
Tidak dapat dinafikan wanita zaman sekarang ramai yang memiliki kerjaya yang bagus dan hebat. Malah, ada juga yang menerima gaji bulanan lebih tinggi berbanding kaum lelaki. Keadaan ini membuatkan wanita lebih berdikari dan tidak mengharapkan lelaki dalam hidup mereka.
Namun, berbeza jika anda sudah berkahwin. Jika suami meminta anda untuk berhenti kerja, anda terpaksalah mengikut kata suami. Namun, janganlah berhenti begitu sahaja. Pastikan ada alasan yang kukuh diberikan sebelum anda berhenti. Pastikan anda ada harta dan simpanan sendiri sebelum nekad untuk berhenti kerja.
Seperti perkongsian Azizul Azli Ahmad, kita tidak boleh menjangka apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Ini antara sebab kenapa wanita perlu ada harta sebelum menjadi seorang isteri.

WANITA PERLU BERHARTA
Saya galakkan wanita ada harta sebelum jadi isteri tercinta. Kita tidak boleh jangka apa akan berlaku pada kita.

- Usahakan ada simpanan sendiri sebelum jadi isteri.
- Jika dapat belilah sebuah rumah pelaburan sebagai persediaan.
- Jika suami tercinta beri duit nafkah, usahkan buat simpanan sendiri. Jangan belanja semuanya.
- Jika suami tiada wawasan kewangan, rahsiakan berapa simpanan sendiri. Tak cerita semua bukan dosa.
- Jangan serahkan masa depan pada orang lain, rancang masa depan sendiri.
- Belajar bawa kenderaan dan ada lesen sendiri.
- Buat catatan setiap perbelanjaan. Tahu setiap wang kita ke mana.
- Suami hanya pinjaman tuhan sahaja. Bila-bila masa boleh dijemput pergi dan digoda oleh wanita misteri.

Bersedia sebelum datangnya ujian dan badai melanda.
“Alahhh lelakikan ada?”
Bersedialah hadapi bencana.
Semoga berjaya
Azizul Azli Ahmad
#GadisBestariAdaSimpananSendiri
Sumber: Facebook Azizul Azli Ahmad
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
17 Petua Orang Dulu-Dulu Yang Pelik Tapi Benar, Anda Patut Cuba

Orang tua dulu-dulu selalu melarang anak-anak mereka secara tidak langsung dengan membuat pelbagai larangan dan andaian yang kadang-kadang agak pelik ataupun tak masuk akal. Sebenarnya ada hikmah disebalik petua atau larang yang pelik itu.
Jom kita lihat antara petua-petua yang telah disenaraikan ini :

1) Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.
2) Penawar Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita berwuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke suatu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.
3) Melicinkan dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.
4) Menegangkan Kulit Muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.
5) Menghilangkan Cagu
Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.
6) Menyerikan Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu ke muka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.
7) Menghaluskan Kulit
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.
8) Menghilangkan Bau Badan
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.
9) Melembutkan Rambut
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.
10) Merawat Kulit Berkedut
Parut sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.
11) Melentikkan Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik Menghilangkan Parut Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.
12) Melebatkan Rambut
Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.
13) Awet Muda
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raup ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf.. Amalkan setiap pagi. Merawat Senggugut Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang.
14) Kulit Cerah dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.
15) Rambut
Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali. Tangan yg masih basah itu segera disapukan ke seluruh rambut.
16) Mengurangkan Dengkur
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.
17) Menghilangkan Ketuat
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ia kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mudah Sebenarnya Nak Miliki Kulit Cantik & Sihat, Rahsianya Kena Buat 10 Kebiasaan Ini Sekarang!

Tanya kepada setiap wanita memiliki kulit sihat dan cantik pasti menjadi idaman mereka. Wanita mana yang tidak mengimpikan kulit bersih, sihat dan berseri.
Bagi mengelakkan kulit nampak tua sebelum waktunya, anda kena cuba 10 kebiasaan ini. Mulakan dari sekarang!
1. Biasakan senaman minimum 30 minit dalam sehari
Banyak manfaat yang akan kita dapatkan ketika kita mulai membiasakan diri dengan senaman setiap hari. Jika senaman selama 1-2 jam terasa memberatkan atau anda tidak memiliki waktu itu kerana kekangan waktu, sempatkan minimum 30 minit melakukan senaman tubuh. Tidak semestinya pada pagi hari, jika tidak sempat anda boleh lakukan pada malam hari sebelum tidur.
2. Hindari stres yang boleh membuat anda kehabisan tenaga
Ketika kita mengalami tekanan di sekolah, kampus atau tempat kerja, biasanya akan membuat kita stres. Kalau sudah begini, anda akan kelihatan lesu dan lebih tua. Jadi, jika sudah mulai dalam tekanan, cubalah untuk tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan. Cara ini boleh sedikit membantu anda merasa lebih santai.

3. Pilihlah makanan yang sihat, sayur dan buah-buahan amat digalakkan
Jika biasanya anda terbiasa untuk memakan segala jenis makanan, apalagi yang datangnya dari restoran segera yang kandungan zatnya tentu tidak menjamin kesihatan, inilah masanya anda merubah kebiasaan tersebut. Anda boleh menggantinya dengan membiasakan lebih banyak memakan sayuran. Zat dan vitamin baik untuk tubuh kita. Tidak hanya untuk kulit saja, malah untuk menyihatkan sistem pencernaan. Apalagi anda yang sedang menjalani diet, makan sayuran dan buah tentu boleh membantu menurunkan berat badan dengan cepat dan pastinya selamat. Sesekali anda juga digalakkan untuk makan salmon, ikan sardin dan protein lainnya.
4. Kebiasaan merokok boleh membuat kulit kusam dan tampak tanda-tanda penuaan
Kita semua tentu tahu bahaya atau negatif yang akan kita dapat jika menghisap rokok. Kesan negatif yang terjadi juga timbul pada kulit. Rokok boleh menyebabkan kulit kusam dan tampak tanda-tanda penuaan.
5. Banyak minum air mineral
Minumlah air mineral minimum 15-20 gelas sehari. Air mineral adalah minuman yang paling baik agar anda mendapatkan kulit yang lebih sihat dan cerah.

6. Rajin mencuci muka dengan sabun khas wajah yang sesuai dengan masalah kulitmu
Dalam memilih sabun khusus kulit wajah ini jangan sembarangan. Anda perlu tahu dulu masalah apa yang dialami oleh kulit wajah anda. Kalau sudah menemui sabun muka yang sesuai untuk kulit wajah, jangan lupa rajin mencuci wajah minimum 3 kali dalam sehari. Biasanya pada pagi, siang dan malam hari, agar kulit wajah selalu tampak bersih dan cerah. Memilih sabun khusus wajah juga sangat digalakkan yang mengandungi bahan-bahan semulajadi dan yang banyak mengandungi vitamin A dan E yang boleh menjaga kelembaban kulit .
7. Elak terlalu banyak minuman ringan atau yang mengandungi soda
Kadar gula dan kalori yang tinggi dalam minuman ringan atau bersoda ini selain membuat kulit kita kering, pencernaan kita juga akan terganggu jika terlalu banyak mengambil minuman ringan ini. Jadi, mulai sekarang kurangkan pengambilan minuman ringan.
8. Tidak hanya digunakan ketika sedang di pantai, krim pelindung matahari perlu anda gunakan sehari-hari.
Salah satu kesalahan kita adalah menggunakan krim pelindung matahari atau sunscreens hanya ketika berada di pantai saja. Sebaiknya kebiasaan ini kita ubah. Ternyata lebih baik kita menggunakan krim ini ketika ingin memulakan aktiviti harian .Apalagi kalau kita sering berada di luar, Sinar UV boleh merosakkan kulit kita.
9. Wajib mencuci mekap sebelum tidur
Mekap yang masih melekat pada wajah anda boleh menyebabkan kulit wajah tampak kusam dan kering. Sebaiknya, anda jangan sampai lupa mencuci mekap sebelum tidur. Cuci muka dan gunakan krim malam agar kulit sihat.

10. Tidur yang mencukupi
Jika tubuh kita kurang rehat, kesan dari kurangnya rehat akan terlihat dari wajah yang kuyu dan kusam. Wah! Ini sangat memalukan jika terjadi pada yang hari ini ada janji untuk bertemu dengan seseorang. Tidak mungkin anda bertemu dengan seseorang dengan wajah kusam. Mulai sekarang atur tidur dengan baik, agar waktu rehat anda boleh efektif dan membuat kulit serta kesihatan anda tidak terjejas
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lima Rutin Yang Perlu Diamalkan Ketika Mandi, Penting Buat Bakal Pengantin

Sebagai bakal mempelai tentu anda ingin kelihatan sempurna dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Untuk kelihatan cantik, kebersihan diri harus diutamakan. Hanya dengan mencuci muka, memberus gigi dan memakai buih mandian, adakah anda yakin tubuh anda sudah benar-benar bersih? Jangan terlalu pasti, sebaliknya anda perlu mengambil sedikit masa untuk melakukan perkara-perkara lain untuk mendapatkan kebersihan tubuh yang lebih optimum.
Berikut merupakan lima rutin yang perlu anda amalkan ketika mandi agar di hari bahagia nanti anda akan tampil berseri.
LAKUKAN DRY BRUSHING
Sebelum mandi, anda digalakkan untuk melakukan dry brushing iaitu memberus tubuh badan dengan menggunakan berus lembut yang khusus untuk kulit. Kemudian baharulah anda mandi seperti biasa.
BERUS KUKU TANGAN DAN KAKI
Bahagian kuku tangan dan kuku kaki sering dipandang remeh ketika mandi. Kedua-dua bahagian ini sebenarnya turut berperanan penting dan perlu dijaga. Untuk membersihkan kuku, gunakan nail brush untuk memberus kuku tangan dan kuku kaki.
GUNA SABUN YANG MENGANDUNGI BUTIRAN SKRUB
Gunakan sabun yang mengandungi butiran skrub bagi membantu menanggalkan sel-sel kulit mati pada tubuh. Dengan cara ini segala kekotoran dapat disingkirkan daripada kulit tubuh anda. Hasilnya kulit anda akan menjadi lebih segar dan bermaya.
PEMAKAIAN LOSEN
Untuk mengekalkan kelembapan kulit, anda digalakkan memakai losen selepas mandi. Aplikasikan losen pada tubuh selepas mengeringkan badan. Ini merupakan cara terbaik untuk anda mengenakan losen selepas mandi.
LUMUR RAMBUT DAN KULIT KEPALA DENGAN MINYAK ZAITUN
Untuk menyihatkan rambut, sapukan minyak zaitun pada keseluruhan rambut dan kulit kepala. Biarkan seketika dan kemudian cuci rambut dengan syampu dan lanjutkan pula dengan pemakaian perapi rambut. Hasilnya akan membuatkan rambut anda lebih lembut dan bersinar.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!

