Perempuan dan solekan memang tak boleh dipisahkan. Lumrah sifat seorang wanita iaitu suka melawa. Itu adalah normal dan perkara biasa dalam masyarakat. Mungkin dengan adanya solekan dimuka akan membuatkan mereka lebih berkeyakinan dan anggun.
Namun, ada juga yang tidak suka solekan dimuka kerana mereka rimas atau mungkin sebab sudah terbiasa tiada apa-apa dimuka. Bagi mereka ini lebih suka kan ‘naturalbeauty‘. Wah, tapi tak salah pun kalau tak solek. Terpulang kepada individu itu sendiri.
1) Dapat menjaga kulit wajah
Mereka ini memilih untuk tidak bersolek kerana mementingkan kesihatan kulit wajah. Ini kerana sesetengah alat solekan mampu memberi kesan negatif kepada kulit wajah seperti berminyak, berjerawat dan banyak lagi.
Ads
2) Keyakinan diri tinggi
Bukan hanya persoalan rupa paras, tapi juga mereka ini lebih berkeyakinan dengan wajah sendiri. Mereka lebih berasa selesa dan suka menjadi diri sendiri.
3)Lebih yakin dengan kecantikkan semulajadi
Ads
Bagi mereka yang suka keluar rumah tanpa solekkan sudah pasti sangat yakin dengan diri sendiri kan! Tidak seperti mereka yang sering mengenakan solekan, mereka tidak yakin untuk keluar berjumpa dengan ramai orang.
4) Jimat duit
Ads
Suami mesti suka yang ini, tak perlu berhabis duit terlalu banyak untuk penuhi permintaan mereka. Kerana mereka ini tidak meminta. Jadi, boleh lah simpan duit untuk kegunaan lain.
Ya betul. Nak pergi mana-mana senang. Masuk waktu solat, terus ambil air sembahyang dan solat. Lepastu pakai tudung. Tak perlu nak tampal lagi make up tu. Buang masa.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
CINTA & NAFSU, BEZAKAN DEMI MENDAPAT TEMAN HIDUP SEJATI
Cinta bersifat subjektif. Yang pastinya semua insan pernah mencintai mahupun dicintai. Tidak kiralah sama ada cintanya sesama manusia, haiwan, alam sekitar, mahupun Tuhan. Manakala nafsu pula boleh dikatakan satu perasaan dalaman yang adakalanya sukar untuk ditahan atau dibendung.
Ini kerana ia melibatkan keinginan yang melibatkan fizikal. Namun, jangan anda terkejut, sentiasa wujud kekeliruan di mana kita kadang-kala sukar untuk membezakan yang mana satu CINTA dan yang mana satu NAFSU. Dan akibat timbulnya kekeliruan ini, sehingga ke hari ini kes-kes khalwat banyak dilaporkan di media-media sehingga melibatkan kelahiran anak luar nikah serta gejala sosial lain. Bagaimanakah cara untuk kita membezakannya?
1) CINTA itu membahagiakan, NAFSU pula membahayakan
Cinta sejati yang lahir dari hati suci pastinya akan menunjukkan jalan ke arah kebahagiaaan terutama sekali bagi mereka yang menjalaninya. Bagi yang betul-betul memahami cinta, mereka pasti akan merasai nikmat kebahagiaan apabila berada di sisi pasangan. Berbeza pula dengan nafsu, kerap kali nafsu itu disalahertikan dan menganggapnya ia cinta.
Akibat dari itu, nafsu itulah yang akan membuahkan keinginan yang meluap dan boleh mendatangkan bahaya dalam perhubungan. Cinta dan nafsu berada dalam dua sisi berbeza. Cinta bersifat positif, manakala nafsu pula bersikap negatif. Seseorang yang betul-betul mencintai pasangannya akan sentiasa menjaga dan menyayangi. Lain pula dengan nafsu, ia lebih bersifat peribadi dan kadang-kala tidak dapat ditahan dan tanpa disedari ia akan terjerumus ke landasan nafsu yang melibatkan fizikal (seks) semata-mata.
2) CINTA mampu buat kita ketawa, NAFSU pula buat kita kecewa
Apabila cinta mekar di hati, semuanya indah belaka. Itu lah nikmat cinta yang tiada pada nafsu. Cinta akan sentiasa membuatkan kita merasakan cukup bahagia apabila di samping pasangan dan seolah-olah memberikan kita satu nikmat yang tidak terkata.
Kita boleh tersenyum apabila cinta mula menular ke dalam jiwa. Namun, apabila cinta disalahertikan kepada nafsu, perasaan membuak-buak sehingga membuatkan kita tidak senang hati. Jiwa kita akan bergolak dan akhirnya perasaan kita tidak mampu lagi dikawal, dan seterusnya berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini. Di pengakhirannya, pasti ada yang kecewa. Dan lama-kelamaan perasaan yang dahulunya ada kini sudah tiada.
3) CINTA sentiasa ingin memberi, NAFSU pula ingin diberi
Ini amat jelas. Cinta sifatnya memberi. Ketika kita menjalankan perhubungan yang berlandaskan cinta, maka hal pertama yang dilakukan adalah memberikan yang terbaik dalam hubungan tersebut. Logiknya, apabila kita dan pasangan saling memberi (kita ingin memberi kepada pasangan dan pasangan juga memberi kepada kita) secara automatiknya kedua-duanya akan menerima dengan hati penuh terbuka.
Berbeza pula dengan nafsu, nafsu bersifat meminta dan permintaan inilah yang kadang-kala sukar untuk dielak. Pasangan seolah-olah ingin dan dahagakan sesuatu dan ia sentiasa melibatkan fizikal, seterusnya menyebabkan emosi dan perasaan tidak terkawal. Akhirnya, pasangan akan terjerumus ke lembah maksiat.
4) CINTA ingin menyayangi, NAFSU pula memperlakukan
Bagaimana cara anda melayan pasangan? Dan bagaimana pasangan anda melayan anda? Ini adalah cara termudah untuk membezakan antara cinta dan nafsu. Orang yang menjalinkan hubungan di atas landasan cinta akan sentiasa memperlakukan pasangannya dengan cara-cara yang baik. Menjaga, menyayangi, memperhatikan, memberi nasihat / tunjuk ajar dan selalu memberikan yang terbaik.
Sebaliknya orang-orang yang menjalin hubungan kerana nafsu semata-mata cenderung memperlakukan pasangannya ke arah fizikal sahaja. Setiap kali bertemu, pastinya pipi dan dahi ingin dicium, setiap kali berdua pastinya ingin dipeluk dan memeluk, dan yang lebih parah lagi apabila sudah sampai ke arah melakukan hubungan seksual.
5) CINTA hanya yang terbaik, NAFSU sudah tentunya tidak
Cinta akan sentiasa mengajar kita untuk menjadi yang terbaik. Terbaik dari segi personaliti, kelakuan, tabiat, perangai dan seterusnya berusaha memberikan yang terbaik di dalam perhubungan walau apa cara sekalipun. Bagaimana pula dengan nafsu?
Nafsu pula sifatnya terbalik. Apabila cinta disalahertikan, nafsu ini kemudiannya akan membuahkan satu perasaan dan perasaan itu bukan lagi melibatkan cinta. Ia lebih cenderung memperlakukan pasangan ke arah yang menyesatkan, menyebabkan cinta bukanlah motif atau tujuan utama.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebaik mengadakan kenduri-kendara, perihal kewangan menjadi keutamaan. Semuanya memerlukan perbelanjaan yang besar untuk menguruskan pelbagai perkara. Jika tidak diuruskan dengan betul, bakal pengantin akan dibebani dengan hutang selepas majlis perkahwinan berakhir.
Jika anda seorang yang kreatif dan mahu berusaha lebih, kos perkahwinan boleh menjadi murah, menjimatkan kos dan tidak semahal seperti yang digembar-gemburkan. Semua hal mengenai pemilihan dewan, vendor, jurufoto, katering, mekap dan baju pengantin boleh dikurangkan kosnya.
Ini ada 4 cara yang boleh anda buat.
Sedar atau tidak, kad undangan perkahwinan cuma berakhir dan terbuang begitu saja? Anda juga pasti melakukan hal yang sama terhadap kad undangan perkahwinan teman atau keluarga. Sebaik sahaja majlis selesai, pasti kad undangan tersebut berakhir di tong sampah. Daripada anda membazir untuk hal yang sia-sia, lebih baik anda beralih menggunakan kad undangan yang disebar melalui media sosial.
Selain menjimatkan kos, cara ini juga efektif kerana tidak memerlukan waktu yang lama malah jangkauannya juga sangat meluas. Daripada teman di sekolah rendah sampailah rakan-rakan sekerja boleh anda jemput menggunakan kad secara atas talian. Walau bagaimanapun, untuk saudara-mara, ketua di pejabat atau mungkin ada tetamu tertentu yang dianggap istimewa, anda harus menggunakan kad undangan bercetak seperti biasa.
Undangan majlis perkahwinan biasanya didominasi oleh rakan orang tua dan juga keluarga besar. Usahakan dahulukan daripada keluarga besar kedua-dua pihak terlebih dahulu. Setelah itu, baharulah kepada jiran sekitar rumah, sahabat dan teman terdekat. Kalau masih dirasakan cukup, anda boleh mengundang teman-teman lama. Membuat skala keutamaan pun sangat penting kerana ini ada kaitan langsung dengan jumlah katering yang telah anda tempah.
Dengan memanfaatkan alam ternyata anda boleh menjimatkan kos untuk gambar pra-perkahwinan. Tidak perlu banyak aksesori, keindahan alam juga mampu merealisasikan keindahan daripada konsep pra-perkahwinan yang ingin anda tonjolkan.
“Banyak teman banyak rezeki” tentu istilah ini menjadi hal yang sebaiknya ketika anda ingin meminta tolong kepada mereka untuk membantu menyumbang dalam acara perkahwinan yang diselenggarakan. Kalau punya rakan yang kerjayanya sebagai jurufoto, mekap artis atau pereka fesyen, jangan ragu-ragu untuk minta pertolongan mereka. Bolehlah anda minta harga kawan-kawan. Walaupun acara ini harus menjadi momen pertama dan terakhir dalam hidup, jangan paksa diri anda untuk menghabiskan kesemua wang yang anda miliki.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Saya ingin bertanya jika pasangan kita telah disahkan mengidap HIV positif, adakah Islam membenarkan perkahwinan ini jika kedua-duanya bersetuju?
Islam memuji umatnya yang memilih jalan kebaikan dengan mendirikan rumah tangga. Apatah lagi pernikahan itu akan menghalalkan sesuatu hubungan lelaki dan wanita yang pada asalnya tidak dibolehkan.
Islam juga menganjurkan kepada kita, sekiranya ingin memilih pasangan hidup, maka pilihlah dalam kalangan orang yang baik-baik. Keutamaan pula dalam sudut agama yang ada pada diri seseorang.
Adapun sekiranya pasangan kita mengidap HIV positif, maka hal ini tidak digalakkan walaupun kedua-dua pasangan bersetuju. Ini kerana dikhuatiri akan memberi kesan buruk pula kepada anak yang bakal lahir dalam keluarga.
Firman Allah SWT yang bermaksud:“…Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam lembah bahaya kebinasaan, dan baikilah perbuatan kamu; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.” Al-Baqarah: 195.
Tetapi sekiranya ingin juga berkahwin maka perkahwinan itu tetap sah selagi mana memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Islam.
Oleh: Ustaz Mohamad Amiro Safwan Mohd Kamil, Editor Kanan Penerbitan Al-Quran Karya Bestari.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon dan juara Dewi Remaja 2023, Nurel Baharin, 24, membuka lembaran baharu dalam kehidupannya apabila selamat bergelar isteri kepada pilihan hati, Esmeer Mansor, dalam...