Doa seorang isteri untuk kebaikan suami mencari rezeki pastinya menjadi senjata yang hebat dalam mempengaruhi keberhasilan tugas suami. Terasa bahagia sebuah perkahwinan, malah ia turut menjadi bukti kasih sayang seorang isteri terhadap suami tercinta.

 

Rasai nikmat pernikahan yang penuh dengan kasih sayang menerusi perkongsian menarik daripada Ustaz Ebit Lew ini. Semoga perkongsian beliau ini boleh menjadi manfaat buat suami isteri dalam melayari rumah tangga.

 

Sebentar tadi masa saya nak gerak ke Kuantan. Dah keluar rumah. Saya terlupa nak salam dan cium bidadari dan anak-anak. Bidadari saya mesej. Abang tak doakan Bidadari abang lagi… hari Jumaat yang mulia.. Ya Allah.. ampunkan diriku…

 

Saya bergegas masuk rumah dan bidadari saya berlari kat saya. Saya pun letakkan tangan saya dekat ubun bidadari saya. Tiba-tiba rasa feel pengantin baru. Ya Allah saya amat cinta dan sayang bidadari saya. Ya Allah sayangilah dirinya. Saya redha atasnya. Ya Allah redha atas bidadari saya. Jagakanlah dirinya. Berilah ketabahan dan kesihatan dengan iman dalam menguruskan rumah tangga.

IKLAN

 

Kenapa abang pandang sayang macam tu? Sebab abang jatuh cinta lagi dengan sayang.

Doakan abang lak…

 

Bidadari saya doa…

IKLAN

 

“Ya Allah, inilah suami yang kucintai, seperti mana kadang-kadang kami berjauhan dalam dunia. Berilah kami dapat bersama selamanya dalam syurga. Jadikanlah setiap langkah suamiku asbab kebaikan dan hidayah. Orang yang melihat dan mendengar ucapannya dibukakan hatinya untuk dekat padaMu…”

 

Sebak ini kadang-kadang datang. Tiba-tiba. Semua rasa itu nikmat. Semuanya kurnia Allah. Ya Allah, nikmat seorang bidadari cium tangan suaminya dan mendoakan suaminya untuk buat dakwah dan kerja agama. Fikir risau agama.

IKLAN

 

Di antara nikmat pernikahan bila kita cium ubun-ubunnya. Doakan sambil belai dengan rasa sayang. Bila isteri cium tangan suami sedang beliau wanita yang hebat dan orang di sebalik semuanya.

 

Anugerah Allah yang terbesar dalam hidup ini bila memiliki isteri solehah atau suami yang soleh. Terima kasih Allah. Walau kami belum dan teramat jauh lagi menjadi orang yang soleh dan solehah. Tapi itulah cita-cita kami. Redha-Mu. Cinta dan kasih sayang-Mu Ya Allah.

 

***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI