Bercinta selepas nikah lebih popular daripada kenal sebelum nikah. Ia tidak salah. Yang salah ialah apabila tidak kenal langsung sebelum nikah. Apabila sudah bernikah dengan si dia dan jika bermasalah kelak, maka semuanya sudah terlambat. Jadi, ada hikmah sebenarnya kita bercinta selepas nikah.
Ramai juga yang memilih untuk bercinta selepas nikah terutama bagi individu yang telah banyak kali dikecewakan oleh pasangan mereka sebelum ini. Tidak dapat dinafikan bahawa bercinta selepas nikah ada kelebihan yang tersendiri. Kami kongsikan 4 kelebihan bercinta selepas nikah.
1. Dapat Kenal Lebih Mendalam
Untuk mengenali seseorang, ia bergantung kepada individu tersebut. Ada orang mungkin memerlukan masa yang lebih lama dan sebahagian yang lain pula tidak memerlukan masa yang terlalu lama. Apabila kita mempunyai masa dan peluang untuk kenal seseorang itu, kita boleh mengetahui latar belakang si dia dengan lebih mendalam.
Ads
2. Melihat Rupa Bakal Pasangan
Foto: Google
Apabila kita mengenali bakal pasangan sebelum bernikah, biasanya secara tidak langsung kita akan tahu bagaimana rupa dan wajah bakal pasangan kita itu. Benar, rupa paras bukanlah jaminan kebahagian rumah tangga. Namun sebagai manusia biasa, kita tidak boleh lari daripada sifat yang menginginkan sesuatu yang cantik pada mata kita.
3. Bersedia Lebih Awal
Ads
Hikmah yang seterusnya jika kita kenal sebelum nikah adalah kita dapat bersedia. Bersedia di sini bermaksud bersedia untuk menerima segala kekurangan yang diketahui semasa proses taaruf (kenal). Ini adalah untuk mengelakkan kita daripada ‘terkejut’ dan merasa tertipu jika hanya dimaklumkan selepas kahwin.
‘Cinta’ itu sendiri adalah abstrak. ‘Cinta’ boleh ditafsirkan sebagai cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, cinta kepada negara dan sebagainya. Sebagai seorang muslim dan muslimah, kita semua pasti tahu bahawa hubungan cinta antara sepasang kekasih tanpa ikatan sah adalah dilarang sama sekali jika melibatkan sentuhan fizikal.
Sumber: baitulmuslim
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seronoknya bila dah halal. Semua benda boleh lakukan bersama-sama. Baik lelaki atau perempuan perkahwinan itu bukanlah sekadar ‘keseronokan’ semata-mata. Ada tanggungjawab yang anda perlu laksanakan.
Selepas berkahwin pasti banyak komitmen anda perlu lakukan. Namun, anda dan pasangan haruslah merancang dengan teliti apa langkah seterusnya perlu diambil selepas berkahwin.
Ingat, anda kini sudah mempunyai keluarga sendiri. Mungkin tips ini dapat membantu buat pengantin baru dalam mengurus rumah tangga.
1. Elakkan berhutang!
Kalau boleh elakkan daripada berhutang, tidak kira lah dengan kawan anda, atau keluarga sekali pun. Hidup lah bersederhana lebih baik.
2. Beli keperluan yang wajib untuk rumah dulu
Kalau berpindah ke rumah baru, beli lah barangan yang penting sahaja dulu seperti peralatan memasak, peti ais, dan kipas. Ada bajet lebih beli lah barangan tambahan seperti katil, sofa, atau tv.
3. Memasak dari membeli
Dah kalau hari-hari makan luar pun boleh habis jugak duit. Ada baiknya anda memasak sendiri sahaja dirumah daripada membeli makanan luar.
4. Tak perlu malu rumah kosong
Anda tak perlu lah malu kalau rumah lapang tanpa kerusi meja. Jangan cepat terpedaya tengok kawan-kawan, kadang-kadang mereka pun berhutang. Bersyukurlah anda masih anda tempat untuk berteduh.
5. Tak perlu ‘smart tv’, elok persiap tabung ‘baby‘
Tak payah beli tv terlalu canggih sehingga ribuan ringgit. Lebih baik anda simpan sedikit duit anda untuk cahaya mata yang akan datang.
6. Bawa bekal sendiri
Daripada anda membeli di kantin atau cafe tempat kerja anda yang belum tentu murah harganya lebih baik bawa bekal masak sendiri atau disediakan isteri, lebih jimat dan sedapnya hingga menjilat jari.
7. Guna kenderaan yang ada dahulu
Jangan terlalu terburu-buru untuk membeli kereta. Kalau ada motor, guna sahaja dulu. Rancang duit anda dengan betul untuk membeli kereta nanti.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bau dah lah busuk, bila kencing atau buang air semalaman pun tak hilang kesannya. Itulah petai, yang busuk, yang pahit tetapi amat besar khasiatnya. Bagus sangat untuk kesihatan tubuh badan dan manfaatnya kepada penggemar petai itu sendiri. Petai juga tidak mudah didapati pada masa sekarang, sebab tu harganya boleh tahan mahal jugak. Saya bukanlah penggemar petai tetapi kalau setakat sebiji dua tu, saya makan jugak. Tapi taklah ketagih macam sesetengah orang.
Bau petai memang busuk terutama apabila setelah diproses dalam perut kita. Hasilnya memang menyakitkan hidung. Petai juga disebut parkia speciosa dalam bahasa saintifiknya banyak ditemui dalam negara kita.
Ketahuilah bahawa bau petai tidak mendatangkan mudarat tetapi kurang selesa. Namun petai banyak khasiat untuk tubuh badan. Petai mengandungi vitamin C dimana ia mampu meningkatkan imun tubuh badan dan bertindak sebagai antioksida.
Petai mengandungi kalium yang mampu mengawal keseimbangan air dalam badan dan fungsi jantung. Bagi menghilangkan bau petai; anda boleh mengambil air kopi, teh tanpa gula, berkumur dengan air garam, dan atau mengunyah beras. Itulah serba sedikit maklumat dan khasiat tentang petai yang anda kena tahu. Biar pandai makan petai tetapi tahu khaisat di sebalik petai dan baunya. Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh pusat kebajikan kesihatan MIND terhadap beberapa orang pesakit kemurungan, rata-rata mereka mengatakan akan berasa lebih baik selepas makan buah ini.
Ini disebabkan oleh kandungan petai mengandungi tryptophan, sejenis protein yang akan bertukar kepada serotonin ketika berada dalam tubuh badan sekali gus menjadikan orang lebih relaks, gembira dan emosi lebih stabil.
Buat anda yang tertanya-tanya, premenstrual syndrome (PMS) adalah kondisi yang akan menjejaskan fizikal, mental dan kelakuan wanita ketika kitaran menstrualnya. Dikatakan dengan memakan buah yang kaya dengan vitamin B6 ini, ia mampu membantu mengawal kandungan gula dalam darah individu sekali gus memberi kesan positif kepada mood anda.
Anemia adalah sejenis kondisi yang mengakibatkan kekurangan sel darah merah dalam tubuh badan. Kesannya ia akan membangkitkan simptom-simptom seperti berikut:
Lemah dan penat
Pening kepala
Mual-mual
Muntah-muntah
Mudah dijangkiti penyakit
Sekiranya anda mengalami simptom-simptom seperti ini, mungkin anda boleh cuba makan petai sebagai salah satu langkah alternatif selain daripada ubat?
Untuk pengetahuan anda, buah ini sangat tinggi dengan kandungan potasium namun rendah garam. Ini menjadikan petai adalah makanan yang sangat bagus untuk membantu menstabilkan tekanan darah.
Kepercayaan ini telah dibuktikan oleh US Food and Drug Administration yang mengesahkan petai memang benar boleh membantu menstabilkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok.
Menurut kajian yang dilakukan di sebuah sekolah di UK, pelajar yang makan petai pada waktu sarapan dan makan tengah hari, didapati boleh menyelesaikan masalah berkaitan pembelajaran dengan lebih mudah.
Persoalannya, bagaimanakah buah ini boleh memberi kesan kepada kebolehan kognitif individu? Jawapannya adalah pada kandungan potasium yang sangat tinggi. Antara kebolehan kognitif yang dikatakan boleh ditingkatkan ini adalah kebolehupayaan untuk memahami serta belajar sesuatu yang baharu.
Bukan sahaja buahnya yang bernutrisi malahan kulitnya juga bermanfaat terhadap kesihatan individu! Salah satu daripada kebaikan kulit petai adalah ia dikatakan mampu melegakan bekas gigitan nyamuk yang sudah pasti akan menimbulkan rasa gatal dan sakit yang tidak menyenangkan. Caranya, hanya ambil kulitnya lalu sapukan ia pada bahagian kulit yang terkena gigitan. Namun, sila hentikan perbuatan anda ini sekiranya ia mendatangkan kerengsaan pada kulit.
Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh Institute of Psychology di Austria, didapati bahawa individu yang stres dengan pekerjaan akan mengambil makanan ringan seperti coklat, keropok dan kerepek lebih banyak.
Menerusi penelitian yang dibuat terhadap 5,000 orang di sebuah hospital, saintis mendapati bahawa orang yang obesiti adalah terdiri dari golongan pekerja yang banyak menerima tekanan di tempat kerja. Jadi, adalah dicadangkan supaya individu yang kerap stres makan makanan tinggi karbohidrat seperti petai setiap 2 jam sekali untuk membantu menyelesaikan masalah kegemukan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tarikh majlis semakin dekat dan perasaan anda semakin gementar untuk menempuh hari besar anda. Anda perlukan sesuatu yang mampu menaikkan keyakinan anda. Di bawah disenaraikan beberapa persediaan yang boleh anda lakukan dalam minggu-minggu terakhir sebelum majlis yang mampu memberi kelegaan kepada anda dan seterusnya meningkatkan keyakinan anda, selain membantu melancarkan lagi perjalanan majlis anda.
Walaupun mungkin anda telah pun memeriksa ramalan cuaca lama dahulu semasa ingin memilih tarikh yang bersesuaian, ada kemungkinan ramalan itu telah berubah atau dikemaskini sesuai dengan perkembangan terbaru yang diterima oleh pakar kaji cuaca tersebut. Makanya, dengan memeriksa ramalan kaji cuaca yang terkini mampu memberikan anda persediaan yang lebih baik dan membuatkan anda lebih yakin.
Manjakanlah diri anda dan pasangan dengan rawatan Spa ataupun salon yang bersesuaian. Kemaskan rambut dan yang mana bersesuaian. Mungkin juga professional shave untuk pengantin lelaki agar anda nampak lebih segak dan bergaya di hari majlis nanti. Namun, elakkan untuk lakukan apa – apa rawatan muka pada tempoh ini. Rawatan muka seharusnya dilakukan lebih awal kerana sekiranya anda lakukan rawatan muka di minggu – minggu akhir ini, siapa tahu mungkin anda mendapat alahan disebabkan produk tidak sesuai dengan kulit muka anda dan sebagainya.
Kekemasan diri adalah tanggungjawab kita sendiri. Jika ada bulu hidung yang dah ‘melebihi paras’ tu, cabutlah. Potong kuku, facial hair yang tidak dikehendaki dan jangan lupa tidur dengan cukup untuk elakkan muka sembam. Jika ada modal lebih, tidak salah sekiranya anda laburkan sedikit untuk lakukan rawatan pemutihan gigi atau rawatan gigi lain.
Ambil sedikit masa untuk kumpulkan keluarga untuk anda berikan taklimat ringkas berkenaan perjalanan majlis yang telah anda rancang. Kebiasannya, ini dilakukan ketika semua ahli keluarga telahpun berkumpul bagi meraikan majlis anda yang akan tiba satu atau dua hari lagi.
Akhir sekali, banyakkan doa dan bertawakal kepada tuhan agar majlis anda berjalan lancar sepertimana yang telah dirancang dan sentiasa redha dengan perkara luar kawalan yang mungkin akan mencacatkan majlis anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti ramai sedia maklum, pelakon terkenal, Jazmy Juma sudahpun selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hatinya, Farah Athirah pada Sabtu lalu, 27 Jun 2026.Perkahwinan yang...