
Dalam kehidupan suami isteri, seharusnya sentiasa menjaga kerukunan rumah tangga. Kalau boleh elakkan perselisihan faham, bincang dengan baik setiap masalah bersama agar harmoni sentiasa. Namun ada kalanya ada masanya suami membenci isteri oleh beberapa sikap berikut. Lihat perkongsian oleh Dr Fadzilah Kamsah ini untuk renungan kita bersama.
Semoga BERMANFAAT untuk kita semua…
1. CABAR
Isteri ni kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]!” Dr Fadillah kata JANGAN CABAR SUAMI … nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata …
2. CABUL
Perbuatan dan kata2 isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yang tidak baik pada mertua …
3. CELUPAR
Celupar ni suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yang kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap …
4. COMOT
Isteri bila nak keluar rumah saja barulah nak comel berhias tapi kat rumah comot.Suami pula di opis dok nampak y aje …Ada isteri kata – mekap untuk suami, …. tapi kat rumah tak mekap pun …
5. CEMBURU
Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan … sikit2 dok telefon suami kat opis. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yang bukan2 …
6. CEREWET
Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat
7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai …Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak …anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi …
7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya …Berpelajaran tinggi hingga ke PhD pun…belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita ni insan yg mudah lupa dan lalai … ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu ..
sumber : www.akuareal.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Period Lambat, Pengantin Baru Jangan Ingat Itu Petanda Awal Mengandung

Bagi seorang wanita, period atau datang bulan merupakan salah satu daripada perkara yang paling penting dalam hidup. Nak-nak pula wanita yang sudah berumah tangga. Pastinya akan sentiasa melihat kalendar untuk memastikan period datang tepat pada waktunya. Kalau terlewat, hati mula berdebar-debar.
Mengandung ke? Namun tak semua wanita mempunyai kitaran haid yang normal. Ada yang selalu dibelenggu masalah haid lambat dan tidak tetap. Apakah puncanya?
1. Perubahan berat badan secara mendadak
Punca period lambat yang pertama ialah perubahan berat badan secara mendadak. Jika baru-baru ini anda mengalami kenaikan atau penurunan berat badan secara mendadak, kemungkinan besar ia adalah penyebab kenapa period anda lambat dan menjadi tidak teratur.
Katakan berat anda menurun secara drastik disebabkan anda sedang mengamalkan rutin diet yang baru, atau berat badan anda naik dengan tiba-tiba selepas berkahwin, secara tidak langsung perubahan pada berat, bentuk, dan saiz badan akan merubah fisiologi badan lalu mengganggu proses ovulasi atau pengeluaran telur setiap bulan. Apabila proses ovulasi terganggu, secara automatik kitaran haid anda juga akan terganggu lalu menjadi punca period lambat.
Oleh itu, jika anda sedang berusaha untuk menurunkan berat badan, pastikan berat badan anda tidak turun secara mendadak. Kalau anda perasan berat badan naik dengan cepat, kawal pemakanan dan amalkan gaya hidup aktif supaya berat anda dapat dikawal.
2. Perubahan pada pola pemakanan
Selain perubahan pada berat badan, perubahan pada pola pemakanan secara tiba-tiba juga boleh menjadi sebab period lambat dan menjadi tidak normal. Sebagai contoh, jika baru-baru ini anda mula mengamalkan diet yang baru seperti ketogenik, atkins, paleo diet, atau intermittent fasting (IF), ini bermakna anda telah mengubah pola pemakanan secara mengejut.
Seperti perubahan berat badan yang mengejut, perubahan pada pola pemakanan secara tiba-tiba juga akan mengganggu proses ovulasi lalu menyebabkan kitaran haid anda terganggu. Oleh itu, jika anda ingin memulakan sebarang jenis diet, pastikan anda berjumpa doktor dan dapatkan nasihat profesional terlebih dahulu bagi mengelakkan berlakunya komplikasi termasuk gangguan pada kitaran haid.
3. Kerap keletihan
Punca period lambat yang seterusnya ialah kerap keletihan. Dewasa ini, rutin harian seorang wanita adalah sangat memenatkan. Nak-nak lagi bagi wanita yang bergelar seorang ibu. Pendek kata, dari celik biji mata sehingga tidur semula, tak putus-putus tugas dan tanggung jawab yang perlu diselesaikan. Tahukah anda bahawa kerap keletihan dan sentiasa kepenatan juga boleh menjadi punca kenapa period anda lambat.
Apabila anda kepenatan, ia akan menganggu hormon dalam tubuh badan lalu menyebabkan proses ovulasi terganggu. Oleh itu, jika kitaran haid anda mula terganggu, dan anda selalu kepenatan, apa kata kalau anda cuba untuk perlahan atau slow down. Apa-apa tugas dan tanggung jawab yang boleh ditangguhkan, boleh ditangguhkan dahulu.
4. Pengambilan ubat atau vitamin (supplement)
Ramai yang tak tahu bahawa pengambilan ubat atau vitamin boleh menyebabkan gangguan kepada kitaran haid lalu menyebabkan period anda lambat. Ini berlaku kerana bahan kimia aktif yang terdapat didalam ubat atau vitamin yang diambil akan bertindak-balas dengan tubuh badan lalu menjejaskan hormon yang berkaitan dengan kesuburan.
Apabila hormon kesuburan terganggu, proses ovulasi juga akan terganggu. Oleh itu, jika period anda mula berubah selepas anda mula mengambil sebarang ubat atau vitamin, sila berbincang semula dengan doktor anda.
5. Menyusukan anak
Ibu-ibu yang baru melahirkan dan menyusukan anak biasanya akan mengalami keadaan di mana period menjadi lewat. Ini berlaku kerana hormon dalam badan masih bercelaru dan belum menjadi normal semula. Namun hati-hati! Tidak datang bulan tak bermakna anda tidak subur dan tidak boleh mengandung. Pastikan anda berjaga-jaga kalau tidak merancang untuk mengandung lagi dalam masa terdekat.
6. Masalah kesihatan
Masalah kesihatan juga tekah dikenal-pasti sebagai salah satu sebab period lambat. Katakan kebelakangan ini anda sering demam atau disahkan mempunyai penyakit kritikal, ia boleh menyebabkan period anda terganggu.
7. Perubahan pada rutin seharian
Ramai yang tak tahu bahawa perubahan pada rutin seharian boleh menjadi sebab period lambat. Sebagai contoh, jika anda mendapat kerja baru yang melibatkan shif siang dan shif malam, perubahan pada rutin harian ini boleh menyebabkan gangguan kepada kitaran haid anda.
8. Pra-menapous
Wanita yang berada pada fasa pra-menapous atau putus haid juga akan mula menghadapi keadaan period yang tidak menentu dan lambat. Ini adalah di antara simptom yang dialami oleh kebanyakan wanita dalam fasa tersebut.
9. Perancang kehamilan
Jika anda ada mengambil alat perancang kehamilan seperti suntikan depo, implan, pil perancang, IUD dan sebagainya, ia juga boleh menjadi punca period anda lambat. Ini kerana semua kaedah merancang kehamilan tersebut akan mempengaruhi hormon dan tahap kesuburan anda.
10. Stres
Sebab period lambat yang terakhir ialah stress atau tekanan perasaan. Stress boleh berlaku disebabkan oleh masalah di tempat kerja, masalah rumah tangga, masalah kewangan, dan sebagainya. Apabila anda stress, hormon GnRH akan berkurangan kerana tubuh badan tidak mengeluarkannya dalam kuantiti yang mencukupi. Kekurangan hormon tersebut boleh menyebabkan period anda lambat.Oleh itu elakkan stress.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tugas Seorang Pengapit Bukan Datang Sekadar Melawa

1. Mesti jaga kebajikan pengantin
Pastikan sentiasa ada/pegang:
- Tisu – nak kesat hingus pengapit waktu akad nikah. Haruslah pengantin nak nangis-nangis gitu. Malu la kalau jurugambar ambik gambar pengantin berhingus nanti.
- Span – baju pengantin panas kot tambah berdebar nebes tunggu akad nikah. Habis berpeluh nanti, cair make up. Baju pengantin tak dek poket nak letak span make up. Make up cair pun tak perasan. So, tugas korang la si pengapit nak tengok-tengok make up pengapit cair ke tak. Kalau cair, touch up kan sikit.
- Kipas – kau bayang kan hari kawen nanti pengantin pakai korset, inner, kain lining, baju pengantin. Mak aih tak ke panas berkepak lecak ketiak. Ha, time la ni para pengapit kene main peranan kipas kan si pengantin supaya ketiak tak berlecak. Hahahah.
- Payung – in case lah pengantin kene berjalan ke luar rumah bawah terik matahari, pengapit kene ikut sambil payung kan okay? Jangan tinggal pengantin tu. Pengantin time ni la nak kontrol ayu, tak boleh buat keje pape. Konon la raja sehari.
- Air minuman (botol) – paling kurang pun botol kecik pun tak pe asalkan ade air. Mane la tahu nanti pengantin tersedak ke gatal tekak ke haus ke. Kan haru orang duk bace akad nikah, pengantin perempuan terbatuk. Macam tak rela nak kawen pun ada.
2. Make sure pengantin nampak lawa
Ini tugas utama pengapit. Make sure baju pengantin terletak elok, make sure tudung dengan veil tak senget, make sure sampin tak terburai, make sure time duduk kain tak terselak dan sebagai kan. You get what I mean, kan? Kalau ade nampak slack sikit dekat pengantin perempuan ke lelaki ke, terus betul kan. Be proactive.
3. Jadi runner
Sorry to say but hari big day pengantin, korang lah antara orang yang paling busy sekali. Korang kene jadi runner untuk pengantin. Kot kot pengantin tertinggal IC dalam bilik, korang lah tukang kene ambik. Kot kot pengantin tertinggal phone dalam bilik, korang lah yang kene tolong carik kan. Kot kot lah katering bongok tak sedia kan pelayan, korang lah yang kene ceduk kan nasi, letak kan lauk. Kot kot lah orang nak mintak suruh tangkap kan gambar, korang lah yang jadi photographer bidan terjun.
4. Tenangkan pengantin
Tunggu pengantin lelaki, dieorang tak sampai-sampai pulak lagi. Emosi pulak pengantin perempuan dibuatnye. So, pengapit, please. Tolong tenangkan perasaan emosi pengantin sambil-sambil call pengantin lelaki tanye dieorang kat celah mane sekarang. Time akad nikah pulak, si pengantin perempuan nervous tak pepasal, korang jugak lah yang kene tenangkan perasaan dieorang. Tengok-tengok nanti habis majlis korang boleh apply keje jadi kaunselor kot. Make sure korang ingatkan pengantin supaya dieorang senyum selalu. Kekadang nervous sangat sampai lupe nak senyum.
5. Pegang duit hadiah tetamu
Biasa nya tetamu terus bagi duit pada ayah atau mak pengantin. Tapi ade jugak kawan-kawan pengantin yang nak bagi duit direct ke tangan pengantin. Macam aku cakap tadi, baju pengantin tak dek poket. Tak kan nak pegang memanjang pulak kan. So, korang pengapit, diamanahkan untuk memegang duit hadiah tetamu tu. Just make sure bile dah habis majlis, bagi balik semue duit yang dapat pada parents atau pengantin tu sendiri. Amanah tu. Berdosa kalau bawak balik. Heheheh.
6. Kene tahu flow majlis
Ini sangat penting. Kalau korang pengapit tak tahu flow majlis, habis blur macam tu je. Nanti nak tolong orang buat pape pun tak tahu. Jadi pengapit pun macam tak dek fungsi sama macam tak payah ade pengapit. So, make sure korang discuss dengan pengantin awal-awal ape flow majlis dan please please please communicate dengan family pengantin sekali. Sebabnye time ni pengantin dah blank, tak tahu nak buat pape. Dah jadi macam zombie pun ada.
So, para pengapit. Korang adalah antara tulang belakang kejayaan sesebuah majlis perkahwinan. Make sure korang tahu ape tugas-tugas korang dan jangan nak syok sendiri di majlis perkahwinan orang. Waktu ni adalah hari besar dan hari bahagia pengantin, pengapit jangan over.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Tak Mahu Rasa Menyesal, Jangan Buat 6 Perkara Ini Waktu Membeli Baju Kahwin

Dalam memilih baju kahwin tidak salahnya anda berlaku cerewet bagi memastikan penampilan memuaskan di majlis bahagia nanti. Jangan mencarinya dalam keadaan yang tergesa-gesa kerana jangka masa yang pendek bakal menjadikan apa yang anda hajati tidak kesampaian. Terdapat banyak kesalahan yang mungkin dilakukan oleh bakal pengantin di luar sana ketika membeli baju kahwin. Ia disebabkan oleh persediaan yang tidak mencukupi atau tidak berfikir dengan lebih jauh sebelum membuat keputusan.
Berikut merupakan kesalahan atau kesilapan yang sering dilakukan ketika membeli baju pengantin.
Tidak Membuat Bajet
Dengan adanya bajet yang telah ditetapkan, ia memudahkan untuk mencari baju kahwin yang sesuai dengan bajet anda. Selain itu, bajet yang diperuntukkan untuk membeli baju kahwin perlulah berpatutan dan jangan terlalu mahal.
Tidak Mempertimbangkan Kos Tambahan
Apabila anda mempunyai bajet untuk membeli atau menyewa baju kahwin, seharusnya anda perlu ingat bahawa anda perlu memakai aksesori tambahan seperti kasut tumit tinggi, layah, tiara, tudung, subang, rantai dan lain-lain lagi.
Semua perkara ini melibatkan kos dan memerlukan belanja yang agak tinggi. Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli atau menyewa baju impian anda, fikir dengan lebih mendalam lagi tentang perkara-perkara lain yang juga perlu anda lakukan.
Membawa Terlalu Ramai Orang Untuk Membeli Baju Kahwin
Membeli baju kahwin merupakan perkara istimewa jika dibandingkan daripada membeli-belah pakaian harian. Rata-rata akan membawa teman mahupun ahli keluarga ketika membeli baju kahwin.
Namun begitu, anda dinasihatkan agar membawa orang yang anda percayai untuk memberikan pendapat yang jujur. Anda dilarang membawa membawa terlalu ramai orang kerana boleh mengelirukan pilihan yang bakal dibuat.
Beli Terlalu Awal Atau Terlalu Lewat
Membeli baju di saat-saat akhir boleh menyebabkan anda tiada masa untuk membuat pilihan yang lebih terperinci. Baju kahwin tidak perlu dibuat terlalu awal untuk anda, tetapi anda masih perlu menetapkan matlamat untuk mempunyai masa yang cukup untuk sebarang perubahan.
Sekiranya anda sudah menetapkan tarikh dan lokasi perkahwinan, pembelian baju di waktu awal adalah perkara yang digalakkan. Ini penting bagi memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar.
Tidak Membuat Penyelidikan Sebelum Membeli
Adalah baik untuk anda mempunyai fikiran yang terbuka mengenai gaya pakaian yang anda inginkan, namun anda perlu mempunyai beberapa idea tentang baju pilihan anda.
Mengetahui lokasi perkahwinan dengan lebih awal akan membantu anda untuk mengenakan baju yang tepat di majlis perkahwinan anda. Contohnya, lokasi perkahwinan anda akan diadakan di tempa terbuka. Oleh itu, anda harus mengkaji terlebih dahulu baju yang sesuai untuk digayakan di majlis tersebut.
Hanya Mencuba Satu Gaya Baju Kahwin
Sebelum anda membuat keputusan untuk memilih baju kahwin anda, dinasihatkan untuk mencuba beberapa pasang baju bagi mendapatkan baju yang paling sempurna untuk digayakan di majlis raikan cinta.
Jangan membuat keputusan terburu-buru dengan hanya mencuba satu gaya baju sahaja. Anda boleh meminta pendapat dari perunding perkahwinan atau penasihat fesyen berpengalaman bagi mendapatkan pilihan baju yang sesuai buat anda.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI