Suami merupakan pasangan sehidup semati dan teman perkongsian segala suka dan duka. Sebaik-baik jodoh yang bakal dijadikan suami ialah yang cukup pegangan agamanya.

Mizan Dzai kongsi sifat suami yang baik mengikut pandangannya. Walaubagaimanapun, kita sebagai manusia hanya mampu merancang, tetapi yang menetapkan adalah Allah S.W.T. sendiri. Sebaik mana pun perancangan manusia, tetapi perancangan Allah S.W.T. lebih baik lagi.

SUAMI YANG BAIK
==============

1. Dia selalu berusaha menyenangkan isterinya kerana suami yang baik takkan pernah membiarkan wanita yang dinikahinya begitu sahaja. 

Walaupun dah lama bernikah tapi dia tetap sering mengajak isterinya bergurau senda dan sering memuji untuk menyenangkan hati isterinya.

2. Suami yang baik akan mempercayai pasangannya sebagai tempat meminta pendapat atau idea yang sesuai untuknya. 

IKLAN

Dia percaya bahawa isterinya adalah sumber terbaik untuk mencari titik permulaan dan penyelesaian masalah. 

3. Membanggakan isterinya. Walaupun isteri tidak selalu disampingnya, dia akan selalu berusaha keras dalam pekerjaan yang dilakukan untuk memastikan isteri serta anak-anak bangga akan dirinya. 

Juga dia rasa bangga kerana memiliki pasangan seperti isterinya. Dia takkan malu mengakui kehebatan dan kecantikkan isterinya meskipun hal-hal tersebut adalah remeh dan biasa sahaja bagi sesetengah orang. 

4. Menggenggam tangan isteri tanpa peduli dimana pun mereka berada, dia takkan lupa menggenggam tangan isterinya sebelum pergi ke mana-mana. 

IKLAN

Sikap ini menunjukkan bahawa suami sangat memerhati isterinya, selain itu ianya bermaksud bahawa suami sentiasa menjaga dan ingin isteri berasa selamat. 

5. Makan masakan isteri walaupun tak sedap. Lelaki yang baik akan tetap menghargai usaha isterinya dalam menyediakan makanan meskipun masakan itu bukan seleranya. 

Dia tetap menelan makanan tersebut dengan senang hati serta menunjukkan rasa terima kasih dan sayang kerana dia tahu, masakan isterinya akan semakin sedap bila dia memberi sokongan. 

IKLAN

6. Suami yang baik takkan teragak-agak untuk membantu isteri menguruskan rumahtangga, anak-anak dan lain-lain kerja yang memerlukan tenaga suami. 

7. Sebagai suami yang baik, dia sedar bahawa bukan isterinya seorang yang ada di dunia ini tapi dia akan selalu setia pada isterinya dan menjauhkan diri dari segala hal yang akan mendatangkan fitnah padanya. 

8. Suami yang baik akan sentiasa mendorong isterinya untuk menjadi lebih baik. Dia sedar isterinya bukan sempurna tapi dia berusaha untuk beri yang terbaik. 

Secara tak langsung, sikap dia sebagai suami itu memberi inspirasi untuk diri dia dan isterinya berubah menjadi lebih baik dari sebelum-sebelum ini terutama dalam menjaga solat. 

#SuamiMithali

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI