Sekarang dah macam musim pula untuk kahwin muda. Seronok admin lihat ramai remaja-remaja di luar sana

Admin nak berikan beberapa tips untuk anda remaja di luar sana yang gusar dan tidak tahu cara untuk minta kebenaran berkahwin muda.

Ibu bapa memang mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Setelah penat lelah mereka membanting tulang empat kerat, bekerja, menyediakan makan pakai kepada anak-anak, mestilah mahukan anak-anak mereka hidup senang dan bahagia. Mungkin pada mulanya akan berlaku kesukaran untuk menyuarakan keinginan, tetapi berkat jika anda ikuti tips yang bakal admin kongsi ini, insyaAllah lembut lah hati mereka.

IKLAN

Tips yang pertama

Tunjukkan sikap matang anda. Sikap matang yang admin maksudkan ini adalah matang dalam tingkah laku, membuat keputusan serta berbicara. Bukan apa, ibu bapa ini bimbang jikalau anak mereka membuat keputusan ikut rasa. Bak kata pepatah ikut rasa binasa. Pamerkan sikap matang supaya ibu bapa anda yakin bahawa anda sudah yakin dengan keputusan dan bukannya keputusan yang hanya untuk kepentingan diri sendiri sahaja. Hormat orang tua, tunjukkan sikap, akhlak, serta budi pekerti yang baik. Bukan untuk sehari dua, tetapi praktikkan dalam diri supaya jadi amalan.

Tips yang kedua

Pada mereka yang masih menuntut atau belajar. Dahulukan lah pelajaran. Janjikan pada orang tua anda bahawa anda akan jadikan pembelajaran anda sebagai keutamaan. Hanya selepas anda tamat belajar barulah rumahtangga itu menjadi keutamaan. Bincang dengan pasangan, tidak akan timbul masalah jika kedua anda sepakat dan saling memahami antara satu sama lain. Tahulah tanggungjawab masing-masing.

IKLAN

Sebagai orang islam, jika anda lelaki adalah berat tanggungjawabnya. Anda bakal menjadi ketua keluarga. Ketua yang menggerakkan keluarga anda. Adalah penting untuk anda menjaga rapi ibadah anda. Bukan sahaja untuk bakal suami, turut serta bakal-bakal isteri di luar sana. Banyakkan amal, dekatkan diri kepadaNya. Perkahwinan bukanlah atas dasar kata nafsu semata-mata. Dengan menjadi ketua keluarga, membawa mereka ke jalan yang lurus dan diredhai. Bukannya pula hanya untuk dunia. Tips ketiga ini memerlukan anda untuk lebih menitikberatkkan keredhaan di sisi Allah swt. Muda bukan dijadikan alasan anda untuk melebihkan dunia. Seimbangkan dengan akhirat, patuh pada arahanNya, insyaAllah itu akan membuatkan mereka percaya bahawa anda boleh membimbing walaupun diusia muda.

IKLAN

Tips terakhir

Bincanglah dari hati ke hati. Kenalkan calon bakal suami/isteri tersebut pada ibu bapa anda. Nyatakan kenapa anda ingin tamatkan zaman bujang anda di usia yang muda, di mana sumber wang yang bakal menanggung rumahtangga anda kelak, dan yakinkan bahawa anda sudah bersedia. Jangan berkasar dan jangan bicara dengan nada mendesak. Bincang dengan lemah lembut dan sopan. Nada yang rendah supaya tidak mengecilkan hati mana-mana pihak. Seperti sedia maklum bahawa hati orang tua ini mudah terasa. Bicaralah sehabis baik.

Semoga berjaya!

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI