Melangkah ke alam perkahwinan pastinya semua indah, perlu ambil tahu beberapa pantang larang yang lazimnya menjadi tabiat harian. Jauhi atau elakkan untuk kebahagian bersama.
Sebut sahaja pantang larang, pastinya dikaitkan dengan kepercayaan. Jangan pula anda di luar sana berpendapat ia satu mistik atau perkara syirik pula. Pantang larang hanyalah kepercayaan orang dahulu kala yang menjadi petua dan amalan mereka yang kini menjadi turun temurun.
Lapan pantang larang untuk bakal pengantin boleh diikuti. Manalah tahu, ia berkesan atau berhasil untuk bakal pengantin diluar sana. Tak cuba mana tahu!
1. Elak keluar malam hingga lewat malam
40 hari sebelum bernikah elakkan asyik berkepit bersama pasangan untuk mengawal nafsu. Bukan apa, bila dah lama tidak bertemu perasaaan rindu pastinya membara. Ini membuatkan teruja saat ingin akad nikah nanti.
2. Elak makan ulam dan buah yang berbau
Mengamalkan makan ulam dan buah adalah satu perkara yang baik tetapi jika tersalah pilih binasa jawabnya. Bayangkan sehari sebelum akad nikah anda menikmati berulas-ulas durian, bau durian bukanlah hilang serta-merta. Silap hari bulan, pengsan tok kadi yang ingin menikahkan anda dan pasangan.
3. Jangan mandi lewat malam
Seringkali kita dengar orang tua-tua selalu bising jika mandi lewat malam bukan. Inilsh sebabnya, amalan mandi selepas jam 10 malam mampu membuatkan anda cepat untuk mengalami sakit urat dan sendi, terutama sekali pada kaum wanita. Badan nak pakai lama cik adik oiii…
4. Jangan memakai celana ketat
Bagi para mempelai lelaki elakkan memakai celana ketat dan tidur menirap sebelum menjelang hari bahagia anda. Ini bukan apa, peredaran darah sekitar organ dalaman boleh terganggu dan mungkin berlakunya masalah kesuburan. Saat itu jangan menyesal kalau tidak mengambil tindakan awal.
5. Oh tidak! pada sinar UV
Elakkan dari berjemur dibawah sinaran cahaya matahari terlalu lama dan kerap untuk bakal pengantin, ini dikhuatiri kulit menjadi gelap dan kusam tidak bermaya pada hari perkahwinan.
6. Seminggu sebelum Say No! pada solekan
Jika asyik bermake up tebal sebelum tiba hari bersanding takut pula tiada seri pada wajah dengan solekan mak andam pada hari tersebut.
7. Jangan makan bersulam air
Jika makan bersulam air dikhuatiri perut akan menjadi buncit, nanti lain pula jadinya. Mulut orang bukan boleh ditutup, silap hari bulan dikatanya sudah berbadan dua sebelum nikah.
8. Mengapa tidak pada air soya
Bagi pengemar soya bertabahlah ya, sebelum hari perkahwinan mu. Air soya adalah minuman yang sejuk dan tidak sesuai untuk alat kelamin anda.
Petua turun temurun ini sebaiknya diamalkan, kalau tidak ia seperti tidak mendengar nasihat.
Siapa Cakap Jadi Doktor Ni Saham Tinggi, Sebenarnya Susah Juga Jumpa Jodohnya

Tertarik dengan perkongsian viral dari penulis ini, kami sajikan untuk anda agar kita sama-sama memahami situasi yang memang benar-benar berlaku. Bacalah sehingga habis dan sama-sama kita hargai insan-insan yang terus menerus mencurah bakti tanpa mengira kepentingan peribadi. Terima kasih buat Warga Kerja Kementerian Kesihatan Malaysia dan seluruh pengamal perubatan.
KENAPA RAMAI DOKTOR & DOKTOR PAKAR TAK KAHWIN?
Baru balik dari Singapore Expo semalam. Tapi itu bukan ceritanya. Dari Singapore Expo, dapat kenal ramai doktor-doktor yang single. Tapi itu juga bukan isu besarnya. Trigger dalam kepala saya, kenapa saya juga ramai kenalan doktor-doktor wanita yang single sampai hari ini?
Bermula dari sebuah hospital kerajaan kerana itulah hospital terbaik yang ada dalam negara jika nak dibanding hospital swasta. Kerana terbaik, kena beratur sikit. Yang penting, terbaik untuk melahirkan ramai pakar-pakar.
Ramai pula kawan-kawan dah mula jadi pakar O&G. Tapi sampai hari ni, ramai pula yang tak kahwin-kahwin. Teringat tahun lepas semasa arwah Arman (anak istimewa kami) ditahan di NICU PPUKM dan di situ, saya selalulah menyinggah melawat anak dan isteri yang menjaga. Apapun, saya tulis secara general dan bukan untuk pakar O&G sahaja tapi semua pakar-pakar yang lain.
Sempat melihat di wad-wad lain ada doktor-doktor yang kena marah dengan pakar-pakar mereka. Itulah jalan yang mereka tempuh untuk menjadi seorang pakar. Episod lain, selalu lagi nampak doktor-doktor pula kena marah dengan pesakit dan keluarga pesakit. Lagi menarik, mereka juga boleh marah doktor pakar yang dilihat marah-marah doktor-doktor yang nak jadi pakar. Mereka juga ada perasaan dan mereka juga boleh marah. Tapi selalunya saya lihat, mereka mendiamkan diri apabila dimarah oleh keluarga pesakit atau pesakit. Mungkin itu etika mereka.
Ikutkan hati dan authority mereka boleh jer cakap macam menteri-menteri selalu cakap “Incik, kalau tak suka hospital di Malaysia ni, sila pergi ke hospital negara lain”. Tapi mereka pendam sahaja. Cakap pun, tak guna.
Ramai orang mahu anak mereka jadi doktor pakar, tetapi tak ramai nak terima hakikat anak mereka jadi doktor pakar tapi tak sempat nak memikirkan tentang kehidupan diri sendiri. Selalunya yang ada kawan lelaki, akhirnya tak menjadi ke next level. Rare species jer lelaki yang boleh ada girlfriend / tunang yang jumpa sebulan sekali pun susah. Mana ada masa nak pergi repeat cendol trip banyak kali. Silap-silap, sambil menyendol tu juga kena excuse tinggalkan tunang / boyfriend kerana ada patient yang dia jaga perlukan mereka. Dah, macam mana nak proceed to next level kecuali pasangannya sangat memahami ataupun pasangannya juga doktor di hospital yang sama.
Yang berkahwin pula kadangkala susah nak dapat masa untuk keluarga. Kahwin lambat itu sudah biasa. Saya bercerita tentang doktor wanita sebenarnya. Doktor lelaki tak risau sangat. Asal nama doktor sahaja, walaupun belum pakar semua orang dipinang akan terima tanpa perlu hantar borang taksiran LHDN sebagai bukti.
Bilik di hospital itulah selalunya jadi rumah mereka. Ada rumah elok di luarpun banyak isi angin dari isi orang. Life mereka terhad dalam dunia yang mereka pilih kerana tak ramai orang nak pilih dunia tu.
Mereka ni, manusia juga. Ada hati dan ada perasaan. Semua sekarang nak doktor pakar. Mereka korbankan diri untuk jadi pakar, sampai jadi pakar baru perasan umur dah dekat 40 tahun dan mereka lupa nak kahwin.
Saya sangat kagum dengan golongan ini yang meletakkan kepentingan orang lain mendahului kemahuan diri sendiri. Mereka korbankan keperluan naluri sendiri untuk hidup berkhidmat kepada orang yang mereka tidak kenali dengan gaji yang secara relatifnya rendah jika dikira dengan komitmen mereka. Sudahlah berkorban semua tu, jadi pula bahan untuk dimarah oleh pesakit dan keluarga pesakit. Kadang-kadang, bukan keluarga pesakit atau pesakit, tapi orang yang saja-saja nak viralkan video mereka yang kelihatan kasar semasa mengendalikan orang nak bersalin. Public kan nak kalau boleh, bini dia kangkang sahaja di labour room dan doktor cakap sahaja “Baby dipersilakan keluar dengan segala hormatnya”…terus keluar jer dengan lancar tanpa ada sekatan.
Alhamdulillah, dulu semasa saya jadi fotografer orang kahwin memang jarang-jarang dapat job doktor perempuan kahwin. Rupanya, mereka agak jarang kahwin sebahagiannya. Sekarang bila buat travel rarecation, ramai pula doktor-doktor wanita yang single yang sertai kami. Dari situ, saya mula kenal kehidupan dan pengorbanan mereka yang jarang diceritakan oleh mereka. Saya ni tahupun kerana kita selalu travel dengan mereka dan bila dah rapat, baru mereka bercerita.
Tak elok pulak jika mereka sendiri nak ungkit pengorbanan mereka. Elok saya ada peluang ini, biar saya sendiri yang nampakkan bahawa jika ada tokoh-tokoh masyarakat, tokoh Maal Hijrah, Tokoh Puteri UMNO atau Tokoh Muslimat PAS atau apa-apa sahaja anugerah, saya lihat inilah golongan yang berbuat bukan untuk anugerah namun mereka lebih dari layak menerimanya.
InsyaAllah satu hari nanti, bila Malaysia sudah punyai ramai pakar disebabkan oleh pengorbanan golongan ini, barulah anak cucu kita nanti boleh lega sedikit menjadi doktor pakar.
Semasa arwah anak saya meninggal, doktor pakar yang menangani arwah boleh dikatakan selalu ada bila-bila saya datang. Dalam hati, dia ni tak ada rumah ke? Bila anak saya tidak dapat diselamatkan, dengan wajah sugul (seperti orang yang menanti dan bersedia untuk dimarah dan dimaki) berkata, “Kami minta maaf, kami tak dapat selamatkan Arman”. Tetapi melihatkan mereka telah melakukan bersungguh-sungguh dengan semua cara yang ada, dalam tangisan, saya katakan “Terima kasih kerana telah berusaha menyelamatkan Arman, seperti dia anak sendiri”.
Doktor itu khabarnya baru berkahwin pada umur yang sudah lanjut. Anak dia siapa? Itulah…anak-anak yang ada di dalam wad ICU itulah anak-anak mereka.
Selepas ini, jika ada terasa nak marah seorang doktor. Sila fikir semula. Kalau tanpa etika dengan apa yang kamu marah, dia boleh sahaja hantar kamu bertemu tuhan lebih cepat dari biasa tetapi mereka tidak akan buat begitu. Mereka juga manusia yang kita perlu hormati. Lagi-lagi, mereka adalah golongan yang sangat wajar dihormati tanpa mereka sendiri tidak sempat untuk menulis untuk menagih hormat manusia akan apa yang telah mereka lakukan. Sila share supaya lebih ramai tahu siapa yang perlu mereka jadikan idola…bukannya artis Korea ataupun ahli politik yang selalu baiknya bermusim dan di depan kamera sahaja.
sumber : SAIFUL NANG
Sumber: https://www.facebook.com/snfanclub/posts/10155711127825958
‘Datang Bulan’ Perempuan Kena Bersih Dan Bacalah Doa Ini

Tidak ramai yang mengambil berat soal kebersihan semasa datang bulan. Tahukah anda ketika waktu datang bulan, risiko berjangkit bakteria sangat tinggi ini disebabkan terdapat lendir (mucus) yang menghalang laluan serviks untuk mengeluarkan darah haid dari vagina. Tidak mustahil bakteria boleh merebak dibahagian uterus dan rongga pelvis. Pertukaran pH di vagina juga boleh menyebabkan jangkitan yis.
Amat penting dan mustahak bagi seseorang wanita untuk tahu menjaga kawasan istimewa mereka itu. Dari situ bermulanya cara menjauhi dari sebarang jangkitan atau penyakit serius dan jalan tepat untuk kekal sihat. Jadi, apakah yang perlu anda tahu ketika datang haid?
1 Kerap Mandi
Bila datang haid, mood dan emosi juga bertukar negatif. Semua benda rasa malas nak buat, nak mandi pun malas. Jangan malas mandi! Waktu seperti ini anda dinasihatkan kerap mandi atau cuci kawasan celah kelangkang. Ia membantu mengawal bau badan dan vagina. Jika anda tidak dapat membasuh seperti biasa, anda boleh gantikan dengan lap bersih menggunakan tisu basah atau tisu tandas. Paling penting anda turut berasa segar sepanjang hari!
2. Ini Cara Betul Cuci Bahagian Intim
Jangan guna sabun biasa! Membasuh menggunakan sabun biasa boleh mematikan bakteria baik yang bekerja sebagai pembersih semulajadi vagina anda. Ia juga boleh menyebabkan jangkitan lain. Jadi guna pembersih intim yang disyorkan dan hanya cuci dibahagian luar sahaja. Cuci pada bahagian vagina dahulu kemudian dikuti pada dubur. Jangan sesekali bermula pada bahagian dubur ini boleh mengakibatkan bakteria dibahagian tersebut merebak ke bahagian terbuka vagina semasa mencuci. Hati-hati!
3 Jangan Pakai Seluar Atau Seluar Dalam Ketat
Pada waktu ini anda perlu jauhi dari mengenakan sebarang seluar dalam atau seluar ketat. Seluar dalam yang ketat boleh menyebabkan iritasi kulit pada bahagian vagina dan ketidakselesaan.
Buat kaum Hawa dibaca, janganlah di abaikan. Mungkin Perempuan menganggap kalau kedatangan haid tidak perlu untuk berdoa. Justru sebaliknya, kalau perempuan kedatangan haid dihari pertama lebih baik berdoa. Walaupun berada dalam keadaan kedatangan haid dan nifas atau dalam berhadas. Kaum muslimah tidak sepatutnya membiarkan hari-hari tersebut berlalu dalam keadaan biasa-biasa saja, sebaliknya berusahalah mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan amalan baik yang lain seperti membaca doa waktu kedatangan Haid.
.
Di bawah ini doa untuk perempuan yang kedatangan haid dihari pertama:
Bismillahirrahmanirrahim
“Alhamdulillahi’alakullihalinwa ‘astaghfirullahamindzanbi”
Maksudnya ..
Segala Puji bagi Allah atas segala perkara dan aku memohon keampunan Kepada-Mu, Ya Allah dari kesemua dosaku.
Jika perempuan kedatangan haid hari pertama dan dia berdoa, seperti doa diatas maka:
1 – Dimudahkan jalan keluar haidnya.
2 – Mendapat pahala beribadah sepanjang haid.
3 – Meraih pahala 40 orang Syahid.
4 – Selamat dari azab neraka.
5 – Dimudahkan melalui jambatan sirathul Mustaqim.
Dari Saiyyidatina Aishah r.a meriwayatkan:
“Tidak ada seorang perempuan pun yg kedatangan haid, melainkan haidnya itu menghapuskan dosa-dosa yang telah lalu daripada segala dosa-dosanya dan sekiranya ia membaca doa diatas pada hari yang pertama, maka Allah SWT akan menulis baginya supaya terlepas daripada api neraka dan dapat lalu di atas jambatan Sirat dengan selamat dan aman daripada azab dan meninggikan derajatnya oleh Allah SWT baginya dengan tiap satu hari dan satu malam akan empat puluh orang mati syahid. manakala perempuan itu dikira berzikir kepada Allah SWT di dalam masa haidnya.”
– Kitab Durratun Nasihin Fil Wa’zi Wal Israr –
Bila Suami Isteri Susah Hati, Buatlah Solat Tahajud Untuk Beri Ketenangan

Hati sedang kecewa dan terluka?
Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang? Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka. Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini.
Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu.
Cinta itu ada pasang surutnya. Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan. Namun bukan semua masalah kekecewaan berlaku kerana percintaan & masalah jodoh.
Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain. Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa. Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak–anak kita.
Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan membuatkan kita merasa lemah.
Bagaimana Menenangkan Hati Kecewa?
Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah. Kita berpura-pura kuat. Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita.
Sampai bila kita harus berpura-pura? Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan.
Ada perasaan lemah dan duka. Mungkin disaat anda sedang membaca artikel ini, anda sedang merasa lemah dan kecewa.
Hati anda merasa tidak tenang. Mungkin sahaja anda terjumpa artikel ini dari link FB ataupun tergoggle entri ini secara tidak sengaja. Bismillah, izinkan saya berkongsi beberapa cara untuk menguatkan dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah.
Insyaallah, saya juga hamba Allah yang pernah mengalami situasi ini, semoga beberapa petua yang dikongsikan ini dapat memberi membantu anda juga.
1. Membaca Surah Yassin
Mungkin selama ini kita kurang membaca Al-Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini. Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang. Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.
Semasa saya sedang mengalami “keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai solat. Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yassin, saya akan merasa tenang.
Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati. Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah – surah yang lain. Sangat menenangkan hati
Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3.
2. Solat Sunat Tahajjud
Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud.
Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangandalam menghadapi dugaan hidup. Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.
” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “
Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas.
Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.
Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja. Adukan masalah kita direct kepada Allah. Mintalah ketenangan hati.
Jika anda kelu untuk berdoa, anda boleh amalkan doa ini:
اللهم اني اعوذ بك من الهم والحزن, واعوذ بك من العجز والكسل, واعوذ بك من الجبن والبخل, واعوذ بك من غلبة الدَّين وقهر الرجال
‘Allahumma innee A’oothu bika minal hammi wal hazan, wa a’outhu bika minal ajzi wal kasal, wa a’outhu bika minal jubni wal bukhl, wa a’outhu bika min ghalabatid deyni wa gahrir rijal.’
(Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut. Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada hutang dan penindasan manusia)
SUMBER : AKUISLAM