Merisik atau ‘menyiasat’ merupakan adat dan amalan tradisi yang cukup sinonim dengan masyarakat Melayu. Merisik bakal calon adalah suatu proses yang sangat disarankan sebelum seseorang itu berumah tangga. Ia bertujuan untuk mengetahui bakal calon sama ada telah berpunya ataupun tidak di samping mengenali calon pilihan itu dengan lebih dekat.
Proses risikan oleh masyarakat dahulu, biasanya akan dilakukan oleh kaum lelaki dengan diwakili ahli keluarganya yang akan berkunjung ke rumah calon perempuan. Namun masyarakat sekarang lebih terbuka dengan isu ini. Ada antara mereka yang merisik secara ‘direct’ kepada calon pilihannya mahupun menggunakan orang tengah seperti sahabat ataupun wakil yang dilantik untuk menyatakan hajat mereka.
Merisik Menurut Islam
Islam tidak menghalang seseorang untuk merisik calon pilihannya. Bahkan ianya disarankan oleh agama Islam. Merisik juga adalah termasuk menyiasat tentang hal keperibadian bakal calon dan rupa fizikal calon. Dalam suatu hadis daripada Abu Hurairah R.A, beliau menceritakan bahawa ada seseorang telah menyampaikan kepada Rasulullah S.A.W. bahawa dirinya telah berkahwin dengan seorang wanita Ansar. Rasulullah S.A.W. kemudian bertanya:
“Adakah kamu telah melihatnya?”
Ads
Jawab pemuda itu, “Belum.”
Kemudian Rasulullah S.A.W. menyarankan, “Lihatlah calon isterimu, kerana di bahagian mata orang Ansar ada sesuatu.”
(Hadis Riwayat Muslim : 3550)
Ads
Daripada hadis di atas, jelaslah kepada kita bahawa Rasulullah S.A.W. sangat menyarankan kepada pasangan yang ingin berkahwin untuk merisik dan melihat wajah bakal isterinya. Tujuan risikan tersebut adalah supaya diberi rasa ketenangan dan kedamaian jiwa untuk meneruskan perkahwinan.
4 Tips Untuk Merisik
1. Pilih Wakil Yang Sesuai
Jika anda tidak merisik secara ‘direct’ kepada calon pilihan, maka anda harus memilih wakil yang sesuai untuk menyatakan hasrat hati anda itu. Wakil yang sesuai ialah seperti ahli keluarga anda sendiri. Ibu bapa mahupun adik-beradik anda boleh menjadi wakil untuk merisik calon pilihan anda. Selain itu, wakil juga boleh dilantik di kalangan sahabat-sahabat yang anda ‘thiqah’ (percaya) dan boleh memegang amanah.
Ads
2. Menjaga Batas Dan Kelakuan
Selain itu juga, ketika dalam proses merisik anda perlu menjaga batas dan kelakuan. Mengajak keluar berdua-duaan atas nama merisik dan melakukan perbuatan yang tidak selari dengan Islam adalah dilarang. Islam memberi kebenaran untuk merisik namun tetap ada hadnya. Jika mahu bertanyakan soalan adalah lebih baik bertanyakan kepada ahli keluarganya dahulu atau sahabat-sahabat terdekat calon.
Jika terpaksa menanyakan secara ‘direct’ kepada calon, maka jagalah adab dan kelakuan. Elakkan bertanya soalan-soalan yang tidak perlu dan tidak penting.
3. Jangan Terlalu Berharap
Merisik merupakan proses yang anda tidak pasti sama ada calon pilihan anda itu akan menerima ataupun menolak risikan anda. Oleh sebab itu, jangan terlalu berharap. Jika terlalu berharap, anda akan kecewa apabila ditolak. Ia mungkin akan menjadi pengalaman pahit buat anda untuk merisik calon pilihan yang lain nanti. Ingat pepatah Melayu, ‘Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor’.
4. Menghormati Keputusan
Jika hasil risikan anda tidak berjaya dan ditolak, maka hormatilah keputusan yang dibuat oleh calon tersebut. Jangan memaksa orang untuk suka dan menerima kita. Mungkin ada sebab anda dan si dia tidak bersama. Terimalah keputusan tersebut dengan hati yang terbuka dan positif. Insya-Allah ada calon yang lebih baik menanti anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jodoh merupakan sesuatu yang perlu diusaha dan dicari. Jika anda menganggap jodoh hanya perlu menunggu, anda sebenarnya sudah salah mentafsir dalam hal berkaitan mencari jodoh. Kerana jodoh juga perlu di cari dengan usaha kita sendiri tanpa bantuan orang lain. Salah satu tempat yang sesuai bagi mencari jodoh ialah pada majlis kenduri kahwin saudara mara atau kawan-kawan anda.
Pada masa inilah biasanya, ramai kawan sekolah atau saudara mara anda akan berkumpul dan berkenalan antara satu sama lain. Namun, banyak lagi tempat yang sesuai untuk anda memulakan langkah untuk berkenalan terlebih dahulu. Mari kita lihat antaran tempatnya.
1. Majlis Besar Atau Kenduri Kahwin
Salah satu tempat yang sesuai bagi mencari jodoh ialah pada majlis kenduri kahwin saudara mara atau kawan-kawan anda. Pada masa inilah biasanya, ramai kawan sekolah atau saudara mara anda akan berkumpul dan berkenalan antara satu sama lain. Bagi mereka yang masih bujang, gunakan peluang keemasan ini untuk ‘survey’ calon pasangan yang anda suka.
2. Organisasi Persatuan Atau Sukarelawan
Selain itu, tempat yang sesuai untuk mencari jodoh juga adalah melalui medium persatuan, organisasi atau badan-badan sukarelawan. Apabila anda menyertai persatuan atau badan sukarelawan, anda pasti bertemu dan bergaul dengan banyak orang selain daripada ahli persatuan anda sendiri. Melalui persatuan biasanya ia lebih santai dan lebih mudah untuk kita berkenalan dengan orang lain.
3. Melalui Media Sosial
Zaman sekarang merupakan zaman teknologi. Semua maklumat dan informasi hanya di hujung jari anda sahaja. Menggunakan teknologi untuk tujuan yang baik, ia boleh mendatangkan faedah dan keuntungan kepada pengguna. Sebaliknya jika menyalahgunakan teknologi yang disediakan, maka ia akan mendatangkan keburukan pula. Menggunakan media sosial membolehkan anda mengenali seseorang walaupun anda belum pernah bertemu dengannya. Mengenali ramai orang di media sosial akan meningkatkan kebarangkalian anda untuk mendapat jodoh. Namun perlu diingat, jangan sesekali memberikan maklumat peribadi anda kepada orang yang baru anda kenali. Ia mungkin akan disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Hati-hati.
4. Portal Cari Jodoh Online
Satu lagi tempat yang sesuai untuk mencari jodoh ialah dengan menggunakan portal cari jodoh online. Ia adalah tempat di mana berkumpulnya orang-orang yang mahu mencari jodoh. Ia lebih spesifik berbanding menggunakan media sosial. Ini kerana tujuan kewujudan portal ini dan orang yang menyertainya adalah jelas iaitu untuk bertemu jodoh.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sememangnya sukar untuk menyimpan wang puluhan ribu ringgit dalam masa terdekat.
Tetapi,sekiranya disiplin diri tinggi dan anda mengikuti langkah-langkah yang kami berikan ini, ianya tidak menjadi penghalang lagi.
1. Beli rumah Harga rumah kini mencecah ratusan ribu ringgit. Untuk kesenangan bersama pasangan apabila anda berkahwin, rumah adalah sangat penting sebagai tempat berteduh saban hari. Rancanglah untuk membeli rumah dari awal kerana rumah juga merupakan aset yang bernilai tinggi.
2. Teliti dan hadkan belanja bulanan Senaraikan segala barangan keperluan rumah yang utama dan tidak melebihi had perbelanjaan. Sekiranya hidup bujang, hadkan wang makan di luar sebanyak 30% dan simpan selebihnya dalam tabung khas.
3. Beli barang pada harga diskaun Jangan terlalu obses dengan barangan mewah dan berjenama. Anda perlu berjimat untuk simpanan majlis perkahwinan. Dapatkan barangan yang berjenama ketika promosi dan harga diskaun. Pasti lebih jimat dan banyak wang boleh dilaburkan dalam simpanan peribadi.
4. Jangan guna kad kredit Kad kredit hanya akan menambah hutang. Elakkan berbelanja mengikut nafsu dengan mengingini sesuatu barangan di luar kemampuan bajet kewangan. Penggunaan kad kredit akan menyebabkan anda berhutang dan menangguh tempoh pembayaran. Ini akan membebankan di masa hadapan.
5. Melabur masa muda Pelaburan di bank adalah cara terbaik untuk simpanan kewangan di masa hadapan. Dengan simpanan secara bulanan selama 3 atau 5 tahun, anda dapat menggandakan wang sebanyak 2 kali ganda.
6. Hanya satu barang setiap bulan Sekiranya anda seorang yang suka membeli aksesori dan pakaian baru mengikut trend masa kini, hadkan perbelanjaan dengan membeli satu barangan sahaja setiap bulan. Bukannya membeli 3 atau 4 barangan kesukaan sekaligus. Anda juga perlu fikir untuk simpanan majlis.
7. Menabung untuk kecemasan Buatlah tabungan untuk hal-hal kecemasan. Simpanlah RM5 atau RM10 sehari setiap bulan untuk hal kecemasan seperti kemalangan, sakit dan sebagainya. Dalam sebulan, simpanan tabungan akan meningkat kepada RM150 atau RM300. Sekiranya setahun? Anda sendiri boleh menilainya.
8. Buat kerja sampingan Wang yang banyak tidak akan diperoleh tanpa usaha yang gigih. Anda boleh melakukan kerja sampingan seperti mengambil kerja separuh masa untuk mencukupkan kewangan anda menjelang hari bahagia nanti.
Penelitian yang mendalam tentang pengurusan kewangan perlu dititikberatkan. Sekiranya, anda baru menjejakkan kaki ke alam pekerjaan, sedarlah akan kepentingan simpanan kewangan. Anda juga tidak akan rasa terbeban apabila majlis perkahwinan ingin dilangsungkan dalam tempoh yang terdekat!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak tunggal sering dilabel sebagai anak yang manja kerana dia merupakan satu-satunya anak dalam keluarga. Ramai menganggap berkahwin dengan anak tunggal ini sebagai satu beban kerana dikhuatiri kehidupannya dikawal oleh ibu bapanya.
Sebenarnya, tidak semua anak tunggal begitu. Semuanya bergantung pada cara didikan ibu bapanya. Jangan sesekali berfikiran negatif kepada anak tunggal. Kenali dulu diri dan keluarganya.
Jika anda bakal berkahwin dengan pasangan anak tunggal, ini antara karakter mereka yang perlu anda tahu. Good luck guys!
1. Mementingkan Privasi
Disebabkan anak tunggal sudah terbiasa hidup sendiri, mereka sangat mementingkan privasi dan ibu bapa mereka juga memberi ‘ruang’ kepada mereka. Sebab itu ramai yang menganggap anak tunggal ini sombong. Padahal, mereka bukan begitu.
2. Lebih Teratur
Jika mereka dididik dengan baik, mereka akan menjadi seorang yang teratur. Malah, lebih teratur dari anak yang ada kakak atau abang.
3. Berdikari
Sewaktu kecil, mereka memang sedikit manja. Tetapi apabila meningkat dewasa, mereka pasti boleh hidup berdikari. Ini kerana mereka sudah terbiasa melakukan semuanya sendiri.
Hanya kerana mereka tiada adik-beradik, mereka tentunya sering meluangkan masa dengan ibu bapa di rumah. Mereka adalah insan yang sangat menghargai keluarga walaupun dengan saudara mara.
5. Akan Jadi Menantu Kesayangan
Sudah tentu anda akan jadi satu-satunya anak menantu pada ibu bapa mereka. Jadi, jika pasangan anda merupakan anak tunggalm hargailah mereka. Ntah-ntah, anda pula terlebih manja dengan ibu bapa mereka.
6. Suka Luangkan Masa Di Rumah
Kebanyakan anak tunggal lebih suka meluangkan masa di rumah ibu bapa. Mereka sangat menghargai masa ketika mereka keseorangan dan jarang untuk keluar rumah. Jadi, anda tidak perlu risaukan mereka.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!