Memang terkejut dan geram bila tengok bekas gula dah dimasuki semut. Hairan pun ada juga. Kadangkala, pek gula yang baru dibeli dan dibuka pun boleh dimasuki semut.
BOLEHKAH MAKAN GULA YANG DIMASUKI SEMUT?
Menurut buku 501 Persoalan Fikah Wanita oleh Zawiah Hassan, gula yang dimasuki semut masih suci. Cuma, kita perlulah membuang semut-semut itu terlebih dahulu.
Dari sudut kesihatan pula, ia bergantung kepada kuantiti dan jenis semut yang menghurung gula tersebut. Kebanyakan jenis semut tidak memudaratkan kerana ia adalah haiwan yang tidak berda rah. Malah sesetengah budaya mengamalkan tabiat memakan semut sebagai snek. (*Tapi, dalam Islam kita tak boleh makan semut kecuali tak sengaja.) Maka, sekiranya semut tidak terlalu banyak, bolehlah diusahakan untuk memisahkannya agar gula tersebut masih boleh digunakan. Mari cuba beberapa petua halau semut dalam bekas gula yang mudah dan berkesan ini.
8 PETUA HALAU SEMUT DALAM BEKAS GULA ANDA
Berikut adalah petua halau semut yang boleh anda cuba di rumah.
1. CENGKIH / KULIT KAYU MANIS
Antara petua halau semut dalam bekas gula yang paling popular dan lazim dipraktikkan adalah dengan menggunakan cengkih. Cuma letakkan beberapa tangkai cengkih ke dalam bekas gula yang dimasuki semut tadi. Kemudian, tutupkan bekas sedikit supaya baunya lebih kuat dan menghalau semut. Tapi, jangan tutup rapat sangat kerana nanti semut tak boleh keluar pula. Kalau tak ada cengkih, boleh juga gunakan kulit kayu manis.
Kedua-dua rempah ini bukan saja menghalau semut, tetapi turut memberi aroma yang enak kepada gula anda. Tapi, jangan risau kerana ia tidak mengubah rasa gula tersebut. Gambar di bawah ini contoh yang telah dilakukan oleh Puan Azura Abd Jalil melalui laman sosial beliau. Berkesan, bukan?
2. JEMUR TENGAH PANAS
Ads
Seterusnya, anda boleh menjemurkan gula tersebut di bawah matahari terik. Untuk memudahkan, pindahkan gula di dalam dulang atau loyang. Kemudian, jemurkan sekejap. Kalau takut terlupa sebab letak di luar, letakkan di tepi tingkap yang dimasuki cahaya matahari.
3. LETAK BEKAS GULA TEPI DAPUR GAS
Satu lagi cara yang hampir sama dengan menjemur adalah dengan meletakkan bekas gula tadi berhampiran dengan dapur gas yang dinyalakan. Lebih elok kalau gula dipindahkan ke dalam pinggan kaca atau bekas logam.
Sambil-sambil masak nanti, bekas akan menjadi panas dan semut pun akan lari. Tapi, jangan pula letak direct atas api ya, tak baik dibu nuh semut-semut itu. Lagipun, kalau semut ma ti dalam bekas gula, bertambah susah kita nak keluarkannya nanti.
4. PISAU
Ads
Petua halau semut dalam bekas gula yang seterusnya ini mungkin kedengaran pelik. Tapi, buat yang pernah mencuba tentu tahu keberkesanannya. Seperti yang dikongsikan oleh Puan LiaJane San ini.
Caranya, pacakkan pisau ke dalam bekas gula dan biarkan sekejap. Nanti, semut-semut akan keluar sendiri. Menurut beliau, petua ini didapati daripada majalah. Memang nampak kelakar dan mesti ada yang rasa was-was. Tapi, ia memang berkesan.
5. ASAM KEPING / GELUGUR
Masukkan beberapa keping asam gelugur ke dalam bekas gula. Jangan risau kerana bau asam gelugur pun tidak akan menukar rasa atau warna gula.
6. CILI KERING
Ads
Selalunya kita dengar petua ini untuk halau kutu beras, bukan? Tak sangka ia boleh digunakan untuk menghalau semut juga. Ambil beberapa tangkai cili kering dan letak dalam bekas gula. Kalau nak potong kasar pun boleh. Tutupkan dengan longgar supaya semut boleh keluar. Jangan risau, tak ada rasa pedas yang tertinggal pada gulanya.
7. TEKNIK RENDAM DALAM AIR
Ini satu lagi teknik orang lama yang mungkin jarang kita dengar. Ia adalah perkongsian daripada Puan Zura Yusoff. Menurut beliau, cara ini memang amat mudah tapi cukup efektif. Cuma masukkan bekas gula tadi dalam bekas yang berisi air. Guna air paip saja. Kemudian, tunggu sebentar dan biarkan penutup terbuka untuk semut-semut keluar.
8. SEJUKKAN DALAM PETI AIS
Akhir sekali, dan cara yang paling senang anda boleh buat adalah meletakkan bekas gula di dalam peti sejuk. Letakkan bekas gula di bahagian sejuk beku atau freezer dan biarkan bekas terbuka sedikit. Tinggalkan semalaman atau beberapa jam. Semut akan hilang. Kalau semut asyik hurung bekas gula anda, simpankan terus di dalam peti sejuk. Mudah-mudahan selesai masalah.
SELAMAT MENCUBA!
Walaupun kebanyakannya petua orang lama, tapi tetap efektif. Kalau tak cuba, tak tahu. Apapun, lakukan seawal mungkin sebaik saja anda perasan bekas gula anda dimasuki semut. Jangan tunggu semutnya terlalu banyak baru nak halau kerana dikhuatiri memudaratkan keshatan pula.
Sumber: pertuaibu
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasalah kan dah guna terus ke tong sampah lah tempatnya? Jangan begitu! Banyak sebenarnya kegunaan uncang teh ni tau.
#1. Menghilangkan Bau Kaki Yang Berpeluh
Ambil uncang teh terpakai dan masukkan ke bekas berisi air suam untuk merendam kaki anda selama 15 minit. Kemudian bersihkan kaki dengan tuala sehingga kering dan lakukannya sebelum tidur.
#2. Mengatasi Eye Bag
Rendamkannya di dalam air sejuk, kemudian letakkan di bahagian mata pada masa nak tidur.
#3. Menghilangkan Bau Yang Tidak Sedap
Uncang teh terpakai berfungsi untuk menghilangkan bau yang tidak enak di dalam peti sejuk. Ambil beberapa uncang teh terpakai dan letakkan ke dalam peti sejuk.
#4. Mengatasi Masalah Jerawat Di Muka
Gosok uncang teh terpakai itu pada muka, dan biarkan selama beberapa minit.
#5. Mencuci Peralatan Dapur
Ucang teh terpakai mampu menghilangkan kotoran atau kesan minyak yang melekat pada peralatan dapur dengan mudah. Jika peralatan tersebut sangat kotor dan dipenuhi dengan lemak, rendamkannya dengan air panas dan beberapa uncang teh terpakai bagi menghilangkan kesan kotoran dan lemak yang melekat.
#6. Sebagai Baja Tanaman
Jika anda rajin bercucuk tanam dan inginkan baja yang lebih selamat dan organik anda tidak perlu bersusah payah lagi. Anda hanya perlu mencampak sahaja uncang atau hampas teh yang anda gunakan kedalam pasu tanaman atau tanah tanaman anda dan ia akan bertukar sebagai baja organik yang menyuburkan tanah sekaligus memberi manfaat tanpa perlu anda menggunakan baja kimia lagi.
#7. Menghilangkan kesan ‘sun burn’
Gosok uncang teh yang basah untuk menghilangkan kesan terbakar.
Bunga tangan adalah pelengkap bagi penampilan ratu sehari di majlis raikan cinta. Selain memberi keserian buat penampilan ratu sehari, sejambak bunga juga dianggap membawa kebahagian di dalam perkahwinan, manakala riben yang mengikat jambakan bunga tersebut melambangkan persekutuan.
Walau bagaimanapun kebanyakkan pengantin sekarang membawa bunga tangan hanya untuk sebagai aksesori pengantin. Maka ramai yang tidak tahu akan makna simbolik bunga yang sesuai dengan watak mereka, jadi jom beri perhatian kepada jenis bunga tangan yang sesuai dengan anda.
BUNGA ROS
Warna beige: Kesopanan
Warna putih: Kesucian
Warna merah: Cinta dan kebahagiaan
Warna merah jambu: Menarik
Warna jingga: Terpesona
Warna kuning: Persahabatan
BUNGA HYDRANGEA: Kebanggaan, harga diri
BUNGA CARNATION: Keberanian
BUNGA ORCHID: Kecantikan
BUNGA TULIP: Cinta
BUNGA LILY: Keangungan
BUNGA ‘LILY OF THE VALLEY’: Kesucian dan rendah diri
BUNGA PEONY: Aura positif
BUNGA CALLA LILY: Kesucian dan keimanan
BUNGA RANUNCULUS: Daya tarikan
BUNGA GARDENIAS: Kegembiraan
Jadi bunga manakah yang akan menjadi pilihan anda untuk dijadikan sebagai bunga tangan pengantin?
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mahar atau mas kahwin ialah “harta yang wajib diberikan oleh suami kepada isterinya dengan sebab akad nikah.”
Mahar juga disebut sebagai al-sadaq dan hukumnya adalah wajib sebaik sahaja sempurna akad nikah sama ada mas kahwin itu disebut dengan kadar tertentu ataupun tidak semasa akad tersebut. Jika terdapat permuafakatan menafikannya atau tidak menyebutnya, persetujuan tersebut batal dan mas kahwin tetap wajib diserahkan.”
Rujuk al-Fiqh al-Manhaji (4/75)
Kami ada menghuraikan persoalan mahar di: https://goo.gl/YqSwGN
Berkenaan hukum membayar mahar secara hutang, maka hukumnya adalah diharuskan. Menurut al-Fiqh al-Manhaji(4/77):
Mas kahwin tidak mempunyai kadar minimum dan maksimumnya. Setiap sesuatu yang dinamakan harta atau boleh ditukar dengan harta, boleh dijadikan mas kahwin sama ada sedikit atau banyak, tunai atau hutang, atau sesuatu yang bermanfaat, seperti kain, sejadah, wang, tempat kediaman atau mengajar sesuatu kemahiran. Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Seorang perempuan daripada Bani Fazarah berkahwin dengan mas kahwinnya, seperti kasut. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Adakah kamu redha dengan mendapat sepasang kasut sebagai mas kahwin?” Perempuan itu menjawab: “Ya!” Lalu Baginda membenarkannya.”
Riwayat al-Tirmidzi (1113)
Ini menunjukkan mahar yang diserahkan secara hutang adalah dibenarkan, berdasarkan persetujuan isteri. Namun begitu, hendaklah ditentukan waktunya kerana itu adalah hak isteri. Menurut al-Fiqh al-Manhaji:
“Pemberian mas kahwin tidak disyaratkan dengan segera. Ia boleh disegerakan atau ditangguhkan kesemuanya sebelum persetubuhan. Walau bagaimanapun, penangguhan itu hendaklah ditentukan masanya. Ini kerana mas kahwin itu milik isteri. Dia berhak meminta disegerakan atau ditangguhkan mengikut kehendaknya. Apabila mas kahwin tersebut diminta agar diserahkan segera, maka isteri berhak menahan dirinya daripada melakukan persetubuhan dengan suami sehinggalah mas kahwin diterimanya. Jika mas kahwin itu dipersetujui untuk ditangguhkan, isteri tidak berhak menahan diri daripada suami kerana dia sendiri telah bersetuju dengan penangguhan tersebut.”
Berdasarkan perbincangan di atas, dapat kita simpulkan beberapa perkara:
Mahar adalah pemberian yang wajib diberikan kepada isteri apabila akad nikah sudah termeterai. Ia boleh diberikan secara tunai atau hutang.
Akad nikah yang tidak dinyatakan mahar adalah sah, walaupun mahar tetap wajib diserahkan kemudiannya.
Mahar adalah hak isteri. Justeru, isteri ada hak untuk menghalang diri daripada disetubuhi suami sekiranya suaminya belum memberikannya mahar yang dia minta untuk segerakan.
Sekiranya isteri telah bersetuju untuk menangguhkan bayaran mahar, maka dia tidak lagi layak menghalang diri daripada dipersetubuhi oleh suaminya. Namun, penangguhan itu perlu ditetapkan masanya.
SUMBER : http://muftiwp.gov.my
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!