Dalam adat masyarakat melayu, sirih junjung wajib dibawa ketika proses merisik dan meminang. Ia diibaratkan sebagai `penghulu’ kepada segala hantaran.Untuk menghasilkan sirih junjung, daun sirih yang segar dan tidak rosak rupa fizikalnya dipilih. Saiz yang dipilih juga pelbagai.
Di zaman moden kini, sirih junjung dipelbagaikan gubahannya dengan stail yang menarik. Idea berikut boleh anda gunakan sebagai contoh;
pic- pinterest. Daun sirih digulung dan diatur secara berlapis. bahagian atas diserikan dengan bunga segar rona pastel dan terang.
pic-azasna.design.Kombinasi daun sirih dan bunga putih dengan hiasan manik menyerlahkan gubahan hantaran.pic- flair.design Kuntuman mawar putih , daun sirih membentuk gubahan yang indah.
Ads
Ads
Ads
pic- flair.design. Gubahan sirih junjung dengan sentuhan gaya Inggeris
Ramai yang berkongsi foto dan video sepanjang majlis resepsi Elfira dan Faris yang berlansung semalam, malah ramai juga yang berbalas-balas melontarkan pandangan.
Hinggakan, nama Elfira menjadi trending di laman sosial Twitter sejak pagi semalam.
Ramai yang memuji Elfira cantik dan anggun mengenakan busana pengantin hasil rekaan Rizman Ruzaini dan tatarias sentukan Khir Khalid.
Ini cerita yang abang Nas dari Nas Great Idea kongsikan eksklusif bersama Pesona Pengantin tentang hasil pelamin yang indah dan kini menjadi viral itu.
1. Sewaktu pertama kali jumpa, mereka berbicang mengenai konsep, design dan sebagainya. Mengenangkan PICC mempunyai ballroom yang bulat, maka pihak Nas Great Idea menekankan centre stage dan runway dari entrance ke pelamin dan pelamin ke main table.
2. Elfira sendiri inginkan kelainan tanpa membuat pelamin yang biasa dibuat sewaktu majlis kahwin dan menggantikan dengan sesuatu yang lain daripada lain. Jadi pihak Nas Great Idea mengabadikan stage yang lebih kepada stage persembahan.
3. Idea pelamin resepsi adalah dari pihak Nas Great Idea dan konsep resepsi semalam ialah dari El sendiri yang inginkan konsep kristal dan less flower.
6. Pelamin nikah dibuat selepas sambutan tahun baru bermula jam 2 pagi sehingga 6.30 pagi.
7. Design pelamin nikah diberikan sendiri oleh Elfira dan diubah suai sedikit oleh Abang Nas. Namun design pelamin resepsi ialah 100% dari abang Nas sendiri.
8. Abang Nas mencipta pelamin nikah hanya dalam tempoh masa 48 jam sahaja.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak perlu beli almari sebab bila pakai ‘Walk In Wardrobe’, ruang bilik akan nampak lebih kemas dan teratur. Nak ambil baju pun senang, jadi tak jadi masalah jika anda tak ada bilik pakaian.
Lagi pun, kebanyakan rumah terdiri daripada dua atau tiga bilik sahaja sehingga ada yang menjadikan bilik utiliti sebagai ruang rehat kerana bilangan anak yang ramai.
Bilik yang ada pula kecil saiznya dan jika ditambah dengan almari pakaian, pastinya kelihatan lebih sempit dan kurang selesa selain membuatkan ruang menjadi sedikit panas.
Menggunakan hanya penyangkut pakaian yang biasa pula menjadikan bilik kelihatan berselerak dan semak.
Tahukah anda untuk bilik tidur yang bersaiz kecil, penggunaan almari sangat tidak digalakkan?
Jadi, apa kata anda buat konsep open closet atau walk in wardrobe seperti perkongsian Zackreena Md Isa ini.
Bukan sahaja jimat ruang, malah boleh digunakan untuk meletakan baju dan pelbagai barangan. Barulah tak berselerak!
1. Pasangkan braket mengikut tahap ketinggian dan keluasan yang diinginkan.
2. Tambahkan papan atau rak gantung sebagai pelapis untuk tempat penyimpanan di beberapa ruang atau sudut yang sesuai.
3. Letakkan kayu panjang atau rail untuk sangkut pakaian.
Anda boleh setkan sendiri berapa panjang dan jumlahnya mengikut kategori pakaian sama ada kemeja, blouse atau skirt dan tudung.
4. Untuk kelihatan lebih kemas, pasangkan langsir yang menggunakan warna senada.
5. Jangan lupa untuk tambahkan lampu khas di ruangan ini supaya memberi nilai tambah.
Bilik yang kecil pun kelihatan luas dengan konsep walk in wardrobe ini.
Namun, penggunaan warna memainkan peranan penting supaya bilik anda kelihatan luas, selesa dan mewah di samping aksesori tambahan. Nanti cuba cara ini ya, inshaa Allah ruang pakaian nampak lebih kemas.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hantaran perkahwinan yang digubah indah amat sinonim dengan sesebuah majlis perkahwinan, bagi melengkapkan majlis itu sendiri.
Malah, majlis perkahwinan dianggap tidak sempurna jika tiada hantaran daripada kedua-dua pihak pengantin lelaki dan perempuan, walaupun hanya terdiri daripada beberapa bekas hantaran.
Bagi merealisasikan impian itu, admin share 11 penggubah hantaran yang mampu buat hantaran kahwin anda seperti yang diidam-idamkan.
Siapa sahaja yang mampu melupakan momen pernikahan pelakon terkenal, Izara Aishah bersama suaminya, Muhammad Adib Khalid, yang berlangsung pada 17 November 2017.Majlis penuh eksklusif...