Masa inilah pelbagai pandangan dan cadangan dari keluarga, rakan akan berpusu-pusu menerjah diri dalam merancang “tema perkahwinan”, belum lagi dengan persetujuan tunang yang tersayang. Jika si dia bersetuju dengan pilihan tema yang dibuat; selesai masalah!
Akan tetapi jika tidak, mahu berpeluh akal diperah mencari jalan penyelesaiannya. Jangan cepat mengalah, Kami menyediakan beberapa langkah dan panduan berikut, pasti sedikit sebanyak dapat membantu anda memperoleh tema perkahwinan yang dihajatkan, jom baca!
.
1) Tema Perkahwinan : Pemilihan Tema
Bawa berbincang bersama tunang, keluarga mahupun teman-teman. Sungguh pun anda bakal dihujani dengan pelbagai cadangan dan pendapat, cubahlah memahami dan ambil idea yang ingin mereka sampaikan. Contohnya tema perkahwinan tradisional Melayu yang mengetengahkan elemen songket.
2) Tema Perkahwinan : Pemilihan Warna
Ads
Kenal pasti pilihan warna yang anda dan pasangan gemar. Kemudian rujuk senarai pilihan warna yang ada terutamanya variasi warna daripada kelompok warna yang dipilih.
Jangan terlalu ‘kaku’ (rigid) dalam pemilihan warna. Cuba lari daripada warna-warna kebiasaan. Sekalipun rona merah jambu pilihan anda, ketahuilah ada pelbagai jenis rona yang tergolong dalam lingkungan warna tersebut.
3) Tema Perkahwinan : Impian VS Imaginasi
Tingkatkan imaginasi, berfantasilah dengan idea dan impian anda. Cuba bayangkan suasana sebenar hari perkahwinan anda Bersama si dia. Tanya diri, apa yang anda benar-benar inginkan terserlah pada hari tersebut.
Ads
4) Tema Perkahwinan : Lebarkan Pengetahuan
Kehabisan idea? Tambahkan ilmu, lebarkan pengatahuan. Rujuklah media-media cetak dan elektronik yang bakal mencurahkan lautan idea pada anda. Anda akan lebih bijak merancang dan lebih peka akan tema apa yang bersesuaian dengan jiwa anda dan si dia.
5) Tema Perkahwinan : Pemilihan Lokasi
Sedar atau tidak, anda perlu mula mencari lokasi perkahwinan (tempat bakal berlansungnya majlis). Biarlah bersesuaian peilihan tema dan konsep dengan lokasi majlis anda nanti, terutamanya dari segi suasana sekitarnya. Antara lain anda juga perlu pertimbangkan perihal faktor cuaca. Jika tema perkahwinan berkonsepkan terbuka (outdoor), anda perlu merancang sediaan khemah yang bersesuaian jika hari tersebut hujan.
.
Ads
6) Tema Perkahwinan : Rujuk Pakar
Aturkan janji temu anda bersama pengusaha – pengusaha perkahwinan yang anda benar-benar meminati hasil kreativitinya. Berkongsi pendapat dan suarakan apa yang anda inginkan kepada mereka yang sememangnya telah berpengalaman dalam bidang ini. Nyatakan bersama perangkaan bajet anda agar penyesuaian konsep dengan perbelanjaan dapat diseimbangkan menepati impian dan juga peruntukan yang ditetapkan.
Mudah bukan! Sebenarnya tidaklah terlalu sukar untuk merancang tema sesebuah majlis malah ia mampu menjadi suatu aktiviti yang menyeronokkan. Menjayakan perlaksanaannya pula, berpeganglah pada kata kunci penyelidikan dan konsisten. Anda perlu melakukan sekurang-kurangnya sedikit usaha mengkaji sesuatu perkara sebelum keputusan akhir dibuat.
Malahan anda perlu konsisten agar semua perancangan kelengkapan majlis berpandukan tema majlis perkahwinan yang ditetapkan. Jika perlu, lantik perancang perkahwinan yang anda yakin kebolehannya dalam menyempurnakan lagi berlansungannya majlis perkahwinan impian anda dan pasangan.
Sumber : Wedpedia
Terima kasih : Gambar dari majlis Shida Melvin
Lumrah percintaan, semua perkara seolah-olah mahu berkongsi dengan pasangan. Itu bermakna anda sayang dan cinta kepadanya. Namun, tak semua benda kita boleh menceritakan kepada pasangan kita.
Mungkin anda boleh menceritakan mengenai hal peribadi anda, hobi atau aktiviti harian anda. Dalam pada bercerita anda juga haruslah berwaspada dan tahu batas-batasnya. Apa benda yang anda boleh kongsi atau tidak.
1. Sopan santun
Semua orang kentut, semua orang didunia ini akan mengalami proses kumbahan. Jadi tak perlu cerita pada pasangan jika kamu mahu kentut atau sesudah kentut. Lelaki sukakan wanita yang sopan dan lemah lembut.
2. Rahsia kawan baik anda
Kawan baik anda memberi sepenuh kepercayaan kepada anda untuk menyimpan rahsia.Jadi rahsia ini tidak perlu dikongsi bersama teman lelaki. Tambahan pula, pasti ada rahsia kamu yang disimpan oleh teman baik kamu kan.kamu pasti berasa tidak selesa jika teman baik kamu menceritakan kepada teman lelakinya bukan?
3. Kata laluan
Fungsi kata laluan atau ‘password’ ini tentulah bersifat rahsia, dan mengapa perlu kamu kongsi bersama teman lelaki. Melainkan memang kamu berkongsi emel bersama. Ini memberi peluang kepadanya untuk melakukan ‘check-up’ kepada kamu. Ini sangat tidak sihat dalam perhubungan, malah mungkin kejutan untuknya juga menjadi hambar kerana si dia boleh baca kandungan emel kamu.
4. Tak suka keluarga dia
Bukan semua orang tahu bagaimana untuk masuk dalam keluarga baru, walaupun dalam proses mengenali hati ahli keluarganya, sudah pasti bukan satu perkara yang mudah. Jika anda rasa tidak selesa bila bersama ahli keluarganya terutama ibunya, jangan sesekali anda meluahkan rasa tersebut kepada si dia. Lelaki sangat sensitif jika pasangannya meluahkan rasa tidak suka terhadap ibunya.
5. Perasaan tidak yakin
Jika kamu rasa tidak yakin dengan diri kamu, sebaiknya anda sorokkan sedikit kelemahan kamu itu. Memang bagus menunjukkan kelemahan, supaya pasangan boleh menerima kekurangan kamu. Tetapi, jangan setiap hari anda ceritakan keburukkan anda, takut nanti si dia berubah hati pula.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bunga ‘hydrangea’ biru dengan sedikit taburan manik menyuntik mood sesebuah hantaran.
Kotak kaca yang dipilih sebagai hadiah buat si dia memberikan cita rasa yang tersendiri menjadikan hantaran tampak indah dan eksklusif.
Ternyata tidak memerlukan idea dan dekorasi yang sarat, konsep minimalis sudah memadai.
Tip:
Anda perlu pandai memilih bekas meletak hantaran agar kedudukan barang hantaran tidak bergerak daripada kedudukan asal. Seeloknya bekas hantaran dilekatkan supaya lebih kemas dan elok.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Islam mengiktiraf bahawa air yang dibacakan ayat-ayat al-Quran atau doa-doa yang mathur dari hadis merupakan sebahagian dari kaedah rawatan dalam Islam. Rasulullah SAW sendiri menggunakan air yang didoakan sebagai ikhtiar untuk penyembuhan. Antaranya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud dalam kitab Sunan Ibnu Majah:
“Ketika Rasulullah sedang sujud dalam solatnya, jari beliau disengat kala jengking. Setelah selesai solat, baginda bersabda: “Semoga Allah melaknat kala jengking yang menganggu nabi atau selainnya.’ Lalu baginda mengambil bekas yang berisi air dan garam. Kemudian beliau meletakkan bahagian tangan yang tersengat kala jengking dalam larutan air dan garam (merendamnya), seraya membaca surat al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas, sampai beliau merasa tenang.”
Diriwayatkan dari Ibn Abbas bahawa Nabi SAW pernah memerintahkan agar ditulis beberapa potongan ayat dari Al-Quran pada bekas minuman yang bersih lalu diberi minum dan mandi kepada wanita yang sukar untuk bersalin. Begitu juga dengan kisah seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Sahal bin Hanif r.a. yang terkena penyakit pandangan mata (‘ain). Apabila diadukan perkara ini kepada Rasulullah SAW, maka baginda SAW memerintahkan agar sahabat tersebut dimandikan dengan air yang ditadah dari wudu orang yang mengenakan ‘ain itu.
MENJAMPI AIR MENGGUNAKAN AYAT AL-QURAN
Menjampi air menggunakan ayat al-Quran adalah digalakkan. Antara amalan orang-orang alim terdahulu ialah membacakan surah Yasin pada air pada setiap malam Jumaat. Ini kerana Al-Quran mengandungi keberkatan, dan keberkatannya ini meliputi apa sahaja yang berada di sekelilingnya sama ada daripada air atau lain-lain. Maka air tersebut menjadi berkat dengan keberkatan al-Quran, dan dengan keberkatan ini mudah-mudahan ia menjadi penyembuhan dengan izin Allah Yang Maha Esa. Firman Allah SWT dalam surah al-Isra ayat 82:
”Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran,ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya.”
Cara-cara membuat air penawar.
1. Sebelum mula tentukan diri anda bersih dan berwudhuk.
2. Lelaki atau wanita asalkan bacaannya baik dan betul bacaannya.
3. Sebaiknya lakukan selepas solat asar.
4. Mengadap kiblat kerana selepas solat asar.
5. Air mineral dan buka tudungnya.
Surah-surah yang dibaca.
Sebelum mula, Istighfar 10 kali serta salawat Nabi 10 kali.
Baca Al-Fatihah – 10x.
Baca Ayatul Kursi – 1x.
Baca Surah Al-Ikhlas – 3x.
Baca Surah Al-Falak – 1x.
Baca Surah An Naas – 1x.
Baca Surah Yunus – 11x. (Mula bacaan seperti ditunjukkan).
Zikir "Ya-Naafi" – 100x.
Penutup – Salawat Nabi 10x.
Maksudnya:
Maka setelah mereka lemparkan, Musa berkata: "Apa yang kamu lakukan itu, itulah yang sihir, sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidak benarannya" Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlangsungnya pekerjaan orang-yang membuat kerusakan.
Simpan ditempat yang tinggi. Jangan dilangkah air penawar itu. Kegunaan air penawar sekiranya ada ahli keluarga yang terkena sihir, dirasuk oleh makhluk halus. Bagi minum dan mandikan. Tuang dan campurkan ke dalam baldi yang sudah ada air mandi. Jika kurang sihat dan demam, minum waktu pagi dan petang. Nak diterangkan kegunaan air penawar untuk berbagai penyakit zahir dan batin, terlalu banyak. Sila tinggalkan komen anda. Segala ilmu ini dihalalkan kepada pembaca.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!