Selain suami dan keluarga, wanita memang lebih attached dengan kawan baik. Segala kisah dalma kehidupannyaakan dikongsikan dengan teman baik. Di situlah dia meluahkan kasih sayang, rahsia, dan segala cerita miliknya. Sampaikan, ada rahsia isteri pun hanya BFF yang tahu!

Bila wanita sudah berkahwin, dia seakan hilang teman baik. Hidupnya lebih kepada keluarga. Mana yangmasih setia menjadi kawan baik tu,beruntunglah. Sebab itu bila suami isteri duduk bersama dan bersembang, janganlah diabaikan si isteri. Mereka anggap suami itu tempat untuk menjadi sahabat baiknya.

 

Tadi masa saya dekat kedai makan.
Ada 1 pasangan suami isteri ni duduk makan di belakang meja saya bersama anak lelaki berumur lebih kurang 4 tahun.

Sepanjang duduk,
saya perhatikan isteri dia punyalah bersemangat untuk bercerita. Tetapi suami dia langsung tak endahkan isteri dia.
Suaminya sedang khusyuk main game.

Akhirnya, Isterinya mula hilang minat untuk bercerita dan sudahnya, isterinya diam dan
suapkan anak makan.

Tak lama berselang.
kawan suami dia lalu dan tegur suami dia,
terus suami dia nampak ceria.
berbual gelak ketawa mesra bukan main.
memang sangat berbeza dengan dia layan isteri dia.

Sehinggakan,
saya yg ada dekat situ saya pulak yg terasa.
Tak tahu lah kalau saya ni yg sensitif sangat.
Tapi nampak jelas suami dia layan tak layan je isteri dia.

Kadang saya ni bukan nak sebelahkan wanita. Tapi apa yg saya paham tentang wanita bernama isteri ni. Mereka akan suka bercerita dengan suami mereka.
Walaupun cerita tu benda sama yg dia pernah citer sebelum ni.

IKLAN

Sebagai seorang suami.
Harus layan jelah. Apa yg nak dibualkan.
Dengar je. Sebab apa?

Sebab perempuan ni, bila mereka dah berkawin. Mereka dah tak ada BFF lain melainkan suami mereka sendiri.
Kalau kita sebagai suami taknak dengar apa yg isteri nak luahkan.
Siapa lagi yg nak dengar.

Dulu saya pun tak paham.
saya tengok isteri saya beriya² cerita.
Tapi saya layan endah tak endah.
lama² isteri saya dah tak bercerita dengan saya.

Bila burung murai tetiba diam je. Saya pun jadi musykil. Saya tanyalah dekat isteri saya.

“Kenapa you diam je,
merajuk dengan I ke?”

Isteri saya jawab
“kalau I citer pun, you bukannya nak dengar.”

IKLAN

“I bukan tak nak dengar apa you cakap,
tapi benda tu kan you pernah cerita sebelum² ni.”

“Itulah kesilapan you, you tahu tak?.
Orang perempuan ni. Lepas dia kahwin,
dia dah tak ada siapa² dan dah tak ada istilah kawan baik. Yang ada hanya suami.
Kalau suami taknak dengar.
Dengan siapa lagi mereka nak bercerita.”

Selepas dari kejadian tu.
Baru saya sedar kesilapan saya.

Bila fikir balik.
Betul jugak apa dia cakap.

Kita ni laki.
kat tempat kerja kita ada kawan² untuk berbual dan meluahkan sesuatu.
Berbanding isteri hanya ada anak² untuk mereka bercakap.

Kat tempat kerja kita boleh bergelak ketawa dengan kawan².
Tapi kenapa bila kita balik rumah.
Nampak bini je kita terus diam.
Dah takde modal nak bercerita.

IKLAN

Bila isteri banyak mulut hendak bercerita pulak. Tak dilayannya dan tak diendahkannya.
Dengan siapa lg mereka nk luah.

Kalau 1 hari nanti dia mula beralih arah dan dah tak anggap kita sebagai teman untuk mereka berbual dan meluah.
Jangan salahkan mereka pulak.
Sebab ianya juga berpunca dari layanan kita terhadap mereka.

Fikir²kan..

Credit to owner

 

Bersyukurlah wanita yang masih mempunyai BFF walaupun sudah berkahwin. Sekurng-kurangnya ada tempat untuk mengadu dan meluah perasaan.Sebagai seorang BFF pula, janganlah kisah rumahtangga kawan baik sendiri dijaja kepada orang lain. Amanah tu! Semoga berbahagialah menjadi BFF selamanya.

 

***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI