India mungkin bukan dalam senarai destinasi travel yang menjadi idaman setiap pasangan untuk honeymoon. Berlainan dengan pasangan ini, hanya berbekalkan RM4600, mereka berkongsi momen best dan tip berguna honeymoon sambil menyusuri setiap pelusuk Kashmir dan India Utara selama 11 hari.
Kashmir merupakan salah satu wilayah yang berada di India Utara dan wilayah ini merupakan lokasi penggambaran bagi filem terkenal lakonan Salman Khan, Bajrangi Bhaijaan.
Percutian bukanlah memerlukan wang ringgit yang banyak semata-mata malah anda boleh menikmati percutian yang indah dengan kos yang murah. Bagaimana? Shafiq Akmal bersama pasangannya, Siti Aishah berkongsi pengalaman honeymoon mereka.
INDIA UTARA (KASHMIR – LADAKH – DELHI – AGRA)
Menunggang motosikal merentasi Khardung La ke Turtuk, menghayati kehijauan bumi Kashmir, menyelusuri hiruk-pikuk Delhi dan menyaksikan keagungan Empayar Mughal di Agra.
10 Sept 2017 – 20 Sept 2017.
Laki dan bini, 11 hari 10 malam, RM2800 untuk dua orang (ground). Kami dapat harga tiket return RM490/pax.
Mode of Transportation: Airplane, Shared Cab, Motorcylce, Train, TukTuk, jalan kaki.
Accomodation: Airport, Guesthouse and hotel.
Pecahan kos dan itinerary ringkas ke Utara India dalam Rupees (nanti convert ke RM la ye). Harga di bawah ni dah siap-siap kira untuk dua orang.
KLIA2 to Indira Ghandi International Airport.
DAY 1
Arrive at Indira Ghandi International Airport at 2200.
Tidor kat Airport untuk next flight ke Srinagar (Kashmir).
DAY 2
Lucky Flower Houseboat.
With our shikara driver, Mr. Basheer.Dal Lake, Kashmir.Inside the houseboat, spacious room with hot water.
400 years Chinnar Tree. The tree was planted by the Mughal Empire.Hazratbal Mosque.
Check in Lucky Flower Boathouse di Dal Lake, breakfast and shuttle bus provided from airport (INR 600).
Plan nak ke Sonamarg cancel sebab hujan lebat pagi tu. Sedih.
Hire driver untuk local sightseeing (INR 1300).
Mughal Garden of Kashmir; Nishat Garden, Shalima Garden, Chashme Shahi Garden. INR 20 per entry/pax (INR 120).
Hazratbal Shrine Mosque.
Shikara Ride (INR 400).
Old Town of Kashmir.
Minum petang Dosa Kashmiri (INR 100).
Dinner Chicken Kashmiri (INR 400).
DAY 3
Srinagar to Kargil by Shared Cab with locals 0730 – 1530, 8 hours journey (INR 2000).
Stop by at Sonamarg (30 minutes).
Lunch (INR 300).
Untuk sampai ke Kargil kene menempuh Zojila Pass, one of the most dangerous road in the world. Zig Zag mountainous road.
Check in at Silk House Inn (INR 999).
Dinner WazWan (INR 500).
Ads
DAY 4
Old book shop in Kargil.Kargil Organic breakfast.
Kargil to Leh 1000 – 1630, 6 hours journey (INR 1000). Kitorang nego dapat INR500/pax, kalau tak INR800-INR1000/pax.
Owner hotel ajak breakfast kat rumah dia.
Lunch (INR 300).
Sampai di Leh, kami terus buat permit untuk ke Nubra Valley, Turtuk, Panggong Tso. Foreign tourist kena buat dengan ejen, tak boleh direct terus dengan Tourism Office (INR 1400). Make sure buat fotokopi banyak-banyak sebab nak register kat Army/Police Post.
Check in Ashoka Guesthouse. Walking distance dari bandar Leh (INR 900).
Dinner (INR 400).
DAY 5
At Chang La Pass. The second highest motorable road in the world.
Panggong Tso day trip (INR4000).
0615 – 1215 journey. Akan melalui Chang La Pass, claimed as the 2nd highest motorable road in the world.
Lunch (INR 450).
Back at Leh 1845.
Ashoka Guesthouse (INR 900).
Dinner (INR 500).
Day 6
Rest and Acclimatize (sepatutnya kena buat ni masa Day 5, mengurangkan risiko kena Accute Mountain Sickness (AMS))
Sewa Royal Enfield Bullet 350cc, 1/2 day (INR 700).
Isi minyak full tank (+-1000 INR). Harga minyak kat sini +- 78INR/L.
Pusing pusing Bandar Leh.
Shey Palace. Shey Monestery.
Lunch (INR 500).
Dinner (INR 400).
Ashoka Guesthouse (INR 900).
DAY 7
Top of the world. Khardung La Pass. The highest motorable road in the world. -5° Celsius at this time.
Ride ke Turtuk. Melalui Khardung La Pass, claimed as the highest motorable road in the world. 0630-1530 205KM. Banyak berhenti minum makan tangkap gambar. Tangkap gambar paling banyak. Hahaha.
Ads
Sewa Royal Enfield Bullet 350cc untuk 3 hari INR 1200/day with saddle bag, 2 helmets and 4L fuel bottle (INR 3600).
4L fuel (+- INR 320).
Coffee at Khardung La Pass (INR 40).
Brunch at Khalsar ( INR 400).
Ashoor Guesthouse (INR 700).
Dinner (INR 500).
DAY 8
Turtuk. Land of the Baltic People.Bactrian Camel.
Turtuk Sightseeing.
Breakfast (INR 400)
Ride to Hunder 85KM.
Bactrian Camel ride for 15min (INR 400).
Sand Dunes in Nubra Valley.
Check in Sonam Guesthouse at Diskit (INR 1000).
Dinner (INR 400).
DAY 9
Ride to Leh via Khardung La Pass from Diskit 0845 – 1330. Banyak berhenti lepak amik gambar, lepak dengan konvoi dari Malaysia.
Breakfast (INR 300).
Maggi and Coffee at Khardung La Pass (INR 300).
Mutton Grilled at Leh (INR 240).
Dinner (INR 700).
Ashoka Guesthouse (INR 900).
Ads
DAY 10
Taxi to Leh Airport (INR 500).
Leh – Delhi by Jet Airways. Breakfast included.
Locker Bag (INR 1250).
Delhi airport to Delhi Railway Station via Metro (INR 120).
Tuk Tuk to Jamaa Masjid (INR 200)<– Kena scam.
Lunch at Railway Station (INR 300).
New Delhi Railway Station – Agra Cantt Railway Station Class 2AC (INR 2376).
Dinner (INR 700).
Check in Hotel Shila near eastern gate Taj Mahal (INR 1000). Tapi kami masuk melalui West gate.
We took a taxi from Agra Cantt Railway Station to hotel, then decided untuk terus ambil dia bawak jalan jalan Agra sampai esok (INR 1300).
Day 11
Taj Mahal from the back.Our breakfast.
Taj Mahal Entrance Fees (INR 2000). Start beratur at 0600. Jangan bawak beg masuk ke Taj Mahal.
We also hire a tourist guide in Taj Mahal. Berbaloi (INR 600).
Agra Fort Entrance Fees (INR 1000).
Mughal Town Sight Seeing
Baby Taj.
Black Taj Foundation.
Breakfast (INR 100).
Lunch Briyani chicken. Taxi driver belanja.
Agra Cantt Railway Station – Hazrat Nizamuddin Railway Station Class 2AC (INR 1400).
Hazrat Nizamuddin Railway Station – Indira Ghandi Airport by taxi (INR 600).
Indira Ghandi Airport – KLIA2, 2345 – 0730 waktu Malaysia.
TIP UNTUK KE “HIGH ALTITUDE COLD DESERT”
1. Jangan lupa bawa bekalan ubat. Paling penting “Acetazolamide” untuk AMS, cirit birit, muntah, sakit perut, aspirin dan demam. Badan kita perlu acclimatize kepada altitude di kawasan pergunungan. Minum air bersih banyak banyak dan rehat mesti kena cukup. Tidur awal.
2. Bawa passport anda ke mana sahaja. Make sure simpan satu copy dalam smartphone masing-masing dan simpan satu kat cloud storage.
3. Itinerary anda perlu flexible. Perlu ada backup plan. Kita tak boleH melawan ibu alam sekitar. Alhamdulillah sepanjang ride di Ladakh kami tidak ditimpa sebarang masalah cuaca atau tayar pancit ataupun jalan ditutup. Cumanya hari pertama di Kashmir hujan, so kami kena la tweak sikit plan supaya sesuai dengan keadaan.
4. Beli traveller insurance. Notify Malaysian embassy di India pasal trip korang. Email je dah cukup. Dorang akan reply.
5. Permit mesti dibuat sebelum jam 4 petang untuk melawat Nubra Valley, Turtuk, Sumur, Panamik Panggong dan Tso Moriri keesokan harinya. Kami bernasib baik walaupun apply lambat dalam pukul 4.30, masih diterima oleh pegawai bertugas.
6. Sampai awal di airport. Airport di India ni tersangatlah ketat kawalan keselamatan. Banyak benda diorang nak check. Rancang perjalanan anda.
7. Jika anda ingin merasai perasaan dan pengalaman yang awesome, cubalah menunggang motosikal menjelajah Nubra Valley, Pangong dan tempat tempat lain. Menunggang merentasi jalan tertinggi dunia, menjelajah jalan jalan di Karakoram region, ditemani dengan gunung-ganang seperti dalam lukisan, semestinya satu pengalaman yang anda takkan dapat lupakan!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang pengantin lelaki di India meninggal sehari selepas perkahwinannya pada 17 Jun, sementara 30 tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan itu disahkan positif koronavirus. Berita itu telah menimbulkan kebimbangan kepada penduduk kampung kerana semua penduduk di kampung tersebut menghadiri majlis itu.
Pengantin lelaki, yang melangsungkan perkahwinan di wilayah Patna, bekerja di Gurgaon. Pada 15 Jun, dia datang dari Gurgaon dengan kenderaan peribadi dan terus menuju ke tempat perkahwinan di Naubatpur Patna. Berdasarkan kenyataan penduduk kampung, pengantin lelaki tidak sihat tetapi masih meneruskan majlis perkahwinannya. Perarakan perkahwinan tetap diteruskan. pengantin lelaki dan isterinya dihantar pulang ke rumah mereka.
Keesokan harinya, keadaan pengantin lelaki bertambah buruk dan dia dibawa ke pusat kesihatan kerajaan tempatan yang terletak di Paliganj. Kerana keadaannya tidak menunjukkan peningkatan, dia dipindahkan ke Institut Sains Perubatan All India di Patna. Bahkan dia pengsan ketika kenderaan yang membawanya baru tiba di pintu masuk tempat jagaan.
Tiada ujian dilakukan
Setelah diberitahu lelaki itu meninggal dunia, keluarganya membawa jenazah lelaki itu ke rumah dan membakarnya tanpa memberitahu pihak kesihatan dan tanpa melakukan beberapa ujian kesihatan sama ada dia terkena virus korona atau tidak.
Sementara itu, beberapa penduduk kampung telah memberi amaran kepada pegawai tempatan dan memberitahu mereka tentang bagaimana pengantin lelaki meninggal dunia selepas hari perkahwinannya. Mereka juga memberitahu pegawai tempatan bahawa pengantin lelaki telah tiba dari Gurgaon, sebuah wilayah di Haryana, salah satu negeri di India yang paling tinggi kes koronavirus.
Jabatan Kesihatan Negeri kemudian bergegas ke tempat kejadian dan mengumpulkan sampel dari 125 penduduk kampung yang menghadiri majlis perkahwinan itu. Setelah pengumpulan dan pemeriksaan, 15 dari 125 sampel positif Covid-19.
Pada 20 Jun, pihak berkuasa kesihatan negeri mengumpulkan sampel lebih daripada 81 orang dari kawasan yang terjejas. Dari 81 sampel, 16 positif Covid-19.
“Kebanyakan orang yang positif Covid-19 adalah mereka yang menghadiri majlis perkahwinan,” kata Dr. Ramanujam, seorang pegawai kesihatan, kepada media pada hari Rabu (23/6/2020).
Dia menambah bahawa keadaan sedang dipantau dengan teliti. Menurut laporan terbaru dari Jabatan Kesihatan Bihar, India, 55 orang dinyatakan mati dan 8,100 yang lain dijangkiti. Daripada jumlah positif, 5,174 orang adalah pekerja migran yang kembali ke kampung halaman mereka setelah penutupan kebangsaan di India. Kerajaan negeri telah menutup 13,000 pusat karantina yang sebelumnya telah diedarkan ke seluruh negeri.
Biasanya, orang yang datang dari luar negeri mesti dikuarantin secara mandiri di tempat itu kecuali dia mengalami komplikasi serius.
Sumber: Kompas.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pemilik nama sebenar Nurshazwany Hasrita Hasbullah atau nama komersialnya, Wany Hasrita memiliki pakej lengkap sebagai seorang penyanyi. Punya seraut wajah yang ayu serta penampilan yang sopan bertudung menjadi inspirasi kepada hijabi untuk lebih bersemangat dalam melakukan sesuatu yang diimpikan.
Memiliki suara yang lunak, mantap dan mengasyikkan, Wany berjaya memikat selera ramai pencinta lagu-lagu berentak balada. Malah buat peminat setia Wany, kebanyakan mereka tidak hanya meminati kehebatan suaranya semata-mata malah mengakui gadis ini memiliki seraut wajah yang ayu dan menawan.
Menebak tentang perasaannya ketika menyarungkan busana pengantin, akui gadis berkulit cerah ini, ada satu perasaan yang sukar diungkapkan. Pertama kali menggayakan gaun pengantin membuatkan dirinya terasa seperti tidak percaya yang dia sedang memakai gaun pengantin.
Jodoh Pilihan
Berkongsi kisah apa yang tersemat di dalam kalbu yang selama ini menjadi rahsia peribadi, ternyata seperti gadis-gadis lain yang seusia dengannya, Wany juga ingin mengecapi indahnya pelayaran alam rumah tangga. Jauh di sudut hati, sudah sesuai untuk Wany menyemai harapan untuk dirinya bertemu si dia, jodoh yang dinantikannya.
“Sesungguhnya jodoh telah ditentukan oleh Allah. Namun pilihan jodoh saya mestilah mendapat restu daripada keluarga. Restu keluarga itu amat penting untuk keberkatan ke arah membina keluarga yang bahagia. Mengenai calon suami, saya tidak kisah sama ada dia sama bidang dengan saya ataupun tidak. Saya bukanlah seorang yang terlalu selektif dalam memilih calon suami. Jika dia jodoh saya maka saya akan terima dengan hati yang terbuka.
“Jika boleh, saya mahu mengelak daripada memilih calon suami yang lebih muda daripada saya. Sebenarnya ia bergantung kepada pembawaan diri masing-masing. Yang penting cara kita berfikir dan juga bertindak. Jujurnya, tidak pernah terlintas di benak fikiran untuk saya jatuh cinta dengan lelaki yang lebih muda. Ini kerana saya mendambakan calon suami yang berumur lebih tua daripada saya iaitu sekitar lewat 20-an. Walau bagaimanapun jika sudah tersurat yang jodoh saya dengan lelaki yang lebih muda, saya terima sahaja,” ujar Wany sambil tersenyum manis mengatur pembuka kata.
Menyingkap tentang takrifan cinta, Wany punya pengertian yang tersendiri. Bagi Wany, cinta itu berkait rapat tentang sikap saling bertolak ansur dan juga memperbaiki kekurangan yang ada pada diri masing-masing.
“Tentang calon suami, biarlah atas pilihan sendiri. Bukannya saya menolak jodoh pilihan keluarga namun apabila melibatkan masa hadapan, saya lebih selesa untuk membuat keputusan sendiri. Namun begitu, jika pilihan ibu seorang jejaka yang sesuai dengan saya, apa salahnya. Yang penting perkahwinan yang saya akan bina nanti direstui oleh semua pihak,” ujar Wany penuh makna.
Pertunangan
Kata pepatah, biar mati anak, jangan mati adat. Sudah menjadi kelaziman sebelum uda dan dara disatukan, alam pertunangan merupakan tempoh untuk saling menyesuaikan diri antara satu sama lain. Apa pula pendapat Wany tentang alam pertunangan.
“Saya memilih untuk tidak melalui tempoh pertunangan kerana seperti yang kita ketahui, alam pertunangan ialah satu fasa yang amat mencabar dan penuh dengan liku-liku dugaan. Lagipun pada pendapat saya, jika alasan tempoh pertunangan itu bagi memberi peluang kepada pasangan bakal mempelai mengenali lebih rapat lagi, ia tidak relevan. Ini kerana kita hanya akan tahu sikap sebenar seseorang itu hanya apabila kita telah hidup sebumbung dengannya.
“Oleh itu saya memilih untuk terus melangsungkan perkahwinan tanpa melalui proses pertunangan. Jika ada pun majlis pertunangan, biarlah sebelum majlis pernikahan berlangsung. Ia sebagai syarat selain memenuhi permintaan ahli keluarga,” tutur Wany.
5 Ciri-Ciri Calon Suami Pilihan Wany Hasrita
1. Penyabar dengan kerenah saya.
2. Pendengar yang baik sebab saya suka bercakap.
3. Boleh membimbing saya ke arah kehidupan yang diredai oleh Allah.
4. Lelaki yang membuatkan saya selesa dan selamat bersama dengannya.
5. Berilmu agar si dia dapat mengajar saya tentang ilmu dunia dan akhirat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!