
Dalam setiap rumahtangga, biasalah jika ada pasang surutnya. Biasalah jika isteri kadang-kadang tidak bergaya dan selekeh. Tapi itu bukan kebenaran untuk suami buat alas an untuk cari yang lain. Dia jaga makan pakai kita tapi sibuk buka hati kita untuk orang lain. Apa suami nak sebenarnya? Lelaki bernama Amir Syahir ini kongsi di akaun fb miliknya.
Nak curang, nak cari perempuan lain tidak memerlukan alasan sebenarnya. Semuanya terletak pada hati dan diri sendiri.
Isteri cantik, baik pun suami cari perempuan lain. Isteri jaga pakai minum pun suami masih sibuk buka hati pada orang lain. Apa yang seorang suami nak sebenarnya?
Isteri juga manusia. Dia tidak sempurna. Dia mungkin tidak pandai kemas rumah, tetapi dia hebat dalam memasak. Perut kau sentiasa kenyang. Makan minum kau sentiasa terjaga.
Kalau kau cakap kau cari lain sebab sakit mata pandang isteri kau, tak pandai melawa, hodoh, kenapa kau kahwin dengan dia dulu? Kalau dia dah tak secantik dulu, mungkin masa dia dah tak banyak macam sebelum kahwin. Dia sibuk uruskan kerjaya, anak-anak dan juga keperluan kau sebagai suami.
Kalau isteri dah cukup baik, takde sebab untuk kau cari yang lain. Dia dah tak cantik, kau boleh belikan dia set kecantikan. Kalau kau cakap dia tak pandai kemas rumah, kau boleh ajak dia sama-sama kemas rumah.
Kalau kau cakap dia sibuk dengan dunia kerjaya dia, kau suruhlah dia berhenti kerja dan jangan lupa bagi nafkah pada dia seperti yang dia minta.
***
Setiap masalah ada penyelesaiannya. Kau syukuri apa yang ada, kau akan bahagia. Kau suluh juga diri sendiri. Kau pun bukan sempurna. Tetapi isteri kau tetap sayang dan cinta kau sama seperti mula-mula dia kahwin dengan kau.
Kasih dan cintanya tak pernah berubah walaupun perut kau dah kedepan. Kesetiannya tetap utuh walaupun adakalanya kau buatkan dia mengalirkan air mata.
Kalau dia, seorang isteri boleh setia sampai mati, kenapa kau boleh berpaling mencari yang lain? Kah!
[ASY]
Suami Kena Faham Kehendak Isteri Terlebih Dahulu Barulah Rumahtangga Aman

Tak semua suami faham apa kehendak sebenar seorang isteri, yang setiap hari hadap karenah anak-anak, kemas rumah, fikir menu macam-macam dan kadang pulun alih perabot demi cipta bahagia. Wahai suami, cubalah selamai hati mak-mak dan untuk renungan bersama bacalah perkongsian daripada saudara Ehsan Halim ini…
Kadangkala isteri saya minta izin nak pergi beli barang dapur di pasaraya.Saya kata wasap sahaja list nanti saya keluar belikan. Lagi senang. Dia tak letih.Tapi tidak lama kemudian, saya fikir balik. Saya izinkan dia keluar pergi beli barang sendiri.Maka keluarlah dia dengan anak sulung bersama. Tolak troli pasaraya beli barang. Anak yang nombor dua saya jaga di rumah.
DSC_7529.
Tidak berapa lama kemudian dia balik dengan wajah senyum sampai telinga. Bawa balik barang-barang dapur yang memang saya biasa beli. Bawang , biskut, telur dan lain-lain.Katanya, seronok dapat keluar beli-beli barang. Dapat tolak troli dalam pasaraya tu hilangkan streBegitulah isteri kita para suami sekalian. Kadangkala kita kena raikan sifat mereka ini.Jadi isteri dengan anak-anak yang masih kecil sungguh meletihkan. Letih fizikal dan mental serta emosi.
Maka kitalah para suami kena sentiasa menyokong. Kalau kita balik rumah asyik mengadap handphone dan laptop sahaja lepas tu berfikiran kerja rumah dan anak ini kerja isteri kita, itu sangatlah silap.
Letih macam mana pun kita kerja di pejabat, tak akan sama letih isteri kita mengurus anak-anak kecil di rumah. Tu belum termasuk nak basuh baju, memasak, sapu sampah dan lain-lain lagi.
Pernah saya jaga 2 orang anak(seorang umur dekat dua tahun dan seorang lagi 3 bulan) di rumah. Isteri kena ke sekolah. Balik tengahari.Penat dia tak terkata la. Sorang nak susu, sorang nak kena mandikan, nak makan la, nak dukung la. Exausted!Maka begitulah isteri kita hadapi.
Jadi kalau kita para suami jenis tak buat kerja rumah di rumah. Tak suka bagi ruang pada isteri untuk dia raikan diri dia.Anda jangan pelik jika isteri anda berperangai kasar dengan anda. Sebab dia ibarat gunung berapi yang nak meletup. Stress dan serabut dia tu ditahan-tahan.
DSC_2493.
So para suami anda kena letak mindset ni:
Sepenat mana kerja kita dia pejabat. Takkan dapat lawan penat isteri mengurus anak-anak dan rumah. Sebab mereka tiada office hour macam kita.Mereka kerja every hour.
Kena bagi ‘me time’ untuk isteri kita. Sekali sekala bawa gi shopping. Biar dia je beli barang dapur. Kita bagi duit.
Tiada istilah tolong isteri buat kerja rumah. Tapi yang betul adalah memang kita ‘sedang buat kerja kita’.kita basuh pinggan mangkuk tu sebab memang kita dah guna untuk makan. Kita basuh dan sidai baju sebab memang kita yang pakai baju tu. Kita urus anak sebab tu anak kita.
Isteri kita buka robot. Jadi banyakkan komunikasi dengan dia. Tidak perlu bagi cadangan penyelesaian sangat pun apa yang mereka cakapkan. Cukup jadi pendengar tanda kita prihatin dan sokong dia.
Perlu Lebih Bersabar Bila Jodoh Anda Nanti Seorang Peguam

Sememangnya semua kerjaya di muka bumi ini mempunyai cabaran tersendiri, tidak kiralah apa yang anda lakukan setiap satunya mempunyai tahap stres yang hanya anda mampu mengawalnya. Namun bagaimana pula jika jodoh anda seorang peguam? Nampak hebat bukan, tapi inilah anda bakal hadapi jika anda berkahwin dengan seorang peguam. Ikuti perkongsian Hayat Muhamad ini.
Kalau kau nak kahwin ngan peguam, kau kena bersedia dengan beberapa perkara ni.
.
1- Peguam sangat sibuk.
Rutin peguam ialah mahkamah atau pejabat Bagi peguam yang aktif ( litigation ) waktu beliau di court ialah 9 pagi hingga 5 petang setiap hari. Handphone letak tepi. Whatsapp sekejap je boleh. Bagi peguam yang uruskan hartanah ( conveyancing), dia akan duduk ofis,kadangkala sampai malam. Agreement,surat menyurat terlalu banyak. Waktu aktif berkerja, tak boleh ganggu, hilang konsentrasi. Kalau mood dah lari, satu benda pun tak jadi.
2- Peguam akan jumpa client.
Peguam akan jumpa client, baru atau lama dengan banyak kali. Banyak perkara yang dibincangkan, diputuskan, walau hanya di kedai kopi. Masa ini kalau ada orang ambik gambar peguam dan client pastu hantar kat pasangan, pasangan kena buat relax je. Jumpa atas hal kerja sahaja. Kalau peguam nak jumpa client siang atau malam, kena bagi je. Lebih baik kalau kau teman, apa salahnya.
.
3- Peguam sukar untuk reply mesej atau return call.
Peguam yang handal atau ada nama biasanya hanphone dia berdering sepanjang masa. Bermacam- macam kes orang nak tanya dan orang nak jumpa. Jangan ambik hati kalau dia tak angkat call. Ataupun dia lupa terus nak reply. Ini adalah kebiasaan bagi peguam. Nanti free dia akan call.
4- Ada waktu perlu fokus.
Kalau esok ada perbicaraan, malam ni jangan ganggu emosi peguam. Dia perlu masa bersendirian untuk beraksi esok. Mental kena tenang. Biarkan dia menelaah buku dia. Waktu puncak dia bila peguam kata nak buat hujah. Atas meja semua berterabur buku dan kertas. Dia akan bercakap seorang diri, berfikir dan tulis. Muka serabai. Dia sedang cari ilham. Kalau yang muslim, biasa akan solat hajat lama sikit, memohon idea dan ilham dari Allah. Masa ni, kau tinggalkan dia sekejap. Waktu ni sangat penting bagi dia.
.
5- Emosi dan stress.
Ada kala emosi down. Bila kalah kes, peguam biasa bercuti sehari dua. Stress jugak kalau kalah. Perasaan dia macam kau putus cinta. Inilah kehidupan biasa peguam. Ada waktu langit tak selalu cerah. Masa ni kau kena main peranan. Waktu ni tak sesuai untuk bergaduh.
5 perkara ni aku bagitau sebab ramai pasangan tak memahami pasangan yang bekerja sebagai peguam. Peguam satu bidang yang cukup diminati ramai, tapi tak ramai yang sanggup bertahan.
KREDIT : Hayat Muhamad
GAMBAR SEKADAR HIASAN : Syakirin Syazwan
Suami Nak Je, Isteri Kenalah Terus Tunaikan

Biasalah bila sudah berkahwin, si isteri perlu patuh dengan setiap kehendak si suami. Jangan membantah jika ia masih dibawah norma dan kemampuan anda. Si suami pula jangan ambil kesempatan sehingga semuanya dilakukan isteri seorang diri. Terapkan nilai kerjasama agar rumah tangga kekal bahagia. Ini antara tugas seorang isteri yang harus dipraktikkan agar suami tidak memandang wanita lain.

1.Menambat hati suami dengan bersegera pergi jika dipanggil
Pernahkah anda ‘dipanggil’ suami ketika sedang memasak atau melakukan pekerjaan lain? Anda wajib memenuhi ‘panggilannya’ itu. Tinggalkan semua pekerjaan dan tunaikan ‘permintaannya’. Tapi jangan tengah goreng ikan, anda pergi berlari tunggang-langgang kepadanya untuk ‘tugas’ baru. Minta dia tunggu sebentar. Kemaskan diri dan pergilah kepadanya.
2. Menambat hati suami dengan sentiasa berhias untuk suami
kebanyakan lelaki cukup cerewet dengan kebersihan. Mereka akan bosan apabila isteri menyambutnya dengan rupa dan rambut yang kusut masai, anak-anak yang comot dan rumah yang ‘bak kapal pecah’. Sesibuk mana pun anda, persiapkan diri sebaiknya tatkala menyambut kepulangan suami. Hadiahkan dia senyuman. Kalau dia bermasam pun tak mengapa, anda sudah mendapat pahala sedekah dengan memberikannya senyuman. Rugi ke senyum?
3. Layan suami seperti raja
Sesetengah suami suka dilayani seperti raja. Dia suka jika isterinya membantu mengelap peluhnya, menyediakan keperluannya untuk mandi dan berdiri ketika ia hendak pergi atau kembali. Ungkapan-ungkapan seperti, ‘Bang, nak makan dulu atau nak mandi dulu atau nak tidur dulu?’ cukup untuk membuat suami tersenyum dan mengurangi penatnya.
4. Ucapkan terima kasih setiap pemberian suami
Lelaki kadang-kadang suka dipuji. Jangan lupa hargai setiap barang pemberiannya meskipun tidak seberapa nilainya. Sekadar ucapan terima kasih dari seorang isteri ketika menerima pemberian, sangat bermakna dan membekas di hati suami. Misalnya, “Terima kasih bang, belikan Nor kain, cantiknya, Nor suka. Tapi kalau lain kali abang nak beli Nor nak warna kelabu pulak” Suami tak akan tersinggung, malah faham bahawa dia masih belum mengerti kegemaran isteri dan akan cuba memperbaikinya.
5 Jangan berleter!
Suami akan bosan jika isterinya ‘cerewet’ dan selalu bertanya, hendak ke mana, acara apa, bila balik, kenapa lambat balik, jumpa siapa tadi dan sebagainya. Banyak tanya tu lebih kurang macam berleter juga. Mana ada suami yang suka isterinya berleter.
6. Menambat hati suami dengan menemaninya makan
Jika anda menghidangkan makanan untuk suami tetapi tidak menemaninya makan, sama halnya seperti memberi makan kucing. Ini pun ada disebut dalam hadis.
Sebaik-baiknya temanilah dia meskipun sekadar satu suapan, tak pun duduk sambil minum-minum sementara menanti dia selesai. Thabit al-Banni berkata,
Terdapat seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya, yang sangat baik pekertinya terhadap suaminya. Apabila dia menghidangkan makanan di hadapan suaminya, dipegang pelita sampai suaminya selesai makan. Pada satu malam, pelitanya kehabisan sumbu, lalu diambil rambutnya untuk dijadikan sumbu. Esok harinya, matanya yang buta kembali melihat. Allah memuliakannya kerana rasa hormatnya kepada suami.” Inilah cara paling ampuh untuk menambat hati suami, bermula dari dapur.
7. Isteri yang manja tapi bukan mengada-ngada
Suami suka isteri yang pandai bermanja-manja tapi jangan sampai mengada-ngada. Disitulah cantiknya perhubungan suami dan isteri. Isteri yang pandai bermanja-manja bukan sahaja mendapat semua yang dikehendakinya, malah menyenangkan suami dan membuatkan suami teringat-ingat. Kalau dah suami teringat-ingat, takkanlah dia nak cari lain.
8 Jangan kuat merajuk
Jangan kuat merajuk dan tarik muka masam terutama tatkala suami sedang berserabut dengan masalah.bMerajuk tak bertempat ini hampir sama dengan mengada-ngada. Anda kena ingat, merajuk jawapanya adalah pujuk. Jika suami sedang serabut dengan masalah, bolehkah dia memujuk?
9. Beri pendapat bila ditanya sahaja
Dan jangan pula banyak tanya, biarkan suami isteri meminta anda memberi pandangan. Sebab pandangan anda yang tidak tepat dan bertentangan dengan pendapatnya akan membuahkan perasaan geram. Setakat geram tidak mengapa, kalau dia marah sudah tentu dia tidak akan meminta pandangan anda lagi pada masa akan datang.
10. Bila suami mahu, terus layan
Lelaki lebih bernafsu? Menurut kajian yang diterbitkan di dalam Journal of the American Medical Association pada tahun 1999, golongan lelaki adalah lebih ‘lapar’ dan ‘dahaga’ akan hubungan intim. Ini dibuktikan melalui kenyataan di mana majoriti lelaki berusia 50 tahun ke atas sekalipun masih memikirkan dan mungkin melakukan aktiviti seksual dengan kerap. Berbanding dengan wanita, Pakar Sosiologi Edward O. Laumann mendedahkan bahawa kira-kira 30% dari mereka adalah rendah atau tidak langsung mempunyai libido.
Dalam erti kata yang lebih mudah, kajian ini mendapati bahawa lelaki adalah golongan yang lebih bernafsu tentang seks berbanding golongan wanita. Pun begitu, kajian ini sahaja tidak mampu untuk membuktikan sesuatu yang begitu rumit ini.