Rata-rata jarang suami mahu memakai cincin kahwin dalam tempoh yang lama, kalau ada pun suami hanya memakainya untuk tempoh beberapa bulan sahaja. Namun sedarkah suami, dengan melihat suami memakai cincin kahwin pemberian isteri bukan sahaja boleh buat isteri bahagia, malah dapat juga pahala sunnah.
Bukan itu sahaja, cincin perkahwinan juga menjadi tanda seseorang itu sudah menjadi milik orang, bukan hanya untuk dilihat oleh pasangan, malah untuk orang luar juga mengetahui bahawa anda sudah berpunya.
Seperti yang dikongsikan oleh Bijen Mohd, pakailah cincin kahwin yang diberi oleh isteri semasa kahwin kerana ia boleh menggembirakan isteri, selain dapat pahala sunnah.
Tak lama lagi, insyaAllah genaplah 5 tahun usia perkahwinan saya dan isteri. Saya lihat di jari, masih tersemat cincin perkahwinan kami. Romantik bukan? (Err…)
Bagi orang perempuan, pakai cincin kahwin itu biasa. Tapi orang lelaki, cukuplah pakai sebulan atau setahun dua saja. Bukan apa, tugas harian orang lelaki membuatkannya tak berapa relevan untuk dipakai sentiasa.
Tak percaya cubalah check tangan mereka, berapa kerat saja yang masih ada cincin kahwin di jari? Boleh kira dengan jari.
IKLAN
Saya sebenarnya pun sama, rasa geli.
Hinggalah pada satu hari, ketika daurah kitab Syamail Muhammadiah, tuan guru mensyarahkan bab cincin Nabi.
Beliau beritahu cukup seseorang itu memakai cincin pinjam walau seketika, dia sudah pun mendapat pahala.
Maksudnya di sini, Ali jumpa Abu. Ali cakap pada Abu nak pinjam cincin dia.
IKLAN
Abu melurut keluar cincin dari jarinya dan memberikan kepada Ali. Ali menyambut cincin tersebut lalu menyarungkan ke jari manisnya.
Selepas beberapa saat, Ali pun menanggalkan dan memulangkannya kepada Abu dengan ucapan terima kasih.
Itupun sudah dikira mendapat pahala Sunnah. Wah! Mudah sangat nak dapat pahala.
Lepas dengar saja perkara itu, saya terus bersemangat nak beramal. Bila balik rumah, saya pun carilah apa cincin yang ada sehinggalah terjumpa cincin kahwin dulu kala.
Saya tabahkan hati memakainya. Niat nak amal Sunnah semata-mata.
IKLAN
Nak dijadikan cerita, isteri bila tengok kita pakai cincin kahwin yang dia bagi dulu, hatinya pun mula berbunga-bunga. Amboi!
Rupanya orang perempuan ni bahagia bila kita memakainya. Mungkin dia rasa kita akan sentiasa ingat padanya. Ataupun sebagai petanda kepada makwe-makwe di luar sana bahawa lelaki tersebut sudahpun berpunya.
Kurang-kurang kalau lelaki dia nak pergi karaoke waktu dia tengah berpantang, tengok cincin teringatlah juga. Eh!
Tapi seriuslah. Bila pakai cincin kahwin ni rasa macam cinta tu segar-bugar saja. Rasa macam baru kahwin pun ada. Sudahlah amal Sunnah dapat pahala berganda, gembirakan isteri pun ada pahalanya.
Orang perempuan, setujukah anda?
Pengantin Baru Anak Dah Dua
P/s: Ini heart beat cinta kanda bila teringatkan dinda. ?
Berita yang menyiarkan seorang suami mendera isterinya seperti haiwan seperti yang diviral di dalam laman Facebook pada Oktober 2016 adalah amat mengejutkan.
Kenyataan mangsa bahawa beliau dipukul dan diperlakukan suaminya seperti binatang adalah amat menyedihkan.
Berikut merupakan kenyataan mangsa menceritakan detik-detik beliau diperlakukan seperti haiwan oleh suaminya:
“Bismillahirrahmanirrahim. Selama ni aku diam membisu seribu bahasa kau hina, fitnah, herdik, cerca keluarga aku. Hina aku. Pukul aku separuh nyawa. Kau ambil parang letak kat leher aku. Nak sembelih aku.
Tapi hari ini Allah S.W.T beri aku kekuatan untuk bongkarkan kebenaran. Bertahun perkahwinan kita.Dalam tempoh itu aku dipukul bagaikan binatang berkali-kali tanpa belas kasihan langsung sehingga anak sekecil Adam yang baru 2 tahun merayu melutut kat kaki kau untuk berhenti pukul aku.
Sampai pecah gusi anak aku kau tendang wahai suami dayus.Kau pukul aku guna besi buai. Kau campak aku dari ruang tamu ke dapur. Kau hempas kepala aku dengan laptop. Kau pijak perut aku masa aku dalam pantang anak kedua.
Kau paksa aku layan nafsu binatang kau. Sampai aku terpaksa buat pembedahan sebab luka pada faraj aku. Masa mengandung kau duduk atas perut aku yang dah 7 bulan lepas tu cekik aku…”
(Sumber: Petikan Kenyataan Mangsa Penderaan Suami di laman Facebook)
Penderaan terhadap mangsa ini jelas bercanggah dengan prinsip Islam iaitu bernafaskan perkataan Rahmah. Rahmah daripada kata rahima adalah bermaksud kasih atau belas kasihan.
Dalam ayat pertama di dalam al-Quran sendiri mengajarkan manusia bahawa Allah S.W.T memperkenalkan dirinya sebagai ar-Rahman dan ar-Rahim.
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”. (Surah Al-Fatihah 1:1).
Penulis tertarik dengan kupasan Prof Hamka di dalam Tafsir Al-Azhar dalam mengupas situasi Rahmah daripada Allah S.W.T diterapkan di dalam rumah tangga.
“Apatah lagi dapat kita lihat pada seorang ibu ketika melahirkan anak. Sembilan bulan badan payah. Datang rayuan anak akan lahir, diapun tidur, Selompat hidup, selompat mati.
Si suami berjalan-jalan sekitar rumah dengan dada berdebar-debar, dipengaruhi dengan rasa cemas dan harap, cemas kalau-kalau isteri yang dicintai diserang bahaya hingga maut kerana melahirkan, dan harap moga-moga si anak lahir dengan selamat, dan ibunya selamat pula.
Demikianlah beratnya penderitaan mengandung; bidan telah sedia menolong, dan setelah ditunggu dengan harap dan cemas, lahirlah anak itu, kedengaran tangisnya, si buyung atau si upik. Dengan kedengaran tangis itu, kelihatanlah wajah si ibu lega, hilang kepayahannya, kadang-kadang matanya tertidur sejenak, diliputi oleh Rahmat Ilahi.
Dia sudah lupa sama sekali akan kepayahannya, diubati oleh tangis anaknya yang baru Iahir itu. Dan si suami yang telah mundar-mandir sejak tadi di luar kamar bersalin, setelah diberitahu bahawa anaknya sudah lahir, anak dan ibu selamat,
kadang-kadang menangislah dia kerana sangat terharu. Rahmat Tuhan telah dimasukkan ke dalam jiwa mereka semuanya.”
(Sumber: Tafsir Surah Al Fatihah di dalam Kitab Tafsir Al-Azhar Prof Hamka)
Penceritaan Buya Hamka di atas menunjukkan rahmat Allah S.W.T telah dimasukkan ke dalam jiwa rumahtangga.
“… Dan si suami yang telah mondar-mandir sejak tadi di luar kamar bersalin, setelah diberitahu bahwa anaknya sudah lahir, anak dan ibu selamat, kadang-kadang menangislah dia karena sangat terharu. Rahmat Tuhan telah dimasukkan ke dalam jiwa mereka semuanya.”
Alangkah hinanya seorang suami sanggup memaki hamun serta mencederakan isterinya yang merupakan nikmat dan Rahmah Allah S.W.T kepadanya. Isteri merupakan sebaik-baik perhiasan dunia yang dikurniakan oleh Allah S.W.T sepertimana dinyatakan di dalam hadis di bawah :-
“Dunia perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita yang solehah.” (Riwayat Muslim).
Antara hikmah penciptaan isteri adalah agar suami dapat bersenang hati dan hidup mesra dengannya. Dengan syarat suami mempunyai perasaan kasih sayang dan belas kasihan terhadap isterinya seperti dinyatakan di dalam surah Ar-Ruum di bawah ini:
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” (Surah Ar-Ruum 30:21)
Adalah amat menyedihkan sang suami yang hanya tahu memukul jiwa dan fizikal isterinya, namun di kala waktu yang lain meratah rakus tubuh isteri yang dipukulnya tadi. Nabi Muhammad S.A.W mengherdik suami seperti dinyatakan hadis di bawah:
“Sengaja seseorang kamu memukul isterinya bagaikan hamba sahaya kemudian menyetubuhinya di waktu lain.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ianya bertentangan dengan konsep al-Quran yang tidak pernah meletakkan kesalahan Adam (suami) di bahu Hawa (isteri) sepertimana diceritakan di dalam ayat al-Quran di bawah ini:
“dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”, lalu mereka pun sujud, kecuali Iblis, dia enggan sujud. Maka, Kami berfirman: “Wahai Adam! Sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah dia menyebabkan kamu berdua keluar dari syurga, kerana dengan itu nanti kamu akan menderita.
Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa kamu tidak akan lapar dalam syurga dan tidak akan bertelanjang. Dan sesungguhnya kamu juga tidak akan dahaga dalamnya, dan tidak akan merasa panas matahari”.
Kemudian, syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya (Adam), dengan berkata: “Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan kekal hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?”.
Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mula menutupnya dengan daun-daun dari syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya).”
(Surah Taha: 116-121).
Justeru, suami perlu memainkan peranan utama bagi memastikan keharmonian rumah tangga. Perasaan kasih dan belas kasihan seharusnya wujud di dalam jantung setiap suami terhadap isterinya.
“Dengan ini saya (nama pengantin lelaki), suami yang sah kepada (nama pengantin perempuan) bersyukur kepada Allah di atas anugerah nikmat Iman, Islam, kesihatan dan isteri serta berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan majlis akad nikah ini.
Oleh itu, mulai saat ini saya menerima tanggungjawab sebagai suami kepada isteri saya (nama pengantin perempuan) dan akan berusaha dengan sebaik-baiknya untuk menjalankan tugas sebagai suami seperti berikut:
Memberi nafkah zahir dan batin.
Penjagaan dan perlindungan yang sempurna.
Keselamatan yang terjamin.
Memberi bimbingan dan panduan ke jalan yang diredhai Allah.
Saya mengharapkan doa restu daripada semua pihak terutama ibu bapa tersayang dan ibu bapa mentua saya. Semoga perkahwinan ini mendapat restu dan redha Allah…”
Semoga artikel ini dapat memberi iktibar dan pengajaran kepada para suami di luar sana agar mempunyai perasaan kasih dan kasihan belas terhadap isterinya.
OLEH : Artikel ini ditulis oleh Muhd Ridhuan bin Sulaiman. Berasal dari Shah Alam, Selangor. Bekerja sebagai jurutera awam di ibu pejabat JKR Malaysia.
Nama Reka Teemor mungkin tidak asing lagi dalam industri perkahwinan. Rekaan mahligai sentuhan Reka Teemor boleh buatkan kita berada di satu lokasi indah dan membibitkan memori paling indah. Di sebalik gahnya nama Reka Teemor, pasangan suami isteri, Faiz Sabari dan Rozana Mumtaz menceritakan kisah indah mereka berdua dalam melayari bahtera perkahwinan.
18 tahun berkahwin, Faiz dan Mumtaz dikurniakan seorang cahaya mata. Percintaan yang terbit di antara mereka berdua cukup manis untuk dikenang apatah lagi apabila usia bertemu jodoh itu hadir pada saat dan tika yang sangat sesuai dan stabil.
Perkenalan
Dari mana cinta andai tidak ada titik temunya. Melalui seorang kenalan, Faiz mengenali Mumtaz dari kejauhan.
“Ketika saya ‘intai’ Mumtaz di UIA, tempat di mana kawan saya dan Mumtaz bekerja, saya dah mula jatuh hati. Ceritanya bermula apabila kawan saya baharu saja bekerja di universiti itu. masing-masing masing single dan saya pula sudah berusia 31 tahun dan rasanya usia itu dah lambat untuk berumahtangga.
Di sebalik cubicle pejabat saya lihat kelibat Mumtaz yang sedang membaca al-Quran. Ketika itu memang hati saya bulat untuk menjadikannya isteri. She is the one! Saya ambil peluang untuk mengenali Mumtaz lebih kurang setahun. Itu pun hanya beberapa kali kami keluar. Perwatakkan Mumtaz adalah perwatakkan yang saya cari selama ini. kalau diikutkan, dua kali juga saya melihat Mumtaz dari jauh,”kata Faiz.
Bercinta lepas kahwin
Jarang-jarang bertemu dengan pasangan yang bercinta selepas kahwin lebih-lebih lagi sekarang. Tak ramai yang melihat cara ini sebagai langkah paling seronok untuk mengenali pasangan hidup. Namun bagi Faiz dan Mumtaz, mereka lebih selesa untuk bercinta selepas nikah.
“Ketika itu saya sendiri sudah berusia 28 tahun dan Faiz 31 tahun. Bila berkenalan, kami pun sampaikan hasrat kepada keluarga untuk berkahwin. Masa tu memang tak kenal perwatakkan masing-masing. Jadi selepas bernikah tu kehidupan menjadi lebih interesting. Untuk menyesuaikan diri juga ada cabarannya tersendiri.
Saya sendiri berketurunan Pakistan manakala Faiz pula berketurunan Jawa. Bukan sahaja berbeza budaya malah dari segi makanan pun banyak perbezaan.
Tak cukup dengan itu, saya ni hanyalah orang biasa yang mengahwini seorang designer. Kahwin dengan designer ni susah juga nak adapt sebab kita nak nampak sempurna dan cantik di mata seorang suami. Mula-mula tu tunggang-langgang juga. Sampaikan nak masak, nak present depan Faiz pun perlu kena dengan citarasanya!”kata Mumtaz.
“Yang bagusnya, Mumtaz fast learner. Dia mudah adapt dengan saya dan keluarga saya. Masa mula-mula saya bawa Mumtaz jumpa mak saya pun dia dah jatuh hati dengan hidangan pisang goreng cecah sambal kicap!”ujar Faiz.
Dominan
Menurut pasangan ini, untuk memudahkan perjalanan kehidupan berumahtangga perlu ada keserasian dan tolak-ansur. Sama ada isteri atau suami, masing-masing bertanggungjawab untuk pastikan rumahtangga dalam keadaan terbaik.
“Kalau nak perkahwinan berjaya, kena ada seorang yang dominan, seorang mengikut. Faiz lebih dominan dalam bisnes dan rumahtangga. Strong character kena ada. Saya kena jadi orang yang mengikut. Awal kahwin, apa yang Faiz buat, kalau saya tak boleh tolerate, saya akan beritahu,” kata Mumtaz.
“Jika salah seorang boleh buat keputusan lebih baik, kita biarkan. Ada masa kita perlu mengalah, ada masa untuk tegas. Jangan selalu compete tapi cari kelebihan kita untuk complement pasangan kita. Dari segi pengurusan, Mumtaz pandai. Mumtaz jadi pengurus saya.” Akhiri Faiz.
TIP RUMAHTANGGA BAHAGIA
Beritahu pasangan apa yang kita boleh dan tak boleh buat. Kena ada give and take.
Belajarlah untuk mengalah.
Pilih pasangan sekufu. Kenali latar belakang pasangan kerana dari situlah kita nak capai tujuan utama iaitu kebahagiaan dunia dan akhirat.
Tak lupa ‘anniversary’, suami main kutu untuk hadiahkan isteri gelang emas
Bagi pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga, terdapat segelintir suami terlupa dan tidak ambil kisah mengenai ulang tahun perkahwinan masing-masing.
Namun lain pula bagi seorang pengguna Facebook, Mohd Fadli Salleh yang nekad mahu menghadiahkan isterinya, Azura Abdullah Sabawi seutas gelang emas sempena ulang tahun perkahwinan mereka bulan ini.
Menerusi laman Facebook, bapa kepada seorang anak itu mengambil keputusan untuk bermain kutu bersama rakan-rakannya bagi menjayakan ‘misi’ tersebut.
Sebelum itu, Fadli sudah membeli gelang emas Pandora bagi isterinya namun wanita itu berhasrat akan memakainya apabila anak mereka besar kelak.
Jarang orang nak deko balkoni jadikan ruang lepak, tetapi bila seorang isteri itu rajin dan kreatif, inilah hasilnya!
Apa yang menarik, bila penat menguruskan hal...