Inilah Dia Jurusolek Yang Bertaggungjawab Mekap Fazura Macam Princess

Share

Malam tadi telah berlangsung majlis resepsi perkahwinan pelakon Fazura dan Fattah Amin di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur. Majlis yang turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan selebriti terdiri dari pelakon, penyanyi dan juga model.

Melihat Fazura yang cantik seperti permaisuri kayangan, nyata menyerlahkan lagi dirinya pada malam itu. Selain pakaian, dekorasi majlis tersebut, juga tidak ketinggalan mekap yang yang menaikkan seri empunya lagu ‘Sayangi Dirimu’.

Tidak terlalu sarat tapi masih cantik, Fazura ditata rias oleh jurusolek antarabangsa kfbongmakeup.

Jika dilihat di IG nya, dia sering menata rias Fazura serta beberapa selebriti lain.

Selain mekap, rambut Fazura di hias rapi oleh Ckayliow dan dua pasang dressnya pula direka oleh pereka fesyen tempatan, Rizman Ruzaini. Fattah Amin pula di hias rapi oleh jurusolek, Rozlan Nassir.

Lepasni, admin percaya, mesti ramai yang jadikan mekap Fazura sebagai inspirasi kan?

IKLAN