebab. Perbaiki apa yang bapa tidak berpuas hati dan si bapa pula hendaklah bertimbang rasa.

Hukum Kahwin Dengan Wali Hakim, Sebab Keluarga Tak Restu

IKLAN

Jika pilihan anak tidak menepati cita rasa agama maka usahakanlah yang terbaik untuk anak anda. Kalau tidak puas hati pun hanya kepada perkara yang dibenarkan syarak sahaja. Jika tidak boleh diselesaikan juga maka ke mahkamahlah perginya.

Hukum Kahwin Dengan Wali Hakim, Sebab Keluarga Tak Restu

Seperti tertulis dalam Seksyen 13 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan, jika wali enggan menikahkan seseorang perempuan tanpa alasan munasabah mengikut syarak maka hak wali itu berpindah kepada hakim.

SUMBER : 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI