Wanita diciptakan dari tulang rusuk lelaki. Bukan dari kepalanya untuk dijunjung, bukan pula dari kakinya untuk dipijak. Tapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi, dan dekat dengan hatinya untuk dicintai.

Rangka tulang rusuk itu telah direka khas oleh Allah SWT untuk melindungi dan menjaga jantung and struktur-struktur di sekitarnya. Tulang rusuk yang melengkung dan bengkok telah dibentuk untuk fungsinya yang menyembunyikan. Dan seperti tulang rusuk yang melindungi jantung, wanita juga diciptakan untuk melindungi dan menjaga manusia.

 

Isteri Bukan Dijadikan Dari Kepala Untuk Dijunjung, Bukan Dari Kaki Untuk Dipijak, Tapi Dari Rusuk Untuk Sentiasa Di Sisi

Rasulullah SAW bersabda “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, janganlah dia menggangu jirannya. Dan berbuat baiklah kepada wanita, sebab mereka diciptakan dari tulang rusuk dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian atasnya.

IKLAN

Jika engkau cuba meluruskannya, maka engkau akan mematahkannya dan jika engkau biarkan, ia akan tetap bengkok. Jadi kerana itu, berbuat baiklah kepada wanita.” (HR Bukhari), Perbandingan yang dibuat antara wanita dan tulang rusuk adalah peringatan yang indah bahawa wanita diciptakan tak sempurna. Ada hari yang mereka diberi “cuti”, bila emosi mereka tertanggung dan mereka rasa tertekan dengan kerja-kerja harian.

Tapi semua ini adalah sebahagian dari fitrah wanita, dan wanita diciptakan sesuai dengan peranan mereka sebagai penjaga utama. Emosi wanita membantu mereka untuk jadi isteri dan ibu yang lebih baik, dan emosi itu juga membantu bila logik akal dan tak mampu bersabar.

Sebagai suami, anda perlu faham bahawa isteri anda takkan jadi sama seperti yang anda mahukan. Dia ada caranya sendiri untuk menyelesaikan sesuatu perkara, yang tak selalunya sama dengan cara yang anda suka. Tapi yakinlah bahawa dia diciptakan cukup sempurna untuk tugasnya dan untuk anda, pasangan hidupnya.

IKLAN

Nabi Muhamad SAW menasihat kita untuk tidak cuba membaiki “kesalahan” isteri masing-masing atau ubah caranya. Nabi SAW menyarankan supaya kita menerima isteri seadanya dan terima bahawa dia ada banyak sifat yang berlainan dari lelaki.

Isteri Bukan Dijadikan Dari Kepala Untuk Dijunjung, Bukan Dari Kaki Untuk Dipijak, Tapi Dari Rusuk Untuk Sentiasa Di Sisi

Ini tak bermaksud bahawa lelaki lebih baik dari wanita atau wanita lebih baik dari lelaki tapi seperti tulang rusuk, lelaki dan wanita telah diciptakan sempurna untuk tujuan masing-masing. Wanita atau lelaki takkan lengkap tanpa satu sama lain. Mana isteri lemah, suaminya kuatkan. Mana suaminya kurang, isterinya lebih.

IKLAN

Rasulullah SAW menyifatkan manusia seperti gelas yang halus, yang seharusnya dijaga dengan cinta dan kasih sayang. Isteri adalah salah satu nikmat dari Allah SWT, pasangan untuk anda sama-sama cari ketenangan.

Oleh itu, jangan berkeras dengan isteri anda. Terima perbezaanya sebagai fitrah dan ingat bahawa sifat-sifatnya inilah yang buat dia sempurna untuk tugasnya.
Jangan paksa dia ikut kehendak anda kerana wanita susah menerima kata-kata kesar dan arahan. Mereka lebih mudah membalas kebaikan dan kasih sayang.

Cuba sehabis baik untuk lupakan kesalahan dia yang nampak di mata anda, dan fokus kepada kebaikannya. Paling penting, kasihani dia kerana bila anda cuba “meluruskan” dia, sama seperti tulang rusuk, ia akan patah.

SUMBER : https://aliffchannel.com

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI