Gambar Sekadar Hiasan

Kestabilan hubungan boleh dinilai dengan pelbagai cara. Oleh itu, inilah masanya untuk anda dan pasangan lari dari semua sifat dulu dan bersikap lebih matang. Untuk mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga anda juga perlu menitik beratkan sikap bertolak-ansur antara satu sama lain.

Cuba perhatikan tujuh tanda ini, adakah anda dan pasangan memiliki tanda-tanda ini? Jika ada, ia menunjukkan kalian matang dalam menjalani sesebuah perhubungan.

1. Tidak Merajuk Setiap Kali Gaduh

Mungkin dulu anda akan rasa perasaan ini. Setiap kali anda dan pasangan anda bergaduh pasti anda akan merajuk atau tidak bercakap dengannya walaupun hanyalah benda kecil. Namun sekarang anda tidak berbuat seperti dulu. Anda kini lebih matang dan lebih menyelesaikan masalah secepat mungkin.

IKLAN

2. Tidak Mesej/Telefon Sepanjang Masa

Selepas beberapa masa berlalu, rasa keterujaan untuk sentiasa berhubung akan sedikit berkurang. Bukan sebab dah rasa bosan atau perkara sebegitu, cuma anda sudah lebih faham tentang aktiviti pasangan anda, dengan siapa dia lepak, bagaimana waktu kerjanya dan sebagainya. Anda juga sudah memberi kepercayaan terhadap pasangan anda.

3. Anda Akan Nampak Kelebihan & Kekurangan Satu Sama Lain

IKLAN

Cinta ini memang macam magis. Bila sedang angau dibuai cinta kadang kala mata pun jadi kelabu. Tapi apabila awan nano cinta ini sudah ditiup ketepi sedikit oleh realiti, anda akan mula nampak perkara yang anda tidak perasan sebelum ini. Yang dulu selalunya manis, sekarang ada sedikit pahit. Jangan risau, ini bukan sebab anda benci pasangan anda atau anda sudah tidak sayang akan pasangan. Anda cuma makin mengenali baik buruk pasangan.

4. Anda Berdua Faham Antara Satu Sama Lain

IKLAN

Anda berdua tahu apa yang perlu dilakukan apabila pasangan sedih. Apabila pasangan rasa stress, apabila pasangan rasa nak makan tapi tak tahu nak order apa. Apabila pasangan cari barang lepas itu anda boleh agak di mana barang itu dan tekaan anda tepat. Apabila anda boleh habiskan ayat pasangan. Apabila anda dan pasangan mahu gosip berdua tapi ramai orang jadi terpaksa bagi isyarat mata sahaja. Pendek kata, anda dan pasangan boleh baca satu sama lain.

5. It’s Okay To Agree To Disagree

Tidak semua perkara anda dan pasangan perlu punya pendapat yang sama dan anda berdua okay dengan perkara itu. Anda berdua terima pendapat masing-masing dan tidak bergaduh pun selepas berbincang.