Dalam kegawatan ekonomi sekarang ini, adalah menjadi tanggungjawab setiap suri rumah, mahupun ibu berkerjaya untuk mengawal selia perbelanjaan dapur yang mungkin selama ini dipandang remeh oleh sesetengah rumahtangga. Mari mula menjimatkan perbelanjaan dapur anda.
1.Buat senarai sebelum membeli belah
Adakah anda malu bila terpaksa membawa list senarai barang dapur yang ingin dibeli sepanjang mencari-cari barang untuk dapur anda?
Jika anda malu untuk berbuat demikian, anda boleh memasukkan senarai tersebut di dalam handphone anda. Gunakan ruangan “To-do list” pada handphone anda. Sekiranya hp anda tidak menyediakan kemudahan tersebut, gunakan saja kemudahan “messages” anda dan save sebagai “draft”. Mungkin orang lain akan terfikir anda membeli belah sambil ber’sms’!
Kalau boleh jangan pergi ke hyper market yang besar sepeti Tesco dan Giant. Ini akan menyebabkan anda beli lebih dari keperluan. Pergi saja di mini market. Pilihan yang paling penting saja yang dijual, barang-barang yang tak penting tak payah kita beli.
2.Peka terhadap ‘expiry date’
Anda harus melatih diri untuk sentiasa melihat bila tarikh luput sesuatu barang yang ingin dibeli. Ini kerana terdapat barangan dapur yang tahan berbulan-bulan lamanya. Jika anda terbeli barangan yang dah expired, sedangkan bahan tersebut masih banyak bersisa lagi, tentu membazir. Ini membuatkan anda terpaksa membeli yang baru lagi.
Ads
3. Beli borong jimat beberapa %
Jika anda rajin memasak di dapur, belilah sesuatu bahan yang selalu digunakan dengan borong. Belilah minyak masak dalam botol yang bersaiz besar, kerana ia jimat berapa peratus berbanding anda membelinya berulang kali dalam plastik. Begitu juga dengan bahan-bahan lain seperti susu cair, sos tomato & chili, teh, nescafe, jus dan sebagainya. Mungkin pembelian ini akan menjimatkan sebanyak 10%-20% pembelian anda. Di samping itu ia menjimatkan minyak kereta anda kerana tidak perlu berulang-alik ke kedai untuk membeli bahan tersebut sekiranya habis!
Kalau ada sale susu, milo untuk anak cuba suruh suami anda belikan. Selalunya lelaki kalau di suruh beli barang, dia akan beli barang itu saja, kalau perempuan selalu sangat tak ikut list. Bukankah wanita punyai 9/10 nafsu? Lelaki ada satu nafu saja kan…
4.Tak perlu pilih brand
Tak perlu la anda nak memilih brand kalaupun brand yang anda hendakkan itu sebenarnya sama saja rasanya dengan produk tempatan. Sekarang ini pun kerajaan menggalakkan Industri Sederhana dan Kecil (IKS) diproduktifkan lagi. Banyak penglibatan orang tempatan kita dalam hal ini dan banyak sekali produk tempatan yang sudahpun dikomersialkan dan setanding dengan produk-produk luar negara. Satu hal lagi, sudah tentulah harganya jauh lebih murah berbanding produk luar negara yang anda sanjung-sanjung itu.
Ads
5. Kurangkan penggunaan elektrik
Apa kata sekali sekala anda masak nasi menggunakan dapur gas saja. Begitu juga jika anda memasak air. Ini kerana penggunaan elektrik terhadap perkara ini akan memerlukan banyak penggunaan elektrik. Cukuplah jika anda hadkan penggunaan tersebut terhadap perkara-perkara lain, contohnya jika anda ingin blend cili kering ataupun bawang merah dan putih. Penggunaan filter water juga seperti RO, dan yang sewaktu dengannya sebetulnya tidaklah fleksibile untuk anda yang tinggal dikawasan yang airnya tidak banyak pencemaran. Kecuali jika anda jauh dari bandar, contohnya kawasan Felda (saya pernah mengalaminya sendiri) yang tahap kekotoran airnya adalah mencapai tahap 21% berbanding duduk dikawasan bandar cuma 1%! Apa yang penting air yang hendak diminum pastikan telah dimasak dengan sempurna. Itu saja.
6.Kurangkan membeli material yang sama
Kalaupun anda ini minat memasak sehingga pantang melihat pisau yang pelbagai jenis rupa dipasaran, tak perlulah membeli sehingga ada yang tidak digunakan. Bertahanlah sehingga satu-satu barang di dapur anda itu telah benar-benar rosak. Tahanlah diri anda dari membeli sesuatu barang berulang-ulang. Pantang nampak periuk cantik, mulalah gatal nak beli, sedangkan dalam almari dapur masih banyak lagi yang tidak digunakan. Begitu juga dengan gelas dan pinggan mangkuk. Cukuplah cuma ada beberapa koleksi. Yang penting sebenarnya benda itu anda gunakan! bukannya jadi koleksi hinggapan lipas dan tikus!
Ads
7.Sentiasa kreatif dan memikirkan alternatif lain
Jika selama ini anda rajin menggunakan tisu untuk mengelap dapur anda mahupun untuk anda mengelap tangan, apa kata anda gantikan saja ia dengan kain kotor. Mungkin ada tuala lama yang dah tak berguna, anda boleh mengeratnya menjadi beberapa bahagian. Mungkin juga boleh dijadikan sebagai pengelap kaki berhampiran sinki! Begitu juga jika anda tidak mempunyai blander, ataupun ianya sudah rosak, mungkin dengan cara menggunakan lesung batu juga berkesan! tumbuklah bawang2 tersebut dengan kuantiti yang banyak, dan simpan selebihnya di dalam peti sejuk. Bila tiba waktu memasak, anda tidak perlu mengupas bawang lagi! Ia juga menjimatkan masa dan tenaga anda.
8 . Bercucuk tanam tanaman mudah
Jika anda tinggal dikawasan rumah teres, ia bukanlah penghalang untuk anda bercucuk tanam. Dalam era bioteknologi sekarang ini, anda boleh menggunakan tanaman cara hidroponik dan juga cara fertigasi. Anda boleh menanam cili, tomato, sawi dan sebagainya. Ini dapat menjimatkan bahan mentah di dapur anda. Cuma mungkin untuk permulaan aktiviti ini anda perlu mengeluarkan sedikit wang yang lebih. Tapi tak apa jika hasilnya nanti lebih daripada itu!
Sekali sekala, anda bolehlah mengajak seisi keluarga untuk makan diluar. Tapi percayalah, sekiranya anda sudah terbiasa makan di rumah. Makan di luar kadang-kadang tak lah sehebat makan di rumah! Oleh kerana itu, jadikanlah ia amalan anda seisi keluarga. Kerbersihan makanan pun terjaga!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita memang akan mengeluh tentang perut. Baik yang sudah berkahwin, sudah beranak, mahupun anak dara, perut buncit ni memang dah jadi satu masalah wajib kaum wanita.
Jangan sedih sangat, kita selongkar kaedah-kaedah yang boleh membantu menyelesaikan masalah ini. Kalau tak banyak, dapat kurangkan sikit perut buncit pun jadilah…
1. Tidur kena cukup
Tidur membantu sistem dalaman tubuh mendapatkan rehat yang cukup untuk menggantikan sel-sel badan yang telah rosak. Bila cukup tidur, sistem saraf, pengeluaran hormon, dan metabolisme kita juga akan berada pada tahap optimum dan akan menjadi lebih cergas.
2. Amalkan minum air limau
Air limau sangat bagus diminum sejurus bangun pagi dan setiap kali lepas makan. Ini membantu fungsi hati untuk mengelakkan lemak terbentuk di pinggang. Air limau boleh meningkat enzim yang membantu proses nyahtoksik hati kita supaya berfungsi dengan lebih efektif.
3. Curi hari untuk puasa
Berpuasa juga salah satu kaedah untuk ‘nyah’ toksik hati. Amalan berpuasa dikatakan antara teknik mengempiskan perut yang paling berkesan. Lagipun, ini lebih mudah daripada kita merancang diet yang mungkin tidak mampu kita ikut.
4. Minum teh halia
Kebanyakan orang tahu, halia membantu untuk membuang angin dalam badan. Amalan teh halia dapat membantu proses pencernaan secara semulajadi tanpa bantuan suplemen atau ubat-ubatan.
Bila rajin minum teh halia, ini meningkatkan suhu badan dan membantu proses pembakaran lemak terutama pada bahagian perut.
5. Elak terlebih gula dan garam
Pernah tak terasa macam kembung perut selepas makan ‘fast food’ atau makanan masin? Haaa… makanan yang tinggi natrium boleh menyebabkan pengumpulan cecair dalam badan. Ya, inilah yang menyebabkan perut kita buncit. Garam berlebihan juga menjadi punca kegagalan jantung, strok, dan kanser usus.
Makan atau minum terlalu banyak benda manis pula akan meningkatkan kadar insulin dalam badan. Ini menyebabkan pengumpulan lemak di kawasan perut kita. Ah, tak sanggup!
6. Bersenam walau terpaksa
Setiap senaman tu ada fungsinya yang tertentu. Begitu juga dengan beberapa jenis senaman yang sesuai dibuat untuk mengempiskan perut.
Wanita, jangan malas ya! Nak kempiskan perut bukan mudah, kena semangat yang tinggi dan rajin senam untuk kempiskan perut. Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekarang ni dah senang tau. Sebab ibu bapa kini boleh buka atau tambah akaun SSPN secara online tanpa melalui mana-mana kaunter PTPTN atau cawangan bank. Lebih mudah, cepat dan selamat!
CARA BUKA AKAUN SSPN ONLINE
Di sini dikongsikan cara buka akaun SSPN secara online langkah demi langkah.
1. Pilih Produk SSPN
Layari bit.ly/BukaDanTambahAkaunSSPN
Pilih sama ada anda ingin memilih akaun SSPN-i atau SSPN-i Plus. (*Perbezaan antara kedua-dua jenis akaun SSPN ini akan dijelaskan di bawah.)
2. Isi Maklumat
Isi maklumat yang diperlukan dalam borang yang disediakan.
3. Persetujuan Terma Syarat
Fahami terma dan syarat yang ditetapkan.
4. Masukkan Minima Deposit
Masukkan minima deposit ke dalam akaun tersebut. (Untuk SSPNi penambahan minimum RM20 tanpa komitmen manakala untuk SSPNi Plus mengikut pakej serendah RM30 sebulan)
5. Siap!
Lepas dah ada akaun ni, ibu ayah dah boleh buat penambahan deposit, pengeluaran deposit, semakan penyata atau penyata pelepasan cukai secara online pada bila-bila masa je.
Mudah kan?
KELEBIHAN SSPN UNTUK ANAK
Bagi yang kurang pasti nak memilih akaun SSPN yang mana untuk anak, bolehlah baca lebih lanjut di bawah tentang kelebihan kedua-dua produk ini.
1. SSPN-I
SSPN-i merupakan satu instrumen simpanan tanpa komitmen bulanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i adalah berlandaskan syariah menggunakan konsep ‘Wakalah Bil Istithmar’ bermaksud ‘mewakilkan untuk tujuan pelaburan.
Antara kelebihan SSPN-i adalah:
Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa hingga RM8,000.00 setahun bagi akaun yang dibuka atas nama anak / anak angkat yang sah sebagai penerima manfaat;
Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas;
Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;
Pemberian geran sepadan kerana memasuki institusi pendidikan tinggi (IPT) sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak bagi akaun yang dibuka atas nama anak sebagai penerima manfaat;
Simpanan dijamin oleh kerajaan;
Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN;
2. SSPN-I PLUS
SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi.
SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan bayaran sumbangan takaful yang murah dan perlindungan yang komprehensif.
SSPN-i Plus mengguna pakai konsep simpanan dengan komitmen bulanan dan jumlah simpanan dan bayaran sumbangan takaful adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.
SSPN-i Plus mempunyai pelbagai keistimewaan iaitu:
Patuh syariah.
Pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM15,000.00 setahun.
Komitmen serendah RM 30.00 sebulan.
Manfaat bagi kematian/ keilatan kekal( kemalangan) sehingga RM1,000,000.00.
Tiada pemeriksaan kesihatan.
Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
Khairat kematian termasuk pasangan dan maksimum 3 orang anak.
Manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal.
Elaun kemasukan hospital sehingga RM200 sehari.
Layak memohon pinjaman PTPTN.
Perlindungan 24 jam di seluruh dunia.
Simpanan dijamin kerajaan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anda yang sedang menghitung hari untuk majlis perkahwinan jagalah kesihatan diri agar tidak berada dalam keadaan stres. Setelah pelbagai persiapan yang dilakukan untuk hari penting anda, ada baiknya untuk melakukan sesuatu yang relaks agar anda tidak stres menjelang hari perkahwinan.
Selain itu, makanlah makanan berkhasiat dan kaya nutrisi agar anda tampil segar dan cerah nantinya. Anda juga perlu menjaga bentuk tubuh agar tampil sempurna dengan gaun pengantin yang telah disiapkan.
Masalahnya, beberapa bakal pengantin kerap lupa menjaga pemakanan sehingga badan menjadi lebih berisi, malah gaun yang dipakai menjadi terlalu sempit dan mengganggu pergerakan sepanjang majlis berlangsung.
Berikut adalah beberapa jenis makanan yang perlu anda hindari menjelang hari perkahwinan:
Makanan bergoreng
Kentang goreng, pisang goreng dan makanan bergoreng ini menjadi makanan kegemaran yang amat menggoda bagi kebanyakan orang. Padahal makanan ini jelas tidak sihat yang boleh menyebabkan lebihan lemak, serta menyebabkan perut kembung dan radang.
Makanan mengandungi garam
Tahukah anda jika garam dapat menyimpan cairan dalam tubuh? Jika anda terlalu banyak mengambil makanan masin, tubuh boleh menjadi lebar. Mengambil makanan mengandungi garam secara berlebihan juga boleh membuat kulit berminyak, mudah berjerawat dan tampak kusam.
Alkohol
Faktanya, minum alkohol boleh membuatkan tubun nampak bengkak keesokan harinya. Belum lagi rasa mual dan kembung yang boleh membuatkan anda rasa tidak selesa. Jadi, lebih baik anda hindari minuman beralkohol menjelang hari perkahwinan.
Makanan segera
Godaan berikutnya yang harus dihindari sebelum hari perkahwinan ialah makanan segera. Ini kerana makanan segera banyak mengandungi garam, gula dan bahan pengawet yang berbahaya untuk kesihatan.
Sayuran mentah
Sayur-sayuran mentah memang baik untuk kesihatan. Namun sebaiknya kamu hindari beberapa hari sebelum hari perkahwinan. Selain menimbulkan gas, sayur-sayuran mentah yang tidak dicuci dengan bersih juga boleh menyebabkan keracunan. Oleh itu makanlah sayur-sayuran yang telah diolah.
Pilihlah sayur-sayuran yang tidak mengandung raffinose kerana dapat menyebabkan peningkatan bakteria hasil metana di usus besar dan akhirnya membuatkan anda merasa kembung. Sayur-sayuran tersebut antara lain brokoli dan kubis. Sebaiknya makanlah sayur-sayuran seperti timun dan bayam yang dapat menambah air dalam tubuh hingga 90%. Air sangat diperlukan dalam proses detoks dan menghindari dehidrasi.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!