Wanita dan mekap sukar untuk dipisahkan. Lumrah seorang wanita untuk sentiasa kelihatan cantik lebih-lebih lagi di hadapan suami. Tidak menjadi kesalahan untuk menjaga penampilan diri, tapi haruslah berpada-pada dan tidak berlebihan.

Bagi lelaki yang bergelar suami, ada segelintir antara mereka yang lebih suka melihat si isteri tanpa secalit mekap. Mereka lebih yakin kecantikan semulajadi wanita lebih menyerlah tanpa mengenakan sebarang mekap. Namun adakah anda di luar sana tahu sebab mengapa suami lebih suka lihat isterinta tanpa memakai mekap?

Jom kita lihat senarai di bawah.

1. TIDAK SUKA WANITA TERLALU OBSESI DENGAN KECANTIKAN

Lelaki sukakan wanita yang cantik tetapi tidak suka dengan wanita yang terlalu obses dengan kecantikan. Walaupun mahu ke kedai mamak, anda sudah mengenakan solekan yang tebal seperti mahu ke majlis makan malam! Kaum suami tidak mahu pasangan mereka terlalu bergantung kepada solekan sehingga menganggapnya sebagai ‘tuhan’ dan tidak boleh hidup tanpanya.

IKLAN

2. SUKA WANITA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN

Lelaki memandang keyakinan seorang wanita itu sebagai sesuatu yang seksi. Bukan mudah untuk seseorang wanita untuk meninggalkan alat solek mereka tanpa keyakinan yang tinggi. Sekiranya anda berani keluar dengannya tanpa secalit pun mekap di wajah, jelas kelihatan keseksian anda kerana keyakinan anda itu.

3. TIDAK SUKA MENUNGGU

IKLAN

Setiap kali anda ingin keluar bersama, pasti si suami harus menunggu anda di dalam kereta kerana anda mengambil masa terlalu lama untuk bersiap. Lelaki sememangnya tidak suka menunggu, jadi dia lebih suka anda keluarnya tanpa mengenakan apa-apa solekan untuk menjimatkan masanya.

4. SUKA MEILHAT ANDA KETIKA BANGUN TIDUR

Apa yang pasti, anda tidak akan mengenakan sebarang mekap sekiranya anda tidur dan si suami menganggap rupa paras isteri yang baru bangun tidur itu sangat seksi. Bukan itu sahaja, wajah anda yang natural itu membuatkan si dia terbayang-bayang rupa paras anda ketika tidur sehinga dibuai mimpi indah.

IKLAN

5. CANTIK LUARAN TIDAK PENTING

Pada peringkat awal perhubungan, cantik luaran sememangnya dipandang lelaki. Tetapi lama kelamaan dan selepas mendirikan rumah tangga, sekiranya anda cantik tetapi tidak pandai mengambil hati, kuat merajuk, suka membebel atau sering menyusahkannya, si dia akhirnya akan merasa bosan. Jadi, cantik luaran dan dalaman itu sama-sama penting untuk memikat hati lelaki.

6. TIDAK SUKA MEMBAZIR

Alat solekan juga memerlukan kos yang tinggi untuk membelinya. Sikap isteri yang suka akan mekap pasti akan membeli alat solekan untuk dipakai dan dijadikan koleksi peribadi. Hal ini boleh menyebabkan si isteri menjadi boros dan sukar untuk mengawal perbelanjaan. Pada pendapat suami, lebih baik wang tersebut dibelanjakan pada perkara yang lebih penting berbanding alat solekan.