Berbahagiahlah kamu dengan khabar gembira dari Allah ini. Jangan pernah takut akan dugaan dan halangan yang bakal menimpa kerana Allah pasti ada membantu. Perbetulkan niat, segalanya akan dipermudahkan.
Inilah 10 khabar gembira iaitu janji Allah buat mereka yang berniat untuk berkahwin.
1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (An Nuur : 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan.
Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “Apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu-ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan atas alasan ekonomi.
Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih.
Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?
Ads
3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya.” (HR. Ahmad 2 : 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518 dan Hakim 2 : 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadis ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
4. “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Ar Ruum : 21)
5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’.” (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat dan sebagainya.
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Di antaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan dan lain-lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Di antaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah.
Ads
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Di antaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah.
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian orang apabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam.
Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah SAW:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam.” (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad)
Telah bersabda Rasulullah SAW, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.”(Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35)
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.”(Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim)
Ads
6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat.” (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.
7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Alam Nasyrah : 5-6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.
8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Muhammad : 7)
Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.
9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.” (Al Hajj : 40)
10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.”(Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap Muslim.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat bakal pengantin perasaan teruja untuk menempuhi alam perkahwinan pastinya dirasai hingga mendorong diri seolah bingung dari mana hendak memulakan langkah persediaan untuk ke arah itu. Apa yang perlu dilakukan lebih dulu? Bagaimana mencari vendor-vendor yang tepat? Serta banyak lagi persoalan yang bermain di benak. Untuk membantu bakal pengantin, berikut panduan bagi anda yang dalam proses mempersiapkan hari istimewa.
Jiwa yang Tenang
Pertama dalam mengurus segala hal memerlukan jiwa yang tenang dan tidak terburu-buru agar hasil yang diperoleh tidak “terburu-buru” juga. Begitu juga dengan mengurus perkahwinan, selama mempersiapkan perkahwinan ada baiknya calon pengantin sentiasa tenang agar dapat berfikir dengan rasional. Kuncinya, banyak berdoa dan rilek untuk mendapatkan ketenangan jiwa sehingga dapat mengeluarkan keputusan terbaik.
Tidak Menjadi Bridezilla
Jenis bakal pengantin yang termasuk bridezilla ialah yang begitu obses dengan perkahwinan sempurna. Setiap bakal pengantin pasti akan berusaha merancang perkahwinannya sesempurna mungkin, tetapi bukan bermaksud berlebihan dan menganggap perkahwinannya perlu sempurna tanpa cela. Sikap berlebihan seperti itu justru akan menjadi boomerang baik bagi bakal pengantin mahupun vendor yang diajak bekerja sama. Bakal pengantin akan mudah stres, dan hubungan dengan vendor kurang baik kerana sikap terlalu berlebihan.
Mencari Sumber Informasi
Pada era moden, mendapatkan informasi sangatlah mudah. Dengan adanya smartphone membantu bakal pengantin mendapatkan informasi. Yang perlu dilakukan hanya melayari google atau website perkahwinan. Dalam satu klik bakal pengantin akan memperoleh sumber informasi yang lengkap berikut vendor-vendor yang mampu mewujudkan perkahwinan impian semua bakal pengantin.
Memilih tempat
Ada baiknya mengutamakan lokasi perkahwinan diadakan dibandingkan vendor dekorasi, mekap atau lainnya. Mengapa? Kerana tidak selamanya lokasiyang disukai tersedia pada hari perkahwinan yang telah dipilih. Ada kemungkinan bakal pengantin lain telah menempah terlebih dulu, dan untuk menghindarinya, setelah tarikh perkahwinan diputuskan, segera tempah lokasi yang menjadi idaman.
Bertukar cerita dan pengalaman
Tidak ada salahnya bertukar pengalaman dengan teman atau saudara yang telah lebih dulu berkahwin. Dengan mendengar pengalaman mereka akan terbayang bagaimana cara mempersiapkan perkahwinan yang baik, dan tidak mengulangi pengalaman pahit yang pernah dirasakan mereka. Selain itu, bakal pengantin sendiri pasti pernah hadir di acara perkahwinan yang dapat memberi gambaran bahkan dapat memberi inspirasi perkahwinan anda kelak.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada pelbagai kisah bila anak dah kahwin, tak ngam dan jarang balik itu perkara biasa. Jadi mak ayah, jangan cepat melatah dan cuba faham situasi anak menantu.
Paling mudah, jemput baca perkongsian hati Puan Nur Artika Zulkipli soal anak yang sudah berkahwin. Bukan berubah tetapi komitmen dan anak kita sedang membina keluarga kecilnya.
Bila Anak Dah Kahwin
Adik beradik, mertua, ipar duai jangan masuk campur hal keluarga adik beradik anak beranak lain. Didik hati itu ikhlas. Jangan nak dengki.
Bukan orang luar tahu susah perit, jerih, makan hati, berendam air mata, ikat perut utk capai apa yang mereka cuba nikmati.
Manusia hanya nampak yang senang-senang, gembira orang lain. Tapi tak tahu apa yang dah mereka lalui untuk sampai tahap tu. Jangan suka sangat jadi sampai menyampai jadi duri.
Apa dia post up kat status semua nak ditunjuknye ke mak, dari situlah mertua dan menantu boleh jadi salah faham. Tengok diam-diam sudah, bukan dengki iri hati, tabur minyak bagi api lagi membara.
Biar lah mereka ada keluarga kehidupan sendiri jangan masuk campur. Selak hal rumah tangga sendiri cukup sempurna tak? Jangan pernah sibuk dengan hal rumah tangga orang.
Jarang Balik Bukan Tak Peduli
Lagi satu.. kalau anak lelaki jarang balik jenguk mak disebabkan kekangan kerja, mesti menantu yang dipersalahkan dikatakan suami takut bini, bini queen control laki, bini hasut suami, semua salah si menantu. Kita tuduh ipar kita control adik atau abg kita, jika itu tidak benar, sudah menjadi satu fitnah wahai saudaraku dan dosa fitnah itu sangat besar, takut kita tak tertanggung d sana kelak.
Wahai ibu-ibu sekalian, memang syurga anak lelaki di tapak kaki kamu, tapi jangan sampai kamu sediri yang menhantar anak lelaki kamu ke neraka. Sedarlah, anak lelaki kamu ada tanggung jawab, ada mulut yang nak disuap, ada hati dan jiwa yang nak dididik, tak jenguk bukan bermakna dia melupakan kamu.
Tak jenguk bukan bermakna dia meninggalkan kamu, cubalah fahami anak-anak kita dari sudut yang positif. Jangan mudah terasa hati, jangan mudah bersangka buruk, jangan sampai membuatkan si anak menjadi anak derhaka dengan tidak sengaja. Kalau kita ibu yang baik, kalau kita ibu yang beriman, sentiasalah doakan kebahagiaan anak-anak.
Menantu Itu Anak Orang
Jangan dihina si menantu, dia anak orang. Dia dididik dengan cara lain. Syukurlah jika si menantu sudi menjadi isteri anak-anak kita, sudi menjadi ibu kepada cucu-cucu kita, sudi menerima anak kita sebagai suaminya, kerana anak kita pun bukannya sempurna sangat.
Adik bradik, ipar duai, jiran tetangga, anak branak, jangan suka menjadi batu api. Andai kata si anak lelaki menceraikan si isterinya disebabkan mulut kita, adakah kita sanggup menanggung dosa seumur hidup disebabkan perbuatan kita itu?
Jaga isteri kita dulu sebelum kita nak mengata isteri orang, didik isteri kita dulu sebelum kita nak tegur isteri orang. Jaga rumah tangga kita dulu sebelum kita nak ketuk rumah tangga orang. Yang paling penting, didik hati kita dulu supaya tidak bersangka buruk dengan orang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wanita diperlukan oleh setiap lelaki untuk saling melengkapi terutamanya setelah mendirikan rumah tangga. Wanita yang baik akan sentiasa berada di samping pasangannya ketika susah dan senang.
Namun adakah pasangan anda mempunyai sifat yang tepat serta selayaknya untuk anda habiskan kehidupan bersamanya? Sekiranya pasangan anda mempunyai tujuh sifat ini, usah tunggu lagi. Segeralah melamarnya dan ‘ikat’ dia cepat. Kalau tak anda melepas!
1. WANITA YANG MEMBUATKAN ANDA SENTIASA TERSENYUM
Jangan lepaskan jika wanita yang anda jalinkan hubungan cinta sentiasa membuatkan anda ceria dan tersenyum. Komunikasi menjadi mudah kerana pasangan sentiasa memahami dan mendengar setiap masalah yang diluahkan oleh anda. Dia juga cuba membantu anda sekiranya anda mempunyai masalah. Anda tahu bahawa dia akan berada di samping anda dalam apa jua keadaan gembira atau sedih.
2. WANITA YANG BAIK
Setiap orang mengimpikan pasangan yang baik kerana hidup anda akan menjadi lebih sempurna apabila berada bersamanya. Hasilnya anda boleh membina sebuah keluarga yang lebih cemerlang apabila berkahwin dengannya nanti, malah anda juga akan menjadi seorang pasangan yang baik buatnya. Dia juga merupakan pasangan yang ingin memajukan dirinya dan juga keluarganya.
3. WANITA YANG MEMBUATKAN ANDA MEMPERCAYAINYA
Dia cukup setia dengan anda. Anda menyedari bahawanya dialah wanita terakhir dalam hidup anda. Dia tidak pernah mengkhianati anda kerana dia sangat mencintai anda. Bahkan dia selalu ada ketika anda memerlukannya, selain sentiasa mendahulukan anda daripada perkara-perkara lain.
4. WANITA YANG MEMBUATKAN SEMUA ORANG MENYUKAINYA
Setiap orang menyukainya kerana dia seorang yang luar biasa. Dia mudah diajak berbicara, seorang yang peramah dan menarik. Personalitinya membuatkan orang mudah untuk mendampinginya, malah dia juga sering memudahkan urusan orang lain.
5. WANITA YANG SENTIASA MEMBERIKAN RUANG UNTUK ANDA
Seorang wanita yang baik akan sentiasa memberikan anda ruang. Dia sama sekali tidak pernah mengongkong hidup anda lebih-lebih lagi mengenai perkara yang anda suka atau minat. Malah dia juga sentiasa memahami diri anda dan mempercayai anda dengan sepenuh hatinya.
6. WANITA YANG BERIMAN
Baik lelaki mahupun wanita pasti impikan pasangan yang beriman sebagai pelengkap hidup setelah berumah tangga. Sebelum bergelar seorang isteri, dia tahu untuk menjaga batas pergaulan dengan anda apatah lagi dengan orang lain. Malah dia juga pandai menjaga maruahnya sebagai seorang wanita dan mementingkan agamanya terlebih dahulu.
7. WANITA YANG SENTIASA MENGHORMATI IBU BAPA
Ciri-ciri ini amat penting bagi anda untuk memilih bakal isteri. Sikap wanita yang sentiasa menghormati ibubapa dan orang yang lebih tua harus dititikberatkan. Sekiranya pasangan anda memiliki ciri ini, maka dia merupakan calon isteri yang tepat buat anda!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!