Terdidiknya Seorang Isteri bila baiknya Seorang Suami, Isteri cerminan suami.Wallahualam. Tapi rata-rata yang dilihat begitulah.

Kalau diikutkan, ego seorang suami yang sentiasa rasa dirinya di pihak yang betul dan tak mahu berubah. Wanita mana yang sempurna dan lelaki mana yang sempurna? tak pernah ada di dunia sekarang ni.Kalaupun ada mungkin dia dikalangan seribu satu yang sempurna yang Allah anugerahkan kepada isteri dan juga anak-anak mereka.

Isteri Ibarat Madrasah, Jika Baik Madrasah Yang Dibina Maka Baiklah Yang Lainnya

Sesiapa yang meninggalkan perkahwinan kerana takut kemiskinan maka ia bukanlah daripada golonganku

— Hadis riwayat al-Iraqi (2/29)

Dapat isteri yang baik dan suami yang baik tu satu rezeki yang Allah nak beri. Jujur katakan, nak jadi seorang suami bukanlah mudah. Suami ibarat tiang utama sesebuah rumah, senget tiang tu, maka sengetlah rumah tu.Begitu juga dengan rumahtangga.

Apabila seorang perempuan dia menikah. Maka cerminan kepada perempuan itu adalah suami dia. Kerana suami adalah pemimpin dan isteri adalah orang yang di pimpin. Kalau isteri baik belum tentu suami baik. Sebab itu kalau isteri masuk Syurga belum tentu suami juga akan masuk Syurga.

Dalam memilih pasangan hidup ini kaum perempuan kena lebih ‘memilih’. Bukan saya nak kata lelaki tak boleh memilih tapi hidup di akhir zaman ini kaum perempuan lebih berhak untuk memilih. Sebab dia sedang memilih pemimpin untuk kehidupan dia selepas dah hidup berdua nanti.

Syurga seorang isteri itu terletak pada suaminya. Dan redha Allah pada isteri adalah bergantung kepada redha suami pada isterinya. Perempuan itu ibarat madrasah. Jika baik madrasah yang di bina maka baiklah yang lainnya. Suami adalah pemimpin kepada madrasah itu.

IKLAN

Perempuan itu untuk di bimbing dan di didik dengan keimanan. Tapi kalau yang mendidik itu lahir dari yang kayu bengkok mana mungkin yang di didik itu akan lurus. Bukan lelaki tak boleh memilih. Tapi kerana kaum perempuan itu lebih berhak untuk di lindungi.

Cukuplah akhir zaman ini ramai kaum perempuan tak di hargai oleh suami. Nafkah anak-anak tak di beri seolah-olah lepas bercerai lepas segala tanggungjawab. Belum sempat melahirkan anak tapi sudah di ce raikan. Sekalipun agama membenarkannya.

Isteri Ibarat Madrasah, Jika Baik Madrasah Yang Dibina Maka Baiklah Yang Lainnya

Setiap kita adalah pemimpin.

Setiap kita akan diminta bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya.

IKLAN

Seorang ketua adalah pemimpin. Seorang suami juga pemimpin atas keluarganya. Seorang wanita juga pemimpin atas rumah suaminya dan anak-anaknya.

Maka setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian akan dipertanggungjawabkan atas yang dipimpinnya.

— HR Bukhari

Begitukah cara seorang lelaki menjaga amanah dari Allah untuk dia?

IKLAN

Masa susah di sayang-sayang, masa senang? Lupa segalanya

Sungguhpun seorang lelaki yang dahulunya perangai teruk, apabila dah berkahwin, sebagai seorang lelaki, kena berubah, kena betulkan apa yang tak betul pada diri. Barulah boleh betulkan isteri dan anak-anak.

Jangan bila sesuatu terjadi, tuding menuding antara sendiri sehinggakan anak menjadi mangsa. Anak terkapai-kapai tak tau kat mana nak tagih kasih sayang. Jiwa muda, bila dah berkahwin, buat cara dah berkahwin.Jangan diabaikan tanggungjawab sebagai seorang pemegang amanah. Jadi seorang suami, amanah yang diberi dari Allah, sangatlah besar. Bukan setakat dah bercerai, habis kat situ je tanggungjawab. Tanggungjawab mendidik anak-anak menentukan kat mana kita nanti. Betulkan apa yang umi salah.

gambar hiasan : Tangkap Pictures

Sentiasa berdoa, berazam untuk menjadi manusia yang lebih baik.Suami yang baik, isteri yang baik, anak yang baik.

Ya, nak berubah bukan terus berubah 100%. Berubahlah sedikit demi sedikit, asalkan ada keinginan untuk berubah.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI