Mencipta gaya di ruangan pemanis mulut boleh diterjemahkan dengan pelbagai pilihan konsep dekorasi yang istimewa. Setiap satunya punya keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri. Oleh itu, pilih sahaja tema yang anda gemari, apa yang penting ianya pasti mampu menyemarakkkan kemeriahan majlis perkahwinan yang berlangsung.

Sebenarnya hiasan dekorasi untuk ruang pemanis mulut ini boleh dilakukan sendiri asalkan pasangan mempelai bijak menyesuaikan dengan tema majlis perkahwinan. Terdapat pelbagai pilihan tema yang boleh dipilih untuk menghias ruangan pemanis mulut antaranya ialah tema klasik, romantik, vintaj, fairytale dan glam. Garapan warna dan elemen hiasan pada seni hiasan ruang pemanis mulut akan menjadi lebih terserlah apabila mainan warna-warna lembut dan warna-warna terang diserasikan bersama.

Kunci utama yang perlu diingatkan ialah tema dekorasi haruslah tidak terlalu sarat dengan elemen hiasan sehingga konsep hiasan dekorasi pemanis mulut tenggelam dek kerana ‘kemeriahan’ hiasan dekorasi yang keterlaluan.

Klasik

Idea Ruang Pemanis Mulut Dengan Tema Berbeza

Peneguhan elemen klasik di ruangan pemanis mulut terserlah dengan paparan rona putih memenuhi ruangan. Sama ada pada pemilihan elemen dekorasi mahu pun pada seleksi hidangan yang disajikan.

Romantik

Idea Ruang Pemanis Mulut Dengan Tema Berbeza

IKLAN

Olahan dekorasi bermain dengan warna-warna romantik seperti merah jambu atau pun lilac. Suntikan elemen dramatik turut disatukan dengan menghadirkan elemen lilin dan bunga-bungaan sebagai penyeri ruangan.

Vintaj

Idea Ruang Pemanis Mulut Dengan Tema Berbeza

Ekspresi konsep vintaj dapat dilihat pada pemilihan dekorasinya yang menggunakan elemen yang unik dan bercirikan retro. Ternyata gaya ini mempunyai nilai estetika yang istimewa dan tersendiri.

IKLAN

Fairytale

Idea Ruang Pemanis Mulut Dengan Tema Berbeza

Station candy buffet dengan tema kisah dongeng cukup menarik perhatian terutama buat tetamu cilik. Kebiasaannya ia tampak mewah dengan garapan pelbagai warna dan disempurnakan dengan hasilan yang cukup mengujakan.

Glam

Idea Ruang Pemanis Mulut Dengan Tema Berbeza

IKLAN

Menepati ciri dekorasi berunsurkan glam, sudut ini dirias dengan elemen berkilau yang memukau. Gaya sebegini tampak begitu hebat dan mewah. Serlipan unsur-unsur gemerlapan menjadikan sudut pemanis mulut tampak lebih menyerlah.

Kupasan menarik minggu ini segalanya tentang kek dan candy buffet di Astro Prima & Maya HD jam 7 malam Ahad ini.

Idea Ruang Pemanis Mulut Dengan Tema Berbeza

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI