Perkahwinan merupakan salah satu di antara sunah Rasulullah SAW. Perkahwinan juga sebenarnya termasuk dalam tuntutan syara’ untuk kita penuhinya.
Oleh itu sebarang bentuk penolakan tentang perkahwinan seperti bernazar atau bersumpah untuk tidak berkahwin sama sekali tidak akan diterima oleh Allah Taala. Bahkan ia menjadi satu kesalahan sekiranya dilakukan.
Sebagaimana Allah telah mewajibkan kita untuk menunaikan solat, maka Allah juga perintahkan untuk berkahwin. Maka dianjurkan bagi semua umat Islam untuk berkahwin sekiranya berkemampuan dan dilarang untuk terus hidup membujang. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada mereka yang menolak perkahwinan dan menolak kebaikan yang telah Allah anugerahkan.
Ads
Ads
Ads
Al-Quran sebenarnya telah menjelaskan kepada kita: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.” al-Maidah: 87
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau jodoh tak kemana, janganlah kita nilai diri seseorang dengan hanya melalui luaran sahaja. Apabila ada seseorang yang nak kahwin pada usia muda, ada sahaja yang terus melabelkan sebagai ‘menggatal’. Mungkin itu sudah jodohnya.
Namun bagi tidak dinafikan kahwin pada usia muda ini berat tanggungjawabnya kerana perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran. Teruskan niat anda jika ia betul ikhlas dan kebaikkan. Ada 5 tips anda perlu tahu jika ingin kahwin pada usia muda.
Ini kerana orang yang tidak tinggal solat hatinya lebih kusyuk dan tenteram untuk memikul tanggungjawab yang diberi.
Bersiap sedialah untuk memikul tanggungjawab anda apabila sudah berkahwin kelak. Jangan lepas tangan dan abaikan keperluan pasangan anda. Dalam perkahwinan kita mesti ada kerjasama.
Ini sangat penting kerana orang tua kitalah yang akan merestui dan mendoakan agar rumah tangga kita berjalan lancar. Sifat menghormati itu harus ditanam dalam diri kerana kita akan mengenali lebih ramai lagi sanak-saudara apabila sudah berkahwin.
Dengan zaman yang sekarang, kewangan sangat diperlukan bagi kita untuk membeli semua benda. Jika anda berhasrat ingin kahwin muda, simpanlah wang anda dengan bijak. Jangan membazir pada barangan yang tidak berfaedah.
Penting untuk anda bersikap lebih matang apabila sudah berkahwin ini kerana anda perlu pandai dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Jangan biarkan ia tergantung dan tak bernoktah. Kalau boleh elakkan perangai yang sama anda ada sewaktu bercinta dahulu kerana anda sudah dewasa bukan kanak-kanak lagi.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila tiba majlis kahwin, sering menjadi persoalan apakah pilihan cenderahati yang sempurna buat tetamu yang datang. Pelbagai pilihan cenderahati terdapat di pasaran namun mana satu yang dirasakan meninggalkan kenangan buat tetamu? Berikut dikongsi bagaimana memilih cenderahati yang sempurna. .
Jenis-jenis Cenderahati
Makanan atau Minuman – (Kacang, coklat, gula-gula, kopi, tea..)
Kelebihan: Dalam kategori ini, pengantin baru mempunyai banyak jenis barangan untuk pilihan. Kebaikan memilih barang-barang dalam kategori ini senang untuk dibungkus dan direka, bersifat peribadi dan yang penting sekali ia tidak mahal. Makanan yang diisi boleh dimakan oleh tetamu ketika dalam perjalanan balik ke rumah atau hotel.
Kekurangan: Makanan dan minuman mungkin senang rosak. Jika memilih coklat, ia harus disimpan dalam peti sejuk. Anda mungkin perlu membuat perancangan yang tepat tentang bila harus menempah barang-barang yang dipilih untuk mengelakkan kerosakan.
Hadiah – (lilin perkahwinan, sabun wangi, alas meja)
Kelebihan: Pelbagai saiz, warna, bentuk dan corak untuk pilihan. Boleh memilih barang-barang yang betul-betul bersesuaian dengan tema majlis anda.
Kekurangan: Melibatkan kos yang lebih berbanding memilih barang-barang lain seperti coklat dan kacang.
Cara-cara untuk menghadiahkan cenderahati perkahwinan
Terdapat 3 kaedah yang boleh dijadikan rujukan.
1. Di Pintu Masuk Majlis
Biasanya pelbagai perhiasan akan diletakkan di pintu masuk dewan majlis perkahwinan. Semua tetamu yang ingin memasuki dewan majlis boleh mengambilnya.
2. Di Pintu Keluar Majlis
Anda boleh merancang sesi pemberian cenderahati apabila majlis perkahwinan berakhir. Dengan cara ini, setiap tetamu tidak akan lupa untuk membawanya balik rumah. Pengantin perlu membuat pengumuman kepada semua orang tentang penyediaan cenderahati tersebut.
3. Di atas Meja Makan
Tuan rumah boleh meletakkan cenderahati perkahwinan di setiap meja makan. Contohnya jika meja tersebut untuk 10 orang tetamu, maka tuan rumah boleh meletakkan 10 cenderahati di atas meja.
Pengantin boleh memilih cenderahati yang boleh mewakili personaliti mereka. Biasanya bajet merupakan faktor penentu pemilihan cenderahati. Cenderahati yang dipilih tidak mahal jika kuantiti yang dibeli sikit, tetapi jika bilangan tetamu yang dijemput adalah ramai, maka wang yang perlu dibayar juga berganda. Jangan lupa, kadang kala cenderahati perkahwinan yang dibeli memerlukan kos yang lebih untuk proses tambahan seperti pembungkusan.
Moga perkongsian ini memberi panduan buat bakal pengantin.
Sumber: https://www.renowngift.com
Ikuti bicara pentingkah doorgift buat tetamu yang datang ke majlis perkahwinan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesekali rumah bersepah, suami kena faham dan isteri tak perlu gelabah. Ikut kemampuan diri uruskan rumah tangga dan jangan sesekalki ikut orang. Baru lah akan rasa bahagia buat rutin harian.
Bak kata Puan Intan Dzulkefli, lain orang, akan lain cara caranya. Ikut keselesaan pasangan masing-masing. Okay, jom lah baca perkongsian kali ini untuk faham situasi isteri sibuk menguruskan hal rumah tangga.
Jika suami kita jenis balik rumah, apabila buka pintu lihat meja masih kosong tanpa lauk pauk, rumah seperti tongkang pecah, isteri muka seperti hantu mak limah, anak-anak masih masam tak mandi tetapi dia masih senyum gembira lihat isteri dan anak-anak, alhamdulillah.
Namun, kita kena ingat, bukan semua isteri direzekikan suami yang bertimbang rasa sebegitu. Ada yang boleh naik angin jika buka pintu rumah dan lihat situasi begitu.
Banyak faktor penyebab. Mungkin juga sebab sudah terbiasa dididik dari kecil, ibunya serba serbi sempurna.
Kita boleh kata, ‘suami saya okay je kalau pergi kerja tanpa saya siapkan sarapan. Malahan dia yang selalu siapkan atau beli sarapan.’
Namun, ada suami orang lain, kepantangannya jika dia melangkah keluar tanpa ada sarapan di atas meja atau secawan kopi untuk diminum.
Adakah kita boleh kata, “minta cerailah! Suami kau tu bukan manusia, tetapi lembu.”
Tentunya tidak kan? Kasut kita tak sama. Toleransi kita tak sama. Latar belakang setiap orang tidak sama. Prinsip, penerimaan dan kepantangan tidak sama. Terimalah hakikat itu.
