Fesyen

Inspirasi ‘Glitter’ Dalam Gaya Ratu Sehari, Barulah Nampak Menyerlah Di Pentas Pelamin

Share

Pastinya aura glitter di dalam penataan gaya bakal menyerlahkan lagi penampilan ratu sehari dihari bahagia. Biasan kilauannya menghasilkan sinaran yang cukup elegan dan eksklusif.

Selain tampak lebih glam, aura glitter mampu memberi keserian yang tiada tara. Ini tentunya menjadikan keseluruhan majlis tampak lebih menyerlah dan mengagumkan.

Jom cedok ilham dan inspirasi dengan memberikan nada elegan dalam penampilan anda di hari bahagia.

Rantai Dan Subang Van Cleef & Arpels

1.      Rantai Dan Subang Van Cleef & Arpels

Kerdipan cinta yang terhasil dari biasan mewah rantai dan subang jenama mewah ini pasti memberi gaya elegan buat anda. Perhiasan bertatahkan berlian  ini menyuntik statement ‘classy’ dalam gaya anda dengan rekaan yang lebih moden dan minimalis.

Sepatu Christian Louboutin

2.   Sepatu Christian Louboutin

Ringkas namun cukup relevan untuk digayakan untuk majlis resepsi. Rekaan yang memperlihatkan bentuk kaki anda ini disaluti dengan glitter yang memancarkan nada sensual buat si pemakai. Sesuai digayakan untuk majlis resepsi.

Pewangi Jimmy Choo

3.   Pewangi Jimmy Choo

Segarkan diri anda dengan pewangi dari jenama Jimmy Choo. Haruman memikat jiwa ini bakal membuatkan si dia tertawan dan bertambah sayang. Pewangi ini juga sesuai dijadikan hadiah dan dihias indah di atas dulang hantaran.

Tas Tangan Alexander Mc Queen

4.   Tas Tangan Alexander Mc Queen

Rekaan ringkas tas tangan ini sesuai dijadikan hantaran untuk si dara. Dihias indah bersama kuntuman bunga segar berona pastel, tentunya dulang hantaran yang digubah tambah elegan dan eksklusif.

Busana Stephane Rolland

5.   Busana Stephane Rolland

Percikan glitter pada busana ini menyerlahkan lagi aura ratu sehari. Dipadankan dengan fabrik polos, busana ini tampak seimbang dan memberi nafas mewah buat si pemakai. Hanya padankan bersama tiara dan layah ringkas, tentunya gaya ratu sehari anda bagaikan bidadari yang turun dari kayangan.

 

 

 

 

 

IKLAN