Perkahwinan merupakan salah satu di antara sunah Rasulullah SAW. Perkahwinan juga sebenarnya termasuk dalam tuntutan syara’ untuk kita penuhinya.
Oleh itu sebarang bentuk penolakan tentang perkahwinan seperti bernazar atau bersumpah untuk tidak berkahwin sama sekali tidak akan diterima oleh Allah Taala. Bahkan ia menjadi satu kesalahan sekiranya dilakukan.
Sebagaimana Allah telah mewajibkan kita untuk menunaikan solat, maka Allah juga perintahkan untuk berkahwin. Maka dianjurkan bagi semua umat Islam untuk berkahwin sekiranya berkemampuan dan dilarang untuk terus hidup membujang. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada mereka yang menolak perkahwinan dan menolak kebaikan yang telah Allah anugerahkan.
Ads
Ads
Ads
Al-Quran sebenarnya telah menjelaskan kepada kita: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.” al-Maidah: 87
Berikut adalah perkongsian dari Maria Adam tentang bagaimana dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 17 kilogram dalam masa 2 bulan dengan menggunakan kaedah liquid diet sahaja. Jom ikuti perkongsian yang menarik ini.
My home made carrot juice, saya turun 17kgs, dlm masa 2 bulan dengan liquid diet sahaja.
Bahan di perlukan juice extractor, kalau takde pakai blender pun boleh, kak maria advise semua perempuan kena ada juice extractor ni sbb dia bagus sangat….ada juice extractor kita akan lebih berdisiplin bila makan, minum juices kulit cantik, kurang gula dan buah buahan mmg banyak khasiatnya.
Saya turun 17kgs 2 bulan dengan liquid diet, saya tak sentuh nasi (carbohydrate), saya tak sentuh gula…air gas, kopi, teh tarik and nescafe semua mmg saya tak minum sbb tak suka.
Saya cuma minum susu, minum juice, makan buah dan yogurt selama 2 bulan itu sahaja dan saya minum smoothies sehari min 2 kali kenyang juga. Susu dan yogurt beli brand Marigold kat pasar raya.
Effect asthma yg bertahun2 saya hadapi hilang terus, saya pernah coma pasal paru paru lemah, 36 jam dalam icu, resdung atau nose polyp saya hilang, tenaga banyak gila, bangun subuh kul 2 pagi pun tak letih lagi:)
Doctor saya kata bila kita hilang berat badan kita, lebih 50 penyakit keluar dari badan, so you all yg selalu sakit macam saya cubalah ya,now saya dah sihat.
Badan ringan, mind clearer and rasa more peaceful. Nanti saya share resepi smoothies kat sini juga.
Carrot juice
Carrot juice 3 batang buang kulit belah kecik
Susu segar jika suka – Marigold brand
Gula jika suka (saya minum kosong)
Lemon
Masukkan carrot dlm juice extractor, juice carrot akn keluar, lepastu tambah air putih dan tambah susu segar dan gula jika you all suka manis.
Masukkan dlm fridge sejukkan dan minumlah masa berbuka rasa awesome gilerrrr…. lemon tu time nak minum hiris lemon satu ke dua hiris perah dalam carrot juice tu, letak ais sikit, adoiii heaven sedap gila haha
Lepas tu kalau nak carrot tu minum kosong sahaja pun boleh okay, tak nak letak susu, tambah air sikt and lepastu letak ice, bukak tv sensorang minum chiling rasa awesome giler.
ps: Untuk bakal pengantin yang rasa tiada lagi harapan nak kurus, mungkin ini alternatif lain supaya korang tak berlapar lagi. Anda boleh beli benda paling mudah ini DI SINI. Selamat berdiet semua!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Restu daripada ibu bapa adalah sesuatu yang harus diperolehi terlebih dahulu sebelum melangkah ke fasa seterusnya dalam sesebuah perhubungan. Namun begitu, kadang-kala untuk menuju ke fasa yang seterusnya ia mungkin sukar bagi sesetengah pihak. Ini kerana ianya dihalang oleh keluarga terutamanya daripada ibu dan bapa bakal pasangan.
Perkara pertama yang anda dan bakal pasangan anda perlu lakukan adalah mencari punca kenapa ibu bapa bakal pasangan tidak suka kepada anda. Adakah kerana anda pernah menyinggung perasaan bakal mertua atau ada hal lain yang membuatkan mereka tidak suka kepada anda? Ini adalah sesuatu yang perlu disemak bagi mengetahui perkara akar umbi yang membuatkan masalah ini berlaku.
Sebagai contoh, ada sesetengah ibu bapa yang sebenarnya bukan tidak suka kepada peribadi atau fizikal anda. Cuma mereka mungkin risau dari segi kemampuan anda terutama bagi lelaki untuk menyara anak perempuan mereka. Jadi jika ini adalah puncanya, maka si lelaki mesti memainkan peranan bagi meyakinkan bakal mertuanya dengan mendapatkan pekerjaan yang lebih baik dan sebagainya.
Oleh sebab itu, mencari punca adalah perkara yang sangat penting bagi merancang tindakan yang bakal diambil nanti.
Tip kedua yang boleh anda lakukan adalah dengan memperbaiki tingkah laku terutama ketika berhadapan dengan bakal mertua. Benar akhlak adalah sesuatu yang spontan dan tidak boleh dilakonkan. Namun begitu, akhlak sebenarnya boleh dibaiki. Sebab itulah kita selalu dengar orang yang tidak baik dan nakal boleh menjadi baik. Ia adalah perubahan ke arah kebaikan yang sangat dituntut dalam agama Islam.
Allah S.W.T. telah berfirman di dalam surah Ar-Rad yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.”
(Surah Ar-Rad : Ayat 11)
Orang tua biasanya akan tertarik kepada perlakuan sopan-santun dan sikap ramah-mesra. Apabila akhlak dan tingkah laku anda menjadi baik, maka ia mungkin dapat menarik minat dan perhatian bakal mertua anda untuk menjadikan anda sebagai salah seorang menantu pilihannya. Tidak salah mencuba kan?
Berani bertemu dengan ibu bapa si dia akan memberikan gambaran bahawa anda serius untuk menjalinkan hubungan dengan keluarganya. Jika anda tidak pernah bersua muka dengan ibu bapa bakal pasangan, mereka akan lebih mudah menolak hubungan anda dengan anak mereka. Ini kerana mereka tidak kenal siapa anda.
Namun apabila kerap berjumpa, walau pada awalnya mungkin terdapat halangan atau perasaan tidak suka, semuanya boleh berubah. Jika anda bersabar dan memberi masa, mungkin akan timbul pula keserasian dan kemesraan antara keluarga si dia dengan anda.
Sifat manusia secara kebiasaannya sukakan hadiah ataupun buah tangan. Oleh sebab itu, anda harus mengambil tahu apa kesukaan ibu bapa si dia. Sebagai contoh jika si ibu suka memasak, maka hadiah yang boleh anda beli mungkin berupa peralatan memasak.
Saya berpendapat membeli hadiah atau buah tangan merupakan pendekatan yang paling senang yang boleh anda lakukan bagi mengambil hati mereka. Jangan kedekut.
Perbincangan atau dalam bahasa Arab disebut sebagai ‘syura’ adalah perkara yang sangat digalakkan dalam Islam ketika berhadapan dengan sesuatu krisis atau masalah. Allah S.W.T. telah menyebut di dalam surah Ali Imran yang bermaksud:
“…Oleh itu, maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.”
(Surah Ali Imran : Ayat 159)
Ketika dalam fasa perbincangan ini, ambil kesempatan untuk menanyakan dengan baik-baik berkenaan perkara yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan restu mereka. Pada masa ini juga teknik komunikasi yang baik sangat diperlukan untuk berhadapan dengan bakal mertua supaya mereka tidak terasa hati dan beremosi.
Pada masa yang sama, si anak juga harus bijak memberikan pendapat dan menyokong bakal pasangan mereka. Perbincangan yang baik dan berkesan, insya-Allah akan memberikan keputusan yang baik untuk semua pihak. Semoga bermanfaat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak dapat dinafikan bahawa ramai yang menunggu keputusan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan bila keputusan keluar, anda didapati tidak layak untuk mendapat bantuan tersebut. Alangkah kecewanya hati.
Namun, jangan risau kerana anda masih lagi boleh membuat rayuan kerana kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh rayuan permohonan BPN sehingga 31 Mei 2020.
Memetik artikel oleh Astro Awani, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan ini dibuat selepas mengambil kira rungutan rakyat akibat penolakan yang dianggap tidak relevan dengan situasi semasa.
“Ada yang permohonannya ditolak kerana dalam rekod menunjukkan pendapatan melebihi syarat kelayakan. Tetapi mereka sebenarnya telah hilang pekerjaan dan hilang sumber pendapatan.
“Ada juga yang memohon adalah pelajar yang telah menerima bantuan BPN bagi kategori 9 pelajar. Jadi permohonan mereka untuk mendapatkan bayaran BPN bagi kategori bujang ditolak,” katanya dalam perutusan khas di Putrajaya, Ahad lalu.
Selain menghantar e-mel, para pemohon yang mana permohonan mereka tidak diluluskan, boleh hadir sendiri ke kaunter-kaunter LHDN untuk membuat rayuan bermula Isnin 11 Mei 2020. Bagi negeri yang bercuti semalam, boleh pergi ke kaunter LHDN pada hari ini.
Perdana Menteri turut menekankan bahawa dia tidak berjanji yang semua rayuan boleh diluluskan. Tetapi rayuan yang memenuhi syarat dan munasabah, insyaAllah boleh diluluskan.
Sehingga 10 Mei, kerajaan telah meluluskan 2.3 juta permohonan BPN, termasuk permohonan baharu dan rayuan, yang melibatkan sebanyak RM1.7 bilion. Dengan kelulusan tersebut beliau berkata, jumlah penerima BPN setakat ini ialah 10.6 juta orang yang melibatkan bayaran berjumlah RM11 bilion.
Pelakon dan juara Dewi Remaja 2023, Nurel Baharin, 24, membuka lembaran baharu dalam kehidupannya apabila selamat bergelar isteri kepada pilihan hati, Esmeer Mansor, dalam...