Saya pernah lihat, seorang suami, hanya untuk membasuh tangan pun menunggu isteri. Walhal bekas air itu bukannya jauh dari tangannya. Itu pun masih mahu disuruh si isteri menghulurkan padanya.
Istighfar juga saya melihat kelakuannya.
Ya, si isteri perlu menyiapkan segala-galanya. Namun, si isteri jujur berkata sendiri dengan anak-anak lelakinya.
“Jangan buat macam ini dengan isteri kalian. Buatlah semuanya bersama-sama. Mak ni kes lain. Anggap je mak ni kes special.”
Maksudnya dia memang redha dan gembira melayan suaminya begitu. Namun tidak pula dia mahu budaya sedemikian dinormalisasikan dalam kalangan anak menantunya. Mungkin sebab dia sedar, ketahanan mental, emosi dan fizikal setiap wanita bukannya sama yang mana mungkin dapat menjejaskan sebuah keikhlasan.
Ada pasangan suami isteri yang saya jumpa memang semua hal dalam rumah tangga suami yang buat. Penat balik kerja dari kebun, dialah juga yang masak, angkat baju di ampaian, melipat baju, kemas rumah. Isterinya bekerja sebagai guru. Tetapi (insyaAllah) rumah tangganya bahagia sahaja. Si suami okay dengan isterinya dan meredhai isterinya, dia memang tak suka lihat isterinya bersusah payah, katanya.
Bagi isteri, keredhaan suami. Itu point paling penting. Suami ikhlas dan redha. Mereka okay dengan cara rumahtangga mereka. Walhal orang luar selalu mengutuk isterinya sebagai pemalas dan sebagainya.
Tetapi apa yang pasangan ini buat? Mereka buat tak endah komen orang lain. Rumah tangga kami, cara kami. Asalkan tak salah di sisi agama, kita proceed.
Ada pasangan pula seperti yang saya ceritakan di atas tadi. Serba serbi semua isteri yang buat. Kuku pun isteri yang potongkan. Sudahlah alatan rumah semuanya tradisional, hinggakan mahu menggulai pun perlu kait sendiri buah kelapa sampailah mesin, memerah santan semuanya secara manual. Tetapi tidak pula isteri ini merungut. Memang semuanya dilakukan dengan rela dan ikhlas, walau mungkin ada wanita yang komen, ‘dah macam hamba abdi!’
Ada pula yang sejak sah ikatan nikah, semua hal berkongsi bersama. Baik kerja rumahtangga mahupun hingga menguruskan anak-anak, semuanya dilakukan bersama-sama. Sangat kontra kan?
Jadi, rumahtangga yang mana yang paling bagus antara semua ini? Jawapannya? Rumahtangga yang saling meredhai dan diredhai, saling membahagiakan kedua pihak suami isteri. Sebab rumahtangga ini didasari atas dua jiwa.
Jika cara sedemikian dipersetujui, diredhai bagi keduanya, siapalah kita sebagai orang luar mahu komen itu ini. Kita ada cara masing-masing.
Jika rumah tangga kita begini, itu rumah tangga kita, bukannya rumah tangga mereka. Cukuplah kita faham itu serta belajar hormat cara dan prinsip orang lain.
Dulu, saya juga sejenis yang cepat juga melenting andai terbaca bab-bab merajakan orang lelaki ni. Namun, sekarang sudah slow sikit. Mungkin atas faktor melihat dari sudut pandang berbeza.
Jika semuanya okay, then ‘go on’ dengan cara kita walau orang lain kritik begitu begini. Hal ini kerana, keikhlasan dan rasa bahagia yang lahir di dalam hati bukanlah boleh dibuat-buat.
Jalani hidup kita dengan cara kita sendiri, asalkan masih berpaksikan matlamat mengejar redha Ilahi. Sesungguhnya Allah Lebih Mengetahui apa di dalam hati – setiap dari kita.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...