Plasenta previa (atau praevia) dari segi bahasanya bermaksud ‘placenta first’ merujuk kepada masalah kedudukan uri di bawah ketika mengandung. Posisi di bawah ini adalah tidak normal kerana sepatutnya uri anda patut berada di bahagian tengah atau atas rahim. Dengan kedudukan uri di bawah, laluan untuk keluar dari rahim secara normal akan tertutup, lalu menyebabkan komplikasi.Walaubagaimanapun, tidak semua kes plasenta previa ini akan menyebabkan komplikasi semasa melahirkan, bergantung kepada jenis atau tahapnya.
“Tak pernah dengar pula tentang masalah uri di bawah dalam keluarga aku. Macamana aku boleh kena pula? Bolehkah aku melahirkan secara normal nanti? Nak tanya banyak-banyak dengan doktor tadi tak sempat pula. Harap-harap semuanya ok.”
Plasenta previa (atau praevia) dari segi bahasanya bermaksud ‘placenta first’ merujuk kepada masalah kedudukan uri di bawah ketika mengandung. Posisi di bawah ini adalah tidak normal kerana sepatutnya uri anda patut berada di bahagian tengah atau atas rahim. Dengan kedudukan uri di bawah, laluan untuk keluar dari rahim secara normal akan tertutup, lalu menyebabkan komplikasi. Walaubagaimanapun, tidak semua kes plasenta previa ini akan menyebabkan komplikasi semasa melahirkan, bergantung kepada jenis atau tahapnya.
Ini antara petua yang boleh anda lakukan.
Senaman ini boleh dilakukan sebanyak dua kali sehari iaitu : sewaktu bangun pagi dan sebelum tidur (selepas isya’).
Baring atas katil dengan kaki diangkat ke atas, jika tidak mampu mengangkat kaki, cuba sandarkan ke dinding. Maksudnya kita baring dalam bentuk ‘L’ iaitu kaki disandarkan ke dinding agar tidak jatuh. Baring dalam keadaan begini selama mana yang mampu lakukan. Paling penting, jangan memaksa diri sendiri. Kebiasaannya, bagi ibu yang sudah hamil ‘tua’ (trimester ke-tiga), memang agak kurang selesa untuk kita berbaring dalam keadaan begini.
Ads
Teknik pernafasan
Tarik nafas perlahan-perlahan, sedalam yang mungkin mengikut kemampuan (waktu tarik nafas, pastikan kaki diangkat atas dan disandarkan ke dinding). Dengan menggunakan satu nafas, cuba tahan nafas anda selama yang mampu.
Cara menarik nafas juga penting
iaitu dengan menggunakan perut dan bukan hidung. Maksudnya, bila kita menarik nafas menggunakan perut, kita rasa perut kita naik ke atas sedikit. Lepaskan nafas secara perlahan-lahan, dalam jangakamasa yang sama (lebih kurang sama ketika menahan nafas). Buat senaman dalam 10-15 kali untuk satu sesi senaman.
Cuba berinteraksi dengan bayi dalam kandungan
Pujuk bayi agak pusing ke bawah dan uri biasanya akan naik ke atas mengikut pergerakan bayi. Sujud yang agak lama juga dapat membantu menaikkan uri, kerana kedudukan sujud itu sendiri dapat memperbaiki kedudukan rahim ke tempat asal, InsyaAllah.
Ads
"Tuhanku, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagiMu, Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatMu, ya Arhamar Rahimin".
FAKTA TENTANG MASALAH URI DI BAWAH KETIKA HAMIL (PLASENTA PREVIA)
Berikut adalah beberapa fakta yang anda perlu tahu tentang masalah uri di bawah sekiranya anda dikesan dengan masalah ini semasa kehamilan.
SELALU DITEMUI PADA AWAL KELAHIRAN
Menurut Prof Madya Dr Nik Hazlina Nik Hussain, Pakar Obstetrik & Ginekologi USM Kubang Kerian ia bukanlah sesuatu yang jarang ditemui di awal kehamilan. Ini kerana, hampir 20% daripada uri berada di bawah pada awalnya. Tetapi, apabila kandungan mencecah usia 28 minggu, uri akan menaik ke atas oleh rahim yang semakin membesar. Cuma 5% yang masih berada pada bahagian bawah rahim. Jika keadaan ini kekal hingga tempoh akhir kehamilan, keadaan ini digelar masalah plasenta previa.
Ads
APA PUNCANYA?
Sebenarnya, sehingga kini punca berlakunya masalah uri di bawah masih belum diketahui secara jelas. Namun, kebanyakan laman web kesihatan menyatakan bahawa ia selalunya berlaku pada kehamilan yang kedua dan seterusnya. Selain itu, terdapat beberapa faktor yang menjadikan seseorang lebih berisiko mengalami masalah ini,
Antaranya:
pernah melahirkan secara pembedahan Caesarean
menjalani rawatan kesuburan untuk hamil
mengandungkan bayi kembar
berusia lebih 35 tahun
pernah mengalami pembedahan pada rahim
telah banyak kali bersalin
BAGAIMANAKAH SIMPTOM & TANDANYA?
Antara tanda dan simptom yang dihadapi adalah pendarahan secara tiba-tiba, di mana warna darahnya terang dan cerah seperti darah segar. Ia biasanya berlaku pada akhir trimester kedua atau awal trimester ketiga. Kadangkala pendarahan ini disertai dengan rasa ‘cramp’, namun bagi sesetengah wanita ia tidak menyakitkan. Pendarahan ini mungkin akan berhenti dengan sendirinya, namun ia boleh menjadi lebih teruk apabila anda menghampiri tarikh bersalin. Ada juga wanita yang tidak mengalami sebarang tanda atau pendarahan hinggalah waktu bersalin.
RISIKO KEPADA IBU
Selain masalah pendarahan, risiko plasenta previa kepada ibu adalah komplikasi yang dihadapi semasa bersalin. Ini kerana, kebanyakan wanita yang mengalami masalah uri di bawah ini turut mengalami ketidaknormalan pada posisi bayi atau bayi songsang. Bagi plasenta previa tahap 3 dan 4, pembedahan Caesarean secara elektif akan dilakukan pada minggu ke 38 usia kandungan sekiranya tiada pendarahan serius berlaku. Jika berlaku pendarahan yang teruk kepada ibu, kelahiran secara pembedahan mungkin terpaksa dilakukan sebelum tempoh bayi matang.
Pembedahan Caesarean boleh meningkatkan risiko pendarahan selepas bersalin serta meningkatkan risiko uri melekat pada rahim atau ‘placenta accreta’. Dalam keadaan ini uri tidak boleh dipisahkan daripada dinding rahim akibat sebahagian tisu uri telah melekat pada otot-otot rahim.
SUMBER : Ikhtiar Zuriat Furmon
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tapi tahukah anda adab-adab yang perlu dipatuhi agar majlis anda tidak mencemarkan kesucian masjid?
Berikut kami senaraikan beberapa perkara yang patut anda pertimbangkan sebelum anda merancang untuk melangsungkan majlis pernikahan anda di masjid.
1. Pakaian Yang Menutup Aurat
Pastikan pengantin lelaki dan perempuan memakai pakaian yang menutup aurat. Tidak terlalu ketat, tidak jarang dan tidak menampakkan bentuk badan.
2. Asingkan Tetamu Lelaki Dan Perempuan
Sewaktu tetamu anda telah mula memasuki ruang masjid dan sedang menantikan sessi pernikahan berlangsung, pastikan tetamu lelaki dan wanita diasingkan kedudukannya.
3. Silent Atau Off Telefon Bimbit
Masjid adalah tempat ibadat awam. Sila matikan atau silentkan telefon bimbit agar tidak menganggu pengguna lain untuk melakukan ibadah. Jika perlu menggunakan telefon, sila keluar sebentar.
4. Elak Bersessi Fotografi Di Dalam Masjid
Sekiranya anda ingin melakukan sessi fotografi, seeloknya anda lakukan di luar dewan solat. Sessi fotografi yang dimaksudkan di sini adalah, yang perlukan anda ‘posing’ dan berpegangan antara pasangan anda. Walaupun hubungan suami isteri telah termeterai tetapi adegan ini agak janggal dilakukan di rumah ibadah seperti masjid.
5. Elak Gantung Banner Perkahwinan Anda Di Masjid
Masjid adalah tempat awam dan ianya adalah kegunaan umum. Jadi elakkan mengantung banner atau bunting gambar anda bersama pasangan anda di masjid.
6. Lakukan Sesi Sarung Cincin Di Rumah
Selepas akad nikah, kebiasaannya akan diadakan sessi menyarung cincin. Elakkan sessi ini di masjid kerana dalam Islam ianya bukanlah rukun wajib. Ianya disarankan untuk dilakukan di rumah.
7. Digalakkan Bersolat Sunat Selepas Nikah
Pasangan digalakkan untuk menunaikan solat sunat selepas selesai acara akad nikah. Bagi wanita, jangan lupa untuk membawa telekung atau gunakan telekong yang disediakan di masjid sekiranya anda ingin berjemaah bersama suami.
Diharap dengan perkongsian ini, ianya dapat memberikan panduan agar anda lebih bersedia dan tidak mencemarkan kesucian masjid terutama di hari bahagia anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap manusia dicipta berpasang-pasangan di antara lelaki dan wanita. Pertunangan adalah ikatan yang menyatakan hasrat lelaki untuk memperisterikan seorang wanita. Namun begitu bertunang bukan lesen besar untuk anda tidak menjaga pergaulan sesama pasangan. Jom kita baca empat perkara yang perlu diberi perhatian oleh pasangan yang bertunang.
Bertunang bukanlah lesen untuk anda bersukaria, berdua-duaan ke sana ke mari tanpa batasan. Walaupun sudah bertunang pandangan sesama sendiri masih perlu dijaga agar tidak mendatangkan fitnah
Tempoh bertunang juga merupakan tempoh masa pasangan untuk lebih memahami diri masing-masing. Apabila sudah berjanji untuk berkahwin dengan pasangan, maka mula praktikkan untuk tidak melakukan perkara yang boleh mengundang luka ataupun curiga pasangan. Pergaulan antara lelaki dan wanita lain juga perlu dijaga agar tujuan murni membina ‘masjid’ berjalan dengan lancar.
Bertunang tidak bermaksud, lelaki boleh mengongkong wanita atau sebaliknya. Paling penting tahu batasan agar tidak saling menyakiti antara satu sama lain. Tempoh ini juga menjadi penanda aras untuk anda menilai perangai masing-masing dan ia menjadi satu ukuran kepada setiap pasangan dalam mengenali bakal suami atau isteri mereka.
Tidak digalakkan untuk bertunang terlalu lama, sebaiknya apabila sudah melangsungkan majlis pertunangan. Pasangan tersebut harus mula merancang untuk berkahwin pula. Semakin cepat semakin bagus kerana ia akan mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan rumah tangga yang bahagia. Selain itu. Kehadiran cahaya mata bakal menambahkan keserian sesebuah rumah tangga itu.
Entri kali ini menyentuh topik agak panas dan menarik iaitu tip untuk meningkatkan kesuburan khas untuk lelaki.
Jangan Memakai Seluar Yang Ketat Ini termasuklah seluar dalam yang ketat dan juga seluar jeans. Pastikan ada pengudaraan di kawasan ‘tersebut’. Ada juga kajian yang mengatakan pemakaian boxer adalah lebih baik untuk kesuburan berbanding seluar dalam.
Kurangkan Pendedahan Kepada Bahan Kimia Dan Radiasi Sinaran X dan juga bahan-bahan kimia seperti racun serangga dikenalpasti boleh menganggu penghasilan sperma dan menyebabkan anda tidak subur.
Elakkan Suhu Yang Terlalu Panas Sauna atau mandian air panas yang terlalu lama tidak elok untuk kesuburan kerana ia boleh menyebabkan kilang telur anda kepanasan sekaligus mematikan sperma yang sangat berharga. Menggunakan laptop di atas riba juga dikatakan boleh menganggu kesuburan kerana haba yang dihasilkan akan terhala ke bahagian sulit lelaki. Sebaiknya, letak alas yang boleh menghalang haba tersebut membunuh sperma anda.
Dapatkan Banyak Antioksida Kajian demi kajian menunjukkan antioksida boleh membantu meningkatkan kandungan sperma lelaki. Kandungan sperma yang tinggi (atau juga disebut sperm count) penting untuk kesuburan.
Dapatkan makanan yang kaya dengan Vitamin C, Vitamin E dan Coenzyme Q10 yang terbukti mampu meningkatkan kesuburan. Contoh makanan adalah seperti buah-buahan, sayuran-sayuran, bijiran, protein dari daging putih (ayam, ikan dan makanan laut) serta produk tenusu.
Amalkan Pengambilan Supplement Dapatkan supplement yang kaya dengan Vitamin C, Vitamin E, Coenzyme Q10, selenium, zinc dan juga asid folik. Vitamin-vitamin ini terbukti boleh meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma untuk lelaki.
Elakkan Makanan Yang Membunuh Sperma Minuman beralkohol dan daging merah dikaitkan dengan sebagai pemakanan yang menganggu kesuburan. Sebagai orang Islam, sememangnya anda diharamkan untuk meminum minuman beralkohol.
Berhenti Merokok Dan Jauhi Perokok Kalau anda seorang perokok dan inginkan zuriat, sila berhenti merokok dengan serta merta. Rokok dan asap rokok boleh menganggu kesuburan suami dan juga isteri. Selain itu, memang tiada manfaat yang diperolehi daripada merokok selain daripada merosakkan badan yang dipinjamkan oleh Allah kepada kita. Asap rokok juga sangat berbahaya kepada orang sekeliling.
Kurangkan Stres Stres yang terlampau tinggi boleh menganggu penghasilan dan keseimbangan hormon di dalam badan. Ini termasuklah hormon-hormon yang membantu penghasilan sperma.
Cuba cari cara untuk mengurangkan stres seperti bersukan, melakukan aktiviti yang disukai dan pergi bercuti. Jangan terkejut kalau ada orang yang terus mengandung selepas bertukar kerja.
Dapatkan Berat Badan Yang Ideal Orang yang terlalu kurus atau terlalu berisi dan obes adalah berkemungkinan tinggi untuk mempunyai kandungan sperma yang rendah serta menghasilkan sperma yang ‘cacat’. Kalau sperma cacat, macam mana dia nak tembus ovum?
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!