Persiapan menjelang perkahwinan bukan hanya dilakukan beberapa bulan sebelum majlis, malah setiap masa sehingga majlis yang diraikan itu selesai.
Di sini kami disediakan tip istimewa buat bakal pengantin lelaki dalam membuat persiapan tiga hari sebelum majlis berlangsung.
1. Jurucakap Rombongan
Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan rumah pada majlis pernikahan nanti. Hal ini penting kerana tidak semuanya dapat menjadi wakil untuk bercakap denga mudah. Oleh itu, kepada anda yang mempunyai bapa saudara serta yakin berkata-kata, mintalah pertolongannya!
Walau berdebar mana pun degupan jantung menjelang majlis akad nikah, namun persiapan akad itu tetap perlu. Minta pendapat atau pertolongan daripada mereka yang lebih berpengalaman dalam proses akad nikah. Jika perlu, berlatihlah untuk menghilangkan sedikit gemuruh di hati.
Pada saat-saat akhir, kebiasaannya jumlah rombongan pihak lelaki akan bertambah. Bagi mengelakkan berlakunya salah faham kemudian hari, maklumkan kepada pihak perempuan jumlah rombongan yang bakal hadir sama. Ini untuk memudahkan pihak perempuan menyediakan ruang makan yang mencukupi bagi pihak lelaki.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelamin adalah perkara yang sangat penting dan menjadi tumpuan semasa menghadiri majlis perkahwinan. Tema, warna dan konsep terpulang kepada bakal pengantin itu sendiri. Sekarang pun kita boleh lihat ramai ‘wedding decor’ yang boleh membuat tema atas permintaan kita sendiri.
Tidak hanya itu, ada juga yang sangat teliti dan agak sedikit cerewet dalam pemilihan pelamin ni. Ialah mesti nak yang terbaikkan untuk majlis nanti. Tidak salah. Sebab itu kami ada beberapa tips untuk anda sebelum nak pilih pelamin tu. Harap membantu!
1. Konsep atau tema
Pastikan baju dan pelamin anda sedondon. Kalau anda pakai busana dari songket, minta bridal anda untuk sediakan pilihan pelamin bentuk tradisional. PJika anda mahu pelamin bunga-bunga, pilih busana dari renda atau jenis balerina.
2. Jangan banyak sangat warna
Tradisional biasanya lebih sesuai dengan warna tegap atau keras seperti hijau zamrud, biru royal atau kuning emas berbanding english style yang kepada warna pastel lembut. Mainan warna pada pelamin juga penting, biarlah kena dengan baju anda dan cukuplah dengan dua warna sahaja.
3. Karpet
Anda boleh tahu bridal tersebut hebat atau tidak dengan pilihan shaggy carpet atau karpet bulu. Pilihlah yang menyediakan shaggy carpet yang tebal dan tampak eksklusif kerana ia merupakan senjata senyap untuk kesan gambar persandingan anda.
4. Saiz kerusi
Saiz kerusi yang tinggi memanjang dan bersaiz besar sehingga menganggu ruang pelamin. Cukuplah dengan kerusi bersaiz lebar atau trend sekarang kerusi tanpa bahagian sandar.
Sumber : Lafira weddings event
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wanita yang bergelar isteri pastinya mendambakan kasih sayang seorang suami. Belaian cinta seorang suami dapat memberikan keceriaan dan kebahagiaan buat isteri sekaligus menyerikan lagi rumah tangga. Namun, adakah si suami sedar kadangkala isteri mahukan lebih dari itu? Perkara yang dimaksudkan ialah kejutan seperti hadiah.
Isteri bukan mendambakan hadiah yang mahal dan mewah. Wanita mungkin kelihatan cerewet apabila bercakap tetapi tidak bermakna mereka tidak mengambil berat soal menjaga hati dan perasaan suami. Tidak meminta bukan bererti mereka tidak mengingikannya.
Tambat hati mereka dengan memberikan hadiah paling bermakna buat isteri tersayang. Jom kita lihat 8 hadiah yang boleh mengikat ikatan suami isteri bertambah sayang!
1. HADIAH TANDA KASIH
Usah kedekut memberikan pelukan, ciuman dan pegangan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini menunjukkan kasih dan sayang yang ada dalam diri.
2. HADIAH MENDENGAR
Berikan hadiah ini kepada si isteri yang memerlukan dan hendaklah mendengar apa sahaja yang dikatakan. Jangan mencelah, berangan dan elakkan perancangan untuk membalas.
3. HADIAH KETAWA
Berikan sesuatu yang melucukan seperti kartun atau artikel. Mesejnya mudah “Saya suka ketawa bersama awak”.
4. HADIAH BANTUAN
Tiada salahnya membantu isteri mencuci pinggan mangkuk, membuang sampah atau menjaga anak. Si isteri pasti gembira kerana si suami membantunya.
5. HADIAH BERSENDIRIAN
Ada ketika si isteri mahu bersendirian. Peka dengan keadaan itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendirian dan menenangkan diri.
6. HADIAH DOA
Selalu mendoakan kesejahteraan isteri dan seluruh keluarga. Beritahu yang mereka sentiasa berada di dalam ingatan.
7. HADIAH KECERIAAN
Cuba sedaya upaya supaya sentiasa ceria apabila bersama isteri. Belajar untuk senyum dan bermuka manis sepanjang masa disisinya.
8. HADIAH SEHELAI NOTA
Nota cinta seperti sayang awak atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota ini ditempat yang tidak disangka dan mudah dilihat.
***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Laporan Pembangunan Manusia Asia Pasifik 2010 (UNDP) menunjukkan pertumbuhan negara kasar mampu meningkat daripada dua peratus kepada empat peratus setiap tahun jika kadar penyertaan wanita dalam pekerjaan meningkat kepada 70 peratus. Namun terdapat satu kekurangan buat wanita yang berkerjaya tinggi ini iaitu dalam soal jodoh. Ini adalah kerana mereka biasanya menghadapi masalah untuk bertemu dengan pasangan hidup yang sesuai. Ia bukanlah merujuk kepada semua wanita tetapi kebiasaannya wanita berkerjaya tinggi akan menghadapi masalah tersebut.
Ianya tidak dinafikan lagi bahawa memegang ‘title’ seorang yang berkerjaya merupakan impian bagi kebanyakan wanita dan merupakan cita-cita mereka sejak kecil. Dengan memiliki sebuah kerjaya yang diidamkan, mereka mudah memiliki apa yang diimpikan. Disebabkan ‘title’ ini juga menyebabkan rata-rata dari mereka meletakkan ‘standard’ atau kriteria yang tertentu dalam mencari pasangan hidup.
Sebagai contoh, lelaki yang ingin mengahwini mereka mestilah mempunyai pekerjaan yang lebih baik daripada mereka. Ini menyebabkan golongan lelaki berasa seperti tidak layak untuk mendekati mereka disebabkan status mereka. Rasulullah S.A.W. bersabda dalam suatu hadis yang bermaksud:
“Orang Islam itu berdasarkan syarat-syarat yang dipersetujui oleh mereka, melainkan syarat yang mengharamkan perkara yang halal atau menghalalkan perkara yang haram.” (Hadis Riwayat Al-Tirmizi)
Berdasarkan hadis di atas, meletakkan syarat adalah harus namun memberi syarat yang berlebihan akan mengundang keburukan sendiri kepada golongan wanita tersebut. Justeru, para wanita harus berusaha untuk mengelakkan perkara sebegini agar mudah mendapatkan jodoh.
Wanita yang berkerjaya tinggi juga adalah sinonim sebagai seorang wanita yang sibuk dan aktif. Mereka mempunyai banyak komitmen lain yang terpaksa mereka uruskan seperti urusan kerja, hobi, persatuan dan pelbagai aktiviti-aktiviti lain. Mungkin dengan asbab inilah mereka tiada masa untuk mencari jodoh.
Selain itu, golongan wanita sebegini senantiasa hidup berdikari. Ada antara mereka yang mungkin tidak selesa apabila terikat dengan tanggungjawab. Hal ini termasuklah tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak mereka kelak. Perkara seperti ini akan menyebabkan mereka tidak serius di dalam sesuatu perhubungan dan seterusnya akan melambatkan jodoh mereka.
Golongan yang berkerjaya tinggi biasanya mempunyai jawatan yang tinggi di dalam sesuatu organisasi syarikat. Dalam syarikat, merekalah yang akan memberi arahan kepada pekerja bawahan namun dalam dunia realiti sikap sebegini harus dibuang ke tepi. Ada sesetengah daripada golongan ini mungkin fobia dengan perkataan ‘isteri’ kerana memikirkan apabila menjadi isteri, mereka perlu taat dan patuh kepada suami. Sedangkan diri mereka sudah terbiasa mengarah daripada diarah.
Taat kepada suami bukanlah bermaksud taat yang tidak boleh dibantah. Ketaatan yang tidak boleh dinafikan hanyalah kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Namun Islam mewajibkan isteri untuk taat kepada suami selagi si suami tidak menyuruh melakukan perkara yang melanggar akidah Islam.
“Apabila seorang isteri mengerjakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya (menjaga kehormatannya), dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Hadis di atas menerangkan bahawa taat kepada suami adalah salah satu ciri-ciri yang membolehkan wanita untuk masuk syurga. Justeru itu, tidak perlu takut untuk menjadi seorang isteri kerana Islam menjaga kedudukan martabat seorang wanita.
Selain itu, sikap yang berasa tidak memerlukan lelaki di dalam hidup juga mungkin akan menjadikan wanita tersebut sukar mendapatkan jodoh. Biasanya wanita yang berasa tidak memerlukan lelaki di dalam hidup ini sudah mempunyai segala-gala yang mereka perlukan. Mereka ada pekerjaan yang baik, kewangan yang kukuh serta boleh berdikari melakukan pelbagai pekerjaan. Oleh sebab itu, mereka tidak terlalu bergantung kepada lelaki untuk menguruskan kehidupan mereka.
Akhbar Berita Harian ada memaparkan tentang perancangan kewangan yang baik juga dapat menjamin kehidupan seharian berjalan dengan sempurna. Oleh sebab itulah golongan wanita berasa tidak perlu untuk bergantung kepada kaum lelaki disebabkan urusan kewangan mereka yang sudah stabil.
Ingin saya jelaskan di sini bahawa berkerjaya tinggi bagi wanita bukanlah suatu kesalahan bahkan ia adalah sesuatu yang baik. Malah umum juga sudah mengetahui bahawa pekerjaan yang bagus adalah satu jaminan bagi mendapatkan kehidupan yang lebih sempurna.
Pandangan saya terhadap isu ini bukanlah mengatakan semua wanita yang berkerjaya tinggi berhadapan dengan masalah mencari pasangan hidup. Namun demi menunaikan salah satu sunnah Nabi iaitu perkahwinan, wanita yang berkerjaya tinggi mestilah menempis segala asbab seperti yang dinyatakan di atas.
SUMBER : https://baitulmuslim.com
Gambar sekadar hiasan
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...