Seorang isteri sudah pasti mempunyai impian untuk menjadi yang terbaik dan solehah di suami tersayang. Bahagia seorang suami terletak di tangan seorang isteri, begitu juga sebaliknya. Ini antara cara untuk jadi isteri yang terbaik untuk suamimu.
Elakkan diri daripada melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh suami
Sebagai ketua keluarga, seorang suami sudah pasti berharap agar isterinya sentiasa menurut katanya. Isteri yang solehah ialah seorang isteri yang sentiasa patuh dan taat kepada suaminya. Jika suami inginkan isteri tidak bekerja di luar, cubalah untuk menuruti perintahnya itu. Ada baiknya untuk anda selaku isteri kerana isteri adalah pencorak zuriat keluarga. Begitu jua dengan hal-hal lain. Jangan lakukan perkara-perkara yang tidak disukai suami. Pasti anda akan menjadi isteri yang solehah di matanya. Kasih sayang daripadanya juga pasti akan bertambah-tambah.
Sentiasa berlembut dengan suami dan jangan membantah suruhannya
Sudah menjadi fitrah seorang wanita untuk menjadi seorang yang penuh sopan-santun dan lemah-lembut. Perwatakan sebegini bukan sahaja membuatkan suami berasa bahagia, malah membuatkan hatinya sentiasa berasa senang ketika berada bersama anda. Jika ada sebarang perselisihan, cubalah bertolak-ansur dan menjaga tutur kata. Jangan terlalu berkeras dengan suami. Setiap lelaki pasti akan ada egonya yang tersendiri. Jika anda berkeras, sudah pasti mereka akan menjadi lebih keras dengan anda. Jadi, gunakanlah kelembutan untuk menawan hati suami, pasti bahagia kehidupan anda nanti.
Menguruskan rumah tangga dengan sempurna dan teratur
Jika seorang suami kerjanya adalah mencari nafkah di luar, maka seorang isteri sudah pasti menjadi pencorak kehidupan di dalam rumah. Tugas seorang isteri adalah untuk memastikan segala keperluan suami sentiasa terjaga. Jika sudah mempunyai zuriat pula, seorang isteri pasti akan menjadi ibu yang akan melihat setiap detik perkembangan anak di rumah. Dari sudut kewangan keluarga pula, seorang isteri perlu bertindak mengawal keluar masuk wang setiap bulan. Wang yang diberikan suami perlulah dikawal perbelanjaannya. Dengan adanya sikap sebegini, suami akan berasa isterinya sebagai pelengkap hidupnya
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini pula mengenai kebaikan jika sang suami melakukan kebaikan pada isterinya.
Isteri ni kan…
Kita buat baik dgn dia, 2x ganda dia buat baik dgn kita…kita hormat dia, 2x ganda dia hormat kita…kita memuliakan dia, 2x ganda dia memuliakan kita.
Kita tak berkira dgn dia, dia LAGI tak berkira dgn kita.
Senang ja nk ambik hati isteri ni sebenarnya. kita hanya perlu buat apa yg sepatutnya seorang suami buat, selebihnya dia akan cover atau tutup rapat apa yg kita tak sempat, tak mampu atau terlupa nak buat.
Bila dia tahu suami dia balik lambat sbb cari rezeki utk keluarga, dia takkan bagi rumah nmpk bersepah bila suami dia smpai ke rumah…bila dia tahu suami dia penat bekerja, dia takkan bagi anak2 bising atau kacau suami dia tgh berehat.
Keje rumah, yg mana sempat dan larat utk dia buat, dia akan buat bg habis sbb dia xnak suami dia nmpk, pastu suami dia plak yg buat.
Kenapa sampai mcm ni?
Asbab dpt suami yg baik, rajin, ringan tulang, suka membantu, bertimbang rasa, hormat dia dan memuliakan dia sebagai wanita yg bergelar isteri…suami plak tak pernah abai hak dia, tanggungjawab dia setakat kemampuan yg dia ada.
Kalau kita suami yg mcm ni, kita akan beruntung sbb isteri akan memudahkan hidup kita…klu kita blum jd suami yg mcm ni, maka belum terlambat utk jadi…
Semoga bermanfaat.
Kredit: Firdaus shakirin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI