Pastinya aura glitter di dalam penataan gaya bakal menyerlahkan lagi penampilan ratu sehari dihari bahagia. Biasan kilauannya menghasilkan sinaran yang cukup elegan dan eksklusif.
Selain tampak lebih glam, aura glitter mampu memberi keserian yang tiada tara. Ini tentunya menjadikan keseluruhan majlis tampak lebih menyerlah dan mengagumkan.
Jom cedok ilham dan inspirasi dengan memberikan nada elegan dalam penampilan anda di hari bahagia.
Rantai Dan Subang Van Cleef & Arpels
1. Rantai Dan Subang Van Cleef & Arpels
Kerdipan cinta yang terhasil dari biasan mewah rantai dan subang jenama mewah ini pasti memberi gaya elegan buat anda. Perhiasan bertatahkan berlian ini menyuntik statement ‘classy’ dalam gaya anda dengan rekaan yang lebih moden dan minimalis.
Sepatu Christian Louboutin
2. Sepatu Christian Louboutin
Ringkas namun cukup relevan untuk digayakan untuk majlis resepsi. Rekaan yang memperlihatkan bentuk kaki anda ini disaluti dengan glitter yang memancarkan nada sensual buat si pemakai. Sesuai digayakan untuk majlis resepsi.
Ads
Pewangi Jimmy Choo
3. Pewangi Jimmy Choo
Segarkan diri anda dengan pewangi dari jenama Jimmy Choo. Haruman memikat jiwa ini bakal membuatkan si dia tertawan dan bertambah sayang. Pewangi ini juga sesuai dijadikan hadiah dan dihias indah di atas dulang hantaran.
Tas Tangan Alexander Mc Queen
4. Tas Tangan Alexander Mc Queen
Rekaan ringkas tas tangan ini sesuai dijadikan hantaran untuk si dara. Dihias indah bersama kuntuman bunga segar berona pastel, tentunya dulang hantaran yang digubah tambah elegan dan eksklusif.
Ads
Busana Stephane Rolland
5. Busana Stephane Rolland
Percikan glitter pada busana ini menyerlahkan lagi aura ratu sehari. Dipadankan dengan fabrik polos, busana ini tampak seimbang dan memberi nafas mewah buat si pemakai. Hanya padankan bersama tiara dan layah ringkas, tentunya gaya ratu sehari anda bagaikan bidadari yang turun dari kayangan.
Ads
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tinggal di kuarters syarikat atau kerajaan bukanlah penghalang untuk menghias kediaman sebaik mungkin untuk keselesaan keluarga. Kalau dah minat, mesti boleh deko walau dengan cara yang simple.
Bak kata pepatah nak seribu daya tak nak seribu dalih. Pokok pangkalnya terletak pada individu itu sendiri.
Ini dibuktikan oleh wanita ini yang mendiami kuarters polis empat bilik di Pulau Pinang. Kediaman ini dihias sebaik mungkin persis rumah sendiri. Dekorasinya simple dan menarik dengan penggunaan perabot yang minimal dan ringkas reka bentuknya.
Pemilik memilih tema putih yang mendominasi keseluruhan kediaman yang membuatkan ruang kelihatan luas dan lapang.
Memandangkan penghuni kediaman kuarters bila-bila masa boleh berpindah mengikut arahan pengurusan maka pemilihan perabot yang ringkas, kecil dan ringan adalah pilihan bijak. Ini kerana proses pemindahan akan lebih mudah dan cepat. Pemilik juga memilih set meja makan yang sesuai dengan dekorasi kediaman. Secara keseluruhan dekorasi kuarters ini walaupun ringkas tetapi menarik dan begitu selesa buat wanita ini sekeluarga.
Tip dekorasi putih ala Scandinavian
Perabot kebiasaannya ringkas, kecil, ringan dan berpotongan minimalis.
Elakkan perabot berkerawang, bulky dan terlalu menonjol.
Gunakan fabrik polos dan bercorak ringkas. Less is more.
Anda boleh gabungkan dengan pemilihan lampu berpotongan ringkas. Elakkan chandelier seperti di hotel 5 bintang.
Hiasan dinding juga mampu menyerlahkan lagi dekorasi, piluh yang ringkas, abstrak atau corak geometri.
Boleh juga andai ingin menggabungkan elemen kayu, cermin dan besi.
Kombinasi warna putih dan warna-warna pastel sangat digalakkan.
Kredit : Nur Hayyum Idris via Kelab Kaki D.I.Y
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dilema berkahwin dengan suami yang begitu manja dengan ibunya atau digelar ‘anak emak’ antara topik yang sering menjadi igauan ngeri buat sesetengah isteri dan ia seboleh-bolehnya mahu dielakkan.
Namun, kalau sudah jodoh, apa yang boleh dikata. Terima pasangan seadanya dan cubalah untuk mencari jalan supaya anda berdua boleh mencapai kata sepakat dalam kebanyakan perkara terutama apabila membabitkan ibu mentua.
Ada yang menganggap keadaan ini boleh menimbulkan konflik antara suami isteri. Mengikut teori yang diperkenalkan oleh Sigmund Freud, secara semula jadinya anak lelaki sememangnya lebih cenderung untuk rapat dengan ibu manakala anak perempuan pula lebih senang untuk bersama bapa.
Masalah akan berlaku apabila ada anak lelaki terbawa-bawa sikap itu hingga dewasa. Lebih parah selepas melangsungkan perkahwinan pun segala keputusan berkaitan rumah tangganya akan dirujuk kepada ibunya terlebih dulu hingga mengetepikan perasaan isteri sendiri.
Tapi ada juga yang berpendapat lelaki anak mak ini adalah calon terbaik dijadikan suami betul ke? Mari kita lihat sebabnya.
Kebiasaanya lelaki seperti ini mempunyai perwatakan yang lemah lembut, baik tutur kata, rajin dan menghormati seorang wanita yang bergelar ibu.
Mereka ini lebih peka dan teliti dalam setiap perkara dan ia tidak mustahil akan melakukan perkara yang sama pada bakal isterinya.
Jangan terkejut jika lelaki ‘anak mak’ ini berjiwa romantik. Mereka ini lebih pandai menzahirkan rasa cinta mereka kepada ibunya, jadi tidak mustahil kalau dia juga mampu melakukan perkara yang sama terhadap isterinya.
Tanggungjawab adalah salah satu sifat lelaki yang diinginkan oleh setiap wanita. Jadi, sudah pasti mereka akan faham tanggungjawab mereka dan akan menjadi ketua kelurga yang bijak mengendali sebarang masalah.
Mereka ini biasanya pandai menghormati dan mengambil hati orang tua mereka. Beruntunglah anda jika mendapat lelaki sebegini kerana secara automatiknya dia juga akan menghormati anda dan seluruh ahli keluarga anda.
• Tinggal di rumah sendiri dengan isteri. Tinggal di rumah ibu tidak membantu perhubungan. Biasanya apabila tinggal berasingan, hubungan akan lebih baik.
• Balik ke rumah ibu dalam kadar yang bersesuaian. Jika ibu dan isteri tidak boleh menjalinkan hubungan, singkatkan kunjungan.
• Baliklah ke rumah ibu bersendirian pada waktu tertentu untuk menumpukan perbualan dengan ibu sahaja. Isteri perlu memberi galakan untuk keselesaan suami tanpa ada prasangka. Bagaimanapun, janganlah suami ambil kesempatan atas kepercayaan isteri.
• Suami perlu kuat dalam menangani emosi diri sendiri.
• Pastikan kedua pihak rasa penting dalam kehidupan. Beri mereka peluang meluahkan pendapat.
• Perbualan dengan ibu bolehlah dibuat secara persendirian supaya isteri tidak mendengar butir perbualan yang mungkin mengecilkan hati. Begitu juga sebaliknya.
• Jika ibu memberitahu sesuatu yang tidak disukai tentang isteri, beritahulah ibu dengan baik apa yang diperkatakannya itu kurang tepat. Beritahu juga anda terasa hati dengan komen yang kurang enak mengenai isteri. Begitu juga jika isteri berpendapat yang tidak baik tentang ibunya.
• Didiklah kedua wanita yang penting ini untuk menerima antara satu sama lain tanpa perlu memilih.
Tahu tak, serbuk BB Ponds mempunyai kesan siap yang sangat halus tau! Sangat ringan apabila digunakan dan menghalang minyak pada wajah. Warna nude yang sebati dengan warna kulit menjadi kegemaran ramai.
Bedak tabur Ponds, adalah salah satu bedak popular yang wajib anda cuba. Serbuk ini mula diedarkan di Thailand dan pada masa ini sangat disyorkan oleh ramai vlogger kecantikan di negara ini.
Ada tiga varian Ponds Magic Powder yang anda boleh cuba kerana setiap satu mempunyai fungsi yang berbeza.
Nak tahu apa jenis dan fungsi bedak Ponds Magic Powder? Jom, kita gali kelebihan setiap jenis bedak ini.
Ponds ada 5 varian loose powder yang anda boleh cuba. Kesemuanya mempunyai manfaat untuk memberikan rupa yang lebih penting dengan kawalan minyak yang tahan lama. Sangat sesuai untuk anda gunakan untuk set mekap supaya nampak lebih flawless, tidak merekah dan tidak mudah luntur.
Setiap varian juga mempunyai keistimewaan atau kelebihan tersendiri. Bermula dari yang memberi kesan kabur pada pori-pori muka, mengawal sebum berlebihan untuk menjadikan wajah lebih cerah dan glowing serta merta.
Anda cuma perlu memilih jenis atau varian mana yang paling sesuai dengan keperluan kulit wajah anda.
Ponds BB Magic Powder mempunyai kebaikan untuk menjadikan wajah lebih halus dan licin tetapi masih kelihatan natural. Terdapat kandungan titanium dioksida dan talc yang mampu memberi kesan lebih cerah, meratakan tona kulit dan mengawal minyak berlebihan pada kulit wajah.
Serbuknya berwarna coklat susu dan mengandungi kilauan yang sangat kecil dan halus. Warna bedak akan sebati dengan kulit dan foundation tanpa menukar warna asal.
Formulanya sangat ringan dan mempunyai litupan yang ringan, tetapi cukup berkesan untuk menutup bintik hitam dan parut jerawat serta menyekatakan tona kulit wajah!
Sesuai untuk semua jenis kulit, untuk anda yang kulit berminyak, daya serapan dan rintangan minyak adalah cukup tinggi untuk menjadikan kulit wajah bebas bersinar. Kalau jenis kulit anda berjerawat atau mempunyai jerawat yang meradang, formula serbuk ini juga selamat untuk menutupnya.
Anda boleh menggunakan bedak ini sebagai bedak tetapan atau hanya salutan ringan. Dengan menggunakan Bedak Ajaib BB Ponds, anda akan mendapat hasil solekan yang natural, segar dan matte tetapi tidak rata.
Jika varian yang satu ini sesuai untuk kulit kering dan kusam dan anda yang ingin mendapatkan wajah glow natural. Berbeza dengan Serbuk Ajaib BB Ponds, formula serbuk sudah mengandungi perlindungan UVA dan UVB yang boleh melindungi kulit anda daripada kerosakan matahari.
Serbuknya juga berwarna merah jambu yang cantik yang memberikan hasil semula jadi. Bedak ini lebih sesuai untuk pemilik tona kulit wajah cerah seperti zaitun atau sejuk berbanding kulit coklat.
Formula serbuk mampu memberikan hasil yang tidak terlalu matte, tetapi lebih ke arah dewy. Walaupun begitu, kulit berminyak masih boleh menggunakan bedak ini kerana keupayaannya menyerap minyak tidak kurang dari BB Ponds Magic Powder.
Bedak yang satu ini dirumus khas untuk anda yang inginkan solekan kelihatan matte. Bedak ini sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya jenis kulit yang sangat berminyak. Formulanya lebih padat sedikit daripada dua varian sebelumnya.
Kerana fungsinya untuk menghasilkan rupa matte, bedak ini mempunyai kuasa kawalan minyak yang terbaik. Serbuknya berwarna kebiruan, tetapi sebati dengan warna kulit dan asas semula jadi, jadi ia tidak menjadikan tona kulit kelihatan kelabu. Sama seperti BB Ponds Pinkish Glow, bedak ini juga mengandungi perlindungan UVA dan UVB, jadi ia sesuai untuk anda yang mempunyai banyak aktiviti luar.
Serbuk Ponds ini adalah jenis lut sinar dan tidak berwarna, jadi ia boleh sedikit sebati dengan warna asal kulit anda dan menjadikannya kelihatan semula jadi. Pun begitu, Ponds in loose powder mempunyai formula penapis kabur dengan teknologi ‘soft blur’ yang mampu menjadikan penampilan pori-pori wajah tersorok supaya kulit wajah kelihatan lebih licin, lembut dan flawless.
Serbuk Ponds ini dirumus dengan Teknologi Stardust yang menjadikannya mempunyai zarah serbuk yang lebih kecil. Zarah serbuk yang lebih kecil ini mampu memberikan rupa yang licin, semula jadi dan tidak bertompok sama sekali.
Dalam butiran serbuk terdapat shimmer yang mana kesannya akan membuatkan wajah kelihatan lebih cerah dan glowing serta merta apabila digunakan. Baunya lembut seperti susu dan memberikan kemasan matte yang tahan lama.
Anda boleh menggunakan Ponds loose powder untuk set makeup base iaitu selepas menggunakan foundation, BB Cream atau pun hanya menggunakan moisturizer dan sunscreen. Untuk hasil terbaik, sapukan bedak tabur Ponds menggunakan berus untuk bedak dengan dap perlahan-lahan pada seluruh muka.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...