Pesona Pengantin kini berada di dalam aplikasi   
Pesona Pengantin kini berada di dalam aplikasi   
Home Dekorasi Ini 10 Sebab Kenapa Perempuan Idamkan Lelaki Tinggi Jadi Pasangan

Ini 10 Sebab Kenapa Perempuan Idamkan Lelaki Tinggi Jadi Pasangan

Jika anda tergolong dalam wanita yang memiliki calon suami atau teman lelaki yang lebih tinggi, sememangnya anda wanita beruntung kerana lelaki sebegini sering menjadi dambaan wanita.

Walaupun mungkin tidak wajar bentuk fizikal dijadikan ukuran, namun rata-rata wanita menganggap lelaki bertubuh tinggi lebih tertarik daripada segi perhubungan, kepimpinan dan karier.

Malah lelaki bertubuh tinggi turut memberi gambaran personaliti yang ada dalam diri mereka sehingga lelaki sebegini mampu menenggelamkan kehebatan lelaki bertubuh rendah.

Oleh itu, kalau anda sudah berjumpa dengan lelaki bertubuh tinggi, pastikan anda tidak melepaskannya.

1. Wanita rasa selamat dan dilindungi
Tidak dinafikan berjalan dengan lelaki tinggi membuatkan wanita rasa lebih dilindungi, selamat dan menyenangkan. Wanita menganggap lelaki bertubuh tinggi boleh memberi perlindungan dan hero kepadanya jika terjadi sesuatu perkara, malah wanita juga akan berasa relaks apabila berada di sebelah lelaki yang bertubuh tinggi.

IKLAN

2. Lelaki tinggi nampak lebih gagah
Wanita merasakan selamat berada di samping lelaki yang lebih tinggi kerana dari mata kasar wanita, lelaki berfizikal sebegini kelihatan lebih gagah dan maskulin berbanding lelaki bertubuh rendah. Disebabkan itulah lelaki lebih tinggi menjadi pilihan ramai wanita.

3. Best untuk dipeluk (ingat ye, untuk yang halal saja)
Wanita memerlukan perhatian serta belaian seperti pelukan, sentuhan dan ciuman daripada lelaki yang disayanginya. Ketiga-tiga perkara ini membuatkan wanita rasa nikmat apabila berada bersama lelaki berpostur tinggi. Malah lelaki yang lebih tinggi daripada wanita tidak dinafikan best untuk dipeluk, apatah lagi saat wanita menekapkan kepalanya pada dada lelaki. Sentuhan hangat itu membuatkan wanita rasa selesa kerana dimanjakan.

4. Walaupun mungkin tak hensem, lelaki sebegini nampak lebih bergaya
Ketinggian seorang lelaki secara tidak langsung membuatkan lelaki tampak lebih menarik di mata wanita. Mungkin wajahnya kurang hensem namun disebabkan ketinggian yang dimilikinya itu memberi bonus buat lelaki tampak lebih bergaya. Malah lelaki sebegini juga sesuai mengenakan pelbagai pakaian.

IKLAN

5. Ketinggian buat lelaki jadi perhatian
Jika sekumpulan lelaki berjalan di hadapan wanita, yang menjadi perhatian sudah semestinya lelaki bertubuh tinggi berbanding lelaki rendah kerana mata manusia akan melihat sesuatu yang nampak berbeza dengan yang lain. Selain membuatkan lelaki sebegini menjadi titik tumpu orang ramai, kebanyakan bidang kerja glamor seperti pramugara, model, kerjaya beruniform dan sebagainya juga meletakkan tahap ketinggian sebagai syarat.

6. Lelaki tinggi miliki keyakinan tinggi, berwibawa dan lebih dominan
Pengaruh ketinggian yang dimiliki oleh lelaki yang lebih tinggi membuatkan mereka ada keyakinan, berwibawa dan percaya pada dirinya. Malah lelaki sebegini juga dikatakan miliki peluang karier dan kepimpinan yang lebih baik berbanding rakan sekerjanya yang memiliki kualiti kerja yang sama dengannya tetapi bertubuh rendah kerana postur badan yang tinggi mempengaruhi karakter seseorang. Sifat-sifat dominan, berwibawa dan berkeyakinan tinggi inilah yang selalunya diperlukan untuk menjadi seorang pemimpin atau ketua.

7. Pengaruh positif dalam kemakmuran rumah tangga
Satu kajian mengatakan lelaki tinggi akan membuatkan wanita lebih bahagia kerana wanita berasa selamat. Malah kajian ini mengatakan kebanyakan wanita yang mendapat suami yang tinggi akan mudah mendapat anak dan subur. Malah lelaki yang tinggi mempunyai pengaruh positif terhadap kebahagiaan sesebuah rumah tangga kerana dia mampu mempunyai pekerjaan dan masa depan yang lebih cerah sehingga memberikan kemakmuran kepada isteri dan keluarganya.

IKLAN

8. Wanita tak perlu risau nak pakai high heels
Wanita dan kasut tumit tinggi memang tak boleh dipisahkan kerana kasut tumit tinggi memberi ilusi wanita tampak lebih langsing dan menarik. Jika anda penggemar kasut tumit tinggi dan lelaki yang anda dampingi lebih rendah daripada anda, alamatnya takde peluang la untuk anda memakai kasut kegemaran. Berdampingan dengan lelaki tinggi membuatkan anda boleh bergaya dengan pelbagai jenis kasut kerana takde sebarang isu untuk anda rungsing memikirkan kasut bagaimana yang perlu anda sarungkan ketika keluar dengannya.

9. Kehidupan intim lepas kahwin lebih membahagiakan
Kajian yang dilakukan oleh ahli-ahli dari Chapman University, California, Amerika Syarikat terhadap lebih daripada 60 ribu orang lelaki dan wanita dalam jurnal Evolutionary Psychology mengatakan lelaki bertubuh tinggi memiliki kehidupan intim yang lebih membahagiakan. Kajian ini menyimpulkan bahawa mereka yang bertubuh tinggi cenderung untuk memiliki kekerapan hubungan intim yang lebih banyak.

Berdasarkan hasil yang dikumpulkan, ketinggian badan seseorang ada kaitannya dengan daya tarikan jantina berlawanan jenis. Dr David Frederick yang mengetuai kajian tersebut berpendapat, kebanyakan wanita tergilakan lelaki yang tinggi dan berotot sehingga memungkinkan mereka berhubungan intim lebih banyak.

10. Wanita boleh bermanja lebih
Lelaki yang tinggi juga memberi kemudahan kepada wanita untuk bermanja lebih dengannya. Ketika anda dan pasangan berjalan ke pasar raya atau mungkin ketika di dapur ada barang yang anda perlukan tapi diletakkan dalam kedudukan tinggi, inilah untungnya ada lelaki yang tinggi di samping anda.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI