
Jika dilihat dalam adat perkahwinan bangsa lain, kebanyakan mereka percaya jika wanita bujang ‘menangkap’ bunga tangan yang dibaling oleh pengantin perempuan, itu bermakna mereka bakal mendirikan rumah tangga selepas itu.
Namun bagi kita masyarakat Melayu, bunga tangan yang digenggam oleh si ratu sehari hanyalah sekadar melengkapkan penampilan raja sehari untuk tampak sempurna.
Selain berfungsi sebagai elemen menambah keceriaan di majlis bahagia, gubahan bunga tangan turut menyuntik mood istimewa buat si mempelai agar tampak luar biasa serta mampu memukau pandangan tetamu yang memandang.
Panduan Dalam Memilih Bunga Tangan (bunga segar)
* Elakkan memilih bunga dengan haruman yang kuat. Ini akan mengganggu tumpuan anda ketika bersanding di pentas pelaminan bersama pasangan.
* Elakkan menggunakan warna bunga yang sama dengan warna tema majlis.
* Senaraikan jenis bunga yang anda inginkan. Jadi mudah untuk anda membuat kiraan bajet.
* Kombinasi warna bunga yang lembut seperti krim, kuning susu, jingga cair, violet, dan putih mampu menambah keanggunan.
Bunga Segar VS Bunga Artifisial
Bunga Segar
* Lebih menarik
* Harga bunga mahal
* Mempunyai aroma yang harum
* Tidak tahan lama
* Warna bunga bervariasi
Bunga Artifisial
* Kurang menarik
* Harga bunga murah
* Tiada beraroma
* Tahan lama
* Warna bunga terhad
Elemen Penambah Gaya Bunga Tangan
* Penggayaan kerongsang mampu menambah gaya elegan pada bunga tangan.
* Injeksi mutiara dan kristal pula mampu menyuntik elemen keserian.
* Jika inginkan sesuatu yang bersifat romantik dan penuh kelembutan, elemen bulu menambah nilai gaya pada bunga tangan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat Tonik Sendiri, Dapatkan Rambut Cantik, Kuat Dan Lebat Sebelum Majlis Persandingan Anda

Kita semua terutama kaum wanita mesti menggunakan minyak rambut kan? Tapi hanya beberapa yang rambut tidak boleh ditangani dengan hanya menggunakan minyak rambut sahaja.
Semua masalah ini menyebabkan pengurangan pertumbuhan rambut semulajadi. Oleh itu, kali ini kami kongsi cara mudah menghasilkan tonik rambut semulajadi dengan beberapa ramuan yang mudah didapati.
Ternyata, dengan hanya beberapa bahan semulajadi, tonik ini berfungsi secara luar biasa untuk semua jenis rambut dan juga selamat untuk rambut yang berwarna. Jadi apa tunggu lagi? Dah bersedia nak rawat rambut untuk jadi lebih panjang dan kuat? Jom!

Bahan-bahan:
- Amla: Amla (gooseberry India) menjadikan rambut kuat dan hebat untuk pertumbuhan rambut. Ia juga berfungsi sebagai bahan anti-kelemumur. Ia boleh menangani pelbagai masalah rambut seperti kusam, rambut kasar, kulit kepala kering, kehilangan rambut, hujung berpecah.
- Minyak kelapa:Minyak kelapa adalah minyak rambut terbaik untuk semua jenis rambut. Ia menjadikan rambut licin dan lembut. Ia memberikan khasiat yang mendalam untuk rambut kering dan menjaga rambut kuat dari dalam. Juga, ia menggalakkan pertumbuhan rambut dan mengawal rambut gugur.
- Minyak zaitun: Minyak zaitun adalah bahan penjagaan rambut yang sangat terkenal. Ia menjadikan rambut halus dan berfungsi sebagai perapi semulajadi.
- Bawang putih: Bawang putih melawan kuman dan jangkitan. Ia menggalakkan pertumbuhan rambut dan mengawal rambut gugur. Ia sebenarnya membantu menggalakkan peredaran darah kulit kepala dan menjadikan ia sihat. Ia menjadikan kelemumur rambut bebas dan segar.
- Vitamin E: Vitamin E mengekalkan rambut yang sangat lembut dan mudah diurus. Ia adalah bahan yang hebat untuk menggalakkan pertumbuhan rambut. Ia menjadikan rambut berkilat dan berkilat. Ia juga mengurangkan keguguran rambut.

- Langkah-langkah:
- Letakkan 2 sudu besar minyak kelapa dalam kuali panas dan tambah 1/3 cawan minyak zaitun itu. Rebus campuran selama 1 minit.
- Masukkan pasta bawang putih dalam kuali itu dan campurkan dengan minyak dengan baik. Biarkan ia masak selama beberapa minit.

- Masukkan Amla dicincang dalam kuali itu dan kacau dengan baik.

Goreng semua bahan, sehingga mereka akan menjadi coklat.

Apabila campuran kelihatan coklat, matikan api.

- Tapis minyak menggunakan kain muslin / kain katun dan pasangkan kain dengan baik.
Sekarang ambil kapsul vitamin E 2 dan tambah minyak.

- Simpan tonik dalam balang untuk kegunaan selanjutnya.

Pesanan:
Oleh kerana ini adalah tonik rambut, anda boleh menggunakannya secara langsung di seluruh kulit kepala dan akar rambut anda. Urut perlahan-lahan selama 10-15 minit dan simpannya semalaman. Pada keesokan harinya, basuh rambut anda dengan baik. Kerana ia mempunyai bau bawang putih yang kuat, ia perlu mencuci syampu yang baik. Juga, anda boleh campurkan tonik ini dengan minyak rambut biasa anda seperti minyak badam atau minyak kelapa.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila Anak Dah Kahwin, Jangan Campur Tangan Buat Keputusan Anak Menantu

Buat mak ayah, bila anak dah kahwin anda kena belajar ‘melepaskan’ untuk anak menantu belajar buat keputusan dalam hidupnya.
Sebab jika terlalu masuk campur, risau anak menantu rasa tak selesa dan hal kecil pun boleh buat gaduh suami isteri.
Bila Anak Dah Kahwin

Salah satu masalah rumah tangga, ada mentua tak boleh nak ngam dengan menantu sebab kononnya perangai mereka itu tak seperti yang dibayangkan.
Maklumlah, tengok anak menantu orang lain, elok perangainya tetapi kita sendiri tak bahagia. Lagi teruk, bila anak menantu ada masalah, mentua hanya back up anaknya. Yang buruk-buruk, katanya itu bukan dari belah keturunannya!
Allahu… malanglah menantu yang mempunyai mentua sedemikian rupa. Tidak semua mentua bersikap seperti ini tapi ada. Untuk renungkan bersama, jemput baca perkongsian daripada saudara Firdaus Shakirin ini.
Biar Ada Batasnya Untuk Campur Tangan

Kepada yang bergelar ibu mertua, anda patut tahu batasan anda untuk mencampuri urusan rumah tangga anak anda. Hak untuk masuk campur tu hanya dibolehkan dengan tujuan menasihati anak menantu agar hubungan mereka tak berakhir dengan penceraian, bukan membuatkan mereka bercerai.
Menasihati… mengajar… membimbing… ingat mengingati akan tanggung jawab untuk satu sama lain.
Dan bukannya ingin mengetahui apa yang anak menantu tengah buat, ingin mengetahui ke mana anak menantu ingin pergi, cuba membanding-bandingkan cara menantu dan cara dirinya, cuba mencari salah menantu, sukar untuk menerima seadanya diri menantu itu.
Menantu yang hadir dalam hidup seorang mertua itu adalah orang yang menjadi pilihan anaknya. Bila anaknya mengahwini orang tersebut, dengan izin dan redha dari mertua itu sendiri, maka mertua perlulah berlapang dada dan bersikap terbuka untuk menerima kehadiran “orang baru” dalam keluarga kita.
Dia mungkin tak seperti yang kita jangka, tapi dia PILIHAN ANAK KITA. Jangan anggap dia macam ORANG LUAR.
Bagi Anak Uruskan Rumah Tangganya

Mertua yang campur tangan dalam rumah tangga anak-anaknya ini bukanlah satu urusan yang mudah untuk ditangani. Mertua yang baik kefahaman agamanya, akan membiarkan anaknya menguruskan dan mengendalikan rumah tangganya sendiri tanpa perlu campur tangan dari dirinya. Dia hanya akan mengingatkan anaknya supaya menghargai isteri, ingat pengorbanan isteri, jangan sia-siakan isteri KERANA dia juga seorang isteri. Dia lebih tahu apa yang seorang isteri mahukan dari seorang suami.
Biasanya orang berkahwin dengan harapan untuk membentuk keluarganya sendiri dan bukannya mertua yang membentuk keluarganya menjadi seperti yang dikehendaki mertua. Mentua, tolong belajar untuk menerima hakikat ini.
Jangan terlalu masuk campur dalam urusan rumah tangga anak menantu. Jangan rosakkan rumah tangga anak-anak disebabkan JAHILnya diri kita menjadi seorang mertua.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bakal Pengantin Kalau Ada Slipped Disc, Silalah Jangan Pakai Kasut Tumit Tinggi

Azabnya bila kena slipped disc. Rasa sakit tidak tertanggung, bagaikan lumpuh separuh badan.Sakit pinggang dan bahagian belakang bagai mencucuk-cucuk, serba serbi tak kena dibuatnya.

Agak membimbangkan usia masih muda, namun ramai yang menghidap penyakit ini.Mungkin atas faktor gaya hidup serta jenis rutin aktiviti yang dilakukan setiap hari menyebabkan ia terjadi. Jemput baca perkongsian ilmu oleh Dr Khairul Faizie Mohammad Kamar ini mengenai masalah Slipped Disc ini.
Patient aku selalu komplen sakit pinggang, kerja pun berat kat kilang. Aku tanya “Pernah dengar pasal Slipped Disc?”
Dia jawab “Masalah tidur (sleep) ke doktor?” ?
Slipped disc ni makin banyak kita jumpa.Boleh berlaku di mana-mana bahagian tulang belakang, tapi paling biasa di kawasan pinggang (lower back).
Untuk mudah faham tentang Slipped disc ni, mari belajar simple anatomy. Tulang belakang kita terdiri dari 24 set tulang yang di panggil vertebra. Setiap tulang ni di susun antara satu sama lain secara memanjang, dan membentuk satu laluan untuk saraf tunjang lalu di situ (spinal cord). Tulang tulang vertebra ini protect spinal cord kita.
Antara tulang vertebra ke tulang vertebra yang lain, ada struktur yang dipanggil interbertebral disc. Fungsi disc ni macam shock absorber kereta. Ia menyerap hentakan masa kita lari, jalan, lompat. Setiap disc ni tebalnya ~ 1/2 inci.
Tengok gambar anatomy disc yang di sertakan. Ada 2 parts, lapisan luar yang dipanggil Annulus fibrosus yang lebih tahan lasak & fleksibel, Lapisan dalam nya dipanggil Nucleus pulposus. Nucleus pulposus ni macam jel, lembut.
Masalah slipped disc bermula bila bahagian nucleus pulposus tu mula terkeluar, menekan annulus fibrosus. Tekanan ke atas annulus fibrosus ini yang menyebakan simptom SAKIT BELAKANG tu.
Kalau tekanan makin kuat, nanti annulus fibrosus pun akan terkesan sama & membengkak. Bila ini terjadi, spinal cord yang ada di sekitar itu pun akan ditekan / di himpit. Himpitan saraf ini yang menyebabkan simptom LENGUH / KEBAS / HILANG POWER pada kaki.

PUNCA:
Punca biasa slipped disc ialah wear & tear, iaitu bila makin meningkat usia, ia akan mengalami kerosakan & mula bengkak / koyak annulus fibrosus. Ini dipanggil Disc Degeneration. Masa muda, disc itu kaya dengan air. Bila dah tua, water content mula berkurangan, dan ini menjadikan disc kurang fleksibel. Disc yg kurang air (kering) ini pun mula kecut..so jarak antara vertebra bones akan jadi makin rapat….dan ini meninggikan risiko slipped disc terjadi.
Walaubagaimana pun, yang usia muda pun ramai kena Slipped disc. Why? Antara punca nya:
- Trauma / jatuh / accident
- Obesiti (berat badan berlebihan bagi tekanan pada disc)
- Kerja / aktiviti yang berulang ulang melibatkan belakang, seperti angkat barang / membongkok
- Gaya hidup pemalas ( sedentary lifestyle) – Senaman regular membantu kurangkan berat badan & kuatkan muscle belakang badan (yang akan support tulang belakang)
- Selalu memandu, terutama jarak jauh. Duduk lama masa driving & kesan gegaran dari body kereta pada spine, boleh beri kesan.
RAWATAN:
- Tak semua Slipped disc perlu pembedahan, majoriti perlu ambil pain killer bila sakit.
- Suntikan steroid di belakang ( epidural steroid) mungkin diperlukan untuk melegakan keradangan ( inflammation).
- Physiotherapy secara berkala perlu untuk kuatkan muscle tulang belakang.
- Hanya dalam kes kes tertentu kita perlu kan surgery, Ada banyak jenis surgery, so tak perlu nak tahu secara detail.Yang ini kalau perlu dilakukan, pakar bedah ortopedik anda akan explain dengan lanjut.
- Rawatan alternatif macam urutan, mungkin berkesan untuk legakan kesakitan ( temporary), sebab muscle keliling spine yang terlibat akan menegang akibat inflammation process. Urutan TIDAK akan menyembuh slipped disc / menolak disc yang terkeluar masuk ke tempat asal.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!


