Betulkah wanita sukar difahami? Malah kadang kala perkara yang kecil pun boleh dijadikan isu dan cepat tersentuh. Dalam hal ini lelaki perlulah bijak mengambil hati wanita dengan lebih memberi perhatian. Barulah hati wanita berbunga-bunga suka. Jangan ambil mudah ya lelaki, jom tengok apa perkara yang boleh menyinggung perasaan wanita.

1. LUPA TARIKH PENTING

Jangan bagi alasan anda terlalu sibuk dengan urusan kerja jika anda lupa tarikh-tarikh penting seperti ulang tahun perkahwinan, hari lahir anak, hari lahir isteri dan sewaktu dengannya. Perempuan yang memahami tidak akan meminta hadiah yang mahal-mahal, tetapi mencukupi jika lelaki boleh mengingati momen terindah. Malah dengan zaman yang semakin maju, anda boleh terus menggunakan nada peringatan di telefon bimbit. Lagi senang, terus bulat dan catatkan besar-besar di kalendar.

2. BERKIRA TENTANG DUIT

Mungkin tidak semua, tetapi memang wujud sebilangan lelaki yang terlalu berkira dengan adik-beradik pasangan. Bukan tidak mampu berkongsi, barangkali dia seorang lelaki yang terlalu cermat. Cuba ubah, sesekali belikan hadiah buat keluarga pasangan. Mesti hati pasangan lebih senang dan bertambah sayang.

IKLAN

3. BALIK LAMBAT

Mungkin isteri tidak kisah jika suami lewat pulang jika segala yang diperlukan sudah disediakan oleh lelaki dan pastikan isteri tidak keseorangan di rumah. Kalau tidak, anda juga yang rimas. Kejap-kejap masuk mesej atau mungkin panggilan telefon setiap setengah jam. Tetapi jika dapat isteri jenis yang tidak kisah, jangan pula lelaki mengambil kesempatan balik lewat hingga ke pagi. Hidup berumah tangga kena fikir soal tanggungjawab dan keselamatan isteri.

IKLAN

4. BOHONG DAN BERI ALASAN

Ramai lelaki yang memilih jalan untuk menjaga hati orang yang disayangi sehingga masuk kes menipu. Bukan niat hendak berbohong, tetapi jalan ini boleh mengundang kemarahan perempuan dua kali ganda. Apa salahnya jika anda berterus-terang walau terpaksa mendengar bebelan perempuan. Perlu anda tahu, wanita membebel adalah disebabkan dia prihatin dan sayang!

IKLAN

5. ABAIKAN NAFKAH

Tidak romantik, mungkin tidak mengapa. Namun jangan pula lelaki mengabaikan nafkah kepada perempuan yang bergelar isteri. Bagi wanita yang bekerja, nafkah suami terhadap isteri tetap wajib berjalan seperti biasa. Jadi jika tak mahu isteri anda sentap, elakkanlah daripada melakukan perkara-perkara di atas. Siapa yang tak sayang bini kan?

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI