Benarkah mereka yang lahir pada bulan Oktober ni majoritinya seorang yang sangat aktif? Sekadar perkongsian, mungkin dengan cara ini anda boleh menilai teman tersayang anda secara lebih detil lagi.
1.Seorang yang aktif dalam sukan
Kajian yang diterbitkan dari International Journal of Sports Medicine mengatakan, anak yang lahir bulan Oktober lebih cenderung menjadi atlet, berbanding anak yang lahir pada bulan lain. Kajian ini dilakukan dengan menguji tahap kekuatan dan stamina daripada 9000 orang anak yang berusia 10 hingga 16 tahun. Ini menunjukkan mereka yang lahir pada bulan ini mesti sangat hebat di gelanggang sukan!
2. Tiada masalah jantung
Memiliki risiko yang lebih rendah untuk mengalami penyakit kardiovaskular.
3. Hidup Lama
Kajian ini dilakukan sendiri oleh University of Chicago yang menyebut, anak-anak yang lahir bulan Oktober memiliki peluang hidup sehingga 100 tahun!
4. Memiliki sifat positif dan karakter yang baik
Bayi yang lahir bulan Oktober memiliki zodiak Libra atau Scorpio. Libra terkenal dengan karakter jujur dan cinta yang mendamaikan. Manakala Scorpio pula bersifat setia, berpendirian teguh dan sedikit misteri.
5. Optimistik
Optimistik juga merupakan salah satu karakter anak lahir bulan Oktober ini. Selain itu, mereka juga tidak mudah menyerah kalah dan seorang yang bermotivasi tinggi.
6. Dapat kawal emosi
Fakta unik seterusnya adalah anda dapat melihat anak yang lahir bulan Oktober ini tampak lebih matang dari usianya.Bahkan, kemampuan mengendalikan emosi sudah ditunjukkan sejak usia kanak-kanak lagi.
7. Gaya yang berkarisma
Ya, anak yang lahir bulan Oktober memiliki gaya karisma yang sangat tinggi. Dia sering dikelilingi ramai orang kerana selalu menarik perhatian.
8. Bertanggungjawab
Antara karakter anak lahir bulan 10 juga adalah seorang yang bertanggungjawab. Dia pandai susun semula mainan yang dimain dengan teratur.
9. Peramah
Anak lahir bulan 10 ini juga sangat pandai bergaul, bersopan santun dan ramah dengan orang yang baru ditemui. Sebab itu dia ada ramai kawan. Apa perasaan anda bila baca ini? Pasti anda rasa kagum dan bersyukur dianugerahkan anak yang baik perwatakannya.
Sekadar perkongsian, mana tahu anda memang ada karekter sedemikian, beruntunglah siapa yang dapat berkahwin dengan orang yang lahir bulan Oktober ni kan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Warna ‘Favorite’ Lelaki Yang Perempuan Kena Tahu. Barulah Senang Nak Pikat Hati Mereka!
Warna mempunyai pengaruhnya yang tersendiri terhadap personaliti seseorang kerana ia melibatkan minat dan perasaan. Walau bagaimanapun, warna kegemaran seseorang lelaki lebih ringkas.
Kebiasaanya kemestian buat mereka yang menggunakan warna kegemaran mereka hanya pada kereta, cat rumah atau bilik dan kebanyakan baju untuk dipakai ke tempat kerja.
Tapi adakah kaum wanita mengetahui bahawasanya setiap warna itu menggambarkan perwatakan dan siapakah lelaki itu secara kasarnya.
Anda boleh menilai karakter dan peribadi lelaki itu dengan hanya melihat pada warna yang menjadi kegemarannya.
Warna Merah
Sinonim dengan agresif dan tenaga, warna merah ini sangat digemari oleh lelaki berani dan sentiasa mahu mencuba sesuatu yang baharu. Mementingkan kerja dan teliti dalam setiap perkara.
Perwatakan lelaki yang menggemari warna merah adalah mereka yang selalu memaksa orang lain. Sekiranya ada lelaki yang gemar menyarungkan pakaian bewarna merah, ia melambangkan sikap dominan, kuasa dan perhatian.
Lelaki yang berbaju merah tidak takut untuk menonjolkan dirinya di khalayak ramai dan golongan ini juga turut dikatakan mempunyai tenaga seksual yang tinggi.
Warna Biru
Bagi penggemar warna biru, mereka yang menyukai warna ini adalah tergolong sebagai pemurung dan agak pasif dalam banyak hal. Mereka seorang yang cintakan ketenagan dan kedamaian.
Golongan ini sering mendapat kesulitan dalam pergaulan. Begitu juga dalam hal percintaan kerana mereka cenderung untuk menyembunyikan perasaan.
Warna biru sebenarnya warna komunikasi yang mana ia berkait rapat dengan kelenjar tiroid yang mengawal metabolism badan dan lontaran suara.
Jika seseorang lelaki itu menggemari warna biru dan sering menjadi pilihannya, mungkin si dia adalah yang pasif atau lambat dalam membuat keputusan. Biru melambangkan ketenangan, tetapi di dalam perhubungan biasanya si dia tidak mudah untuk meluahkan kata hati dan bijak menyembunyikan perasaan.
Warna Hitam
Warna hitam juga menjadi pilihan kaum lelaki kerana ia tampak ringkas dan kemas. Ianya mudah diadun dengan apa saja jenis warna. Tambahan pula, warna hitam melambangkan ciri lelaki sejati.
Mereka yang memilih warna ini dikatakan jenis yang ringkas dan sempoi, tidak mahu menarik perhatian dan lebih gemarkan kesederhanaan.
Selain itu, hitam memperlihatkan satu sisi maskulin yang cukup nyata. Mengikut kajian, warna hitam melambangkan dukacita dan ketakutan. Ia juga melambangkan sifat sofisikated dan boleh menyesuaikan diri. Warna hitam berkait rapat dengan kemewahan.
Jika si dia berminat dengan warna hitam, dia boleh dikatakan seorang yang sangat sofisikated dan juga menghargai kemewahan dalam penampilannya. Warna ini juga menambahkan lagi keyakinan seseorang kerana dianggap unggul dan berani menghadapi apa sahaja cabaran yang tiba.
Biasanya, lelaki yang suka memaki warna ini, mereka adalah seorang yang gemar bergaya elegan , mempunyai kuasa dan sokongan orang sekeliling yang berpengaruh. Jika rona ini dikenakan dengan kemas, ia menunjukkan imej yang rapi, ringkas dan versatile.
Namun, lelaki yang suka memakai pakaian berwarna hitam juga dikatakan seorang yang suka mementingkan diri sendiri dan tidak suka dikawal oleh sesiapa pun.
Warna Putih
Putih melambangkan kesucian dan kesegaran. Simbol seseorang yang ingin memulakan hidup baru. Jika seseorang lelaki itu meggemari warna putih, ini bermakna dia adalah orang yang sentiasa ingin memulakan hidup baru dan bersedia menempuhnya bersama anda.
Sangat sinonim dengan kebersihan dan keasliannya tersendiri. Si dia yang menggemari warna putih ini juga sangat cermat dalam pelbagai hal.
Warna Kelabu
Bezanya dengan warna kelabu yang masih boleh dikategorikan ‘adik-beradik’ kepada warna hitam. Ia mudah disuai padan dengan sebarang warna lain. Ia memperlihatkan personaliti lelaki yang efisyen, bijaksana dan tegas, Namun, golongan ini turut dikatakan tidak pandai membuat keputusan.
Warna Hijau
Bagi lelaki yang amat gemar dengan warna ini, mereka dikatakan orang yang sangat cemburu dan kurang rasa percaya pada orang lain. Mereka juga dikategorikan sebagai pendiam dan tidak banyak bercakap.
Lelaki yang selalu memilih warna ini sebenarnya seorang yang bersikap tenang dalam apa jua keadaan. Mereka juga tidak mudah melatah dan marah apabila berdepan masalah, malah dikatakan bijak mengendalikan hal-hal kewangan.
Warna Kuning
Warna ini melambangkan tenaga mental dan berkait dengan penarikan intelektual dalam pelbagai bidang. Tidak ramai lelaki yang sukakan warna ini kerana dianggap terlalu terang.
Lelaki yang menggemari warna ini biasanya akan dikategorikan sebagai pengecut atau penakut dan suka memaksa dalam perhubungan, Lelaki yang memakai pakaian berwarna kuning adalah mereka yang merangsang visualnya dan pemikiran.
Mereka dikatakan cuba memaparkan sikap optimistik dan yakin terhadap kerjaya serta mempunyai masa depan yang cerah.
**Gambar sekadar hiasan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ramadan Pertama Bersama? Ini Yang Anda & Pasangan Boleh Lakukan Sepanjang Ramadan
Bulan Ramadan merupakan bulan yang sangat istimewa untuk melipat gandakan ibadah. Di waktu ini juga kesempatan buat anda dan pasangan menambah keharmonian dalam rumah tangga. Andai jarang berkumpul bersama sebelumnya, Ramadan merapatkan hubungan anda untuk melakukan ibadah bersama. Berikut tip buat pasangan dalam menjaga keharmonian sepanjang bulan mulia ini.
Menyiapkan makan sahur dan buka bersama
Dalam tempoh bulan Ramadan ini anda dan pasangan boleh bantu membantu dalam menyiapkan makan sahur dan buka bersama dengan keluarga. Di waktu-waktu yang lain mungkin satu keluarga jarang untuk makan bersama.
Walaupun mungkin tidak dapat dilakukan setiap hari memadai jika dapat melaksanakannya di hari minggu atau waktu yang terluang.
Di hari-hari biasanya tentu sukar untuk bersama. Sarapan, makan tengah hari dan makan malam mungkin berasingan, terutama bagi mereka yang bekerja. Tentu berbeza di bulan Ramadan, sering kali sahur menjadi momen berkumpul bersama dan saling berbual. Secara tidak langsung muncul rasa bahagia dan keharmonian dalam rumah tangga.
Solat Tarawih bersama
Walaupun sebagai amalan sunnah, tarawih di bulan Ramadan sebagai pengganti adalah sangat digalakkan. Untuk itu, setiap malam setelah berbuka puasa dan solat isyak, tarawih berjamaah di masjid juga sangat digalakkan. Selain untuk solat dan ibadah menghadap Allah, tarawih bersama juga membuat anda bersilatturahim dan bertemu dengan saudara-saudara semuslim lainnya, yang jarang bertemu di bulan selainnya.
Tarawih bersama boleh meningkatkan keharmonian dan kekeluargaan di dalamnya. Tentu saja, akan semakin baik jika dilakukan secara konsisten.
Saling berkongsi Ilmu Islam
Bulan Ramadan tentunya amalan ibadah adalah hal utama yang harus dilakukan. Bergosip, bercerita keburukan orang lain tentunya menjadi perkara yang harus dielakkan dan dikurangkan sebagai bentuk latihan diri kita menjadi lebih positif. Saling berkongsi ilmu contohnya mengenai Hikmah Bulan Ramadan dan Malam Terakhir Bulan Ramadan.
Sentiasa menjaga diri dari maksiat
Keharmonian di bulan Ramadan juga boleh dilakukan dengan cara saling menjaga dan mengingatkan agar tidak berbuat maksiat. Hal ini diperlukan dalam sebuah keluarga, kerana keluarga bahagia menurut Islam adalah mereka yang mampu menjaga masing-masing agar tidak berbuat dosa atau sesuatu yang melampaui batas
Berkumpul dan bersilahturahmi dengan keluarga
Salah satu cara menjaga keharmonisan rumah tangga ialah dengan berkumpul dan silatturahim bersama keluarga yang jarang bertemu. Ramadan adalah waktu yang sesuai untul mengeratkan silatturahim kerana hati dan ketenangan beribadah sedang dilakukan. Membuka diri dan menerima saudara adalah hal yang boleh dilakukan di masa bulan Ramadan.
Sumber :https://dalamislam.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Doa Redakan Demam Panas, Jagalah Kesihatan Keluargamu
Doa Demam Panas
Malik bin Isma’il menceritakan kepada kami, (ia berkata) Zuhair menceritakan kepada kami, (ia berkata) Hisyam menceritakan kepada kami (yang diterima) daripada Urwah (yang berasal) dari ‘Aisyah r.a. (yang diterima) dari Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demam panas adalah dari serpihan api neraka Jahannam, maka dinginkanlah dengan air.”
(sahih al-Bukhari, no. 3023)
Dalam dunia perubatan, salah satu cara untuk mengurangi rasa panas badan adalah dengan meletakkan air ais di bahagian dahi kepala. Sehingga suhu tubuh yang belebihan boleh berkurang dan kembali pada keadaan yang normal.
Hadith lain berkaitan dengan deman atau penyakit, antaranya ialah;
“Sakit demam itu menjauhkan setiap orang mukmin dari api neraka”.
(HR. Al-Bazzar, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Silsilah al Hadiits ash Shohihah no. 1821).
“Janganlah kamu mencaci-maki penyakit demam, kerana sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi”.
(HR. Muslim no. 2575).
“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.
(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).
“Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya”.
(HR. Bukhari no. 5641).
“Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengan dosa-dosanya”.
(HR. Muslim no. 2573).
“Tidaklah seorang muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu, melainkan ditetapkan baginya dengan sebab itu satu derajat dan dihapuskan pula satu kesalahan darinya”.
(HR. Muslim no. 2572).
Walaupun demikan, seorang mukmin mestilah berikhtiar untuk mengubatinya. Ini adalah kerana Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Allah tidak menurunkan penyakit melainkan pasti menurunkan ubatnya”.
(HR. Bukhari no. 5678).
Tapi haruslah di teliti cara perubatan @ ikhtiar yng digunakan dan janganlah sesekali menggunakan sesuatu yang haram atau bertentangan dengan apa yang telah ditetapkan dalam Islam.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya Allah menciptakan penyakit dan ubatnya, maka berubatlah dan janganlah berubat dengan yang haram”.
(HR. Ad Daulabi dalam al-Kuna, dihasankan oleh Syeikh Albani dalam kitab Silsilah al Hadith ash- Shohihah no. 1633).
“Sesungguhnya Allah tidak menjadikan kesembuhan kalian pada apa-apa yang haram”.
(HR. Abu Ya’la dan Ibnu Hibban no. 1397. Dihasankan oleh Syeikh Albani dalam kitab Mawaaridizh Zham-aan no. 1172).
Disebalik derita atau sakit pasti terdapat hikmah disebaliknya. Antaranya ia dapat menyedarkan manusia yang sedang lalai dengan nikmat sihat yang diperolehinya yang mungkin jarang sekali disyukuri nikmat yang diperolehinya itu. Ini kerana jika Allah menguji seseorang hambaNya barulah ia merasa dirinya kerdil, lemah, serba kekurangan, hina dan teringat akan dosa-dosa yang telah dilakukannya sehinggalah ia kembali kepada Allah S.W.T. dan memohon ampunan dariNya.
Sesungguhnya, sakit atau musibah merupakan pintu kesedaran seorang hamba bahawa ia memerlukan Allah S.W.T. Tidak sedetik pun ia tidak memerlukanNya dan perlu selalu bergantung kepadaNya. Marilah sama-sama istighfar di atas apa yang telah dilakukan sepanjang nyawa dikandung badan. Moga-moga setiap amalan yang kita dilakukan diterima olah Allah S.W.T.
Sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala yang mengasihani..
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI