
Kasih sayang seorang suami kepada isterinya, mahu berikan yang selesa dan terbaik untuk orang rumahnya di dapur. Tahniah buat si suami yang cukup kreatif menghasilkan ruang dapur yang sangat kondusif dan cantik dengan bajet yang minimal. Di sini kami kongsikan perkongsian milik Peju Nini yang boleh anda jadikan sebagai panduan.
Alhamdulillah selesai projek deko dapur..projek hujung minggu..buat sikit2..terima kasih kat encik suami gigih layan kehendak bini yg nk tukar wajah dapur slpas berbulan2 follow group deko ni..berkobar2 semangat dibuatnya.
Baiklah atas permintaan ramai..ni saya share gambar sebelum dan selepas suami saya siapkan.
1) Pintu kabinet (shoopee) 102rm :
2)kayu frame pintu : hardware
3) kitchen cabinet conceal door (yg ni tuk lekatkan pintu dapu) rm 0.89 :
4)cat dapur : jotun code white snow (kedai cat)
5) wallpaper kabinet (shoopee) yg ni dari china tp amik masa 6 hari je dia pos.
6)pemegang pintu kabinet (shoopee) rm 1.00
7)Bidai tingkap : kedai Mr Diy.
8) Wallpaper wallbrick dapur

Ini adalah sinki kami dari mula2 kami beli rumah ni x pernah pasang pintu kabinet..tetiba rasa semangat plak nk pasang sendiri..sbb tanya dah tukang kabinet..besar ni dlm 800rm..so gigih encik suami nk buat sendiri katanya. Pintu kabinet ni kami beli di shopee jer bagi je ukuran yg kita nak nanti diorg anta mengikut ukuran kita bagi tu..satu pintu 30 rm..so 3 pintu+ postage =102rm saja..

KREDIT : Peju Nini Kelab Deko Sebelum & Selepas
Suami Isteri Gaduh Macam Mana Pun, Jadikan Katil ‘Fight Free Zone’

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Mustahil tiada langsung perselisihan faham berlaku di dalam rumah tangga. Perkara ini merupakan situasi yang tidak boleh dielakkan lagi.
Jadi, apa kata daripada membiarkan setiap sesi pergaduhan berlarutan, tetapkan peraturan yang dipersetujui bersama pasangan. Ini bagi menjamin anda dan pasangan masih berada dalam keadaan terkawal walaupun berdepan dengan dalam situasi yang tegang.
1. Jangan bergaduh di khalayak ramai terutamanya di depan anak
Bergaduh di hadapan orang lain hanya akan mengeruhkan lagi keadaan, masing-masing akan berebut-rebut untuk menang berbanding mencari jalan untuk menyelesaikannya. Perlu diingatkan, jangan sesekali ‘berperang’ di hadapan anak-anak kerana ini akan memberi impak negatif kepada mereka sehingga besar.
2. Jangan bergaduh melalui telefon
Ini termasuk melalui aplikasi seperti WhatsApp dan sebagainya. Ini kerana salah faham sangat mudah terjadi melalui teks. Sedikit salah faham sahaja mampu mencetuskan pergaduhan yang lebih serius. Lebih baik perselisihan faham diselesaikan secara face-to-face. Anda tidak hanya boleh menilai keihlasan melalui kata-kata sahaja tanpa melihat perkara lain seperti nada suara, bahasa tubuh dan ekspresi muka pasangan.
3. Jangan tidur dalam keadaan marah, sebaliknya masih tidur bersama
Seboleh-bolehnya cuba selesaikan perang anda dan pasangan sebelum masuk tidur. Tidur dalam keadaan marah menandakan tiada penyelesaian kepada perselisihan anda, seterusnya akan memanjangkan lagi tempoh perang tersebut sehingga esok hari dan hari-hari yang berikutnya. Jadikan katil tempat anda berdua beradu sebagai ‘fight free zone’. Sebesar mana pun perselisihan faham di antara anda berdua, anda akan tetap tidur bersama.
4. Ambil masa untuk ‘cooling off’
Masa bertenang membolehkan anda dan pasangan berfikir secara waras dan rasional. Perkara ini boleh mengelakkan terjadinya perbalahan dengan nada suara yang tinggi seperti terjerit-jerit dan menengking. Anda berdua akan lebih cepat menyelesaikan perselisihan dalam keadaan bertenang dan rasional.
5. Jangan kongsi cerita gaduh anda dengan ibu, kawan baik atau di media sosial
Meluahkan atau menceritakan hal selisih faham anda kepada orang lain bukanlah jalan menyelesaikan masalah, lebih-lebih lagi dengan meluahkannya di laman sosial. Tanya diri sendiri, apakah tujuan anda berbuat demikian, mahu si dia kelihatan jahat dan anda baik? Secara realitinya, anda bukan sahaja tidak menghormati pasangan, malah membuka aibnya kepada orang lain.
6. Jangan menjerit-jerit atau mengeluarkan kata-kata kesat
Semasa berada di dalam keadaan marah, kita sememangnya cenderung untuk mengeluarkan kata-kata kesat, namun anda sendiri tidak suka jika pasangan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anda bukan? Menjerit-jerit dan mencaci maki mungkin memberikan anda rasa puas, namun untuk seketika sahaja. Pernahkah anda terfikir jika cacian anda itu menjadi satu doa buat pasangan?
7. Cari jalan penyelesaian
Semasa berada dalam situasi tegang tersebut, anda seharusnya sentiasa ingat matlamat utama adalah untuk mencari jalan penyelesaian. Jangan sesekali fokus tentang salah siapa perkara ini terjadi. Anda perlu membuat keputusan tepat untuk bangkit daripada kekecewaan dan kemarahan demi mencari cinta dan kekuatan.
Jadi, tetapkanlah ‘Peraturan Gaduh Aman’ anda bersama pasangan dan paling penting pastikan masing-masing mematuhi peraturan ini. Kalau perlu, tambah peraturan baharu dari semasa ke semasa.
Komunikasi Baik Rahsia Pikat Hati Mertua

Kejutan menghadapi budaya hidup keluarga mertua sering berlaku kepada pasangan yang baru berkahwin, sehingga kadang-kadang jika tidak ditangani dengan baik, boleh menyebabkan krisis dalam rumah tangga.
Perbezaan ini memerlukan penyesuaian kerana walaupun berbeza status tanggungjawab menghormati dan melayan ibu bapa mertua dan keluarganya adalah sama seperti kita menghormati dan melayan ibu bapa kandung dan kaum kerabat sendiri.
Hubungan dan komunikasi dengan keluarga mertua perlu dikendalikan secara hormat dan hikmah malah bersama ipar duai juga perlu dipelihara kerana perkahwinan bukan sahaja membina hubungan suami isteri, ia juga menghubungkan tali silaturrahim dan persaudaraan antara dua buah keluarga yang sebelum ini mungkin belum pernah mengenali antara satu sama lain.
Panduan mengelakkan masalah hubungan dan komunikasi
1- Bersifat terbuka dan bersangka baik kepada keluarga mertua walaupun mempunyai pendapat yang berlainan. Pasangan kita mungkin boleh menjadi perantara untuk menyatukan dua pendapat yang berbeza. Elakkan buruk sangka bagi mengelakkan pertengkaran yang boleh menjejaskan lagi hubungan anda dengan keluarga mertua.
2- Menunjukkan kegembiraan apabila mereka berkunjung ke rumah anda melalui huluran salam, layanan mesra dan menyediakan hidangan yang enak mengikut kemampuan.
3- Apabila keluarga mertua membuat aktiviti atau program maka anda sebagai menantu perlulah memberi kerjasama dan komitmen dalam aktiviti atau program yang dirancang, jika tidak dapat menghadirkan diri berilah alasan secara baik agar tidak menyinggung perasaan pihak mertua.
4- Jika anda mempunyai masalah dalam rumah tangga, mereka juga boleh menjadi tempat untuk anda meminta nasihat dan bimbingan. Jangan sesekali abaikan mereka dalam membuat sesuatu keputusan.
5- Sentiasa ingat bahawa pengorbanan kita memendam rasa akibat rasa kurang senang atau tidak puas hati terhadap keluarga mertua atau ipar duai mungkin terlalu kecil jika dibandingkan dengan doa dan restu mereka untuk kesejahteraan hidup kita sepanjang hayat. Mereka juga sama seperti ibu bapa kandung kita mendoakan yang terbaik dan tidak ada ibu bapa yang sanggup mendoakan sesuatu yang buruk terjadi pada anak menantu mereka.
7- Tidak mencampuri urusan keluarga mertua terutama dalam soal pengurusan harta atau kewangan melainkan diminta pandangan atau nasihat. Jangan cuba berlagak pandai dalam menguruskan hal-hal keluarga mertua jika pandangan anda tidak diperlukan. Anda bukan akan menyelesaikan masalah tetapi akan lebih menambahkan masalah. Lebih berhati-hati bila bercakap jika melibatkan sesuatu yang sensitif tentang keluarga mertua anda.
8- Memberi respon positif terhadap sebarang kenyataan dan tidak menggunakan kata-kata yang menyinggung perasaan mereka. Jangan sesekali gunakan bahasa yang kasar yang boleh menampakkan sikap kurang ajar anda.
9- Berbuat baik dengan kawan-kawan dan adik beradik pasangan merupakan salah satu cara suami atau isteri menzahirkan rasa kasih sayang kepada pasangan. Hormatilah juga saudara mara yang lain seperti mana anda menghormati suami anda.
Kalau Pasangan Korang Ada Ciri-Ciri Ini, Kemungkinan Dia Bukan Seorang Yang Serius

Perkahwinan merupakan suatu perkara yang amat dituntut. Melalui perkahwinan jugalah hubungan kita menjadi halal.
Di sini ada menyenaraikan 5 tips kepada anda untuk mengenali orang yang tidak serius untuk berkahwin.
1. Selalu Memberi Alasan
Apabila anda mengajak dia untuk berkahwin, bakal pasangan anda itu memberikan banyak alasan untuk menolak pelawaan anda. Antara alasan yang sangat popular ialah;
‘Maaf, saya tidak bersedia lagi.’
Selain itu mungkin juga anda akan dengar alasan yang berbunyi macam ini;
‘Saya bukan tak mahu berkahwin lagi, tetapi saya malas nak fikir lagi soal perkahwinan.’
Ini adalah beberapa contoh alasan yang mungkin akan diberikan kepada anda apabila anda mengajak si dia untuk berkahwin.
2. Tidak Ada Tabung Kewangan Perkahwinan
Setiap perkahwinan memerlukan perbelanjaan yang terpaksa anda hadapi nanti. Sama ada besar atau kecil nilainya ia tetap memerlukan kewangan. Tanda yang kedua untuk mereka yang tidak serius untuk berkahwin ialah mereka tidak mempunyai tabung kewangan atau simpanan perkahwinan.
3. Lebih mengejar Cita-cita
Mengejar cita-cita merupakan perkara yang baik kerana memasang impian untuk mencapai sesuatu yang lebih baik. Namun, jika dengan berkahwin si dia menganggap perkahwinan itu akan menghalang cita-citanya, maka ia adalah satu yang salah.
4. Ibu Bapa Dah Tentukan Jodoh
Tanda yang seterusnya untuk mengenali orang yang tidak serius untuk berkahwin dengan anda ialah si dia memberikan alasan bahawa jodohnya sudah ditentukan keluarga. Perhubungan yang seperti ini jika diteruskan tidak mempunyai hala tuju dan tujuan yang jelas.
5. Tidak Puas Lagi ‘Enjoy’ Sebagai Bujang
Ramai orang yang sudah berkahwin memberitahu kepada orang yang masih bujang supaya jangan berkahwin dahulu. Alasannya? Sebab nanti apabila sudah berkahwin, mereka tidak bebas. Sama ada bebas berjalan-jalan ke mana mereka mahu pergi mahupun dalam melakukan aktiviti yang disukai. Ini alasan yang sangat tidak kukuh.
Sumber : baitulmuslim