Sebut sahaja tentang teh tarik, pasti anda terbayang aromanya yang memikat serta kemanisannya apabila diminum. Teh tarik merupakan antara minuman yang popular di kedai mamak. Lagi best bila ada buih di bahagian atas gelas. Memang padu!
Sebenarnya masih ramai yang tidak tahu cara untuk membuat teh tarik yang sedap dan padu seperti di kedai mamak. Buatlah berapa kali pun, tetap tidak akan sama rasanya. Seperti ada yang kurang.
Namun, mungkin selepas ini anda boleh kuasai cara untuk membuat teh tarik yang sedap berdasarkan resipi yang dikongsi oleh Nazia Suhaimi menerusi laman Facebooknya. Posting ini telah meraih 4.7K perkongsian dan 1.4K likes.
Jom kita baca apakah rahsianya untuk buat teh tarik yang sedap & ‘kaw’ ala kedai mamak.
Dah 30 tahun hidup, saya masih tak pandai buat Teh Tarik. Itu hari saya balik Pahang, saya tengok Mak Ngah dan Mak We bancuh air teh susu. Pehh memang berebut orang minum. Saya tanya diaorang apa resepi kejayaan air teh panas yang sedap.
Nahh inilah hasilnya. Sedap bak hang. Sebijik macam ngeteh dekat kedai. Musim-musim PKP ni, eloklah kita kalau kita ngeteh di rumah saja. Sahut seruan TSMY #DudukRumahDiamDiam
Bahan-bahan:
- Teh serbuk
- Susu cair
- Susu pekat manis
- Air panas
Cara-caranya:
Gunakan teh serbuk. Saya guna jenama Boh. Letak dalam 5 sudu di dalam kole ini.
Masukkan air panas hingga penuh.
Tunggu sekejap bagi kembang.
Sekiranya teh sudah kembang, tapis sewaktu tuang ke dalam jug. Jug pink tu saiz sederhana.
Okay ini rupa air yang dah ditapis. Hitam semanis rupamu.
Okay ulang sekali lagi. Teh serbuk tadi, kita letak lagi air panas sampai penuh kole.
Tuang lagi ke dalam jug pink tadi. Jangan lupa tapis ya!
Ulang lagi step yang sama sehingga penuh jug anda.
Kemudian, letak susu pekat. Saya letak 5 sudu susu pekat manis. Baru kaw.
Letak susu cair sikit. Jangan banyak sangat, nanti terlebih lemak tak sedap pula.
Kacau rata. Masa tengah kacau tu, selawatlah.
Nahh inilah kejadiannya Teh Tarik Cinta. Terima kasih Mak We dan Mak Ngah, kini saya dapat riak dan takbur berkongsi resepi di muka buku.
Selamat mencuba!
Sumber: Nazia Suhaimi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI